-Kawan Aku-

Nak Cite Cikit Boleh ea?

Assalamualaikum...


Meh sini kepada bakal-bakal insan yang mahu mengikat pertunangan sekalian.Nak cite sebenarnya pengalaman aku sewaktu hari kejadian 27 Oktober 2012 tempohari.hihihi.Kan berlaku 'accident' yang terancang lah katakan.Gambar bawah ni aku share kan pelamin buatan sendiri dan satu hantaran.Banyak kisah sebenarnya.Kebaikan Pelamin kat luar ni korang tak payah nak guna kudrat banyak sangat untuk mengemas bilik.Lagi-lagi kalau memang bilik tu korang guna sesekali.Lagi jimat masa untuk orang yang hanya cuti sekejap macam aku ni.huhuhu.Kain nak guna untuk gantung-gantung pon tak banyak.Lainla kalau korang nak buat meriah gitu,tetap penatla ^__^


Permulaan aku suarakan untuk buat pelamin kat luar ni ramai berdiam diri.Aku ingat berdiam diri tanda setuju la kan.Bak kata orang dulu kan macam tu.kan3x?Tapi di saat-saat akhir tu ada yang menyuarakan.
'Betul ke nak buat pelamin kat luar ni?'
Reaksi aku: 'Nape?Tak boleh ke?'
...Diam...

Ok standard anak muda dan anak last apabila keinginan yang ditolak pasti akan memberontak (tapi memberontak cara baik ok).hahahaha.
Dimalam sehari sebelum 'accident'
'Jadi ke ni nak buat pelamin kat luar?'
Reaksi aku: Jadik! (penuh yakin berkata-kata)

Pagi tu aku gigihla buat sendiri.Contoh pelamin yang nak dibuat lain,jadinya lain.Tu la aku.Nyampah!Mula-mula tu,Takde pon bunga-bunga kat pasu tu.Ada bunga bawah tu je aku letak.Pastu aku dah malas nak edit pape...aku turun bawah.Dalam masa tu...

Kakakku meletakkan bunga dalam pasu tu kat tepi 
Kakakku suggest letak lampu kelip-kelip (kalau korang perasan ada)
Kakakku suggest tambahkan kain putih kat tepi

Korang tahu tak perasaan aku masa tu?
Terharu tahap sampai hanya mampu cakap dalam hati
"Terima kasih"


Cerita pasal hantaran.Aku rasa dalam banyak-banyak hantaran coklat ni macam menarik untuk di perolehi.Untunglah sana dapat coklat ni.hahaha.Aku tempah coklat tu kat Hand Made Choc.Aku berhubung dengan kak Anis.Sedap coklat yer.Mawar pon cakap sedap.Aku amek 2 ketul dulu dah sebelum jadi hantaran.hihihi.Coklat tu aku deco sendiri jer.Aku beli just Coklat salut foil = RM2.00/pcs + RM6 tambah badam.Pastu sementara aku tunggu kak Anis aritu aku jejalan kat IOI Mall,Puchong tu ada jumpe kedai print out nama-nama tu.Kecik je kedainya kat tepi-tepi jalan dalam mall tu.Aku beli bulat-bulat tu 100pcs = RM 15.00.Ada lebih lagi benda tu tapi tak ingat letak mane dah.Adehhh.Yang line hijau tu aku potong je Crepe paper pastu tampal.hihihi.Setel.

Hantaran ni pon my kakak yang buat.Aku ingat nak letak atas dulang jer.Dia sekali pegi beli bekas cantik tu.Fuhhh...Mengapakah?Aku tunang je kot.huhuhu.Tapi takpe.Kita layankan sebab my kakak yang mahu ^___^ Sebab tu dalam family ni, jadi apa pon masing-masing tetap menyokong sebenarnya.Betul tak dinafikan setiap keluarga ada masalah mereka sendiri.Tapi percayalah,tiada siapa dalam keluarga yang mahukan ahlinya teraniaya ataupun berada dalam kesusahan. T_T

Fikirlah panjang sebelum membuat sesuatu perkara terutama keluarga.Mereka mahukan yang terbaik buat anda!

^_____^



31 pesanan buat ayut :

Kesuma Angsana said... Reply To This Comment

baguslah macam ni !

cik nana said... Reply To This Comment

senang kan betunang simple2 je. jimat semuanya. tapi bila ad adek bradek yg dah besar untung lah dorang boleh tolong2 mana yg kurang.

