Assalamualaikum...
Hari ni nak cerita pasal Iri Hati.
Iri Hati adalah satu sifat yang memang sentiasa ada dalam diri.Macam mana seseorang itu dikatakan Iri hati adalah apabila seseorang itu sentiasa merasakan tidak puas hati atau tidak dapat menerima kehadiran/kelebihan orang lain terutama yang ada disekeliling mereka.Apabila seseorang merasakan 'hanya dia yang boleh dapat semua tu' sebenarnya telah wujudlah perasaan Iri hati.
[google]
Keburukan Iri hati:
Boleh mewujudkan pergaduhan di dalam masyarakat.
'Rosak hati' kerana sentiasa berprasangka buruk.
Sifat Iri hati mampu menjadi motivasi terbaik andai kita menghalakannya ke arah yang positif.Sebagai contoh: Iri hati dengan kerajinan seseorang mengemas bilik.Kita akan mencotohi beliau untuk kita juga jadi seperti dia.Itu adalah iri hati yang positif. Iri hati yang negatif adalah dengan mengutuk/berkata buruk dengan kebaikan yang kita nampak pada seseorang. Sebagai contoh: Iri hati dengan kebaikan bersedekah seseorang.Kita mengatakan kat orang lain/membawa mulut mengatakan dia bersedekah adalah kerana mahu tunjuk alim dan sebagainya.Itu adalah sesuatu yang negatif.Bukan begitu caranya.
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" [An-Nisa' : 32]
Percayalah dengan keadilan Allah.
Apa yang baik kita ikut dan cuba contohi bukan hanya tahu untuk mengadili.
Moga membawa manfaat bersama!
^____^
Inspirasi Artikel:
22 pesanan buat ayut :
Irihati atau dengki boleh memusnahkan perhubungan..nak ubat irihati salah satunya rajinlah bersedekah....betul tak?
iri hati positif takpe..ini yg negatif yg byk..mslh.
jom2...iri hati secara positif.boleh meningkatkan potensi diri.insyaAllah. :)
iri hati postif boleh kalau tp kalau iri hati yg negatif jangan buat..huhu
oh, sy selalu iri hati dgn org yg lagi pandai dr sy.. iri hati dgn org yg dah siap assignment lg cepat dr sy.. berusaha utk jd mcm mereka jgak.. =)
thanks for sharing. penyakit hati mmg sukar diubati, apapun terpulang pd individu itu sendiri :)
@ummuaidan btul jgk tu...at least kite sentiasa berkongsi dan rendah hati kan ummuaidan :)
perkongsian yg baik...
semoga tiada perasaan iri hati dalam diri saya....
iri hati jugak boley memusnahkan silaturahim..=)
terima kasih ke blog saya. Done follow u
tq ayut atas motivasi itu..tenag sikit hati ini
iri hati positif takpe...jgn negatif
iri hati memg membawa keburukan dan akan terbit rasa dendam,,,bhya
iri hati dengan dengki ni lebih kurang samakan..!
sebab dua2 perasaan ni tak elok bila ada dalam diri kita mahupun org lain..
tp iri hati yg elok, xpe lah..yg xelok tu..mohon jauh laa..
iri hati utk memajukan diri tu sgt setuju...btw nice entri sis :)
iri hati secara positif...itu yg lebih baik......
Untuk Iri Hati yang Negatif:
Kalau ada yang iri hati, jomlah kita buangkan perasaan tu jauh-jauh. X baik iri hati dengan kesenangan orang lain. Biarlah orang tu senang, biarlah orang tu bahagia dengan cara dia sendiri selagi ianya tak melanggar hukum hakam Islam.
X perlu kowt nak jadi busy body... x perlu jaga tepi kain orang... X dapat apa pown cumaaa...dosa... semoga kita semua sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kesenangan di dunia dan juga di akhirat... Aminn...
Irihati positif doakan orang lain supaya berjaya.. Bukan menjatuhkannya irihati negatif kerana apa yang kita lakukan pada orang lain, itu jugalah balasan pada diri kita kemudian hari..
biasanya yg negatif tu sng je kita nampak...hihi biasalah PHD...
iri hati terhadap perkara yang positif... boleh mendorong kita untuk lakukan yang lebih baik...
masa belajar dulu, sy iri hati tengok kawan sy rajin... dan sy pun nak jadi macam dia juga... rajin macam dia...
dalam kehidpan skg ni..sifat2 ni mmg ada byk kat lua sana..hope kite dhindari dr sifat2 iri hati ni..
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^