-Kawan Aku-

Sayang kat semua ni!

Assalamualaikum...

Semalam aku cite pasal aku tunang kan?tak cita pon bagi gambar je.hihihi.
Terharu la..Nak nangis pon ada.Touching tau.

Pengalaman dalam berblog dengan kenal ramai blogger lain.Walaupun hanya di alam maya terasa macam dah lama je kenal.Memberi nasihat.Memberi ucapan-ucapan yang menyentuh gitu.Baca sikit, tersenyum...Baca lagi,nak nangis.Baca lagi,kena jadikan peringatan ni.Baca lagi,wahhh happy yer.Sangat sweet la korang ni.Sayang kat semua ni!
Nama-nama diorang ni nak carik link blog yer ada je kat bloglist gan top commenter.
Tapi ada jugak yang belom masuk list.Nanti aku update bloglist ea.hihihi
Jangan merajuk pulak.Cubit nanti kalau merajuk ^__^






Semoga ukhwah yang terjalin membawa manfaat bersama ye.
Komen ni lom publish lagi sebab arini MC.Tak larat nak buat pape dah.Kena duduk rehat dulu.Walaupun belom publish tapi aku dah baca tau.hihihi.Esok baru balas jejak.Maaf kalau terlambat.
Ni pon autopublish.


Selamat berblogging kepada semua!




Wordless Wednesday (22) !!CPUV Nuffnang!!

Assalamualaikum...



Tunggu durian runtuh...
hahaha



p/s: MC today -_-

Ikatan Janji...

Assalamualaikum...


Apa yang boleh dikatakan, doakanlah yang terbaik buat diriku dan bakal penemanku.
Berkongsi kegembiraan dengan gambar!
Jom!

terima kasih mawar sponsor kek.huhu
tak dapat nak rasa sebab bagi ke sana.Suruh si En B bawak sikit time konvo nanti tapi dia cakap buruk siku.hahahaha.


i am belong to someone...





thanks Yana bagi hamper coklat tu...tak tahu bile boleh abis agaknya.hihihi.

thanks korang sebab memeriahkan dan mendoakan aku.
meh kenalkan kawan meh.
ungu-Mawar,belakang purple-Nad,belakang biru-Dayah dan biru-Aliza







Dah penat..
Tapi ada lagi yang lebih penat di sebalik semua ni.





kakak-kakak aku.
Terima kasih atas segalanya.Terima kasih atas sokongan dan perhatian kat adikmu ini.
Sungguh tanpa kalian adikmu takkan ke mana.

abang-abangku juga.
Walaupun kalian tiada di dalam gambar,tapi hanya kalian penguat di belakang.
Alhamdulillah.
Aku akan melangkah untuk seterusnya.
Doakanlah agar dipermudahkan jalan dan dimurahkan rezeki aku yer.

Nak buat benda baik ni.
Ya Allah
Semoga sama-sama memperoleh keberkatan dari-Nya.
amin.






Perkongsian Hari Raya Aidiladha...

Assalamualaikum...


[Google Image]


Hari raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah.
Seterusnya, adalah Hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.


Mengenai Hari Tasyrik
Ketika di waktu ini kita diharamkan untuk berpuasa dan kita digalakkan untuk banyak berzikir kepada Allah SWT. Sepanjang hari ni jugak kita masih boleh bertakbir (sehingga sebelum jatuh matahari 14 Zulhijjah).
Ketika ini juga,Jemaah Haji yang menunaikan Ibadah Haji sedang berada di Mina untuk melaksanakan rukun haji iaitu melontar (kalau salah bagitahu yer).
Semoga mereka dapat melaksanakan Ibadah Haji dengan sempurna dan mendapat Haji yang Mabrur.Amin.


Perkongsian yang terlambat sikit keluarnya.Mudah-mudahan membawa manfaat bersama.


Kisahnya Aku:


Aku ada postkan gamabr ni sebelum ni?
Ni la nak bagitahu.
Pada Raya korban pertama, dapatlah menyaksikan orang kampung buat korban.
Ni jiran sebelah yang buat korban.
Akhirnya dapat jugak tengok depan mata.
Sebelum ni tak pernah tengok.
Pepagi aku dah tercongok kat umah jiran.Jakun la katakan.
Lembu tu baik jer.Takde pon aksi-aksi ganas yang dia nak lakukan.hihihi.
Nak tumbangkan lembu pon makan masa jugak kan.
Ada la dalam 20 minit nak bagi dia tumbang.Baru boleh disembelih.
Nak hands on tolong ada kena libas kang.
hahahaha.
Biar lelakilah yang buat.
Korang pernah tengok tak?

