-Kawan Aku-

Siapakah Blogger Ayut?!

Assalamualaikum...


Tajuk tak nak kalah kan atas tu.Budget popular la kan orang nak carik nama tu kat Google.Perasan!Kata orang tak kenal maka tak cinta.Pada aku,nak kenal boleh tapi nak bercinta memang tak dapat nak menolongnya.Siapa pernah nampak ayat ni?hahaha.Kalau pernah nampak memang korang dah explore blog aku la jawab ye.Blogger ayut.Akula tu.Kenal ke dengan blogger Ayut.Ntah.haha.

Menjawab tentang Blogger Ayut.

Nama Manja aku Ayut.Sebab tu bila aku buat blog ni memang aku guna nama Ayut tu.Jadilah Blogger Ayut.Tapi masalahnya, aku ni bila berborak akan tetiba guna nama sebenar aku.Loser.hahaha.Nama dah banyak memang macam tu la jadinya.Ayu adalah kata akar di dalam rumah.Ayut muncul bila dibelenggu rakan-rakan di sekolah.Melekat dan merebak akhirnya dipakai sehingga sekarang tidak kira di rumah atau rakan-rakan.Itulah Blogger Ayut!



Blogger Ayut memang penggemar hijau.Baju Hijau,Tudung Hijau,Tempat duduk Hijau.Kalau boleh semua yang nak beli memang semua Baju Hijau tu cantik!
*Ada jugak lagi gambar tunang tema hijau ni*
En B sampai bosan dengan warna hijau.hahaha.


Blogger Ayut.Seorang yang fikir mudah.Simple.Orang tak nak tolong buat sendiri.Orang bising kita ikutkan.Tu aku.Lagi, aku memang malas nak fikir mengenai orang sangat melainkan orang tu sendiri mintak tolong dengan aku.Kalau ada pape yang tak sedap hati atau mata,memang tegur tetap tegur tapi sekali jela.Aku ni mulut memang cakap lepas bila tak puas hati tapi hati tak sampai pon macam apa dicakapkan.hihihi.Maknanya ayat kat atas blog tu memang tu la aku.Blogger Ayut.Jangan takut sebab memang tak amek tahu sangat pasal kamu-kamu.Kalau amek tahu pon sebab suka-suka je.Borak-borak kosong la katakan.ok?

Blog macam diari bagi insan bergelar Blogger Ayut.Aku kadang-kadang lebih suka bagi pendapat aku.Aku kongsi isu dan korang pon mesti ada pendapat sendiri kan.Memang pusing-pusing apa aku kongsi banyak ye aku bagi pandangan aku sendiri.Aku ni memang jenis tak kisah sampai ada orang yang berbunyi depan aku sendiri baru aku selidik setiap perkara.Aku suka dengan orang cakap depan-depan sebab aku macam tu.Lagipon aku jenis tak simpan dalam hati.Tu sebab jadinya ayat Itu kamu bukan Aku.Sebab tu kalau blog ni macam bosan,minta maaf la awal-awal.hihihi.


Satu sikap Blogger Ayut :
Memang suka terlibat dengan orang ramai (suka bersosial). Sosial baiklah tapinya.Kawan sana sini.

Satu masalah Blogger Ayut :
Terlalu fikir baik jer.Payah nak bersangka buruk.


Blogger Ayut berbaju hijau memang seorang pemalu!
hahahaha


Tu jela basic pasal Blogger Ayut merangkap owner Blog AkuAyut ni.Korang jangan la cakap aku syok sendiri.hahaha.Anggap satu informasi jela ea bila nak berkawan dengan aku ni.Kadang-kadang tahu sikit-sikit pasal seseorang tu lebih mudah nak berkawan kan?Tapi tidak semua orang boleh terima siapa kita dan juga sebaliknya.Lumrah berkawan.Sedangkan adik-beradik boleh bertekak,inikan pula kawan yang berbeza depan,belakang,kiri dan kanan.kan?




Selamat berkawan!
^___^




p/s: Motif letak gambar tunang tema hijau??kenangan!













21 pesanan buat ayut :

Mrs Lurve said... Reply To This Comment

selamat berkenalan ayut hahahahaha...owh baru tau ayut suka hijau, bagus. warna kesukaan Nabi Muhammad saw

miz ruha said... Reply To This Comment

ayut yang suka warna hijau.... ^_^

ummuaidan said... Reply To This Comment

OOO..begitu yer ayut nie..hmmmm..baru paham..paham... baguslah kalau selalu berprasangka baik yut..itu jrgn ada pd kebykan orng..:)

Mrs Velentine said... Reply To This Comment

sya pun suka hijau

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A said... Reply To This Comment

cam boleh agak jer ayut suka warna hijau... hu hu hu... mana ader bosan? besh ajer blog ayut... ye lah...blog kita, apa yang kita tulis, mencerminkan diri kita sebenarnya... ^_^

Myra Jay said... Reply To This Comment

Salam perkenalan.. cewahhh.. :)

Sama gak kita Ayut dalam blog nama lain tp bila berdepan real terguna bahasa nama sendiri :D

Mimie Najib said... Reply To This Comment

hehe..sweet je..selamat berkawan jgk.. :)

warna hijau tu mendamaikan.. :)

Cik Saila said... Reply To This Comment

ayut peramah,akak suka sgt dgn ayut :)) selamat berkenalan ya ayut heeee :D

محمد رازيق said... Reply To This Comment

selamat berkenalan ayut. baru pes time dtg sini. hehe

Kesuma Angsana said... Reply To This Comment

KA pown suka ijau hehe

cik nana said... Reply To This Comment

Hai blogger ayut ! ecece wewitttt..bagus suka hijau ni sejuk mata memandang.. nanti kawen ijau jugak ke? hee

cik Que said... Reply To This Comment

selamat berkawan......^________^

Jna marcello said... Reply To This Comment

nice to noe you!!!!! ;D

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

selamat berkenalan ayut...lepas ni kena komen lepas2 lah kat blog ni...haha :P

Mieya Atiera said... Reply To This Comment

salam perkenalan. Nama blog Mieya pon berbekal hasil daripada nama timangan masa kecil dulu. hikhik

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

dr entry ni buat akak tau siapa ayut.. hihii

mmg dah tau ayut sk ijau :-)

Wanieys a.k.a IbuQalief said... Reply To This Comment

salam kenal ayut kihkihkih...

skang ni akak dh tau siapa ayut :-)

PinkUmmi said... Reply To This Comment

baru daku tau siapa tuh ayut...hehehe...

aisya said... Reply To This Comment

lg satu.. jgn lupe, blogger ayut jugak seorang yg comel.. =P

shidaR said... Reply To This Comment

ayut juga comel :)

caliph shuriken said... Reply To This Comment

fav kaler ijau rupanya ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...