-Kawan Aku-

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...




Banyakkan rezeki yang Allah beri...
Sebenarnya banyak lagi kan
Apa pon
Alhamdulillah..Alhamdulillah
Salam Jumaat!





[source pic: google]

Salam Merdeka: Jalur Gemilang!

Asssalamualaikum...

Hari ini genaplah sudah 55 tahun Merdeka.Alhamdulillah.
Semoga kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi akan terus berkekalan.
Amin.

Entry kali ni lebih kepada sejarah la kot.hohoho.
Sesiapa pembaca yang amek PMR leh la jadikan rujukan tambahan
(blog tak boleh dijadikan rujukan sahih la ayut!)


[kredit:google]


Maksud lambang dan warna Bendera Malaysia

Warna Kuning: Lambang kedaulatan dan kesetiaan kepada Raja Berperlembagaan.
Warna Biru: Lambang perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Warna Merah: Keberanian,kegagahan dan bersedia rakyat menghadapi cabaran.
Warna Putih: Melambangkan kesucian, keluhuran serta kesungguhan dalam mewujudkan rakyat yang beradab,berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Jalur menegak: Menunjukkan laluan yang lurus, hala tuju yang sama dalam membangunkan negara.
Bulan sabit: Melambangkan Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14: Menunujukkan terdapat 13 negeri dan 1 Wilayah dalam Malaysia.

Jom ingat 14 negeri itu!
Perlis,Kedah,Perak,Kelantan,Terengganu,Pahang,Pulau Pinang,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Johor,Sabah,Sarawak, dan Wilayah (Labuan dan Persekutuan).
korang ingat?huhu
(aku silap tolong betulkan sebab jujurnya ingat 10 je..tang Wilayah gan Penang blur jap)


Mendapat gelaran Jalur Gemilang pada malam 31 Ogos 1997 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia ke-4 ketika itu di Dataran Merdeka.
Dah 6 orang kan Perdana Menteri kita.
Sape ingat cepat jawab!

[sumber info: Scribd , rencana Jalur Gemilang Gagah Dijulang (Arkib Negara, Ogos 2007) dan pembacaan blog2x ]

Salam Kemerdekaan ke-55 Semua..!


Ni Sejarah kira tak lama sangatla kan.Tapi tu pon dah lupa.Cane?
Yang lama-lama ingat Sultan Mahmood mangkat dijulang dengan Sejarah penemuan nama Melaka jela jawab ye.
Kena selak balik buku sejarah la jawab ye pasni.
hihihi


Suasana Pagi Raya Ayut!

Assalamualaikum...


[google]



Sebenarnya entry ni nak post time raya aritu.Tertunda jadinya buatlah tazkirah Jumaat.hahaha.

Suasana bermaafan di pagi raya.Baru nak tulis entry ni tapi air mata dah berair.adehhh.
Teringat waktu dahulu,setiap pagi kumpul semua ahli keluarga,mak abah bermaafan di pagi hari raya.Dalam ramai-ramai,mesti aku la orang pertama yang akan nangis.Rindunya nak gapai tangan mak.Rindu nak peluk cium mak.Rindu nak dapat ciuman sayang daripada abah.Rindu nak dengar nasihat abah.Tahun ni,tak dapat semua tu.Tapi,aku pergi memberi salam pada keduanya di pagi raya.Mendoakan keduanya sehari-hari.Insya Allah,Mak Abah sentisa melihat aku dari sana.

Suasana bermaafan di pagi raya memang sangat sayu.Marah ke,gaduh ke,tak puas ati ke dengan abang or kakak,akhirnya bila bermaafan pasti aku menangis.Sesungguhnya keluarga memang tiada tukar gantinya.Nasihatkanlah adikmu yang degil ini.Jagalah adikmu yang selalu tak dengar cakap ni.Adikmu memohon maaf.

Korang pon mesti selalu bermaafan di pagi raya kan?
Gembirakan dapat berkumpul dan bermaafan bersama
:)




Sebenarnya nak minta maaf bukan pada hari raya je.
Pastu bukan hanya kerana satu kesalahan je.
kadang-kadang kita buat salah kita tak perasan.

Kalau boleh,setiap hari kita bermaafan la sesama kita
Jangan simpan apa-apa sampai mati.
Korang sendiri tak tenang nanti.
Ingat.
Jangan ikut hati.



Giveaway Celak Arab

Assalamualaikum...



