Followerku..

Baju Kahwin oh Baju Kahwin!

Assalamualaikum...


Korang!!!!
Nak pakai baju warna apa ni???
:(

Update pasal kahwin ea harini.Aku mengalami masalah sekarang ni.Serius.huhuhu.Untuk pengetahuan semua,aku tak buat baju sendiri untuk sanding.Aku akan sewa semua set dengan bridal.Bridal mana aku akan review nanti.huhuhu.Memula dulu aku ada bagitahu nak pakai warna pink ungu kan?kan3x???Lepas tu kan...kat bridal tu takde warna ungu yang menarik perhatian aku design yer.wuaaarrggghhh...Rasa nak menangis jugak rasanya time tu. :(

Lepas tu kan....Lepas tu,aku ada nampak satu baju yang sangat best pada aku.Aku suka design baju tu.Dia dress labuh.Ada beads sikit-sikit.Serius aku suka sebab simple tapi nice.Aku try baju tu dan memang muat-muat badan.Tapi......lepas  aku tunjuk kat semua orang,diorang cakap cantik memang cantik.Tapi takde seri.Wuargghhhh...Nanges lagi :(

Serius kulit aku gelap.Ramai cakap sesuai pakai warna yang terang cikit.No warna kelam-kelam ni.Baju yang aku berkenan tu warna silver.En B pon macam tak minat pulak baju tu.Wuarrghghhh... :( Aku ni pon pendek.Baju yang aku pilih mestilah kena baju yang tak terlalu banyak ropol atau bertingkat-tingkat sangat.Kalau tak makinla nampak pendek.En B kita pon takla terlalu tinggi untuk membenarkan aku pilih dress-dress yang labuh dan aku memakai heel yang tinggi.nanti En B akan tenggelam pulak.Lepas ni memang aku kena suruh orang bridal tu kuarkan semua baju-baju dress diorang.Semua baju nampaknya aku kena try macamni.Serius aku nak pakai dress!Please la ada design yang aku suka.Amin. ^^

Pilih warna baju pon payah.Lagi payah kalau kita dah booked gan bridal tu dan kat bridal tu takde baju yang kita minat.parah memang parah.Tak nak buat baju baru!Muktamad.Save money 1st.huhuhu.Aku akan korek semua baju bridal tu ada.Tak kira.Aku dah bayar mesti kena pilih sehabis-habisnya.Kan??? ^^ Hope aku berjaya menemui baju yang aku suka.Amin.Sebenarnya kalau baju tu kita suka,confident level untuk berjalan depan orang ramai tu ada dah jadinya.Tu je sebenarnya nape aku nak baju yang aku suka.Nanti time kahwin kan ramai tengok kita. *perasan* :p


Kalau dapat dress gaya gini kan best.
tapi buang la part nampak belakang gan leher tu.Nak design potongan macam ni.Best ye kalau dapat dress labuh masa kahwin macam ni.Pastu guna kain dutches (betul ke ni?)Ala kain yang keras tu ha.hihihi..Nakkkk!! ^^



Pembayaran PTPTN secara Online

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu buat semua :) Harini aku bersiaran lagi.hihihi.Mood pon biasa-biasa je.In equilibrium state ^^ 2 hari menyepi nampak gaya tidak berkesempatan secara berterusan untuk update blog.Tapi takpe,aku akan teruskan jugak sebab kadang-kadang aku suka baca cita yang aku tuliskan kat sini.Mengimbau kenangan lalu. ^^ Selain aku berkongsi,nanti mesti ada kawan-kawan yang prihatin dapat bagi nasihat yang membina.I like! ^^

Okla.Harini nak cerita pasal PTPTN.Rasa sebelum ni ada cite jugak.Cite pasal Ujrah yang 1% tu.Hope sesiapa yang terlibat dapatlah paham pasal Ujrah tu.Harini nak cerita pasal tanggungjawab untuk membayar.Bila dah hutang,wajiblah bayar.Rasa isu ni pon tak perlu dipolitikkan kot.Dah memang kalau namanya hutang.Tapi kalau ada yang nak tolong bayarkan tu adalah satu bonus.Tak gitu?hahaha ^^

Jom nak ajar membuat pembayaran PTPTN secara online ni yer.Aku guna Maybank2u.Tapi aku rasa setiap bank pon sama je cara yer.Jom belajar!

