Assalamualaikum...
Apa kelebihannya dengan memandang sesuatu bukan hanya pada satu pandangan?
Entry ni boleh dikatakan sebagai sambungan kot entry sebelum ni.Pagi tadi kan ada post pasal Motivasi Iri Hati.Maksud entry tu kalau di arahkan ke positif jadilah positif.Tapi kalau sebaliknya,negatifla ia.Jadi kat sini nak bagitahu la pulak mengenai pandangan.
Pandangan terjadi apabila seseorang itu telah memerhati sesuatu dengan mata kepala mereka, berfikir dengan apa yang dilihat dan akhirnya terdetik/terlahir sesuatu daripada hati mereka.Akhirnya disuarakan menjadi suatu pandangan untuk diperkatakan/diutarakan dimulut.
Sesuatu yang mewujudkan pandangan itu adalah paling utama MATA.Lumrah manusia hanya dapat melihat secara luaran seseorang/sesuatu di depan mata mereka.Adakah itu adil untuk terus membuat sesuatu pandangan yang muktamad atas apa yang dilihat?Semestinya tidak bukan.
Perspektif yang berbeza dapat mewujudkan kefahaman.Selain itu,Perspektif yang berbeza pasti boleh menjaga hati daripada berprasangka buruk.Tambah lagi,penyelesaian masalah akan akan dapat dilakukan andai benar-benar memahami/melihat dari pelbagai aspek.Terutama bila melibatkan sebuah kehidupan.Setuju?
Macam gambar comel atas tu.Selalu kucing akan lepak atas kabinet dan nampak biasa je pada kita.Sekarang gambar tu kucing lepak bawah kabinet.Sangat comel kucing itu kan?!!
hahahaha.
^___^
Kadang-kadang bila melihat dengan perspektif yang berbeza pasti kita akan dapat rasa keunikkan dan keindahannya.Mudahlah untuk kita fahami dan hayati.
Kehidupan ini banyak keindahan yang kite perlu lihat dari setiap celahan peluang.
Salam Jumaat!
16 pesanan buat ayut :
maksudnya melihat dari sudut yang lainlah kan..baru blh nampak baik buruknya..ya dak yut..:)
lihat dgn mata hati bukan mata lutut...lalalala
betul....
kita lihat apa yg tersirat dan tersurat...... mungkin ada rahsia yg tersembunyi......
yup very true ayut... look from a different perspective will make us think different dan sometimes benda yang kita tak terfikir atau nampak, secara tak langsung kita akan terfikir atau nampak... ^_^
@ummuaidan yup..kena tgk pelbagai sudut..bru blh tahu baik bruk ye..ap yg btul yg slh ye :)
3x hery bca n faham entry ni last2 dpt juga...haha..kiranya cntoh klo nak nilai org tu knl lah hati budi dulu..eh terkeluar tajuk..
setuju..melihat dr sudut yg postif tau..hehe
Dalam hidup ini,
Kita sentiasa ada 2 pilihan.
Baik atau Buruk,
Hitam atau Putih,
Positif atau Negatif.
Pilihlah Satu dan kekal di dalamnya.
Begitu dengan emosi.Emosi positif boleh merubah tindakan menjadi tindakan-tindakan positif,
akhirnya membuatkan kita dapat mencapai cita-cita...
@hazwan hairy utk ap yg hery pham btul..tp dr segi aspek utk kenal seseorg...aspek len pon mcm tu jgk.nk tahu sesuatu kena tgk dr setiap sudut :)
komen yui sama cam kak mimie.haha
betul tu ayut...tetapi macam biasa la penglihatan dan minda manusia ni terbatas...lain org lain perspektifnya...itu sebab ada baiknya jika sebelum menilai sesuatu atau buat keputusan kita dapatkan pandangan beberapa org terlebih dahulu...sebab mungkin mereka boleh nampak apa yg kita tak nampak...tak kisah samada yg negatif atau yg positif....dua2 ni kena dinilaikan sekali...
sekali sekala kita perlu melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza...
kucing tu sangat comel... >.<
manusia mcm2 fikiran nyer..
bile buat sesuatu yg baru org akan pelik.. sbg cth akak g ikea saja le main match tong sampah ngan penutp nyer..amik penutup putih bawah nye hitam..dak cashier cakap ngape amik mcm nie.. dia senyum2 sebab pasni mana ada customer nak amik macam nie.. ( mana tau ada org pk mcm akak kan)
lihat apa yg kita nampak..
tafsir apa yg kita lihat..
tp selalu org ambik jalan shortcut je, tafsir apa yg kita nampak.. bila dh jd mcm tu, mmg takde la nk tgk ikut perspektif lain plak.. =)
suka quato nih...ayut :)
betoi tu... kita harus lihat sesuatu dr perspektif berbeza... xleh tgk sekali pandang camtu terus nilai..
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^