Followerku..

10 Days Challange: Day 2-2 Film

Assalamualaikum....

Masuk hari kedua dah. Hari kedua kena cerita pasal filem. Bila sebut filem aku pon teringat. Laaaa..aritu baru je tengok How to train your dragon 2. See? Boleh je kalau buat entri pasal tu dulu. Takla blog sunyi sepi kan.huhuhu.

Filem: How to train your dragon 2?

Google images

Ingat Hiccup? Ingat toothless? Ala naga hitam yang comel lagi bijak tu.hahaha. Cerita animasi yang sangat best pada aku. Tak bosan. Tak rugi tengok. 

Arahan: Dean DeBlois

Konflik How to train your dragon 2 ni bila Hiccup dan toothless terjumpa sebuah tempat dipanggil ice cave iaitu tempat ibu naga. Ice cave tu juga ada penjaga iaitu seorang perempuan. Siapa perempuan tu? Kena tengok. Konflik kedua bila ayah Hiccup mati. Hiccup kena menjadi pengganti sebagai ketua kumpulan di Pulau Berk mereka. Macamana Hiccup? Kena tengok.

Buat penggemar cerita animasi macam aku ni kena tengok. Boleh aku menangis tengok.hahaha. Part sedih tu memang menangisla. Bila masa kagum tu siap ..wahhhh..hahaha. Tak rugi tengok kat wayang masa baru-baru keluar waktu puasa haritu. :) 

Filem kedua aku cerita petang sikit. Kena bagi 2 filem kan...? Nanti taip lagi entri untuk filem. :) 

10 days challenge: Day1-Picture

Assalamualaikum...

Day 1-Picture

Hari pertama cabaran yang perlu dilakukan adalah untuk cerita pasal gambar. Semalam pon aku dah cakap nak kongsi gambar yang sangat-sangat kuat dalam ingatan,jadinya harini aku tunaikan ye ;)

Kereta kesayangan adalah tema gambar aku. Biar gambar berbicara la ye. Aku cerita sikit jela. Menangis rasa tengok balik. Hohoho.

Gambar 1 = Kemalangan 1

Masa kemalangan pertama sebab langgar pagar ye kawan-kawan. Nak masuk parking rumah pergi langgar pagar. Nasib kau la ayut!

Gambar 2 = Kemalangan 2


Kemalangan kedua jadi masa pergi Johor dengan kakak aku. Benda ni jadi sebab bas kilang tu main redah aci dia je nak seberang jalan. Padahal boleh nampak kot kereta aku kat jalan tengah. Stress dengan minah indon tu! Benda ni jadi seminggu lepas tunang aku (masa tu tunangla kan sekarang suami) kena pindah Sabah.

Gambar 3 = Kemalangan 3

Kali ketiga punya kemalangan aku tak pernah publish kat mana-mana. Ini la kemalangan paling teruk aku terima sehari selepas suami tersayang aku balik ke Sabah. Sedih. Takut. Fobia. Semua ada. Salah aku sendiri sebab langgar kereta parking tepi jalan. What did you aspect bila benda ni jadi? Mestila aku menangis puas-puas dulu baru buat report.hahahaha. Sekali kereta yang terlibat sampai 2 ok. 

Gambar 4 = Kemalangan 4

Ok. Ni yang terakhir. Aku tak tahu la orang dengki ke tak sengaja. Apa yang pasti ramai cakap ada benda tajam atau berat yang kena kat situ. Kalau orang buat moga aku dapatla rezeki lain atas perbuatan dia ni. Amin.

Ok.
Inilah gambar yang sangat bermakna dalam hidup aku. Kenapa? Mengajar aku lebih sabar,lebih redha,lebih kuat dan tak kurang jugak lebih berilmu dalam menghadapi kemalangan. Gambar-gambar ni jugakla yang kalau aku tengok aku macam rasa 'aku hadapi semua ni ke?' :') Mungkin pada korang ala kemalangan kecik je. Pada aku inilah yang besar dalam hidup aku.

Lebih berhati-hati membawa kereta ye semua.
Jumpa lagi next entry untuk cabaran seterusnya. 




