Followerku..

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Pernikahan Piere Andre dan Nur Hidayah

Assalamualaikum....




Tahniah buat pasangan.Akhirnya telah selamat diijabkabul tengahari tadi.Simple habis.Kita tunggu resepsi yer pulak nanti macamana yer.Piere memang buat sempoi abis ni waktu nikah.Pakai kot pakai songkok.Settle.Takde baju melayu semua.Sama jugak macam Farid Kamil kan?Nikah pakai kot jer.Janji lafaz selamat dilafazkan. ^^
Kahwin itu bukan menyusahkan,tapi menyenangkan ^^

Semoga berbahagia buat mereka dan selamat menjalani kehidupan berumahtangga.


Nota: Nak kahwin jugak! *~*

Imej Bertudung Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum...


Pagi tadi aku dengar kat HOT FM pasal Dato' Siti.Sempena tahun kelahirannya yang ke-34 pada 11 Januari yang lepas, Dato' Siti telah mengenakan tudung litup sepenuhnya.


Asal gambar ni daripada Instagram Dato' Siti.Kawan aku share kat FB  then letak kat sini.hihihi.Terjawablah sudah desas-desus mengenai penampilan Dato' Siti yang telah bertudung.

Alhamdulillah...Moga segala usaha dan perubahan Dato' Siti untuk bertudung litup sepenuhnya akan terus berpanjangan.Semoga yag baik itu berterusan dan membawa seribu keberkatan buat Dato' Siti dan keluarga.Amin.Kalau memang ayu tu pakai gaya mana pon memang ayu dah.Yang pasti ditutup.Cun sajer!


Afiq Hakim Ahmad!

Assalamualaikum...


Nak dimulakan ceritanya,aku ni bolehlah dikategorikan sebagai salah seorang penyokong kuat Akim (perasan jap!).Tapi keseronokkan aku adalah sewaktu Akim ni dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) tu.Aku dulu waktu tu still belajar kot tak salah,siap join group chatting Akim AF7.Sampai sekarang tetap ikut perkembangan dia walaupun tidak sekerap sebelum ni kerana kengkangan kerja.Not sure kenapa aku boleh ala-ala die hard fan Akim ni.Apa yang pasti aku suka dengar dia nyanyi.Aku suka semangat dia untuk cuba lakukan sesuatu sehabis baik.

Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim @ Akim AF7.Membesar di Johor Bahru.Seorang anak seni yang dilahirkan daripada rancangan realiti TV Akedemi Fantasia ke-7.Bermula langkah sebagai penyanyi dan kini sebagai penulis lirik serta pelakon.Seorang mesra peminat dan sangat berusaha dalam mengecapi kejaaannya kini.




Daya Cinta-Akim
New song in his new album!
All the best Akim Ahmad!
As one of the community Gerakan Penokong Afiq Hakim (GAFIM), I will support your carrier.
Tapi jangan nakal-nakal yer.hahaha.



p/s:autopublish! :)






Baby Irma Hasmie!

Assalamualaikum...


irma hasmie

Semoga baby Irma Hasmie dan Redza Syah terus sentiasa sihat membesar.
Amin.


p/s: Rasa excited jugak gini! :D


Kredit: BeautifulNara!


p/s: Autopublish..sebab suke tengok mereka! :)

Siapakah Putri Balqis?

Assalamualaikum...

Sebenarnya entry ni berkaitan dengan Senarai Pemenang Anugerah Skrin yang aku post semalam.Sebenarnya aku pon blur gak bila type nama Putri Balqis ni.Siapa dia?hahaha.Kenapa aku fokus kat dia sebab dia adalah Pemenang Anugerah Artis Harapan Pantene.Bila harapan tu nak tahu la jugak siapa la budak ni kan.Sekali google,ala comel yela budak ni.



