-Kawan Aku-

Aku dan Kamu..

Assalamualaikum....

Fuhhh...kekecewaan melanda tak dapat nak tengok pon gerhana bulan separa semalam.Ni la masalah kalau duduk tengah bandar bernama Petaling Jaya.Bentuk bulan pon tak nampak,lagi kan gerhana yang indah tu.Tengok kat Facebook jela jawab yer.Kat Sandakan,Sabah boleh nampak.Tahu pon sebab malam tadi tengok FB ada yang post gambar :)  Takpelah.malam tadi tengok langit mendung jela kat Petaling Jaya.Cantik jugak.Ciptaan Allah mana ada tak cantik kan? :)

Hari selasa dah hari ni.Masa terlalu pantas kan?Pejam celik dah 15 Rejab 1433.Setengah bulan dah rupanya.Then,dah setengah tahun jugak rupenya.Apa la yang aku dah buat?Fikir-fikir jap..Alahai duniawi semuanya.Terasa sangat sadis diriku ini -_-" Lakukanlah perubahan walaupun sedikit ok!Nanti lama-lama boleh jadi banyak!!Ingat-ingatkan andai aku terlalu leka mengejar dunia.

Jodoh pertemuan,ajal maut ditangan Allah.
Adakah aku sempat untuk bersama kamu sebelum nyawa ku terpisah dari badan?
Adakah aku benar-benar layak untuk kamu?

Aku mengenali kamu disaat masing-masing di dalam kekecewaan.Pertemuan yang tanpa diduga,akhirnya menjadi suatu perhubungan yang sehingga kini masih bersama.Aku mengenali kamu permulaan tahun 2011.Aku online.Kamu online.Membuka satu laman sesawang untuk beborak dan akhirnya kita bertemu di dalam group negeri Pahang.Aku menipu.Kamu juga menipu.hahaha.Aku dan kamu sungguh jahat.Tahu tak?Aku membawa diri ke situ hanya sekadar untuk menhiburkan diri.Bukan tujuan untuk mencari pengganti.Tapi kamu?Aku tidak tahu apa tujuan kamu pada malam itu ke situ.Pertemuan secara online.Adakah kamu ingat semudah itu untuk aku percaya?Semestinya tidak.Kau terlalu asing bagiku....

Bagaimana aku boleh mempercayai kamu?
Aku sendiri tidak mengerti
Mengapa kamu yang menjadi penemanku di alam realiti...

Aku terlau sombong dengan kamu.Aku mengerti tujuan kamu berkenalan denganku bukanlah untuk bermain-main.Tapi aku degil.Kamu juga tahu aku degil bukan?Kamu menjadi kawanku.Kamu menjadi pendengarku.Walaupun kamu bukanlah pendengar yang terbaik,namun kamu tetap manjadi peneman yang terbaik untuk aku.Entah mengapa,aku tetap mengabaikan kamu.Apa kamu ingat aku peduli?hahaha.Sungguh sombong aku dikala itu.Aku masih teringat lagi pertemuan pertama.Kamu beria ingin membawaku minum di luar.Tapi aku?Akhirnya menjadikan pertemuan itu sekadar kamu di dalam kereta dan aku di luar.Tidak sampai 5 minit aku mengatakan aku mahu beriadah bersama rakan-rakanku.Dan kamu?Terdiam seterusnya mengatakan iya.Kemudiannya aku dan kamu berlalu.Kejam sungguh aku waktu itu.hahaha.Apa kamu ingat aku kesah?Aku mengaku,kamu bukanlah yang aku nantikan waktu itu.Namun hatiku milik Allah.Allah penentu segalanya apa yang tebaik untuk aku.Percayalah,jauh disudut hati,aku tersentuh dengan kesabaran dan penantian kamu.

Aku bukanlah sesiapa
Untuk kamu menanti sedemikian rupa
Tapi mengapa?
Hanya kamu ada jawapannya
Kamu jua yang mampu berkata
'Pertama kali berjumpa,saya dapat rasa,awaklah orangnya'

sila tengok depan ye b! :)
Mungkin ada mengatakan aku terlalu cepat mempercayai kamu."Pertemuan juga dimulakan dengan penipuan,bagaimana untuk melangkah seterusnya?Benarkah tiada lagi penipuan.Kau pasti?""nape nak cepat sangat ni.Dia keje ok dah ke."Terlalu ramai kadang-kadang memikirkan untuk aku.Aku hargai setiap nasihat dan peringatan yang diberi oleh kalian.Namun ketahuilah.Setiap keputusan yang diambil pasti ada risikonya.Aku mengharapkan doa daripada kalian.Doa kesejahteraan,doa kebahagiaan.Itulah yang terbaik untuk aku dan itulah hadiah yang tak termampu untuk aku dan kamu membalasnya.Aku mempercayai kamu,kamu mempercayai aku.Kalian juga harus mempercayai aku dan kamu kerana itu kekuatan kami.


Terima kasih atas kesabaran kamu sehingga kini,Mohamad Hafizal.Walaupun masih baru hubungan ini,aku harapkan biarlah ianya sehingga ke syurga.Kini,mengertilah aku dan kamu.Dugaan sentiasa ada di hadapan sana.Masa hadapan masih samar.Namun,aku dan kamu akan tetap melangkah,demi satu tujuan yang sama,atas landasan yang sama.Setiap perkara pastinya memerlukan pengorbanan.Belajarlah erti kehidupan yang tak pernah putus dugaannya ini.Semoga segalanya dipermudahkan dan diperkukuhkan kekuatan bersama.Aku ada kamu,kamu ada aku.Pertemuan keluarga telah diatur.Semoga perjalanannya akan terus teratur.Amin :)


*kan dah jadi karangan Bahasa Melayu.haishh -_-"


Mekaseh..!

6 pesanan buat ayut :

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

insyaALLAH..aminnn..

azizah :) said... Reply To This Comment

fuh sedih jijah baca.. macam tu jalan citernya..hehe so sweet ayut! InsyaAllah kebahagiaan kan milik kamu dan hafizal selamanya...Amin...

ayut said... Reply To This Comment

@nuyui a.k.a miss YUI mudah-mudahan yui...mekaseh dear :)

ayut said... Reply To This Comment

@azizah :) jgn sedih jijah.huhu..ayut plak jd sayu.adehh.mudah-mudahan ye..mekaseh cygku :)

Mrs Lurve said... Reply To This Comment

InsyaAllah, mesti ada kebahagiaan di hujungnya

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

moga berbahagia selalu :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...