Alhamdulillah.
Selamat dah korbannya.

Sampai ke harini ada lagi dagingnya.
Daging korban seeloknya kena masak cepatkan?Betul tak?
Aku bawak balik PJ ni dah masak punya jela.
Daging satay goreng.
sekali makan ok.
dua kali makan layankan.
tiga kali makan muak dah.
tak mahu makan daging lagi.
huhuhu

Ada sesape tak makan daging ke?


Mengikat Janji...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...

Doakan yang terbaik untuk saya yer...



p/s: nanti cite lagi ea..autopublish ni...

Ibadah Korban...

Assalamualaikum...



Bismillah...
 Bergotong royong menjalankan ibadah Sunat Mu'akkad.


Cite lanjut akan datang.hihihi.
Salam Aidiladha buat semua dan Selamat menghabiskan cuti!
^___^

Akulah kucing tu....

Assalamualaikum...


Photo: AAAAaaaaaa!!! tolongggg!!!


Sekarang memang terasa macam kucing tu sebab semua kena buat...
tak menang tangan.hohoho
nanti-nanti aku jejalan tempat korang ea.

hahahaha
ok aku kelakar tengok kucing tu..
muke tak leh tahan..
adehhh


Anak vs Ayah

Assalamualaikum...




Anak : Ayah, kalau ayah nampak RM10 kat meja dan RM5 kat lantai, yg mana ayah akan ambil?
Ayah : Mestilah RM10 , Banyak tuu.
Anak : Ayah,kenapa ayah bodoh sgt? Kenapa tak ambil kedua-duanya?
Ayah : $#*$&@#@$@#
Anak :@#!@#!@%$!@#!@#!@!!


Sambungan~~


Ayah : anak,Ayah nak bagi rm5 dengan rm10,yang mana anak akan ambil?
anak : mestilah dua-dua sekali,(nak kenakan aku balik laa ni,sorry father,aku lagi cerdik)
Ayah : Kenapa anak ayah ni bodoh sangat,ayah suruh pilih rm5 dengan
rm10,disebabkan kau bodoh,pilih dua2 sekali,rm5 tak dapat rm10 tak dapat. HARHARHAR!
Anak:@#$@#$@#$@#$(melepas aku!!)
Ayah:@#$*@#*$^*&@#!!




p/s:hahaha...memang happy family ^___^ .Autopublish sebab nak kena survey tepat keje baru!


sumber: FACEBOOK

Ayut bila di kampung! (2)

Assalamualaikum...

Hari ni aku cutiiii!!!!
Korang ada yang cuti jugak tak?Yangtak cuti jangan jeles..hihi
Alhamdulillah..aku selamat sampai ke kampung malam tadi dengan selamat.
Pernah bace kan untuk Versi 1 punya list aku?
Kali ni pon aku ada list...Versi 2.
Ni la korang akan hadapi bila di kampung sudah tiada ibubapa T_T
takpe..at least kita akan lebih biasa dan pandai berdikari ok.
Be positive semua.


Tu list aku..Tu list nak beli barang je tau.
Keje takde list lagi tu.
Korang masak apa Raya Haji nanti?
Makan daging lembu la jawab ye nanti..rendang daging!suke3x!
Jom beli barang!




p/s:autopublish sebab aku pergi beli barang memang yer..hihi ^__^


Wordless Wednesday (21) !!Malam ni!!

Assalamualaikum...




Bermusafirlah!





p/s:lambat cikit je lagi beli,memang tak balik.waktu lain semua abis!fuhhh~






Kedai RM2!

Assalamualaikum...


Sahabat baik ini telah memulakan perbualan selepas keluar daripada sebuah kedai. Seorang daripada mereka masih berada dalam keadaan yang marah...dan seterusnya...


Mat: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

Man: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

Mat: mmm..sengal punye kawan.


p/s: nasiblah... ^__^

||Aku minta...Tuhan Jagakan Dia||

Assalamualaikum...