Perkara yang perlu tahu semasa membuat pembayaran PTPTN secara online:
1. Ada akaun bank online.
2. Nombor surat tawaran PTPTN (nak tahu boleh telefon pusat PTPTN - 0320804455)
3. Duit dalam akaun :)

Step:
1. Log in Maybank2u
2. Account & Banking --> Click
3. Bill Payment --> Click
4. Make a one-off payment --> Click
5. Silalah cari All Payee --> PTPTN (rujuk gambar di bawah)

6. Akan kuar page yang korang kena isi:
     - Amount
     - No. Surat tawaran (8 digit)
     - No. IC
    Continue --> Click
7. Senarai yang korang dah isi sebelum ni akan dipaparkan.Kalau confirm betul semua isi la TAC nombor.

*TAC nombor ni korang kena request.Pastu dia akan hantar nombor TAC ni ke Telefon bimbit korang yang telah didaftarkan.Benda ni pon memang kena buat awal-awal la.Kalau tak urusan secara online korang tak boleh dilakukan.Kalau CIMB atau bank-bank lain tak pasti apa nama dipanggil benda ni.

8. Confirm --> Click

Akhirnya korang dah laksanakan tangungjawab korang untuk bayar hutang.Alhamdulillah.Buatlah setiap bulan ea.Harap-harap setel cepat nak membayar yer.Penat tengok hutang ni.hihihi ^^ Selamat membayar hutang buat peminjam-peminjam sekalian. :) Sebelum terlupa.Caj pembayaran guna Maybank2u online ni RM1.00 tau.Jangan pulak nanti terkejut nape duit dalam akaun kurang RM1.00.hihihi :p

Note: Kalau korang nak cetak penyata pinjaman (kira nak tengok baki kena bayar), korang kena tahu Nombor Pinjaman (6 digit).Kalau nak tahu boleh je telefon pusat PTPTN ea. ^^





Rezeki atau Dugaan?

Assalamualaikum...

Ingat tak entry kat sini ada mention pasal rezeki atau dugaan?Harini ada masa sikit.Bolehla nak berkongsi kisah hati ni sikit.huhuhu.Kalau tengok tajuk macam pelik je kan.Macam ada ala-ala satu situasi yang sukar nak di tafsir je. ^^

Sebenarnya ni kisah En B kita tu ha.Nak tahu kenapa?


Gambar atas tu la.Ha...tapi ni bukan setakat belayar je dah.Ni dah memang kena campak terus dah.hahahaha. (Gelak la sangat ko ayut!)
\

En B kena draft ke Semporna,Sabah!
Iya...tak tipu ni.

Ni yang aku cakap macam tajuk tu.Rezeki ke dugaan?? korang rasa rezeki ke dugaan ek?En B akan ke sana bulan 6 ni.See??Tinggal seminggu  dia ada kat semenanjung. *tepuk dahi* Serius benda ni macam diluar perancangan kitorang.Tak pernah terlintas dalam kepala benda ni akan jadi dalam masa yang singkat ni.Dalam masa tinggal 6 bulan untuk kami mendirikan masjid.Fuhhh.Berpeluh gak la dengar.

Perasaaan aku?mmmm..Nak ikuttttttttttt!!huhuhu.Tapi seperti yang korang semua tahu,aku pon dah kena ikat 3 tahun dengan kerja aku sekarang.Aku nak lari mana lagi dah.Kan?En B pon dah tahu nak buat macamana.Maknanya lepas ni memang kitorang akan berjuang melawan perasaan jela gamaknya.oh hati.Moga kuatlah hati kitorang berdua sepanjang berjauhan kelak.amin.Korang doakan untuk kami yer ^^

Hati ni menangis dah.Memang sekarang silap sikit je dah nangis.Jiwa sensitif tetiba ok.Makin dah dekat hari nak pergi,makin aku rasa aku jadi banyak diam.huhuhu.Bukan banyak fikir tapi sebab dah tak tahu nak fikir apa.Hanya mampu doa yang terbaik untuk kitorang jela.Korang doakan jugak tau.Moga-moga ada hikmah semua ni.Amin. ^^





WW#62: Bersama Cinta Hati

Assalamualaikum...

18 & 19 May 2013






^____________^

DIY: Bunga Telur Crepe Paper

Assalamualaikum...