[Source: Google]

Then,baru aku ingat budak ni la yang berlakon dalam Drama TV3 esoknya,Hari Sabtu tu.Tajuk drama tu Anak Lorong.Memang tak dinafikan dia bagus.Tak nampak kaku dan kekok pon time berlakon.Patutla aku macam pernah terbaca nama dia.Semoga bakat lakonan yang diperoleh dapat digunakan sebaik yer.Tujukan bakat untuk yang positif itu kan berbaloi jugak kan?

All the best buat Adik Putri Balqis!
^________^




p/s:Autopublish...tengah berjalan-jalan kot time ni.hihihi ;)



Pemenang Anugerah Skrin 2012!

Assalamalaikum...

Majlis telah berlansung Jumaat lepas dan aku dengan pastinya tak dapat nak tengok sebab masih kat rumah sewa lagi.Kalau dah balik rumah kakak aku dapat la jugak tengok yer.Tapi takpela kan.Just amik tahu cikit-cikit ok lagi la kan.Pengetahuan Am tentang isu semasa ni.hihihi.Jom kita tengok pemenang-pemenang Anugerah Skrin untuk tahun ni.



Lakon Layar Terbaik Filem
Dain Iskandar Said- Filem Bunohan

Videografi Terbaik
Aku Mahu Terbang,TV3-Neon Entertainment(M) Sdn Bhd

Lakon TV Terbaik
Drama TV3-Di Telapak Kaki Bonda

Laporan Khas/Berita Terbaik
Berita TV9-Bom Jangka

Rancangan Realiti Terbaik
Jemputan Umrah (Ep. 1)

Drama Komedi Terbaik
Elly & Epit - Red Communications Sdn Bhd

Anugerah Artis Harapan Pantene
Putri Balqis-Pelarian

Rancangan Bual Bicara Terbaik
BELLA: Labour Day Special

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Ruminah Sidek-Parit Jawa

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Abu Bakar Omar-Gincu Ayah

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Namron-Parit Jawa

 
Setelah 24 tahun..Kredit: Kosmo!
 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Sherry Merlis-Di Telapak Kaki Bonda
  
Rancangan Hiburan Terbaik
Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Shaheizy Sam-Songlap

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Maya Karin-Ombak Rindu

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Syafie Naswip-Songlap

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Lisa Surihani-Ombak Rindu

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Dunia Tersembunyi-Rambu Solok

Rancangan Muzikal Terbaik
Anugerah Juara Lagu 26

Pengarah Terbaik Filem
Fariza Azlina/Effendee Mazlan-Songlap

Pengarah Terbaik Drama
Kabir Bhatia-Di Telapak Kaki Bonda

Anugerah Yasmin Ahmad
Pierre Andre

Drama Rantaian terbaik
Jangan Ambil Padang Kami

Filem Terbaik
Bunohan-Apparat Sdn Bhd

Drama Terbaik
Di Telapak Kaki Bonda


Ada tertinggla tak?huhuhu.
Dalam banyak-banyak tu memang tak semua aku tahu kot.Lagi-lagi drama.Bunohan tu memang penuh tersuratla filemnya kan.Nak tengok pon memang kena tengok dari awal sebab nanti tak dapat nak faham jalan cerita yer.hihihi.Tak menghadap TV selalu memang macamni la kan.Apa sekali pon TAHNIAH buat semua pemenang.Semoga kejayaan ini memberi dorongan untuk terus maju lagi di masa akan datang!
^_________^


Kredit Info:OhBulan!



 




Berita petang Isnin...

Assalamualaikum...

Petang-petang layan artis pulak..huhu..
Lama sebenarnya tak baca cerita artis..Jom layan.
Artis pilihan petang ini.....
tadaaa....



Kosmo!: Apakah komen Johan apabila orang ramai mula membuat spekulasi tentang hubungan rapat Johan dengan Nabila?

JOHAN: Seperti semua sedia maklum, saya dan Nabila hanyalah berkawan rapat. Tidak lebih daripada itu. Kami jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Kenyataan ‘kami berkawan rapat’ sangat klise. Apa pendapat Johan mengenai perkara ini?

