-Kawan Aku-

Tangungjawab Suami

Assalamualaikum...



Gambar ni semalam En B tagged aku dalam FB.


Masa tengok tajuk tu "Tanggungjawab Suami",aku senyum je.

En B: Banyakkan tangungjawab suami nanti.
Aku: Dah ready ker?
En B: Mestilah.Tak lama dah pon.haha.Takpela,buat biasa jer.
Aku: Tipikal lelaki..bila banyak-banyak benda cakap buat biasa pastu semua lupa.
En B: =.=" kena dah.....

Memang besar tangungjawab suami dalam rumahtangga.Tapi jangan risau wahai suami sekalian.Tangungjawab suami pastinya akan dipermudahkan dengan adanya pertolongan si isteri di sisi anda. ^^ Sekali anda penat,pasti ada yang setia di sisi anda susah senang. ^^

Dalam melaksanakan tangungjawab seorang suami,pastinya diikuti dengan akan terlaksananya satu tangungjawab seorang isteri kepada anda juga.Bila anda pening,pasti akan ada yang membantu anda menyusun dan mengatur.Bila anda risau,pasti ada seorang peneman dan pendengar setia menenangkan anda. ^^

Teringat slot Semanis Kurma malam tadi:
Menyediakan bibik juga adalah satu tangungjawab suami jika suami itu mampu.
Namun,kena ada matlamat yang jelas agar tak jadi yang bukan-bukan.
Tangungjawab Isteri jangan diserahkan pada bibik terutama uruskan suami dan anak-anak.

Anda tidak keseorangan wahai suami.
Seorang isteri pasti akan melaksanakan tangungjawab ye seangkatan dengan tangungjawab seorang suami.
 Itu lah baru namanya Hidup Berumahtangga.
Hidup memang tak selalu indah.
Hidup juga tak selalu ketawa.
Ada masa kita akan terjatuh.
Bersamalah.
Kerana itu lebih kukuh.
Suami ada tangungjawab yang banyak?
Isteri juga sebegitu.. ^^


21 pesanan buat ayut :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

tanggungjawab suami mahupun isteri sebenarnya sama banyak dan sama berat...oleh itu janganlah kita nak ambil ringan jer... ^_^

:: Mrs.Eady :: said... Reply To This Comment

nice sharing!~

hazwan hairy said... Reply To This Comment

bukan sng nk jd ketua rumah ni..klo org ya bila nk khwin hery akan ckp bak sini duit..haha...klo keja gov or betul2 stabil bru lah leh khwin...sobsob

Deqla Manjew said... Reply To This Comment

masing2 saling ada tanggungjawab..paling penting tanggungjawab tu tak perlu diingat..sebatikan dalam diri...in shaa Allah rumah tangga harmoni.. ;)

AyueJean AJ said... Reply To This Comment

Besar tanggungjawab suami ni...
Tapi kita yang nak jadi isteri ni kenalah pakat2 tolong serba sikit kan... =D
Ceeewwwaaaaahhh AJ poyo je... Macam dah kawen... =P

s h a said... Reply To This Comment

Kena print and tampal besar2 ni.Kalau tak ade yg taw tapi buat2 lupe.Haha.

Setuju ngan ayut.Dua2 ade tanggungjawab.Laksanakan dengan baik insyaAllah lebih manis hidup berdua. :)

Sue-Rya Qistina said... Reply To This Comment

suami isteri mestilah saling bantu membantu, bertolak ansur dlm semua perkara. t/jwb itu amanah dari Dia :)

Mimi Azirah said... Reply To This Comment

para suami sila take note

izan mama mia said... Reply To This Comment

bayangkan hidup tanpa tanggungjawab..entah apa nak buat,..mg bakal suami ayut nnt mmg bertanggungjawab

Ujie said... Reply To This Comment

T/jwb suami akan gugur kalau isteri tak jlnkan t/jwb - taat suami & melayan suami. Camtu la sebaliknya.

Kiranya..give and take.

Hazmin Hamudin said... Reply To This Comment

Punya berderet.. Rasanya gambar tu sekadar simbolik menandakan tanggungjawab suami tu bukan kecil tapi berat untuk dipikul.

Remy hazza said... Reply To This Comment

alhamdulillah kalau dapat isteri yg memahami......

abah khalisha said... Reply To This Comment

Berat tu tanggungjawab seorang suami..huhu

Cik Nur™ said... Reply To This Comment

suami atau isteri masing2 ada tanggungjawabkan....

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

yg penting kena ada give and take...

azizah :) said... Reply To This Comment

bukan senang nak jadi senang.. masing2 ada peranannya..tp jika kita ikhlas kawen kerana Allah insyaallah di permudahkan.. suami sendiri akan tahu tanggungjawab dia selepas menjadi ketua rumahtangga..

Mrs Velentine said... Reply To This Comment

besar tanggungjawab tue tapi isteri kena bantu juga kan..

aisya said... Reply To This Comment

ehem.. tak lama lagi tu.. hehe

نورعيم said... Reply To This Comment

hahaha takut pulak kita nk nikah ni. hihi.

iietamalek said... Reply To This Comment

Saling bantumembantu...isteri pun boleh juga membantu suami...

Hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said... Reply To This Comment

sama2 besar sebenarnya tgungjawab suami isteri ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...