Followerku..

Pembayaran PTPTN secara Online

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu buat semua :) Harini aku bersiaran lagi.hihihi.Mood pon biasa-biasa je.In equilibrium state ^^ 2 hari menyepi nampak gaya tidak berkesempatan secara berterusan untuk update blog.Tapi takpe,aku akan teruskan jugak sebab kadang-kadang aku suka baca cita yang aku tuliskan kat sini.Mengimbau kenangan lalu. ^^ Selain aku berkongsi,nanti mesti ada kawan-kawan yang prihatin dapat bagi nasihat yang membina.I like! ^^

Okla.Harini nak cerita pasal PTPTN.Rasa sebelum ni ada cite jugak.Cite pasal Ujrah yang 1% tu.Hope sesiapa yang terlibat dapatlah paham pasal Ujrah tu.Harini nak cerita pasal tanggungjawab untuk membayar.Bila dah hutang,wajiblah bayar.Rasa isu ni pon tak perlu dipolitikkan kot.Dah memang kalau namanya hutang.Tapi kalau ada yang nak tolong bayarkan tu adalah satu bonus.Tak gitu?hahaha ^^

Jom nak ajar membuat pembayaran PTPTN secara online ni yer.Aku guna Maybank2u.Tapi aku rasa setiap bank pon sama je cara yer.Jom belajar!

Perkara yang perlu tahu semasa membuat pembayaran PTPTN secara online:
1. Ada akaun bank online.
2. Nombor surat tawaran PTPTN (nak tahu boleh telefon pusat PTPTN - 0320804455)
3. Duit dalam akaun :)

Step:
1. Log in Maybank2u
2. Account & Banking --> Click
3. Bill Payment --> Click
4. Make a one-off payment --> Click
5. Silalah cari All Payee --> PTPTN (rujuk gambar di bawah)

6. Akan kuar page yang korang kena isi:
     - Amount
     - No. Surat tawaran (8 digit)
     - No. IC
    Continue --> Click
7. Senarai yang korang dah isi sebelum ni akan dipaparkan.Kalau confirm betul semua isi la TAC nombor.

*TAC nombor ni korang kena request.Pastu dia akan hantar nombor TAC ni ke Telefon bimbit korang yang telah didaftarkan.Benda ni pon memang kena buat awal-awal la.Kalau tak urusan secara online korang tak boleh dilakukan.Kalau CIMB atau bank-bank lain tak pasti apa nama dipanggil benda ni.

8. Confirm --> Click

Akhirnya korang dah laksanakan tangungjawab korang untuk bayar hutang.Alhamdulillah.Buatlah setiap bulan ea.Harap-harap setel cepat nak membayar yer.Penat tengok hutang ni.hihihi ^^ Selamat membayar hutang buat peminjam-peminjam sekalian. :) Sebelum terlupa.Caj pembayaran guna Maybank2u online ni RM1.00 tau.Jangan pulak nanti terkejut nape duit dalam akaun kurang RM1.00.hihihi :p

Note: Kalau korang nak cetak penyata pinjaman (kira nak tengok baki kena bayar), korang kena tahu Nombor Pinjaman (6 digit).Kalau nak tahu boleh je telefon pusat PTPTN ea. ^^





10 pesanan buat ayut :

ZULHILMI TEMPOYAK said... Reply To This Comment

thank you bos..

nk sharing na.. heee..

therosputih said... Reply To This Comment

ain memang bayar tru online gini, sbb susah nak ke kaunter dia kan...

Unknown said... Reply To This Comment

bagus info ni ayut.. jijah ada buat camni.. tapi bayarnya idak..heee teruknya...

Izzat Eshak said... Reply To This Comment

Makin mudah ye nak bayar hutang PTPTN.

Semoga berjaya untuk peminjam2 =)

Unknown said... Reply To This Comment

kalau ada duit lebih boleh bayar lebih sikit tu ayut....

ieza ashaari said... Reply To This Comment

ok.. senang jugak ye.. tq..

ecadwinkyasha said... Reply To This Comment

wah..nanti leh rujuk sini.insyaallah,dpt gji nanti eca nak byr sikit2....oke la dri xbyr. :)

Shida Radzuan said... Reply To This Comment

naseb shida xde bt pnjam2 nih ^_^

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

senang kan.
ciksu tak da ;)

Anonymous said... Reply To This Comment

info yg bagus ni

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...