Setelah aku kenal akan kau
Aku merasakan hanya kau aku mahu
Aku merasakan ketulusan itu
Siapa pon kau
Siapa pon aku
Kesetiaan bayaran untuk semua
Hanya kepadaNYA aku meminta kini
Kau sentiasa bahagia,Kau sentiasa gembira,Kau sentiasa terjaga.


Yehaa...tu dia aku layan perasaan lagi buat kali ke 2 selepas semalam.hahaha.
Tu maksud yang ingin disampaikan menurut hati aku la pasal lagu ni.
Tak tahu la korang rasa apa pulak kan...heee~

TAJUK: TUHAN JAGAKAN DIA
NYANYIAN: MOTIF BAND


Ni pulak lirik lagu Tuhan Jagakan Dia ni (dalam lagu tu pon ada)...Jom layan!

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan...
Jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan...
Jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyanyangi setulus hatiku
Tuhan...
Jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan...
Jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku




p/s:apesal aku layan indon punye lagu ni? -__-" tapi lagu ni macam ala-ala untuk PJJ la kan..hihi >_<

Wordless Wednesday (20) !!You!!

Assalamualaikum...



"You are just what the doctor ordered"





p/s: meaning - Just what is needed or desired!
jgn muntah beramai-ramai yer.huhu

Wordless Wednesday (19) !!3 days more to go!!

Assalamualaikum...





Mengikat janji.
InshaAllah.




||Sayang....Maafkanku||

Assalamualaikum...

Tanpa tahu apa kebenaran dan apa kesalahan
Sesuatu datang menduga hati dan perasaan antara kita.
Walaupun berat
Walaupun sakit
Kau ungkapkan
Aku dan kau terpaksa menerima.
Benarlah
Hanya kemaafan mampu diluahkan dan dibicarakn antara kita
Bila ini yang terjadi.

Ha....tu dia petang-petang ni jom layan perasaan...
Lebih kurang makna macam kat atas tu la kan lagu ni..
Cer korang pulak bagi pengertian.hihi
Ni aku bagi sekali lirik lagu yer..
TAJUK: SAYANG
NYANYIAN: UNGU


Entah harus darimana ku memulai kata-kataku
Resah gelisah tak menentu, dari jauh lubuk hatiku
Bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu
Namun tak bisa ku jelaskan, aku takut menyakitimu

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski melawan hati

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus

Berat rasanya, berat rasanya untuk
Ungkapkan kata meski melawan hati

Sayang maafkan aku ingin putus

Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus
Sayang maafkan aku ingin putus
Sayang maafkan kita harus putus



Lagu ni tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia
Sekadar lagu..dan aku suke arrangement muzik dia
slow + hard sikit and nice~
dah la vokalis encem..opsss!
Lagu dah lame tapi baru popular sekarang
hahahaha..
Layan...



p/s: Mawar tengah gian lagu ni..hihi




Doktor vs Pesakit...

Assalamualaikum...




Doktor: Encik kena ambik 3 sudu ubat ni setiap hari.


Pesakit: Eh! takleh la doktor.

Doktor: Kenapa pulak?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Doktor: @$&^*%  -_-"






p/s: senyumkan aje  ^__^



11 tahun?Anda mampu ker?

Assalamualaikum...


Pagi ni dengar HOT FM topik Hot Chat diorang 'Cerita sebelum Kahwin'.
Siapa dengar mesti korang dapat dengar macam-macam cerita kan.
Ada kejap je kenal,dah boleh kahwin.
Ada lame kenal,baru boleh kawen.
Macam-macam.

Jadinya kat sini,
kisah Datuk Lee Chong Wei dan kekasih hatinya Wong Mew Choo memang happy ending la.
11 tahun kekasih hati menanti penuh sabar akhirnya mereka akan berkahwin pada bulan November nanti.
Tahniah buat mereka.
Tamatlah sebuah penantian.
^__^

Jaguh badminton China atau lebih mesra musuh utama, Lin Dan pon dah kahwin.
Sekarang giliran mereka pulak.

Semoga berbahagia selamanya buat mereka.
Jangan sia-siakan segala penantian yang telah dilakukan!


SELEPAS 11 tahun jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berpacaran dengan Wong Mew Choo, akhirnya kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan.

Begitupun, tarikh rasmi perkahwinan tersebut masih belum dimaklumkan memandangkan Chong Wei masih berada di Odense dan baru mengakhiri misinya pada Kejohanan Badminton Siri Super Primer Terbuka Denmark kelmarin dengan muncul juara.