Oleh kerana esok cuti Merdeka.
Hari ini aku nak join Giveaway la jawabnya
kaitan??

Anjuran Cik Syuhada Salleh.

tamat pada 31 Ogos 2012

jap je GA ni.
Nak join leh klik banner.
Sesempatnya la join ea.hihihi.
ada rezeki dapat celak arab tu kan..hoho


Perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna Zahry Rafie!

Assalamualaikum...


Kredit Gambar : Nadia Zahari Photographer





1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.


Perkongsian jumpa DI SINI



Ya Allah..permudahkanlah kehidupan mereka berdua agar mereka sentiasa bahagia.
Amin.


Dari haritu tengok diorang ni.Suker!!hahaha.
Sama padan.
Kurus sama kurus.hihihi
Sama-sama berilmu.
Sekufu la senang cita.Wah gitu!
Majlis belah Ustaz Don 1 September 2012 nanti.Tak sabar nak tengok jugak!


Esok Cuti MERDEKA!
MAS buat promosi! --> KLIK! 


En b sampai cakap,"biasa je tengok"
Aku pon jawab je balik, "memang la biasa je.tapi yang menyebabkan diorang luar biasa ilmu dan dakwah yang dibawak.orang jadi tertarik je nak memandang.dengan ada ilmu,orang akan pandang kita bukan sembarangan.nice je majlis diorang.takla meriah sakan."



See?
Carilah ilmu itu hingga ke akhir hayat.
Sebab ilmu kita memang takkan pernah cukup.





nak kawen gak!
nak gambar sweet2 macam tu..hohoho
kalau majlis ni biasa pengantin nak buat biasa tapi orang pulak banyak bunyi yer -_-"




Ustaz Azhar Idrus-Nasihat Untuk Cari Calon

Assalamualaikum...


[sumber:google]

Baik..
Bila kita mampu bahagia,mesti kita boleh terima seadanya.
1st basic dalam hidup rumah tangga
Mesti ada give and take.
betul tak?
Carilah calon yang boleh bertolak ansur dan dibawa berbincang.
Insya Allah, mesti boleh berkekalan.
:)

Semoga kebahagiaan itu berkekalan sehingga ke Syurga.
amin.


Nak senang bayar BIL ASTRO.
Cuti Merdeka nak naik Kapal Terbang!

Contest : Fizgraphic Vector Gambar Saya!

Assalamualaikum...

Tanpa membuang masa di kala pagi!
Join lagi la contest si Apit ni.
Shida tag sebenarnya.
huhuhu



2 sebab kenapa nak divektorkan gambar diriku..
- Sebab nak buat sendiri tak tahu.
-Sebab aku nak.

3 member kena tag...
- Anis
- Haz
err...sila jemput joinkan diri ye kawanku sayang.huhu..
Yang lain nak join takde hal.
Klik saje banner atas tu untuk tengok syarat-syarat dengan lebih teliti.hihihi.

Rasa dah tak tertinggal syarat yer.
Mudah-mudahan adalah rezekinya kan.
Aritu Apit buat doodle pon comel je.
Mane tau vector ni buat lagi berseni tangan Apit jadinya.
hihihi
Semoga berjaya,Ayut!
:p

Tarikh Tutup : 30hb Ogos 2012 Pukul 12.00 tengah malam.



Wordless Wednesday (13) !!Flowchart Kahwin!!

Assalamualaikum...



[kredit: AdlanKhalidi]


Eerrr...

Wordless Wednesday (12) !! Harimau Bintang!!

Assalamualaikum...


KAKI harimau ini tertusuk besi pagar menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri.
kredit: MyMETRO

Garang-garang pon
Cian la jugak T_T

Wordless Wednesday (11) !!Piala Malaysia!!

Assalamualaikum...


[kredit: KOSMO]

Malam tadi dengar En b membebel gan member dia tengok benda ni.
ATM vs Red Warriors!
En b membebel, aku tido
tepon free la katakan
haha :p

Salam Merdeka: Negaraku!

Assalamualaikum...