Memang agak klise, tetapi itulah realitinya. Bagaimanapun, jika peminat senang dengan hubungan saya dan Nabila, saya harap mereka dapat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua.

Jadi, kamu berdua memang mempunyai hubungan istimewa?

Saya akui, setakat ini kami hanyalah berkawan rapat dan hubungan kami begitu akrab. Jika ada jodoh, apa salahnya? Tidak mustahil untuk sepasang kawan baik mendirikan rumah tangga. Jadi saya serahkan selebihnya kepada takdir dan jodoh.


Berita lanjut: KOSMO! Online


P/s: orang meminta,kita mendoakan la ye untuk kesudahan yang terbaik...


Shiela Hamzah Juara Asian Wave!

Assalamualaikum...

Ha...lagi cerita pagi tadi..hahahaha..Lambat betul update aku ni la..adehhh.

Ni baru je lepas tengok video Shiela menang.
Amik..Juara gitu dalam Final semalam.
Shiela dapat juara dalam Asian Wave 2012 di Shanghai,China.
Tahniah Shiela.Keep it up ok!



amek..pahamkah dia nyanyi apa?hihihi.
Tapi dia menang!
Muka gerun terserlah,hihihi..


Rasa-rasa yela,sepanjang Shiela pegi pertandingan mana-mana jarang tak menang.
Rasa-rasanya jugakla,dah banyak gak Shiela ni ke pentas luar negara.
kan3x?
ke silap ek?huhuhu.
Again for you Shila,TAHNIAH!

dah ada gaya Najwa Latif la pulak.hihihi


Rezeki buat kamu...Alhamdulillah.
Jaga diri baik-baik at the same time ye.
Bakat kamu memang sangat best!
:)



Najwa Latif??Terkenang peristiwa lalu..hihihi
entry bawah ni 1st time kot takde gambor.hahaha

Ning Baizura bakal menjadi Ibu!

Assalamualaikum...

Semalam sebenarnya terbaca berita ni..kat Kosmo..Arini baru kuar kat paper Kosmo Online.
Tahniah kepada Ning Baizura dan Omar Sharif!
Dah 5 bulan atau lebih tepat 20 Minggu.
Semoga kandungan dan Ning sehat selalu.
Omar pon kena sehat jugakla sebab nanti kena jaga Ning.
kan3x?? :)


Semoga kehadiran cahaya mata yang dijangka akan lahir pertengahan Januari 2013 ini
membuka lebih banyak rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga!



nak kahwin gak...nak gambar sweet2x pastu nak baby gak!
eh?!
hihihihihi...
Again...Tahniah Ning dan Omar!


Bertemu Hot FM - AM Krew!

Assalamualaikum...


Sekadar nak share apa yang terjadi semalam.
2 malam sebelum hari semalam,dengarla Hot FM.Pastu terdengar yang Faizal Ismail (FBI) dengan AG kena denda jual Nasi Lemak dengan pakai kain pelikat kat Bazar Seksyen 14,Petaling Jaya.Nape diorang kena denda?Kalau siapa yang selalu pagi-pagi dengar Hot FM mesti tau kan?Sebenarnya FBI dengan AG kena denda sebab kalah dalam cabaran Versus Panggilan Hangit.Aku dengan Mawar tengah duduk tunggu waktu buka terkejutla kan sebab kat Petaling Jaya kot.

[Gambar ehsan daripada HOT FM]
Official gambar penuh dari diorang boleh tengok SINI.Diorang niaga siap mintak MBPJ lesen.Terbaik lah.Tak langgar undang-undang.hahaha.Tapi time ni kitorang tak sampai lagi.hihi.Saje share gambar diorang dulu buat tatapan beramai-ramai. :)


Statement kitorang sebelum hari kejadian:

'Eh?!dekat je tu..!Jom pergi'  --> ni statement Mawar.
'Malas aku.Pukul 5 sampai 6 je kot.Ko balik dah pkul berapa.Nak merempit lagi.Semata-mata nasi lemak' --> statement aku
'Ala..jom la.aku balik awal.' --> statement Mawar
'Aku dah memang balik awal.Aku tunggu jela nanti ko balik.' --> statement aku

