-Kawan Aku-

Pokok pisang!

Assalamualaikum....

Sepanjang hari ni aku telah dibelenggu dengan fenomena pokok pisang.
haishhh...
Tak senang duduk dibuatnya.
Bila dah terfikir je ni memang masalah.
Semoga menjadi peringatan dan inspirasi bersama


Ini pokok pisang!
[google]
Korang tau?
Dua fakta pasal pokok pisang:

1) Pisang hanya akan berbuah sekali sepanjang hayat dia!
dah ada pepatah melayu pon kan.ingat ke apa dia? :)
'takkan pisang berbuah dua kali'

2) Pokok pisang takkan mati selagi dia tak mengeluarkan buah!
korang tebang ke potong pucuk dia ke apa ke,selagi dia tak berbuah,selagi tu dia akan hidup.
lepas dia kuarkan buah,yang ada jantung pisang tu kan(ingat tak ni?hihihi),pastu dia akan dengan rela hati mati menjadi baja bagi generasi seterusnya.Korang tak payah risau dan memang akan kuar anak seterusnya pada kelompok yang sama.

"Tumbuh,berbuah dan mati"

Apa korang boleh dapat daripada pokok pisang?
Buah pisang la!
jawapan anda betu!
*salah soalan tu sebenarnya*
hihihi

Apa teladan yang korang boleh perolehi daripada kehidupan sebatang pokok pisang?



perkongsian ni ada dalam buku atas tu.
Majalah NUR keluaran Jun 2012.Tulisan Penyelidik bebas Modul Latihan, Sofiyah.
"Ya allah,ketabahan pokok pisang yang Allah ciptakan tumbuh di bumi membawa kepada kisah ketabahan para ibu dan isteri seperti Siti hajar dan Siti Sarah memberi kami inspirasi untuk menghadapi detik-detik kehidupan di abad ini." -Sofiyah,majalah NUR:Jun 2012.


Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim menjadi teladan ketabahan melahirkan kandungannya di tanah gurun pasir bersendirian, Nabi Ismail, yang mana akhirnya kini tempat tersebut meriah menjadi tumpuan seluruh dunia!Siti Sarah,madu kepada Siti Hajar juga isteri Nabi Ibrahim yang terus tinggal di sisi suami tercinta dengan kelahiran juga zuriat Nabi Ishak dengan penuh taat dan setia!
Berkembanglah akhirnya Islam hasil kecekalan dua wanita agung ini! 
(ringkasan artikel!) 




Berbaktilah
Semoga generasi akan datang
Masih beroleh manfaatnya.
Amin...



"Adakah aku mampu seteguh pokok pisang?berfikir!

Walaupun sedikit,semoga aku sentiasa mampu memberi sumbangan 
Sumbangan yang menjadi bekalan aku di 'sana'
Sumbangan yang menjadi panduan untuk generasi akan datang."




Mekaseh..!

3 pesanan buat ayut :

azizah :) said... Reply To This Comment

InsyaAllah semoga ia membawa bekal buat kita ke alam sana...


jijah baru tahu kisah siti hajar ni gan pokok pisang..

ayut said... Reply To This Comment

ayut pon bace buku tu bru tau...share skali..leh jd bt inspirasi menjalani khdupan :)

shida'R said... Reply To This Comment

amboiii blog ayut..comel jerhhh hehee.. dah btukar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...