Followerku..

Perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna Zahry Rafie!

Assalamualaikum...


Kredit Gambar : Nadia Zahari Photographer





1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.


Perkongsian jumpa DI SINI



Ya Allah..permudahkanlah kehidupan mereka berdua agar mereka sentiasa bahagia.
Amin.


Dari haritu tengok diorang ni.Suker!!hahaha.
Sama padan.
Kurus sama kurus.hihihi
Sama-sama berilmu.
Sekufu la senang cita.Wah gitu!
Majlis belah Ustaz Don 1 September 2012 nanti.Tak sabar nak tengok jugak!


Esok Cuti MERDEKA!
MAS buat promosi! --> KLIK! 


En b sampai cakap,"biasa je tengok"
Aku pon jawab je balik, "memang la biasa je.tapi yang menyebabkan diorang luar biasa ilmu dan dakwah yang dibawak.orang jadi tertarik je nak memandang.dengan ada ilmu,orang akan pandang kita bukan sembarangan.nice je majlis diorang.takla meriah sakan."



See?
Carilah ilmu itu hingga ke akhir hayat.
Sebab ilmu kita memang takkan pernah cukup.





nak kawen gak!
nak gambar sweet2 macam tu..hohoho
kalau majlis ni biasa pengantin nak buat biasa tapi orang pulak banyak bunyi yer -_-"




14 pesanan buat ayut :

! Norwahidah Othman ! said... Reply To This Comment

ini yg semoleknye. beruntungnya dapat suami yang boleh menjadi pembimbing di dunia & akhirat.

Unknown said... Reply To This Comment

tu yg yg sebaikknya... abaikan banyak bunyi..asalkan rumahtangga di berkati Ilahi.. ayut buat la sesimple macam ni.. sweet jugak kan :)

nursuriani said... Reply To This Comment

comel! huhuhuu besnyaaa dia kan. untung3

Nursaila Norman said... Reply To This Comment

bgs nya info yg akak bc kat atas tu..sgt lain dr majlis nikah zaman skrg ni.. tahniah ustaz don dan isteri :) kita pun boleh kalau kita mahu :))

ayut said... Reply To This Comment

@! tulisan buruk ! kan... :)

ayut said... Reply To This Comment

@azizah :) tu la dear...nak bt sesimple abis dh nnt :))

ayut said... Reply To This Comment

@Sue PeLik tu la..rezeki mereka :))

ayut said... Reply To This Comment

@Cik Saila tu la kan..ayut pon baru bace info ni..bgus kan kak :))

Myra Jay said... Reply To This Comment

So sweet..

Persandingan yang harus dicontohi..

Bertuah Husna dapat ustaz Don sebagai suami..

MJ pun bertuah jugak dapat suami :)

caliph shuriken said... Reply To This Comment

nanti klau kawen, no. 6 tu sy nk apply jgak.. agak penting amalan tu ^^

CikMunBlogger said... Reply To This Comment

sweet sangat ! :)
rasa terharu nak menangis kalau dapat perkahwinan macam nie , simple tapi indah . :)

Semoga Ustaz Don dan Isteri kekal hingga selama - lamanya :)

sHaRiNa eLyaNa said... Reply To This Comment

itulah sbaik2 perkahwinan :)

Shida Radzuan said... Reply To This Comment

nice :)
seronok tgk majlis ustaz don dan husna nih ~

sinoja a.k.a azizah jamil said... Reply To This Comment

ayat ni sy suke .."nak kawen gak!
nak gambar sweet2 macam tu..hohoho
kalau majlis ni biasa pengantin nak buat biasa tapi orang pulak banyak bunyi yer -_-"..tu sbb sy copy n paste..hoh0h0..jgn mare cik ayut...kui3..

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...