-Kawan Aku-

Cerita dr Sabah: Day 2 Aku di Semporna!

Assalamualaikum. ..

Sebenarnya hari ni dah hari ke 3 aku berada di Sabah.Tapi mestilah cerita kat sini hari sebelum hari ni.Kenangan katanya.Baru betul. :) Hari ni suami kerja.Dia duty.Dia amanahkan jaga umah dan kemas umah.Baik bos! Tapi ngelat jap ea nak update blog jap.hihihi.Sayang big bos umah kita! :)

Hari kedua aku dan suami berangkat ke Semporna. Kem suami di Semporna. Perjalanan daripada Tawau ke Semporna semalam lebih kurang 1 jam lebih cikit. Jalannya kiri kanan pokok.Sesetengah kawasan je banyak kedai. Lepas tu pokok balik.huhuhu.

Sampai dah kem Semporna!


Petangnya tu kitorang keluar dating pulak ke Pekan Semporna. Selain dating berdua tu sebenarnya ada misi yang nak dicari.Pekan Semporna tak besar mana pon.Pusing-pusing situ jela.Ada Giant! Tapi kedai ala-ala Giant pon ada je jugak. Kitorang sampai mulalah melakukan pencarian misi kami.Pergi 3 4 kedai akhirnya kami jumpa apa yang dicari mengikut budget yang telah dipersetujui oleh kami berdua.Kena survey dulu tau.Kalau tak memang peratus nak kena tipu tu sangatla tinggi.Lagi-lagi diorang tahu kita orang luar kan.Penat sikit tapi berbaloi dari buang duit gitu je.huhuhu.ok.Setel.

Mesin basuh 6kg = RM 350

Rice cooker = RM 95

Total kitorang bayar = RM410.00
Nak dapatkan RM400 tauke tu tak bagi.hahaha.Alhamdulillah.Kat Semporna ni barang semua harga lebih tinggi daripada semenanjung kan. :)

Lepas tu pergi hantar dulu barang balik kem.Sanggup lagi pulak tu keluar balik pergi Pekan Semporna cari barang dapur. Hahaha.Gigihla kami berdua ni ulang alik setengah jam perjalanan dengan menaiki motor!Caralah...hahaha.Adehhh.


Petang dah sakit pinggang semua tu pergi lepak kejap tepi jeti mana pon tak tahulah tu.Lepak dalam setengah jam pukul 6.15pm gelap dah.Magrib pon dah masuk kitorang pon berangkatlah pulang.Letih sungguh tapi seronok! :)

Malamnya kitorang main masak-masak.Masak apa tu nanti malam aku bagitau balik.Sekarang nak manjalankan amanah suami tersayang kejap untuk kemas umah.huhuhu.Nanti aku blogwalking petang sikit ye kawan-kawan.Lama dah ni hutang. :)





16 pesanan buat ayut :

Hafiz Hafizol said... Reply To This Comment

selfie dengan husband. hehe

azizah :) said... Reply To This Comment

siap beli mesin basuh tu..ayut nak pindah semporna ke..hehe

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

lain sikit rupa ayut... ke akak yang dah lama tak tenung ayut??? ekeke...

Wana Owen said... Reply To This Comment

mesin basuh manual ek ayut?sama la mcm rumah kita.org baru kahwin memang pakai yg manual je ek.hihihi...

Cik Puan said... Reply To This Comment

seronok lah tu...senyum lebarrrrrr ayut...hihiihh...sape tak happy kan jumpe somi tecinta...
bape hari ayut kat sana???

Sya Mimie said... Reply To This Comment

bercuti sambil honeymoon la ye ayut..hehe

Ked Lee said... Reply To This Comment

takpe sis. sket2 beli barang umah. hehe. sama laa kite. dah banyak sangat hutang blogwalking ni. mana taknya sibukkk semedangg.

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

lepas ni ayut duduk sabah la ye?

Sue-Rya Qistina said... Reply To This Comment

eh..ayut dah pindah ke sabah ke?

Shida Radzuan said... Reply To This Comment

ok lah tu ayut RM410 hehee :)

ros_reeza said... Reply To This Comment

rice cooker tu macma tinggi harga dia. mesin basuh tu lebih kurang kot?..

Mimi Azirah said... Reply To This Comment

Hehehe..teringat plak kenangan dlu....sibuk beli brg umah bagai

ayut said... Reply To This Comment

@Farah Waheda Wahidhahaha..akak kot dh lama xtenung ayut...

ayut said... Reply To This Comment

@Farah Waheda Wahidhahaha..akak kot dh lama xtenung ayut...

ayut said... Reply To This Comment

@Sue-Rya Qistinaeh..xla kak...ayut just dtg melawat...suami ckp tunggu dia je nnt blik smenanjung...

UmmuAidan-Arissa said... Reply To This Comment

mahal yer brg2 kat sana..sib baik ayut berdua rajin survey dulu kan..ingatkan hubby ayut dok cam berek ke kan rupanya sewa jgk yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...