Sebaliknya, abang Chong Wei, Lee Chong Hoon sekadar memberitahu, majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan tersebut akan diadakan selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November depan.

“Tarikh (pendaftaran perkahwinan) dan tempat perkahwinan tersebut akan dimaklumkan sendiri oleh Datuk Lee Chong Wei dan Mew Choo pada sidang akhbar akan datang,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat syarikat Chong Wei Binajaya Sdn. Bhd. di Bandar Puteri, Puchong semalam.

Chong Hoon yang mengakui gembira dengan keputusan adiknya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini berkata, seluruh ahli keluarganya tidak sabar menunggu majlis gilang-gemilang tersebut.

“Ibu saya sangat gembira dan seluruh keluarga juga gembira dengan perkahwinan ini kerana setelah sekian lama mereka akan disatukan.

“Walaupun kami hanya ada masa selama 43 hari untuk membantu persediaan majlis perkahwinan ini tetapi kami akan cuba untuk melangsungkannya dengan sempurna.


Berita lanjut: KOSMO Online!




p/s: korang mampu tak 11 tahun?hohoho....BAM kenalah carik pelapis dengan segera pasni.. ^__^

Kucing COmel di pagi hari..

Assalamualaikum...



Sukeeerrr...Comel key chain tu.
Dapat dah hadiahnya tadi pagi.
Terima kasih Cik En..
^___^

Semoga segala urusan Cik En dipermudahkan yer.
Kadang-kadang memang kesibukan dapat membantutkan segala perancangan.
Itulah kehidupan..
Aku pon  sampai terlupa dah yang aku pernah join segmen Cik En ni.
Lepas tengok nama Cik En baru la teringat.




p/s: apa nama kucing ni..katun dia apa ek?tak dapat nak rewind la.. -_-"

Berita petang Isnin...

Assalamualaikum...

Petang-petang layan artis pulak..huhu..
Lama sebenarnya tak baca cerita artis..Jom layan.
Artis pilihan petang ini.....
tadaaa....



Kosmo!: Apakah komen Johan apabila orang ramai mula membuat spekulasi tentang hubungan rapat Johan dengan Nabila?

JOHAN: Seperti semua sedia maklum, saya dan Nabila hanyalah berkawan rapat. Tidak lebih daripada itu. Kami jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Kenyataan ‘kami berkawan rapat’ sangat klise. Apa pendapat Johan mengenai perkara ini?

Memang agak klise, tetapi itulah realitinya. Bagaimanapun, jika peminat senang dengan hubungan saya dan Nabila, saya harap mereka dapat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua.

Jadi, kamu berdua memang mempunyai hubungan istimewa?

Saya akui, setakat ini kami hanyalah berkawan rapat dan hubungan kami begitu akrab. Jika ada jodoh, apa salahnya? Tidak mustahil untuk sepasang kawan baik mendirikan rumah tangga. Jadi saya serahkan selebihnya kepada takdir dan jodoh.


Berita lanjut: KOSMO! Online


P/s: orang meminta,kita mendoakan la ye untuk kesudahan yang terbaik...


Berita pagi Isnin...

Assalamualaikum...


Pagi-pagi Isnin yang serba redup jer harini, baca paper boleh tersenyum.Tapi kalau ditempat kejadian pasti keadaan ni agak mencemaskan dan bukannya lawak yer. ^__^




KOTA BHARU - Enam sekeluarga gempar selepas rumah mereka di Kampung Panji dekat sini, dimasuki seekor harimau akar atau nama saintifiknya neofelis nebulosa yang sesat malam tadi.

Mangsa, Nik Roziana Mohamed, 32, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika dia dan empat anaknya sedang bersedia untuk menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia di skrin gergasi berhampiran rumahnya.

Katanya, kejadian tersebut disedari oleh anaknya, Megat Azim Haikal Megat Roslan, 9, yang ternampak binatang tersebut berada di bawah kereta yang diletakkan di halaman rumah dan kemudiannya masuk ke dalam rumah.


p/s: Harimau nak tgk bola jugak..hihi.Perlawanan yang menarik memang la semua nak tengok! ^__^


KREDIT: KOSMO ONLINE.


Saya Suka Dress! 1st Giveaway

Assalamualaikum...





