-Kawan Aku-

Suasana Pagi Raya Ayut!

Assalamualaikum...


[google]



Sebenarnya entry ni nak post time raya aritu.Tertunda jadinya buatlah tazkirah Jumaat.hahaha.

Suasana bermaafan di pagi raya.Baru nak tulis entry ni tapi air mata dah berair.adehhh.
Teringat waktu dahulu,setiap pagi kumpul semua ahli keluarga,mak abah bermaafan di pagi hari raya.Dalam ramai-ramai,mesti aku la orang pertama yang akan nangis.Rindunya nak gapai tangan mak.Rindu nak peluk cium mak.Rindu nak dapat ciuman sayang daripada abah.Rindu nak dengar nasihat abah.Tahun ni,tak dapat semua tu.Tapi,aku pergi memberi salam pada keduanya di pagi raya.Mendoakan keduanya sehari-hari.Insya Allah,Mak Abah sentisa melihat aku dari sana.

Suasana bermaafan di pagi raya memang sangat sayu.Marah ke,gaduh ke,tak puas ati ke dengan abang or kakak,akhirnya bila bermaafan pasti aku menangis.Sesungguhnya keluarga memang tiada tukar gantinya.Nasihatkanlah adikmu yang degil ini.Jagalah adikmu yang selalu tak dengar cakap ni.Adikmu memohon maaf.

Korang pon mesti selalu bermaafan di pagi raya kan?
Gembirakan dapat berkumpul dan bermaafan bersama
:)




Sebenarnya nak minta maaf bukan pada hari raya je.
Pastu bukan hanya kerana satu kesalahan je.
kadang-kadang kita buat salah kita tak perasan.

Kalau boleh,setiap hari kita bermaafan la sesama kita
Jangan simpan apa-apa sampai mati.
Korang sendiri tak tenang nanti.
Ingat.
Jangan ikut hati.



7 pesanan buat ayut :

Sue PeLik said... Reply To This Comment

selamat hari raya! maaf zahir batin! :)

azizah :) said... Reply To This Comment

samalah.. jijah pon kalau minta maaf pg raya belum cakap ape2 dah menangis.. nmpk sgt bnyk dosa kat mak..huhuhu

Cikgu Ma said... Reply To This Comment

ya..maaf bukan dituntut hari raya jer...bila2 masa jerr..

salam merdeka :)

Sally Yatiey said... Reply To This Comment

Betul2 :)
Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Kemerdekaan :) hee

ummuaidan said... Reply To This Comment

yut..tuhan lebih saygkan mereka..cuba jd anak soleh ..terus mndoakan mrk agar ditempatkan bersama2 org2 yg soleh... kalau jd ngan farizal tu ckap ngan dia akak pesan jgn aniaya anak yatim..tak rs tak blh berlaku adil terhadp anak yatim, jgn cr pasl..akhirat kena tanggung-semua dlm surah annisa'... apa2pun akak i'm glad that bila berblogging ni jumpa ayut...

haz said... Reply To This Comment

selamat hari raya~~ hihi

ღ cik faye ღ said... Reply To This Comment

Selamat Hari Raya! Entry ni maksudnya ibu ayah dah tak ada ke? Sedekahkan banyak2 fatihah,doa & jadi anak yg soleh. itu saja yang kita mampu buat utk mereka yang sudah berada di "sana"...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...