LelakiSemalam said... Reply To This Comment

kalau pakai langsir rumah lagi save kot...hehe!

miz ruha said... Reply To This Comment

pelamin yang simple n nice... ^_^

suka suka said... Reply To This Comment

Walau apa pun kita sekaler ayut untuk momen ni.!!

therosputih said... Reply To This Comment

betul...nanti nak buat majlis kawin lagi sakit sebab memang kita yang kawin, tapi kena consider pendapat dan keinginan banyak pihak...jadik, pesan awal2, terimalah dengan hati yang terbuka...amek jalan penyelesaian yang terbaik...hehehe...sekian ceramah akak di waktu ini...wakaka

Misz Mieza said... Reply To This Comment

Teringat masa MM nak bertunang dulu.. Mula2 pihak lelaki kata nak datang anta tanda. So, MM takdelah beriya nak pakai lelawa or ada pelamin bagai.. Just sarung baju kurung biasa2 jer.. Tapi family pulak yang beriya nak buat pelamin bagai.. Siap bawakkan 3 pilihan baju tunang.. Jadilah besar jugak.. Huhu.. Sangat terharu dengan kerjasama & pengorbanan my family.. sayang dorang ketat2.. =)

Eiqa Almond said... Reply To This Comment

Baiknya kakak kepada akak. :)
Betul maybe keluarga kita nak kan yang terbaik untuk kita..

Jna marcello said... Reply To This Comment

wah bole buat ilham tok majlis na nty *eh gataii
;)hh

aryocahyalesmana said... Reply To This Comment

Nice info sister

ummuaidan said... Reply To This Comment

Simple namun tetap cantik pelamin tuh yut...kos pun kurang..akak suka sangat... family tuh diorang sebenarnya macam tuh..tetap menyokong kita nak melihat kita happy...sanggup bersusah payah sesama kita... hargai mereka ...

adyna said... Reply To This Comment

memang family nak buat yg terbaik kat kite ayut..

peewit ... akak baru tau je..tahniah ye ayut

azizah :) said... Reply To This Comment

setuju tu ayut! setiap family mahu yg terbaik buat ahli keluarganya lebih2 lagi ayut anak bongsu..

ape2 pon ayut dah buat terbaik utk majlis ni kan..tahniah!

Mrs Lurve said... Reply To This Comment

masa akak bertunang dulu, xde pun pelamin huhuhuhu...kuar ke depan kejap je utk sarung cincin..pas2 masuk bilik semula..family hubby balik pung xjumpa hahahahaha malu abis masa tue

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

sweet sgt kan.. besh ramai mbntu dan family mmg byk mnyokong..

Kancil 8349 said... Reply To This Comment

cantik pelaminnya..simple je

jom singgah untuk mengetahui jawapan wordless 51
http://kancil8349.blogspot.com/2012/11/jawapan-wordless-wednesday-51.html

aisya said... Reply To This Comment

biasalah adik beradik.. gaduh2 manje je.. klau tak puas hati pun, kejap je.. tak lame pastu ok balik.. kan kan kan? hehe

nur anis said... Reply To This Comment

apa-apa pun, memang kena fikir pasal family kan..sebab apa pun, mereka lah yang akan banyak tolong kita..:)

wanie said... Reply To This Comment

ayut bertunang 27 oktober ye, sy pulak bertunang keesokan harinye 28 oktober.. hehehehe..

Mrs Velentine said... Reply To This Comment

siapa lagi yg dpt membantu kita..sdh tentu keluarga

Mieya Atiera said... Reply To This Comment

Yup, betul tu. Sebab tu pentingnya hubungan baik di antara family.

izzah said... Reply To This Comment

xpe,yg penting dh jd tunang orang...xyah pikir dh yg dh lepas...pikir nk kawen akan dtg plk ni..hehe...

Myra Jay said... Reply To This Comment

Betul tu, mereka mahukan yang terbaik dan supaya majlis juga berjalan lancar :D

ayut said... Reply To This Comment

@aisya btul aisya..tak puas ati jap pastu ok blik..hihihi..kdg2x pk klakar pon ada :)

ayut said... Reply To This Comment

@nur anis yup..that's true anis...

s h a said... Reply To This Comment

Simple je.tapi cantik dear. :) setuju2.family ni macam air yang dicincang xkn putus.sangat precious.

Remy hazza said... Reply To This Comment

family adalah segala galanya.....

Eca Dwinky Asha said... Reply To This Comment

sebenarnya,kalau buat sendiri..xsampai 100 da siap.....

hazwan hairy said... Reply To This Comment

bestnya depa dh cerita pasal2 khwin...hehe

fieda said... Reply To This Comment

betul tu..biar la simple asal jimat belanja kan..

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

a'aa betoi tu... sbb tu org kata kalau adik beradik ni ibarat air dicincang xkan putus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...