Followerku..

10 days challenge: Day1-Picture

Assalamualaikum...

Day 1-Picture

Hari pertama cabaran yang perlu dilakukan adalah untuk cerita pasal gambar. Semalam pon aku dah cakap nak kongsi gambar yang sangat-sangat kuat dalam ingatan,jadinya harini aku tunaikan ye ;)

Kereta kesayangan adalah tema gambar aku. Biar gambar berbicara la ye. Aku cerita sikit jela. Menangis rasa tengok balik. Hohoho.

Gambar 1 = Kemalangan 1

Masa kemalangan pertama sebab langgar pagar ye kawan-kawan. Nak masuk parking rumah pergi langgar pagar. Nasib kau la ayut!

Gambar 2 = Kemalangan 2


Kemalangan kedua jadi masa pergi Johor dengan kakak aku. Benda ni jadi sebab bas kilang tu main redah aci dia je nak seberang jalan. Padahal boleh nampak kot kereta aku kat jalan tengah. Stress dengan minah indon tu! Benda ni jadi seminggu lepas tunang aku (masa tu tunangla kan sekarang suami) kena pindah Sabah.

Gambar 3 = Kemalangan 3

Kali ketiga punya kemalangan aku tak pernah publish kat mana-mana. Ini la kemalangan paling teruk aku terima sehari selepas suami tersayang aku balik ke Sabah. Sedih. Takut. Fobia. Semua ada. Salah aku sendiri sebab langgar kereta parking tepi jalan. What did you aspect bila benda ni jadi? Mestila aku menangis puas-puas dulu baru buat report.hahahaha. Sekali kereta yang terlibat sampai 2 ok. 

Gambar 4 = Kemalangan 4

Ok. Ni yang terakhir. Aku tak tahu la orang dengki ke tak sengaja. Apa yang pasti ramai cakap ada benda tajam atau berat yang kena kat situ. Kalau orang buat moga aku dapatla rezeki lain atas perbuatan dia ni. Amin.

Ok.
Inilah gambar yang sangat bermakna dalam hidup aku. Kenapa? Mengajar aku lebih sabar,lebih redha,lebih kuat dan tak kurang jugak lebih berilmu dalam menghadapi kemalangan. Gambar-gambar ni jugakla yang kalau aku tengok aku macam rasa 'aku hadapi semua ni ke?' :') Mungkin pada korang ala kemalangan kecik je. Pada aku inilah yang besar dalam hidup aku.

Lebih berhati-hati membawa kereta ye semua.
Jumpa lagi next entry untuk cabaran seterusnya. 




6 pesanan buat ayut :

Unknown said... Reply To This Comment

bab-bab kemalangan kereta especially kalau kita yg bawak memang akan ketar badan.huhuhu

Pokok Manggis Depan Rumah said... Reply To This Comment

kasihanya. Sabar yea.Lain kali kena lebih berhati-hati lagi.

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

dugaan ni..

kalau yui mmg cuaklaa..

Cik Rose said... Reply To This Comment

aduhai.. kasiahan Ayut.. benda dah jadi.. tapi, memang menggeletar kalau jadi macam tu.. Ros pun ada pengalaman pasal kereta.. di highway pula tu..

Unknown said... Reply To This Comment

adui ba... sudah ku rasai sebelum2 ni.. sabar bebanyak ye ayut.. macam2 ujian/dugaan bila suami jauh

Mimie said... Reply To This Comment

akak pun pernah kemalangan xsmpt brek lggar blakang lori..setahun lbih fobia drive kereta

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...