RumiJawi
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
selamat bertakhta.
نڬاراكو
تانه تومڤهڽ دارهكو
رعيت هيدوڤ
برساتو دان ماجو
رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا
رحمة بهاڬيا
توهن كورنياكن
راج كيت
سلامت برتختا

[source:WIKIPEDIA]


Dulu kat sekolah pagi-pagi selalu kena nyanyi lagu ni gan lagu Johor.Sampai la ke sekolah menengah.
Lepas tu abis sekolah masuk matrik setahun 2x je kot nyanyi lagu ni.Tu pon sebab time orentasi gan tamat belajar.
Abis matrik masuk Universiti.Time ni pon sama.Orentasi seminggu sibukla nyanyi lagu ni dengan lagu Pahang yang cukup pendek tu.hihihi.Last nyanyi dengan penuh semangat time Graduation Ceremony.
Seterusnya??
Setakat mendengar.Serius tak tipu.
Setiap hari pukul 12 malam tamat siaran kat TV atau radio.
Tu pon kalau nak dengar.
Pentingnya memupuk semangat patriotik time kecik-kecik kan.Sebabnya memang kalau namanya dah besor panjang,nak dengor sampai abis pon payah.
Bagi sesiapa yang menghayati pasti terdetik jugakkan semangat tu.
Fikir jugakla pasal Malaysiaku tercinta ni.
Cuba kalau memang dari kecik tak di dedahkan dengan semangat patriotik.
Tak ke mana la jawab ye.

Nampak macam benda remeh
Tapi kesannya besar pada masa akan datang.




Salam Merdeka ke-55 kepada semua!

Mood Raya Tak Abis Lagi ke?

Assalamualaikum...


Orang cakap balik kampung bawak balik la kuih raya kan.
Pastu raya pon abis.
Raya abis sebab dah kena keje.
Sebenarnya...
Bukan setakat balik kampung jer,balik bandar semula pon masih bawak kuih raya jugak!
Kuihnya berjalan-jalan pergi balik jer.
hahahaha




See?
Tonggang terbalik dah sampai jadinya bila di bawak ke bandar balik.
hahaha
Ni baru stok untuk kat ofis jer.
Kat umah sewa tu ada lagi sebalang kuih ye.
Kan dah cakap mood raya ye di bawak ke bandar.
Tak dapat beraya,makan kuih raya pon jadi la kan?
Korang pon mesti ada stok kat ofis tu kan?
:)

Fakta Selepas Cuti Seminggu!

Assalamualaikum...

Ramai jugak kan yang cuti seminggu time raya aritu?Tak terkecuali diriku ini.hehe.Sangat best apabila bercuti sebab dapat merehatkan diri dengan sempurnanya.Sempurna la sangat kan rehat kalau cuti duk dapur jer.ceh..tak patut! Yang ini fakta untuk diri aku selepas dah bercuti panjang ni.5 je yang aku hadapi pagi ni.Korang punya fakta tak sure pulak.Mungkin ada yang sama kot.Jom kita tengok list.


1. Masa tido tu terbangun je kejenya.Takut terbangun lambat nak bersiap pergi kerja.Padahal baru pukul 5.30 pagi kot.

2. Masuk bilik air sambil pejam mata.Malas-malas duduk lama-lama cikit dalam bilik air baru start mandi.hahaha..aku sengal!

3. Pergi kerja.Ada aje barang yang tertinggal kat umah.Dislike ok!Sabar jela.

4. Kat tempat kerja.Blur.Tak tahu mula-mula nak buat kerja apa.Bukak email berlambak tak tahu nak tengok mana satu.Last-last pegi buat air milo.Kita minum dulu!

5. Dah start buat keje.Tak menang tangan nak handle.Semua benda jadi satu masa.Eh?!parah!


Kesimpulan,buatlah list sebelum cuti.Tak la nanti blur sangat untuk start keje.Kalau tengok email dah berlambak pon tengok jela dia punye subject.Mana berkaitan bukak.Tak berkaitan KIV jela dulu.hohoho.


Yess!Pekerja harapan..statement yang patut kena lempang sebijik.hihi.
Happy Working Everyone!

Sebelum tu.....


Mekaseh Ecah!
Kad raya dari Sabah again!Buatan sendiri jugak.Terbaik!
Sampai dah kad raya yer.
Cayang kat ecah.hihihi.

Akuayut Bertukar!

Assalamualaikum...

Ha..haritu aku ada join segmen Abg ben kan untuk bertukar-tukar link gitu.Segmen tu tamat tempohnya sampai habis ramadhan.Sekarang dah Raya dah.alhamdulillah.Jumpa ramai kawan bila join segmen tu.Macam-macam blog ada.mekaseh kepada semua yang sudi memeriahkan blog akuayut ni yer :) Bila sudah tamat tempoh,mesti nak kena membuat perubahan kan?Ok..Kita tengok cikit yang lama macammana rupenya yer...

tu nama yang lama....

