-Kawan Aku-

Bunga Daisy!

Assalamualaikum. ....


Aku rasa lama dah jugak takde kisah Go Green dalam blog aku ni.hahaha.Dulu kat Petaling Jaya ada jugakla aku nak cucuk tanam. Sekarang hampeh. Makin dekat kat kampung makin malas. Macamana tu? =_="

Sebenarnya kisah bunga daisy aku ni dah lama sangat. Terima kasih Ummu Aidan sebab bagi benih dari jauh. Maaf sebab lambat sangat nak disemainya =_=" Tapi akhirnya aku semai jugak benih bunga daisy yang diberikan Ummu Aidan. Alhamhamdulillah. Terlaksana sudah benih yang diberikan.hihihi. Ummu Aidan bagi 2 biji benih. 1 terlaksana. 1 lagi bunga kekwa akan datang :)


Sekejap je dah bertunas. Biji benih yang bagus :) Tumbesaran bunga daisy aku ni kakak aku yang jaga. Aku semai je aritu. Bunga yang baru nak membesar ni kena rajin siram. Kenkangan masa aku bekerja menyebabkan aku serah tugas menjaga pada kakak aku kat Simpang Renggam tu :)

Bentuk daun bunga daisy yang Ummu Aidan bagi ni nampak lain sikit daripada pokok bunga daisy yang aku ada. Mungkin masih kecik kot. Pokok bunga daisy yang aku ada macam kat bawah ni.


Sekarang kat Malaysia mengalami musim bunga katanya. Tu bunga banyak yang mengembang. Lagipun sekarang hujan pon selalu jugak turun. Senang bunga atau pokok nak hidup membesar dan mengeluarkan hasil.

Moga membesar dengan sihatla pokok bunga daisy aku ni. Nanti dalam beberapa bulan lagi kita tengok tumbesaran dia ok! :)







14 pesanan buat ayut :

UmmuAidan-Arissa said... Reply To This Comment

wah lamanya tuh baru tanam..akak pun dah lupa dah psl benih tuh yut..heheh..tp amazing jugak masih tumbuh..tak sabar nak tengok bunga nanti..:)

Cik Puan said... Reply To This Comment

cantik nyaaaa....
bru tahu nama nya..selalu nya cik nampak je tapi tak tahu nama..

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

wah.. rajin ea...

yui tak pernh menanam bunga.ahaa

- AZIE - said... Reply To This Comment

rajin ayut

Hafiz Hafizol said... Reply To This Comment

OO yang nie ke bunga daisy? baru tahu hahahaha =p

Aishah Jahirah said... Reply To This Comment

rajinnye dia tanam bunga...tu la skang musim bunga kt msia...hihi

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

rajin ayut

therosputih said... Reply To This Comment

ayutttt...nak mintak benih dia jgk la nnti, ingat tau tau...

azizah :) said... Reply To This Comment

Cantiklah dah tumbuh bunga

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

bagusnya ayut ni... rajin sungguh menanam yer.. mnjadi plak tu

Cik Yaya said... Reply To This Comment

tanam bunga ni best kan ?? lagi2 bila bunga tu dah menampakkan dirinya..

Mimi Azirah said... Reply To This Comment

Rajin ayut tanam..akak kalo tanam mati pokok..tgn pns

ros_reeza said... Reply To This Comment

Ros pun suka tanam bunga tau.. tenang je hati bila tengok bunga2 tu mekar :)

Eca Dwinky Asha said... Reply To This Comment

rajinnya ayut~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...