Ni la step untuk aku jadikan bunga telur aku tu.Bunga telur daripada crepe paper.Aku main buat je lepas tengok-tengok idea daripada internet.Ni la hasil crepe paper flower versi ayut!hahaha ^^

1. Bahagikan 3 Crepe paper (secara melintang) - sama besar ea.
2. Lepastu bahagikan lagi 3
3. Dapatla crepe paper yang berbentuk segi empat tepat secara berjemaah.Ukuran tak ingat.
*Saiz ye lebih kurang kertas A4 yang telah dibahagi tiga lepastu dilipat dua*

*************
Amik satu helai segiempat tepat Crepe paper tu.
Amik centre of the crepe paper dan picit bagi mencerut tengah-tengah tu.
Dah kecik bahagian tengah,pulas cikit guna jari dan pusingkan dia untuk bertindih dengan bahagian sebelah.
Then kemaskan bagi membentuk kelopak.
*harap paham la ea sebab gambar ye takde.hihihi*

Tu la step untuk buat kelopak bunga.

ni untuk tengah bunga

siap bahagian bunga

ni reben bunga

Ada dah semua?
Korang cantumkanlah bahagian semua tu.
Then...
siap dah bunga daripada Crepe Paper

Ni la yang aku buat selama sebulan lebih kot.Benda ni aku setelkan sebelum aku pindah kerja lagi sebenarnya.Sebelum mood aku merudum baru-baru ni.Pastu sekarang aku terasa nak buat lagi 1 batch untuk belah aku punya.See?Kalau mood aku dah datang memang ada je nak buat benda-benda yer.Pasal bunga telur ni pon aku ada buat untuk belah lelaki punye.Warna putih gold.Tapi tu entry lain la kot.Belah lelaki punye ni aku buat sebulan je rasa.Buat untuk suka-suka hati aku. :p

Bila masuk bab menjahit aku hold dulu.Sebab aku tak mahir la pulak.Adehhhh.Cane tu?hahaha.Tangan tak cukup lembut la nak cucuk-mencucuk kain ni.Lagipon aku tak pandai nak main warna.hahaha.Sabar jela =.=" 

Selamat berDIY buat semua.Fikir nak DIY apa pulak pasni.ahaaa...anyone idea??? ^^




Update!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak nak update blog.Lame ye tak aktif berblog.Rasanya macam semua aku tinggal dah sekarang ni.huhuhu.Sedih pulak rasa tinggalkan aktiviti ni dulu.Sekarang kerja tak macam dulu.Mungkin ditambah dengan kerja yang memang tak pernah dilakukan,lagilah perlu lebih fokus ke sana.Tapi takpe.Aku pasti akan aktif jugak semula 1 hari nanti.Insya Allah jugak pasti akan keep in touch dengan blogger-blogger lain. ^^

Terima kasih kawan-kawan sekalian.

Entry sebelum ni macam luahan hati je kan pasal progress kahwin.Baca balik semua komen yang ada,alhamdulillah rasa macam bersemangat dan makin tenang nak buat semua benda.Satu-satu benda makin boleh diuruskan.Bila kita doa yang baik,insya Allah semua akan baik kan? ^^

Hujung minggu ni pon En B kita cuti.Dia dah cuti seminggu awal dah.Pastu weekend ni baru dapat jumpe.hahaha.Cian dia menunggu tunangnya free daripada kerja baru boleh dapat jumpa yer.Weekend tu      pon dapat jugakla setelkan apa yang patut.Tapi still need more discussion dan brainstorming.Kenapa nak setelkan cepat?Sebab lepas ni En B akan pergi lagi jauh daripada aku.Fuhhhh.Aku tak tahu la ni namanya rezeki nak kahwin or dugaan nak kahwin.Benda aku cite next post la ea.Yang pasti sekarang aku kena terus bertahan emosi dan mental.huhuhu.Kalau la B tahu isi hati ni.adehhh...

Hari ni aku balik Batu Pahat semula.Aku sekarang kat kampung Ayer Hitam.Esok dah kerja kenalah balik ke rumah sewa semula.Aku duduk dengan member sekolah aku dulu.Sekarang belum ada kesempatan lagi nak mencari rumah sewa sendiri.Mungkin aku kena cari jugak nanti untuk selepas kahwin.Tapi fikir balik macam tak perlu cari.Nanti dululah fikir.huhuhu.Sekrang aku menyewa kat Taman Soga,Batu Pahat.Ada blogger mana-mana yang area situ?Meh la kita jumpa-jumpa ^^ Tapi 1 peringatan,Taman Soga adalah kawasan merah untuk Denggi yer.Harap maklum.Sebab tu Taman tu pon memang depan Hospital Batu Pahat.hihihi ^^


Ok.Jumpa next post ea!Tu je yang aku nak ceritakan.Story-story hujung minggu kan ^^ Hujung minggu adalah hari untuk beristirehat kan. ^^ Selamat Beristirehat semua!


Progress Nak Kahwin!

Assalamualaikum...

Cerita pasal nak kahwin la pulak kan.Lama takde pape perkongsian pasal kahwin.DIY pon terbantut dah sekarang ni.Planning pape semua pon berterabur je.Sebarang progress yang patut berjalan pon tak berjalan pape pon dah.Memang full stop kat situ jer.