Tarikh tutup: 21 Oktober 2012

Mangsa kena suke jugak dress:



Untung-untung dapat dress.Leh melaram.Oppss! ^^


Ayut Jadi Sponsor GiveAway & Contest?!

Assalamualaikum...

Hujan takde,ribut takde dalam blog tetibe jadi sponsor.
Alhamdulillah,aku nak bagi korang sesuatu la kan sempena akhir-akhir tahun ni.
Memberi lebih baik dari menerima bak katanya.
Tapi bukan aku la yang buat GA gan Contest tu.Tapi Eca yang buat.heee~
So,aku pon jadilah sponsor untuk Year End Giveaway & Contest Eca.
17 Oktober 2012 segalanya bermula...






Ha..untuk yang ni 5 orang bertuah aku bagi hadiah.
Aku akan bagi brooch/keronsang untuk 5 orang tu.
Bolehlah korang guna nanti buat pegi kenduri kawen.Cantik2x pakai kat tudung gitu.hahaha
(Motif ko ayut nak kawen2x. -_-")
Contest yang Eca buat pon simple.
Apa lagi?Terjah!!





Ni ada 4 series kakak2x dan abang2x sekalian.
Ni baru lancarkan series pertama...nampak #1? Maknanya baru 1.
Korang join ada rezeki bawak balik hadiah.hihihi.
Kalau tak dapat GA#1 yang ke2,3,dan 4 kan ada lagi.
Tertarik dan menarik kan..Apa lagi?Drop by k!

Kebarangkalian hadiah diterima korang MEMANG ISTIMEWA.
 
So,jom memeriahkan majlis!
All the best untuk semua!




SURPRISE GIVEAWAY by FD

Assalamualaikum...





Tamat tempoh GA: 27 Oktober 2012

Mane tahu boleh dapat suprise..
hihihi.
Sila klik banner kalau nak join!

Menariknya Blog!

Assalamualaikum...



Sekarang ni aku try and error benda baru kat blog.Cantik la...(perasan!)
Terima kasih kat Abg Sop (lebih umur kan?ke salah..oppss!maaf kalau tersilap.hihi) bagi HTML untuk buat link blog bergemerlapan gitu.
Korang perasan tak ni?hahaha

Cube pegi kat link blog aku,nanti jadi warna-warni.
(contoh: pegi kat tajuk-macam gambar di bawah)




Ha...tu la dia yang menariknya.
So,korang nak jugak tak?
Pergi terjah Blog Abg Sop untuk Tutorial!





Spontaneous Thursday ||Terasa||

Assalamualaikum...


Aku ada perasaan,Kau ada perasaan
Apa guna selalu berdepan
Apa guna telefon mahal-mahal
Tapi bila tak kena
Kau kutuk belakang-belakang.
Enough!
Aku lagi terasa begitu...




p/s: Nasihat bersama..Kehidupan.







Wordless Wednesday (18) !!Syahadah!!

Assalamualaikum...





"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"








Perlukah sekufu dalam sebuah perkahwinan?

Assalamualaikum...


Pengertian sekufu:

Dari segi bahasa: sama atau setaraf
Dari segi Istilah: aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai.
(INFO : SINI)

Sebenarnya perlu ke tak?
Pada pendapat aku benda ni terletak pada pasangan tersebut.Kalau betul dia yakin why not kan?Tapi kita tidak boleh nafikan bahawasanya tiada ibubapa mahupun ahli keluarga mahu anak/saudara rapat mereka dalam kesusahan/dipergunakan.Kadang-kadang demi menjaga hati pihak lain,kita berkorban kerana permasalahan ini.Adakah perlu?Jika tidak bagaimana?

Korang ada pendapat?
Hidup ini kadang-kadang dugaannya tidak terduga.Lebih-lebih lagi melibatkan keluarga dan orang terdekat sangat payah kan?
Ni aku jumpe perbincangan kat Semanis Kurma.Ada orang share.
Pinjam info yer Sis Aleasara.