Sekarang nak tukar jadi "Penghuni Cool!" Cewahhh..priority yang dapat duduk dalam bloglist tu dulu mestilah yang selalu datang blog ayut yer.Yang takde datang tu ayut akan remove tau.Tapi sesape nak duduk dalam tu boleh je.Komen bawah entry ni nanti aku letakla ea.Tapi.....aku nak duk umah korang jugak la sebagai balasan.(ceh..tak ikhlas..hahaha) Bukanlah..kan give and take gitu.Nanti aku bolehla selalu datang jenguk korang.Tak payah susah-susah.

Ok ddah.Nak inform tu je apa yang bertukar.hehehe.
Mekaseh semua...

Kenangan Hari Raya!

Assalamualaikum...

Akhirnya...Hari ni dah Raya yang ke-6.Masih ada mood raya ke?hihihi.Seriusnya aku dah takde dah.Jap je mood raya ni.Tentera-tentera balik,maknanya dah hilanglah kemeriahannya.Apa pon alhamdulillah.Diberi kesempatan untuk tersenyum bahagia di hari raya kali ni.

Tadi tengok FB ada cite Ustaz Don dah kawen.Tumpang bahagia untuk beliau.Tahniah!Ternanti-nanti gak sebenarnya gambar beliau kahwin.Nanti nak tepek kat sini gak la buat reference.Eh?!ok apa-apa saje :p

Nak update dengan gambar raya la kali ni....berkongsi kemeriahan la katakan :)

Raya 1


melawat pusara arwah mak,abah dan nyai (nenek)

Raya ke-2

marhaban lelaki sampai umah
member sekolah datang..

Raya ke-3

Beraya!
Gambar??Terlupa bawak kamera la pulak -_-"
Malamnya, tentera-tentera dah balik then main la bunga api



Raya ke 4

Marhaban perempuan sampai tapi nak amek gambar tak sempat.Diriku sangat sibuk di dapur.Dislike tau.hahaha :)

budak demam datang umah..huhu

Dah kot..Cite selebihnya simpan jela..hahaha.Harapnya raya korang pon happenning la jugak yer.Lepas ni bolehla update blog macam biasa.hihihi.Berblogwalking macam biasa :)

dah gemokkkk!sekian  -_-"


Merah en b masih belom diterima.Konon cbuk katanya.Dislike jugak!hohoho...



Selamat Hari Raya Daripada Ayut!

Assalamualaikum...




Fizal & Ayut.ahaks!
 
Selamat hari raya diucapkan buat semua!
Insya Allah hari ni aku akan balik ke kampug.
Doakan perjalanan aku selamat yer.
Aku cuti seminggu sampai 24hb nanti.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan kat semua
Tak kira kenal atau tak kenal
(sebab semua boleh tengok kot post ni.hihi)

Selamat Menyambut kedatangan Syawal
Semoga kebahagiaan dan keberkatan bersama kita selalu.
Amin.

Minta maaf salah silap sepanjang diri ini berada di alam maya ye
Sepanjang berblog mane tau ada mengguris hati atau terkasar bahasa dengan mana-mana pihak
Kemaafan di minta.

Kepada yang sama-sama pulang ke kampung hari ini
Berhati-hati
dan jaga diri baik-baik.
Jom kita balik kampung!


*Motif ada si Fizal a.k.a En B aku sebelah tu? --> saje dia pon nak interframe :p
Mana tau ada tak suka bace yang aku post pasal en b.
Dia minta maaf juga ye kat semua.
hihihi

Jom buat Amalan dengan HANDPHONE!

Nasib Baik Sempat.Kad Raya Lagi!

Assalamualaikum...


Akhirnya sempat sampai dengan selamat ke tangan aku sebelum bercuti!
Ni la kad raya yang rasa nya terakhir buat masa sekarang sebabnya lepas ni cuti dah.
Tengahari ilang dah.Kalau posmen datang lambat memang ni jela dulu.
Tapi nanti lepas raya mugnkin ada lagi.Kan3x??hahaha.



