-Kawan Aku-

Biskut Kacang Bukan Mazolla..

Assalamualaikum...

Tajuk hebat kan?ada-ada je kalau nak bubuh tajuk.Tahu tak tajuk tu penting nak tarik perhatian orang datang blog.eh?!pulak dah.

Ok.Ni cerita hari Ahad tau.Ntah kenapa hujung minggu lepas semangat sangat nak buat kuih.Siap tanya si Mohamad Hafizal tu lagi,"Nak buat kuih apa ni?Meh cepat bagi idea."Lepas je tanya tu dia mesej balik,"Buatla biskut kacang Mazolla".Sepantas kilat carik resepi.Then,dapat boleh tak perasan dia nak guna minyak masak Mazolla tu.Carik keliling kedai area umah kakak takde.Ok.Sangat kecewa.Tapi....

Kakak boleh bukak buku-buku resepi dia (berzaman dah buku resepi akak aku tu) carikkan resepi untuk aku.Selak punya selak,ada resepi tu guna minyak Zaitun.Yesss.Kakak aku pon ada pulak time tu stoknya.Aku apa lagi,"kak,pakai ea minyak akak tu?"hahaha.Tu la kisah ye dapat nama Biskut Kacang Bukan Mazolla ;)


terbalik pulak -_-"

Sangat suke dengan hasilnya!
Puas hati.

pembantu tak bertauliah..abis kemek biskutku.ni abang..hihi
Nampak belakang abang tu?
Tu la hasilnya buat 1 adunan.Separuh telap/bekas je.

Ni nak letak resepi sini biar nanti boleh refer balik.Ni adjust-adjust resepi takpun senang cite agak-agak tapi keputusannya memuaskan.Kalau siapa nak try boleh aje..Aku beli kacang tanah tu setengah kilo.Dengan setengah kilo ni boleh buat 4 adunan tau.Aku buat 2x.Ni kalau nak buat untuk 1 adunan boleh guna sukatan bawah ni.

Bahan Diperlukan:
1 cawan Kacang Tanah (lepas tu blender halus)
1 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 cawan gula aicing (tak nak manis kurangkan lagi)
1/4 camca baking powder
1 biji kuning telur
Esen Vanilla
Sedikit garam halus
Secukupnya Minyak Zaitun

Cara membuat:
Masukkan dalam 1 bekas tepung yang telah diayak dengan baking powder sekali tu dengan gula aising,kacang tanah,kuning telur,esen vanilla dengan sedikit garam.Gual bagi rata bahan-bahan tu.Dah rata,masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit sambil korang uli tu ea.Sampai bila nak stop?Sampai dah boleh rasa adunan tu boleh kepal-kepal.Jangan terlebih pulak letak minyak ye.Lepas tu,bulat kecik-kecik.Letak kacang sapu kuning telur.Bakar pada suhu 160 darjah celcius lebih kurang 20-25minit.Tapi masa tu tengok jugak.Lain ketuhar,lain arrangement yer(ni kakak yang cakap).hihihi

Time dia tengah bakar tu,kakak tanya "apesal kuih ko pecah-pecah ni?".Aku dengan terkejutnya, "Ha..pecah ke?".Sebenarnya memang macam tu pon.Kan kalau beli kuih tunjuk tu kan pecah-pecah gak.Bahasa betulnya tak tahu pulak apa untuk keadaan yang macam tu.Yang pasti kakak cakap "Em..Sedapppp!".Simple je kuih ye.

Ok..Tamat sudah :)




 

25 pesanan buat ayut :

Mrs Velentine said... Reply To This Comment

rajinnye dia

ummuaidan said... Reply To This Comment

WAH...DAH SIApnyer, cepat...kita pun dah siap tapi blom report lagi...hehehe

Mrs. Abi said... Reply To This Comment

wah!! sedapnye..... suke suke..

Mrs Lurve said... Reply To This Comment

biskut nie memg best!
pandai ayut wat...tingin pulak rasa

Misz Mieza said... Reply To This Comment

Menjadilah tu.. Nampak sedap.. memang sedap ar kan dah kakak sendiri pun cakap sedap.. Mintak sikit.. Haks! ^_~

Wanieys said... Reply To This Comment

akak pun suka biskut mazola ni :)

Pn. Sheila@CC said... Reply To This Comment

wahh... rajinnyer buat biskut... hehe

ros_reeza said... Reply To This Comment

hihi.. ok, Ros faham.. ini bukan kuih mazola :)

ayut said... Reply To This Comment

@Mrs Velentine tetibe smgat dtg..hihi

ayut said... Reply To This Comment

@ummuaidan tgh ada mud ni sis...cpat jela bt ye :)

ayut said... Reply To This Comment

@Mrs. Abi :) dtg umah meh..leh mkn.hihi

ayut said... Reply To This Comment

@Mrs Lurve kak jgn tringin byk sgt..nnt baby byk plak nak yer..hihi

ayut said... Reply To This Comment

@Misz Mieza meh MM dtg umah meh...beraya mkn biskut ni :D

ayut said... Reply To This Comment

@Wanieys tp ni dh tak Mazolla kak Waniey.Ni dh Zaitun jd ye.hahaha

ayut said... Reply To This Comment

@Pn. Sheila@CC rajin sbb ad mud sis :)

ayut said... Reply To This Comment

@ros_reeza hahaha..slmt faham :D

cik Lilis said... Reply To This Comment

rajin buat eah, pandai. hihi :D

azizah :) said... Reply To This Comment

mesti kena tanya hafizal sebab dia teror masak.. hahahha :p pandai ayut buat.. rasa macam nak rasa jer..hehhee

sitisaliza.com said... Reply To This Comment

feveret sangat....!!!

Pecinta pink^^ said... Reply To This Comment

sedapnye..one of my feveret kuih raya:)

Mishter Izwรคn said... Reply To This Comment

singgah sini utk pertama kali. kalau rajin singgah blog sy untuk mengeratkan silaturrahim sbg blogger :)

Cik Saila said... Reply To This Comment

En Gaban suka gila dgn biskut mazolla..tiap2 thn kena bt utk dia.. huhu.. pandai ayut bt kuih :))

Pink Lavender said... Reply To This Comment

wahh..canteknye biskut mazola dia

makneng follow sini
jemput follow makneng

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

nampak gebu je biskut ni.. :-)

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

tetiba teringin la pula ..acaner ni ayut.. :D

meh sini cik su nak jawab pertanyaan bb dekat header tu siapa :D

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/selamat-hari-lahir-darwisya.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...