Lelaki perlu ada 3 RAS:

1-->beRAS :lebih kepada keperluan untuk makanan
2-->keRAS: lebih kepada tangungjawab seorang suami dalam keluarga
3-->waRAS: pemikiran seorang lelaki yang bergelar suami perlu bijak hadapi segla masalah
 
 
Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah memberikan tips dari perkataan H.A.R.M.O.N.I : 

H-->Hormat antara satu sama lain
A-->Ambil berat tentang nafkah
R-->Ramah mesra dengan pasangan
M-->Makan bersama ada keberkatan
O-->Ok selalu jangan K.O
N-->Nikmat bila ada suami/isteri,anak2
I-->Istiqamah dalam kasih sayang,dalam melakukan ibadat & amal kebaikan
 
Sama-sama kita fikirkan dan mencari keharmonian dunia dan akhirat.
 
amin.


p/s:aku kena pegi seminar arini.esok baru balas jejak yer semua..maaf kalau lambat berkunjung ^_^


Eh?!bukan aku tu...hihihi

Assalamuakum...


Kejadian semasa berblogwalking.
Membuatkan diriku tersenyum.
^___^



Hatiku berbicara
"aku baru je post komen..nape tetibe ada name blog aku kat situ."
Kejadian dah terlalu laju right klik - copy - paste
Tersilap sampai.....
Profile gambar kite kucenggg.hihihi~

Tu gambar kuceng gemokkkk kita..
Happy Blogging semua!
^___^

Saya nak ber'BlogWalking'...

Assalamualaikum...

Hari ni tugasan(dah maacam kat U buat assignment!)aku adalah untuk berjalan-jalan ke blog orang lain.
Blog orang-orang yang join sekali segmen Cik Misya yer.
Hari ni baru sempat nak terjah.
Target nak bg abis terjah semua blog yang ada.
Jom jalan!

Sebelum tu...

orang depan tu dah konvo kali ke-3..haha.

Tahniah to abang kesayanganku.
Gambar bawah baru betul.hihihi.


Teruskan lagi mengejar kejayaan dunia dan akhirat.
Jadi cikgu pra sekolah yang berjaya yer!

Korang mesti ada yang pergi konvo sesape kan...
Seronok rasa dapat masuk tempat belajar-belajar ni
^____^







"Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun"

Assalamualaikum...

Sebelum tamat hari Isnin ni,
Marilah kita berjual beli...
All the best
and good luck to me..!hahaha..


Pantun dijual Kak MiaLiana (wane hitam)
Aku pon membeli lah (wane ungu tu)
So enjoyyy!

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja
 
Siti Nurhaliza tiada tandingannya,
Orangnya kiut berhati waja,
Kalau Mia insan yang bertanya,
Pangillah Ayut untuk bermanja..

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga
 
Kuih bahulu manis rasanya,
Kalau terkenang pasti ternganga,
Tidaklah malu benar jawapannya,
Masih bujang belum berkeluarga...

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja
 
Atas perahu bersama si dia,
Duduk bersahaja berbual mesra,
Hendak tahu akan statusnya
Sedang bekerja pasti jawapannya...
Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
 
Pakai bedak sampai terserdak,
Pasti pipi putih jawabnya,
Jauh tidak dekat pon tidak
Selangor kini tempat tinggalnya...

 
 
 
Arrgghhh...perah idea time-time matahari naik kompem serabut..hihihi
Salam sayang buat semua,
kalau tak sedap layankan jela yerr... ^__^
 
Nak join meh pegi ke Blog Kak MiaLiana meh.
Sila tekan Banner yer..
 

Al-Ma'thurat dan Kelebihannya...

Assalamualaikum...


Al-Ma'thurat mengandungi zikir-zikir yang diamalkan Rasulullah serta sahabat-sahabat yang patut diamalkan bagi membentengi diri dan terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.
Al-Ma'thurat seeloknya diamalkan dalam seharian dan lebih elok membacanya sewaktu selepas Subuh dan selepas Asar.
Setiap masa kita praktis untuk berzikir yer.
Buku bawah ni memang letak kat ofis sebagai panduan.
Terbitan Darul Nu'man dan Diedarkan oleh Erfan Hj M.A Ghani.


Rujukan maklumat

Bacaan Al-Ma'thurat

Dimulakan dengan ucapan "Aku memohon perlindungan Allah,Maha Mendengar,Maha Mengetahui dari gangguan syaitan",yang mana setiap apa kita lakukan kendaklah berserah diri kepada-Nya.
Bacaan Al-Fatihah: Mengandungi pahala yang besar jika membaca dan menghayatinya.
Bacaan Ayat Kursi: Menghindar diri dari gangguan syaitan.
Bacaan zikir-zikir: Mengandungi beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhammad SAW.