Nampak beria kan kitorang.hahaha
Bukan apa,dah ari-ari setiap pagi dengar diorang membebel dalam radio tu
Apa salahnya bertentang 4 mata sesekali kan?
Akhirnya.....


penuh yakin aku mintak 'jom amik gambar.Dengan AG sekali'. hahaha


then..ganti Mawar pulak dengan dyorang :)


Yess!Here you are.Farah Fauzana with us!hihi

tu la yang terjadinya..
Turun je motor terus pergi kat FBI gan AG tanya
'Nasi lemak dah abis ke?'
'Ha..Iye..Abis dah.Lambat...' --> statement FBI
hahaha
Baru pukul 5.30 tau time ni.
Cepat betul abis ye.Mana tak ye.Ramai tuuuu..
Diorang same macam yang kita selalu dengar kat radio
Happening je layan-layan
Time ni diorang nak balik dah
All the best for 3 of you in your career.
Semoga terus success!!


Artis: Abby dan Memey Bertemu!

Assalamualaikum...


Abby & Memey Kini Sudah Berbaik
[mynewshub]

Alhamdulillah....
Apa pon jadi,memang Allah penetu segalanya.
Dan apa pon yang diperkatakan,masa jua yang diperlukan.
Semoga ukhwah terbina berterusan dan diperkukuhkan.
Segala perubahan harap ditetapkan.
amin.


Petikan daripada MynewsHub, 2 Aug 2012:

Di sebalik kisah sensasi dan panas yang timbul mengaitkan pelakon wanita, Abby Abadi yang dicanang meluas sejak akhir-akhir ini, ini adalah satu khabar gembira yang mungkin kita sendiri tidak terfikir.

Setelah empat tahun mereka seperti ‘berperang’, akhirnya Abby dan Memey telah pun berbaik dan boleh bertentang mata.

“Sebenarnya, gambar itu ditangkap selepas selesai solat Maghrib. Memey pakai telekung Memey sendiri. Tapi, kak Abby berikan telekung yang sama dengan kak Abby kepada Memey. Jadi, Memey tukar pakai telekung tu. Tu yang kami tangkap gambar,” katanya.

Selain itu, Abby sendiri turut berkongsi cerita gembiranya itu di laman Twitternya.




[petikan asal: MynewsHub]


Alhamdulillah.
Doakan yang terbaik untuk sesama umat Islam.
*telekung tu comel je.ada bunga2.hihi*
:)



Gambar Bulan Madu Irma Hasmie dan Redza!

Assalamualaikum...


Photobucket

sangat sweet!
jeles tau!
nak kawen jugak..
nak sweet-sweet macam ni.
ahaks!

Semoga Irma Hasmie dan Redza
berbahagia selalu dan membawa hubungan ini
untill ke Jannah.
amin.


[ source: BeautifulNara ]

Erra,Emran & Aleesya!

Assalamualaikum...



engku emran















[source: Beautifulnara]



[source:Beautifulnara]


Berita Lanjut: SINI

Jangan buat fitnah rakan-rakan.
Cakap banyak salah,tak cakap pon salah.
Ada saje yang nak diceritakan.Adehh.
Sudah cukup sudah.
Cukup-cukuplah kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut rakan-rakan sekalian adalah doa buat mereka.
Jangan pernah anaiya orang lain sebab belum tahu esok lusa kita macam mana.
Ingat tu!


Suke sangat tengok kecomelan Aleesya itu.
Secantik mak gitu!
Aleesya jadi anak yang baik ye buat ibu dan ayah!
hahaha
Semoga terus berbahagia dan terus diberi kekuatan buat
Erra Fazira & Tengku Emran sekeluarga!

Dugaan itu memang sentiasa ada
Setiap dugaan pasti ada hikmahnya.
Pasti ada rezeki lain buat kalian.Percayalah!



{gambar semua: google}




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...