10 days challenge!!

Assalamualaikum....

Ok fine 4 hari blog takde entri. Menangis. Selalu mengadu kat si suami kalau bab blog ni. Antara ayat paling best ....takde idea la nak update blog..cane ni.... Hahahaha. Sabar jela. Lepastu balas ye mesti ...pulak dah... ok. Fine. Takde idea untuk membantu.

Pagi ni saje aku tenung blog-blog yang berupdate kat list tu kan. Pastu ternampak Sally post pasal 10 days challenge. Ahaaa..good idea. Aku pon nak joinla. Sekurang-kurangnya 10 hari blog aku ada la entri. Hohoho.


Mekaseh Sally memberikan idea ni. Aku akan menggunakan sebaiknya. ^^ Ada sesiapa kekeringan idea? Jom cabar diri anda.

Kalau takde masalah arini akan dimulakan. Korang nak gambar apa...?
Aku nak cari gambar best moment la.
^^
Tunggu yer!!


22hb August 2014 - MH17

Assalamualaikum...

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa nahas MH17 dan tak lupa juga MH370. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Perginya dengan senyuman kembalinya dengan tangisan. Allahuakbar. Moga kesemua rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas MH17 dapat dibawa kembali dengan selamat.


22 Ogos 2014. Hari bagi menghormati kepulangan jenazah bagi nahas MH17 daripada Amsterdam. Acara yang dilakukan dengan penuh istiadat. Kepulangan yang tidak dirancang jadi sebegini bagi setiap ahli keluarga anak kapal dan penumpang MH17. Apa sekali pon,doakanlah yabg terbaik buat semua mangsa yang terlibat. Al Fatihah buat yang beragama Islam dan penghormatan mengikut agama masing-masing.

Ya Allah peliharalah umat Islam di seluruh dunia dan lindungilah kami daripada tipu daya dan hasad dengki dunia. Amin.

Bulan Kemerdekaan.
Bulan penuh sejarah.
Tahun yang sarat kesyahduan.

Di sini lahirnya sebuah cinta.
MAS teruskanlah kamu terbang.
Aku membesar dengan bangga melihat kamu megah di atas awan.






Western Food di Parit Raja

Assalamualaikum...

Selepas hari kemunculan dalam blog masih lagi bertahan blog ni untuk mengadakan entry.hihihi. Sebaik mungkin akan diperkukuhkan momentum untuk berkongsi. :)

Kali ni nak share pengetahuan am. Pengetahuan am mengenai lokasi makanan di Pekan Parit Raja. Nama pon pekan munhkin untuk pencarian western food agak sukar. Setelah aku ulang-alik dari rumah aku jumpa kedai western food. Aku penggemar western food. Harap maklum.heee.


Aku beranganla kejap konon candle light dinner gitukan. Padahal tepi jalan je kedai tu. Takdela beria mana. Cuma ada la dekorasi dia letak lilin tengah meja tu. Kira okla kan sebab memang ada candle.hahahaha.

Komen aku!
Tempat agak selesa dan bersih. Bersih itu penting.
Makanan memang murah dan mengenyangkan. Boleh dia buat fish and chips dengan chicken chop RM5 SAHAJA. Kan murah tu. Kan?


Rasa makanan pada aku baik. Setaraf harga belas ringgit punya makanan. Suami aku pon cakap sedap dan ok maknanya memang ok. Biasala kalau pengkritik makanan dah cakap sedap memang okla tu kan. :)
Aku recommended buat penggemar western food dan teringin nak makan bila balik kampung kat sekita Ayer Hitam dan Parit Raja bolehla mencuba.


Kedudukan:
Brown Sauce Western Food
Berhadapan dengan klinik kesihatan Parit Raja. Kalau tak silap ye. Kedai ye ke dalam sikit tapi ada signboard tulis. Pasti nampak punya.


WW#92: Papan tak bertanda!

Assalamualaikum....



Takde km
Takde arah
Buat semak tepi jalan je.
=_="

WW#91: That day will come to us

Assalamualaikum....



Insya Allah.
Waiting for the 'anugerah' dari Allah.
Usaha!
^^



Kad Raya Esklusif!