Atas tu daripada Shida
Kad dia esklusif ok dari Ipoh gitu.
Licin jer..Dah boleh buat bisnes gini kalau kreatif kan.
Mekasih dear!
Kenal Shida ni baru je tau sejak aktif berblog.
Dia baik.Kalau tanya apa-apa dia layan jer.hihihi.
Aritu dia baru buat GA then aku join dapat pulak sebijik kad ni.
Tanpa disangka.
Sukerrr!




Yang ni pulak daripda Miss Z.
Ha...ni pon buat sendiri tau.Rajin-rajin blogger ni kan.
Aritu ada join segmen dia.
Nombor aku bertuah gitu.hihihi.
Dapatlah kad di atas itu.
Ni dari Sabah tau.Terkejut jap.
Mekaseh tau Miss Z.
Suker jugakkk!

Mekaseh semua yang susah membuat dan mengepos kad raya kepada aku.
terharu dan sangat happy bila dapat.
Semoga ukhwah kita akan terus berpanjangan.
Sayang semua!


Ayut bila di kampung!

Assalamualaikum...



Amekk!
Tu dia list yang aku buat untuk aku buat bila balik kampung nanti.
Buat ni sebenarnya untuk kakak aku sebab dia tanya mana list kerja
Ni dah sediakan dah ni.
Boleh buat reference dah nanti.
Haa...sakit tak sakit badan nanti time raya.
hihihi.

Amek gambar guna kamera handphone.Layan jela yer.
Dengan handphone pon masih boleh buat amalan jugak tau
Jangan tak percaya!

Ok la.Standard bila diri masih bujang.Fuhh!
Orang bujang memang kena take part semua tu nila balik kampung.
Keje ni semua aku akan buat dengan abang dan akak aku lagi sorang.
Sebabnya memang tinggal 3 orang ni jela nanti kat umah time raya sampai raya ke-3.
Nasib badan la ye.hihihi

Tak tahulah sempat tak sempat buat semua tu
Harap sempatlah settlekan semuanya.
Pastu kan....



Ahaks!
sangat cute gambar di atas ni.
Mekaseh ye Apit.
Dapat dah sepasang doodle ni.
Baju kita same warna macam ni!

Raya nanti insya Allah jumpe la si Fizal a.k.a my b ni.
Err...pastu kan...raya nanti dia datang umah
ter'excited' di situ!
1st time dia datang umah
dan 1st time jugak dia datang dengan family dia.
oh!terdapat nervous di situ.
hahaha
Semoga perjalanannya dipermudahkannya b untuk kita.
Amin.


Kalau raya-raya nak bercuti boleh ke SINI!

Apa ada dengan persahabatan? (12) !!Air Mata!!

Assalamualaikum...


Pengertian air mata terlalu banyak tafsirannya

[google]
Air mata gembira
Air mata berduka
Air mata kegembiraan
Air mata kesyukuran
Air mata kehilangan

Pabila aku mempunyai sahabat
Aku mengenal apa itu air mata
Bukan sekali
Bukan dua kali

Ya..aku menangis gembira atas kebahagiaanmu
Ya..aku menagis berduka kerana kesilapanku
Aku menangis kesyukuran kerana aku bertemu kamu
Aku jua pasti menangis andai aku kehilanganmu

[google]
Tangisan seorang sahabat
Bukan mudah dapat dilihat
Tapi apa yang pasti Allah lebih mengetahui

Jangan mencari alasan...

Assalamualaikum...



Tak dinafikan
Kita selalu mencari alasan dalam membuat sesuatu perkara
Kemudian dengan pastinya
Kita mesti menjadikan kekurangan itu suatu alasan.
Suatu musibah itu sebagai alasan.

Dunia Allah itu indah
Jangan pilih hidup sengsara
Kadang-kadang kerana waktu berduka yang singkat itulah
Permulaan suatu Kegembiraan.
Bersabarlah
Janganlah terlalu mencari alasan
Kerana memang tiada seorang pon yang akan selalu gembira
:)

Segmen:Kenangan Kad Raya

Assalamualaikum...


miss Z berceloteh

Segmen Anjuran Miss Z
Rajin betul Miss Z ni nak handle segmen yerk.
Haritu nak kad raya
Kali ni kenangan pulak.
Best gak mengingatkan kenangan-kenangan ni

Diriku di tag oleh Mrs Valentine
Fikir-fikir nak cite mana satu ek?Suke ke duka?hihihi