Semoga sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan Allah di dunia yang sementara ini.


Marilah kita amalkan bersama!
Kadang-kadang dalam terpaksa itu pasti timbulnya keikhlasan kan?
heee~
^__^


Sebalik Bakal Bunga Daisyku!

Assalamualaikum...


Sebelum ni aku tanam kat Kebun kecikku cikit je.Hasilnya pon tak nampak lagi.Nanti aku bagi tengokla update kebun tu yer.Pasni boleh lah tanam bunga pulak.
Dah ada benih!Tinggal tanam...

Pasni kita belajar tanam pokok Bunga Daisy gan pokok Bunga Dahlia.
Nape tanam Bunga Daisy?
Sebenarnya Bunga Daisy ni arwah mak ayut suka sangat Bunga Daisy ni.Dulu berpasu-pasu diletak kat depan umah tu.Bila dulu time aku masih sekolah,aku la tukang tolong siram pokok bunga la,bagi baja la,tambah tanah la.Anak lastla katakan.Sekarang tinggal 5 pasu.Tu pon aku la yang gigih pindahkan anak-anak pokok Daisy tu sebab pasu dah penuh bila kadang-kadang balik bercuti kat kampung.Kalau tak memang tinggal pasu la nanti.Kat rumah,yang warna Merah terang tu dah takde benih.Mungkin silap aku sendiri la kot.Pindah punya pindah Hilang dah anak pokok yer.Memang Daisy ni bunga kenangan la senang cakap.Tu nak tanam Daisy Merah!

Tak tahu lah jadi merah ke kuning nanti.
Kita tengok kehebatan tangan bersama-sama k.

Kalau berbunga tu memang best lah!
Excited nak membeli tanah lagi ni.
Go Green!
Berbudi pada tanah!
At least sedap gak mata nanti dapat tengok bunga dari tengok bangunan batu jer.
^___^



Ada tak kenangan bunga dengan korang?
Mane tau terima bunga daisy dari orang tersayang...ha..meh cite meh.


 

Segmen : Cik Misya Nak Follow!

Assalamualaikum...




Kalau join segmen follow-follow ni memang kena bagi komitmen tinggi.
Biasalah.Bila dah join kena terjah peserta lain jugak kan.hihihi.
Sekarang nak join segmen Cik Misya nak follow ni.
Model tau Cik Misya ni (wewiittt...)
Ha...sape terasa nak kerja model leh la terjah,kenal-kenal. ^^

Syarat nak join pon senang jer.

1- Follow blog Cik Misya ni (leh la right klik banner yer)
2-Bagi sokongan untuk Finalist Pencarian Model (leh tengok blog Cik Misya)
3- Buat entry dan linkkan ke blog Cik Misya
4-Nyatakan berapa banyak follower sekarang dan explain nape nak tambah follower.



Sekarang aku ada 274 Follower.
Follower ni membuatkan diriku untuk menjadi lebih excited untuk berblog.
Tanpa sokongan mereka,kompem blog ni takde entry.
hahaha.


Dah siap!
Silalah kalian men'join'kan diri yer.


lom selesai balas kunjungan dah entry lagi.oppss!



Dr Afifi Al Akiti...Siapa?

Assalamualaikum...

Siapa pernah dengar?Aku pernah dengar dan harini aku terpandang lagi cite pasal Beliau.
Alhamdulillah.

Dilahirkan di Batu Gajah,Perak.
Anak Melayu pertama dilantik menjadi Felo dan Pensyarah Pendidikan Islam di Universiti Oxford.
Memulakan pengajian di beberapa buah sekolah di Selangor.
Melanjutkan pelajaran di Pondok dan juga Madrasah Indonesia,Magribi dan Indonesia.
Banyak berbakti di Ireland di samping itu melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah
Beliau memperoleh kejayaan yang cemerlang sehingga mendorong Universiti Oxford menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Semoga berterusan perjuangan Beliau di Universiti Oxford.
Tidak kira di mana jua kita,berkorbanlah untuk satu perjuangan.
Setiap kita memang ada tangungjawab.

Ni aku share pasal Dr Afifi Al Akiti dari You Tube.
Ulasan wartawan Buletin Utama.Lebih lanjut korang boleh search lagi ea.






