Followerku..

Aku dan Kamu: Ketahuilah kamu!"Aku Wanita Biasa"

Assalamualaikum...


Sejujurnya ku tak bisa
hidup tanpa kamu
aku gila
takkan ku sia-siakan kamu lagi!
[Firman-Kehilangan]


Kehadapan kamu Mohamad Hafizal,

Aku,Ayut (bukan nama sebenar) ingin menulis ini untuk kamu.Aku harap kamu terbacalah coretan ini di kala kamu kelapangan dan kesunyian.Aku tahu kamu terlalu banyak kerja untuk dilakukan.Kamu kekurangan masa untuk melihat apa yang aku lakukan bukan.Aku faham.Semua ini bukan kemahuan kamu.Tapi sudah menjadi tanggungjawab kamu kerana itulah kerja kamu.

Kamu,
Hubungan jarak jauh ini selalu membuatkan diri aku ragu dengan kejujuranmu.Aku merasakan kamu telah berubah apabila semakin lama dalam perhubungan ini.Aku pernah meluahkannya kepada kamu.Tapi kamu merasakan tiada apa yang merubah dan berubah.*aku menangis*

Kamu,
Aku selalu membebel kat kamu apabila kita berhubung.Aku tahu kamu akan terus melayan apa yang aku borakkan kerana hanya waktu itulah kamu ada masa untuk aku.Namun sampai masa kamu pergi.Walaupun bukan untuk selamanya dan hanya sementara tapi aku tak mahu.Kamu pasti terus menaasihati aku untuk terus bersabar dan memahami tugasmu.*aku merajuk*

*merajuk* [google]

Kamu,
Suatu ketika aku pernah merancang untuk keluar bersama rakan-rakanku.Aku telah membuat semua persiapan untuk keluar bersama mereka untuk kali keduanya.Aku memberitahu kamu.Seterusnya kamu menyatakan kepada aku mengapa perlu ada hari kedua bersama rakan kalau waktu itu kamu mempunyai masa untuk aku.Aku buntu.Aku tahu kamu tidak menghalang tapi kamu juga tidak merelakan.Kamu membiarkan aku membuat keputusan.*aku kecewa*

Kamu,
Ada masa,aku merengek seperti keanak-anakkan untuk meminta sesuatu.ah,sungguh budak-budak aku rasa.Tapi aku mahu -_-".Kadang-kadang aku meminta yang bukan-bukan sampai kamu sendiri tak tahu nak cari di mana.Teringat pula dimana aku mahukan 'cream puff' daripada kamu balasan daripada aku memberikan kamu macaron.Tapi sampai sekarang aku kempunan hanya kerana kamu tidak tahu nak cari di mana.*aku terasa*

Kamu,
Walaupun aku begitu dan begini,kamu sentiasa bersama.Membuatkan aku merasa bahagia.Membuatkan diri aku ketawa.Walaupun ada kalanya aku sangat mencabar kesabaranmu dengan kedegilanku, kamu tetap masih ada dengan aku.Kini kamu dah pandai membuat lawak.Kamu belajar dari aku bukan?hahaha.Pandainya kamu kan.Percayalah,kini sangat bahagia aku ada kamu!Kamu belajar melengkapi kekurangan aku dan aku juga sebegitu.Biarlah wujudnya perasan-perasaan di atas itu,aku tidak terpaksa."Aku wanita biasa yang kadang-kadang terlalu mengikut emosi".



Kerana aku kini tahu,kamu ingin aku belajar erti sebuah perhubungan dan perkongsian.






Salam kerinduan,
Aku,
kesayanganmu!





4 pesanan buat ayut :

Unknown said... Reply To This Comment

alahai sweetnya... sedih jijah baca..wuawuawua... semoga kebahagiaan milik kamo n hafizal selamanya syg... jijah doakan yg TERBAIK buat kamo berdua :)

peduli org kata,sy lagi kenal syg sy :))

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

sweet plak akak baca entry ni :-)

betoi tu.. kiita n pasangan ni sbnarnya akn saling lgkap melgkapi :-)

ayut said... Reply To This Comment

@azizah :) ngeh3x~~ mekaseh jijah!amin..smga baik-baik saje :)

ayut said... Reply To This Comment

@IntaNBerliaN hihihi...tgh bljar lg ni kak.smga semuanya baik2 ye kak :)

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...