Aku memang seorang yang peramah.Tiap tahun terdapat 2 orang wajib aku tak miss bagi kad raya.Aku punya kawan baik daripada sekolah Mawar dan Yana.Waktu sekolah kitorang memang tak pernah miss balas-balas kad raya ni.Teringat lagi dulu,kalau dah terlambat sangat bagi 'by hand' je kat sekolah.hihihi.Budak sekolah kan.Untung bagi.hahaha.Sampai sekarang aku takkan miss untuk diorang.Tapi diorang dah tak bagi kat aku dah.Duka kan?hahaha.Takpe lah.Yang penting aku bagi kat diorang dan aku ingat diorang apa-apa hal pon.
Sukanya dulu kalau dapat kad raya,kompem pasti terdapat gantungan-gantungan kad raya dekat umah.Dulu time belajar banyak je orang bagi.Tu boleh gantung.Nanti orang datang bukak.(korang pernah buat?)Ada member tu time konvoi datang beraya, dia bagi dia sendiri baca balik.hahahaha.Nasib la.Best kan bila kad raya bertimbun dapat.hihi.Nak cakap special bagi dah tak ingat pulak.Duka lagi.adehhh.Tapi taun ni dapat.Mohamad Hafizal,en b aku tu nak bagi tapi tak sampai-sampai lagi.Dia cakap nak by hand.Ceh!Dah raya la b time tu.huhuhu.Selain special bagi tahun ni kemeriahan tu terasa lagi sebab dapat kad raya banyak semula daripada blogger.hihihi.Tu jela kot suka duka kenangan kad raya aku. :)


Agak-agak apa la kenangan suka duka CIK ANIS kita kan?

Segmen ni sampai 16 Ogos 2012 jam 8.00 malam.
Nak abis baru join -_-"
Selamat bersegmen!

*tetibe rajin segmen minggu ni*






Wordless Wednesday (10) !!Oh Popiaku!!

Assalamualaikum...



see?!
bukan rezeki untuk raya

Oh!Kad Rayaku Lagi!

Assalamualaikum...



tada....

Dapat kad raya lagi la
gambar tak cantik abaikan tau
Comel kat raya tu
Siap bawak love.hihihi
Mekaseh Cik Puan Azizah!
Ada dapat bonus keychain dari Sabah.
Suka!

Sampai umah keychain tu dah letak kat dompet dah.
Keychain istimewa dapat daripada kawan memang letak situ.
Baru ada tiga.
Ada sesiapa nak bagi lagi tak?
hahahaha *gurau semata*


Lagi satu dapat harini
tada...


Mekaseh Dylla
Ni sebab aritu cepat-cepat komen dapatla dari dia.hihi
Mula bukak ni pelik sebab tulisan belakang kad Unirazak
"bila pulak ada member unirazak ni"
hahahaha
Tapi bukak-bukak
"ooo..terlupa dah sampai"
Eksklusif gitu kad ye!



*kad raya aku post jumaat lepas dah sampai ke belom ntah -_-"*


Segmen : Ucapan Aidilfitri

Assalamualaikum...




Anjuran APIT
Comel kan banner atas ni.mata bulat-bulat
Syarat-syarat segmen dengan lebih lanjut boleh tekan banner or link tu yer.


diriku di tag oleh Cik Puan Azizah sebenarnya.
Telek-telek segmen
Dapat doodle comel atas tu best jugak
Siap tulis-tulis nama.

Baju raya tahun ni tema wane Merah Darah maknanya tak terang sangat.
Pastu nak letak nama doodle laki tu Fizal
Yang pempuan tu Ayut
(ahaks!tak malu)

Ucapan raya buat semua
Selamat menyambut kedatangan Syawal yang bakal tiba.Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat kalian semua.Minta maaf atas salah silap diri ini sepanjang berblog dan komen-komen dengan korang semua.Minta halal semua ilmu dan apa sahaja perkongsian kita bersama.

Nak jugak tahu ucapan dari blogger ni
Kak Saila
Kak Azie


Tarikh tutup segmen ni Apit cakap ikut dia bila nak tutup.Anytime.
Ha..gitu.haha


*Update:
jejalan kat peserta lain kena tag juga dengan Cik Solehah rupenya.tak tahu sebab masih guna link lama.huhu


Duit Raya!

Assalamualaikum...


18..done!