Nanti ayut terjah blog korang ea..
Tengah makan dan kesibukkan seketika.Tak hari ni esok yer.


Contest : Berapakah Jumlah nya ?

Assalamualaikum...

Dapat tahu dari Blog Hairy.
hahahahaha.
Seronok main teka-teka ni.
Cepat-cepat buat entry sebab habis contest arini.


Gambar amek dari tuan punye blog
Nak join right klik gambar yer.


Ok.
Aku nak teka ni.
Jumlah: RM 48.85


Wordless Wednesday (17) !!Belailah kulitmu!!

Assalamualaikum...





Nivea Lotion!
Walaupun sarat kertas dimejaku,kamu tetap akan ku carik.
hihihihi.
(memag semua gambar not nice sebab bukan camera best.hee~~)




 

Aku dan Kamu:Siapa Lagi Excited?

Assalamualaikum...


Weekend yang lepas ni telah berpeluang untuk berjumpa.Yeay! (opss!)
Berjalan-jalan sampai kepenatan sepanjang 2 ari tu.
Jalan TAR (buang duit!),IOI Mall Shah Alam (amek coklat yang ditempah!),ICT(frust kamera tak ok!) last sekali merayap kat Bukit Bintang.
(motif sangat pergi Bukit Bintang?huh!)

Berjalan kat Jalan TAR tu,sajelah bawak pergi masuk kedai kain-kain baju pengantin.
Saje menyibuk dan memenuhkan ruang kedai la katakan.
Saje gak tunjuk kat En B satu warna purple.Memang cantik la kain gan warna tu.

Dan yang terkejutnya...
".....jom nanti kawen pakai baju warna ni..." 
jalan lagi aku kat tempat lain En B tempat lain
 "....!warna ni pon cantikla...." "...tapi yang tadi tu lagi best....cepatla....nak pakai warna apa ni nanti..?"

Eh?!
Sape lagi pening sekarang ni?hahahaha
Aku senang je jawab.
Nanti la..Baju sewa je bukan nak buat pon.

Dalam tren LRT nak balik
"...kalau sewa nanti ada ke size....?"

Ok.Malas cakap banyak.
Lambat lagi sayangku...haishhh..  -_-"
(tapi best jugak En B macam tu..nampak kesungguhan di situ.aku je tak fikir pape lagi.huhuhu)

Then...
malam balik ahad  tu dia cakap
"...nanti bukak FB ea..."


Mohamad Hafizal ni..sila senyum semua.hahaha :)


Doakan untuk kami yer.
Semoga jodoh kami dipanjangkan.amin.



Baru timbul mood nak ke blog dari pagi yang memeningkan.
Nanti terjah korang yer
^___^


Kisah CoolBlog!

Assalamualaikum...



Itu dia duta terbaru Coolblog.
Heliza Helmi! [source: FB Heliza]

Sepanjang benda ni popular di antara korang,baru sekali aku minum.hihihi.
Disaat berjalan-jalan mesti korang suka beli ni kan.
Aku kurang cikit bab-bab minum ice blended ni tapi aritu sekali minum memang puas lah!
Siap dengan pearl (bentuk bulat-bulat wane itam) dia tu kan.
Aku rasa tak yah dah minum lain.Kenyang dah minum 1 coolblog.

Apa itu Coolblog?
Ayat mudah nak paham = Ice Blended + Bubble Tea 
Sebenarnya CoolBlog ni jenama dia.
Basic benda ni Ice yang di blender pastu letak perisa dengan tambah pearl.
Perisa dia banyak ok!

Halal ke CoolBlog ni?
Sebelum ni ada kuar kat Ejen Halal TV Al Hijrah kalau korang perasan la.
Membincangkan isu minuman-minuman untuk trend sekarang ni kan.
Aku carik2x kat Youtube xdok pulak.
Tapi jumpe link ni




ooo...gitu ke cara buat pearl yer.huhuhu.
mekasehla sape yang upload rakaman ni yer..

Pasni kena tengok la yer tanda Halal Jakim di kiosk-kiosk yang jual CoolBlog ni.

Heliza jadi duta coolblog ni dan dia ada cakap,
..Coolblog ni halal termasuk pearl yer..

Siapa cipta dan dari mana bermula boleh pergi ke


Selamat membeli dan mencuba Coolblog yer.
Berhati-hati dalam membeli
:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...