Assalamualaikum...


Aha....ingat lagi tak aku janji nak bagitahu satu-satunya kad raya aku terima tahun ni? Hihihi. Sangat esklusif ok aku rasa bila ada satu-satunya kad yang sampai untuk tahun ni. Terima kasih kerana masih ingat aku dan mengenang diriku yang jauh ni.

Ok jom tengok kad raya yang esklusif ku terima daripada Kak Mimie!!!


Alhamdulillah selamat aku terima sehari sebelum berangkat ke Perak.
Kerana kad raya ni jugakla aku menjelma semula ke alam blog ni.huhuhu. seram je rasa siap beralam-alam. Terima kasih kak Mimie. Maaf tak dapat nak membalas kad raya yang diberi. Insya Allah akan dibalas tahun depan kalau umur panjang...Tak tipu ni. :) 

Sangat terkejut waktu terima kad ni. Terharu sebab masih ada yang ingat :')



Anak peninggalan si Kenit

Assalamualaikum...

Ingat lagi tak korang pada si Kenit? Dulu aku penah cerita pasal mom to be Kenit. Hahaha. Ok kalau ingat untuk anak yang tu tak hidup pon sekor. Tapi, Kenit ada bunting lagi. Yesss.memang produktif sungguh.huhuhu. Kali ni anak dia hidup. 2 ekor. Tomey!!

Sekarang dah besar. Kejap je toyen dengan uteh ni besar.huhuhu.

Happy family!!

Masa ni kecik lagi. Nampak pon macam lemah je.huhuhu. Mekaseh Kenit jadi ibu yang terbaik buat toyen dan uteh. :'(

Sekarang ibu Kenit dalam kenangan. Dia demam panas sebab lepas kena cucuk aritu aku tak pantau dia. Akhirnya demam dia melarat dan dia mati. Sedih......
Takpe ye Kenit...aku jaga peninggalan yang Kenit lahirkan ni ye. Sekarang sangat sihat. Moga Kenit bahagia la ye kat sana. :)


Kenit pergi 2 minggu sebelum raya. Sedih. Tak sempat nak beraya sama Kenit.Alahai...

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum...


Selamat Hari Raya 
Maaf zahir dan batin.

Semoga raya yang telah menjelma ini memberi seribu kebahagian dan kerahmatan buat semua umat Islam di dunia ini.amin.

Ok terasa kembali aura akad nikah dulu-dulu.kikiki. Ini jela baju raya kitorang pon. 1st year as husband and wife sambut Hari Raya. :)


Buat kawan semua dan pembaca blog akuayut ni, maaf ada salah silap atau terkasar bahasa dalam menulis dan bersahabat ye. Maaf juga kalau ada terlambat untuk menjengah semula blog kawan-kawan. Insya Allah akan dibalas juga kunjungan. :)

Walaupun terlambat moga masih lagi ada keceriaan korang baca ucapan raya ni ea.hahaha. Sungguh tak sopan rasa bagi ucapan lambat-lambat ni. Okla. Next entry nak bagitahu kita dapat satu-satunya kad raya pada tahun ni.Nak tahu dari siapa? Wait and see next entry ye!!

Comment Moderation

Assalamualaikum....


Ayut kembali!!
Tapi kembali ye ni tak tahu la sampai bila.Rindu nak menulis.Rindu nak kongsi cerita.Rindu nak baca perkongaian kawan-kawan.Insya Allah akan cuba dikekalkan momentum untuk berblog ni. ^^

Nak bagitahu je ni.Kenkangan masa dan kelajuan internet menjadi masalah nombor 1 aku sekarang ni untuk berblog.Jadinya aku kerana terpaksa aku relakan la jugak buat NEVER untuk Comment Moderation.


Setting - post and comment - comment - comment moderation - never - save setting

Siap!

Jangan risau. Kelapangan aku mesti baca semula dan melawat korang semua. Apa yang pasti blog dalam bloglist adalah keutamaan. Yeay!!

Tu jela dulu nak bagitahu. Ucapan raya ke apa next entry. ^^ Sayang korang semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...