Setakat ni anak sedara aku ada 18 orang baru.Ha..atas tu la duit raya untuk diorang.Upin Ipin ada,Angry Bird pon ada sampulnya.Ni kalau ada tak puas hati gak budak-budak ni aku cepuk je sorang-sorang.hahahaha.Jadinya persiapan untuk diorang siap dah.Tak pening dah nanti nak asing-asingkan duit untuk diorang.Saje kan best bila dapat duit raya walaupun dalam tu RM1.ahaks!Tapi aku buat ikut umur.Tak semua RM1 tau.Kang ada bujang-bujang tu komplen acik Ayut ni kedekut.Ops!Walaupun raya kali ni diorang balik umah lagi sebelah then baru balik umah Johor,tak kisah la.Senang buat awal.




Korang punye duit raya sampul apa?
Ramai tak anak sedara korang or adik-adik korang?
huhuhu


Biskut Kacang Bukan Mazolla..

Assalamualaikum...

Tajuk hebat kan?ada-ada je kalau nak bubuh tajuk.Tahu tak tajuk tu penting nak tarik perhatian orang datang blog.eh?!pulak dah.

Ok.Ni cerita hari Ahad tau.Ntah kenapa hujung minggu lepas semangat sangat nak buat kuih.Siap tanya si Mohamad Hafizal tu lagi,"Nak buat kuih apa ni?Meh cepat bagi idea."Lepas je tanya tu dia mesej balik,"Buatla biskut kacang Mazolla".Sepantas kilat carik resepi.Then,dapat boleh tak perasan dia nak guna minyak masak Mazolla tu.Carik keliling kedai area umah kakak takde.Ok.Sangat kecewa.Tapi....

Kakak boleh bukak buku-buku resepi dia (berzaman dah buku resepi akak aku tu) carikkan resepi untuk aku.Selak punya selak,ada resepi tu guna minyak Zaitun.Yesss.Kakak aku pon ada pulak time tu stoknya.Aku apa lagi,"kak,pakai ea minyak akak tu?"hahaha.Tu la kisah ye dapat nama Biskut Kacang Bukan Mazolla ;)


terbalik pulak -_-"

Sangat suke dengan hasilnya!
Puas hati.

pembantu tak bertauliah..abis kemek biskutku.ni abang..hihi
Nampak belakang abang tu?
Tu la hasilnya buat 1 adunan.Separuh telap/bekas je.

Ni nak letak resepi sini biar nanti boleh refer balik.Ni adjust-adjust resepi takpun senang cite agak-agak tapi keputusannya memuaskan.Kalau siapa nak try boleh aje..Aku beli kacang tanah tu setengah kilo.Dengan setengah kilo ni boleh buat 4 adunan tau.Aku buat 2x.Ni kalau nak buat untuk 1 adunan boleh guna sukatan bawah ni.

Bahan Diperlukan:
1 cawan Kacang Tanah (lepas tu blender halus)
1 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 cawan gula aicing (tak nak manis kurangkan lagi)
1/4 camca baking powder
1 biji kuning telur
Esen Vanilla
Sedikit garam halus
Secukupnya Minyak Zaitun

Cara membuat:
Masukkan dalam 1 bekas tepung yang telah diayak dengan baking powder sekali tu dengan gula aising,kacang tanah,kuning telur,esen vanilla dengan sedikit garam.Gual bagi rata bahan-bahan tu.Dah rata,masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit sambil korang uli tu ea.Sampai bila nak stop?Sampai dah boleh rasa adunan tu boleh kepal-kepal.Jangan terlebih pulak letak minyak ye.Lepas tu,bulat kecik-kecik.Letak kacang sapu kuning telur.Bakar pada suhu 160 darjah celcius lebih kurang 20-25minit.Tapi masa tu tengok jugak.Lain ketuhar,lain arrangement yer(ni kakak yang cakap).hihihi

Time dia tengah bakar tu,kakak tanya "apesal kuih ko pecah-pecah ni?".Aku dengan terkejutnya, "Ha..pecah ke?".Sebenarnya memang macam tu pon.Kan kalau beli kuih tunjuk tu kan pecah-pecah gak.Bahasa betulnya tak tahu pulak apa untuk keadaan yang macam tu.Yang pasti kakak cakap "Em..Sedapppp!".Simple je kuih ye.

Ok..Tamat sudah :)




 

Review: Novel Bumi Cinta

Assalamualaikum...

