Followerku..

Perkongsian Hari Raya Aidiladha...

Assalamualaikum...


[Google Image]


Hari raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah.
Seterusnya, adalah Hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.


Mengenai Hari Tasyrik
Ketika di waktu ini kita diharamkan untuk berpuasa dan kita digalakkan untuk banyak berzikir kepada Allah SWT. Sepanjang hari ni jugak kita masih boleh bertakbir (sehingga sebelum jatuh matahari 14 Zulhijjah).
Ketika ini juga,Jemaah Haji yang menunaikan Ibadah Haji sedang berada di Mina untuk melaksanakan rukun haji iaitu melontar (kalau salah bagitahu yer).
Semoga mereka dapat melaksanakan Ibadah Haji dengan sempurna dan mendapat Haji yang Mabrur.Amin.


Perkongsian yang terlambat sikit keluarnya.Mudah-mudahan membawa manfaat bersama.


Kisahnya Aku:


Aku ada postkan gamabr ni sebelum ni?
Ni la nak bagitahu.
Pada Raya korban pertama, dapatlah menyaksikan orang kampung buat korban.
Ni jiran sebelah yang buat korban.
Akhirnya dapat jugak tengok depan mata.
Sebelum ni tak pernah tengok.
Pepagi aku dah tercongok kat umah jiran.Jakun la katakan.
Lembu tu baik jer.Takde pon aksi-aksi ganas yang dia nak lakukan.hihihi.
Nak tumbangkan lembu pon makan masa jugak kan.
Ada la dalam 20 minit nak bagi dia tumbang.Baru boleh disembelih.
Nak hands on tolong ada kena libas kang.
hahahaha.
Biar lelakilah yang buat.
Korang pernah tengok tak?

Alhamdulillah.
Selamat dah korbannya.

Sampai ke harini ada lagi dagingnya.
Daging korban seeloknya kena masak cepatkan?Betul tak?
Aku bawak balik PJ ni dah masak punya jela.
Daging satay goreng.
sekali makan ok.
dua kali makan layankan.
tiga kali makan muak dah.
tak mahu makan daging lagi.
huhuhu

Ada sesape tak makan daging ke?


20 pesanan buat ayut :

Unknown said... Reply To This Comment

Mieya pon dapat banyak jugak bungkusan daging korban. alhamdulillah.

Mrs Velentine said... Reply To This Comment

adik2 MV yg lelaki dua org pg tlg kat surau..balik je rumah bdn bau darah..hehe

Umm AA said... Reply To This Comment

Yut..seronok yer dpt tengok orng semelih lembu? akak rsnya tgk ms kecik2 dulu kot... betul tuh kalau makan banyak2 terutama buat sup blh jadi muak kan..itulah yg tak boleh berlebihan...

Unknown said... Reply To This Comment

sy makan daging..
tapi kalau banyak2 muak juga..
pastu bila makan dah bau2 mcam lembu.. tak lalu dah nak makan...

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

eh, muak ek.. akak sk mkn daging... sedap.. hihi

Anonymous said... Reply To This Comment

gd sharing ni tq

syiela said... Reply To This Comment

hari nak makan daging pun dah tak lalu :)

Mrs Velentine said... Reply To This Comment

Ayut MV masukkan ayut dlm bloglist BPMMV

Noor Atikah Ramli said... Reply To This Comment

minggu nie minggu makan daging je.hikss

Myra Jay said... Reply To This Comment

Myra korban tahun ni baru seklai makan daging :)

Memang kalau selalu makan cepat rasa muak :D

Nursaila Norman said... Reply To This Comment

xpernah tgk sbb xnak tgk..huhuuhuhu..tp mkn akak nak la :D

Azee Hana said... Reply To This Comment

selamat hari raya aidiladha..=)..ade kes lembu lari x??haha..taun lepas lembu lari depan umah saya..haha

ecadwinkyasha said... Reply To This Comment

dlm peti ais ada lagi....xthu nak masak apa.

ayut said... Reply To This Comment

@Azee Hana hahaha..tak pernah lg stakat ni.. ^^

ayut said... Reply To This Comment

@Cik Saila hahaha..bab mkn suke ea kak...

- AZIE - said... Reply To This Comment

kat umah boleh kata selalu jgk wat korban nie...akak pernah la tgk..tp xtahan..darah mengalir punya byk...masuk umah apa lagi..cari bilik air..rasa pening seme ckup..kisah tahun2 sudahla...tahun nie dh preggy memg xtgkla huhuhuhu takut muntah kat c2 kang..

hazwan hairy said... Reply To This Comment

sampai skit kpla dh mkn daging...

Shida Radzuan said... Reply To This Comment

shida ape pun makan..cuma yg xhalal je xmkn hehee :D

Cik Puan said... Reply To This Comment

Cik bukan tak makan daging...cume tak sanggu makan.sebab terbayang2 En Lembu mase di sembelih tu T.T

Wanieys a.k.a IbuQalief said... Reply To This Comment

salam aidiladha untuk ayut dan keluarga yer :)

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...