Aku Blank!

Korang....sape boleh tolong ek?Nak buat apa ni yer?Mawar dah takde.Rumah suasana baru.Kerja suasana baru.Serius mood nak buat preparation kahwin pon hilang.Tengok member-member ramai je kahwin.Kalau tengok kawan-kawan yang dah lepas tu terus fikir, 'Kan best kalau aku dah lepas' =.="


Nak kahwin lagi 7 bulan.
Dalam masa 7 bulan apa lagi tak buat:
1) pelamin
2) baju nikah
3) mak andam 
4) bilik pengantin
5) goodies
6) tempah balai
7) borang kahwin
8) Veil + HB (DIY)

Yang dah pasti
1) Tarikh

Wahai rakan sekalian...
Macamane nak bagi mood datang balik ni ek?

Selepas berlaku sedikit masalah dalam menentukan majlis dengan family,mood terus down.mmmm.Lepas tu kalau ada idea semua nak di band.Semua tak kena.Kadang-kadang kalau jadi macam tu pon lama-lama korang mesti akan ilang mood jugak kan.Rasa macam,biarlah.Sekarang time tulis ni,aku risau sendiri.Majlis dah dekat tapi buat tak tahu je nampaknya.haish.Blank!

Boleh tak esok je terus nikah pastu setel??? =.=" Banyak sangat fikir nanti jadinya aku  akan luah perasaan kat En B.En B pastu sedaya upaya naikkan semangat aku balik.Akhirnya aku mesti akan amik jalan,fikir esoklah.hahahaha.Nampak tak berapa serabut ye aku bila bab memikir.Nak start dari mana ni yerk???Someone please........




It's Normal Women!

Assalamualaikum....





when women say "...NOTHING..." it means "EVERYTHING IS WRONG"...







hahahaha
agree???

1st GA by Hijab Valley

Assalamualaikum....


Sempena cuti-cuti mengundi ni jejalan kat blog teman-teman yang dah lama tinggal join sekali la segmen sis ni. Sambil-sambil tambah kenalan baru kan.Bila dah lama menyepi ni dah serupa macam baru bermula menapak dalam dunia blog semula.Kena carik semuala teman-teman dan peminat setia.hahahhaha.ok dah.Bila dah start menaip bukan main panjang ye.Padahal nak introduce untuk join GA je kot :p

GA ni dilaksanakan oleh Hijab Valley.


Jom ramai-ramai join.
Untuk jejaka tidak boleh ea..sebab tu syarat yer.hihihi ^^
Nak join boleh klik banner tertera yer.

Saya tag mereka:

Selamat bersegmen
dan 
Selamat Berhujung Minggu!

^^

Selamat Hari Mengundi!

Assalamualaikum...



Google pon cerita pasal undi di Malaysia kan... :)


05.05.2013
Tarikh yang dinanti-nantikan oleh setiap penduduk Malaysia.
Tarikh untuk beramai-ramai keluar mengundi!

Kepada yang mengundi...Selamat Mengundi!
Kepada yang dah mengundi,Tahniah dan Terima Kasih!
(eh?dh mcm aku plak calon yer..hihihi)

Harini penentu negara untuk 4 tahun akan datang.Rasa Excited tu ada sebab dah mula memahami serba sedikit kan. Dulu kecik-kecik dengar je mak pergi mengundi.Tapi untuk apa tak tahu.Sekarang dah tahu. :) Semoga semua ye akan berlangsung dan selesai dengan baik. ^^



Welcome Friends #500

Assalamualaikum...


Akhirnya blog aku mencecah sudah 500 followers. ^^
Meningkat jugak yer walaupun sebulan hilang.hihihihi.Lame jugak nak cecah 500 ni kan.Setakat blog ntah pape ni memamng lambat la peningkatan yer.hahaha
Sempena dah 500 ni,aku nak review la sikit siapalah kawan kita yang terpilih  ni kan. :)


Mamat handsome ok si dia ni.hahahaha.ok.
Nama yang digelarkan adalah sebagai Hafiz Hafizol. Welcome to my blog yer Hafiz Hafizol. ^^
Jujurnya aku pon baru je follow cek abang sorang ni.Baru pon takla baru sangat sebab bulan lepas sebenarnya follow.hihihi.Masa tu datang dari blog mana ntah.Lupa sudah.
Blog yang banyak berkongsi lagu-lagu dan drama terkini.Kira isu semasa punya blog jugakla.Yang pasti banyak pasal entertainment :)

Jomlah kita kenal-kenal dengan Hafiz hafizol yer.
Nak tahu single lagi or tak kena tanya empunya badan la yer.hihihi ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...