Puasa hari yang ke-24 dah.Alhamdulillah.
Oklah.Pagi isnin ni buat yang bekerja,Selamat bekerja.Yang dah start cuti,Selamat bercuti.
Harini just nak buat review la.
Buku ni dah khatam baca 2 bulan lepas.Tebal buku ye ada dalam 500+ or lebih macamtu.



 
Mengisahkan seorang pemuda bernama Muhammad Ayyas yang mempunyai kelulusan agama dan sedang melanjutkan pelajarannya di Delhi,India ditugaskan menyiapkan kajiannya dengan perlu ke luar negara yang terkenal dengan pelacuran kelas atasan,Rusia.Setiap cabaran dan dugaan bermula daripada datang dan perjalanan sehari-hari beliau di atas bumi Rusia tersebut.Semestinya cabaran paling getir adalah berhadapan dengan wanita-wanita jelita yang mampu membuatkan diri sering berdebar dan kealpaan.Pengenalan dengan wanita cantik dan baik bernama Yelena dan wanita yang cantik namun dingin dengannya bernama Linor membuatkan hatinya sering dilanda resah.Ditambah pula sentiasa bersama Professor Anastasia seorang wanita yang cantik serta bijak membuatkan fokusnya sering hilang.Bagaimanakah Ayyas berjuang di atas Bumi Rusia?Siapakah Linor,Yelena dan Anastasia sebenarnya dan siapakah mereka dalam diri Ayyas?Bagaimanakah Ayyas berjuang sepanjang pengajiannya di Rusia?Apakah yang berlaku sepanjang Ayyas berjuang mencari ilmu di Rusia?



Persoalan-persoalan itulah yang boleh terjawab bila membaca novel Bumi Cinta.
Sebuah novel pembangunan Jiwa.
Sangat membantu bila seseorang tu benar-benar mencari kefahaman tafsiran cinta.
Mana nak cari buku ni tak sure pulak kat mana.
Mungkin ada dikedai-kedai ilmiah ataupun cuba online ke pengedar novel ni.
Ar-Risalah Production Sdn Bhd
Dulu aku beli sebab ada pameran.
Selamat membaca semua!



semalam buat biskut kacang dan jadik!
senang jer upe yer


Keputusan Kuih Almond Londonku!

Assalamualaikum...


Semalam berjaya sudah menyiapkan kuih Almond London ye.Terdapat askar-askar yang membantu cepatlahkan.Ok seriusnya tak tipu memang sedap.hahaha.

pasni kena blaja nak cantikkan kuih la jawab ye.hihihi

ni la askar yang membantu tu kuih ada bsar kecik.haha


Appearence jela kurang menarik kan? :p
Resepi daripada SINI aku doublekan sebab nak dapat lagi banyak.Bahagian biskut tu memang best la rasa.
Semua aku follow resepi tu cuma kat situ Mat Gebu sangai je badam ye kan?Aku pulak bakar badam tu supaya dia jadi garing takla lemau.Sebelum ni aku pernah buat sangai.Tak ingat raya bila,badam ye jadi lemau.Then tak sedap.hihihi.Kali ni jadi dengan jayanya.Banyak gak dapat.

Bahan - Bahan diperlukan:
250 gr Butter/Mentega
150 gr Gula aising
2 biji kuning telur
450 gr tepung gandum
2 camca emplex
Essen Vanilla
2 paket Badam Giant (hihihi)
*kalau nak belah dua sepeket pon cukup dah

Cara membuat:
Putar je gula aising dengan mentega tu.Korang buat sampai nampak creamy2 cikit macam Mat Gebu cakap.Dah macam tu masukkan pulak kuning telur.Putar lagi.Dah ala-ala putih cikit (sebab awal2 mesti la wane kuning gitu kan),masukkan tepung gandum yang bercampur emplex tadi cikit demi cikit.Then korang memang akan dapat doh yang lembut sangat.Met Gebu suruh rehatkan.Aku tak sempat dah buat je terus.Buat kecik2 masukkan badam then bakar.Ha..tang bakar aku naikkan cikit suhu jadi 160 celcius dan masa ye pon dekat 25 minit lebih kurang sebab nak bagi coklat2 cikit.

*Tang coklat tu kita perlu coklat masak gan marjerin(aku buatla sebab takde lemak sayur).
Cairkan guna cara double boiler tu,pastu korang letakla atas biskut dah siap bakar tu.

Siap!

Aku tak salut semua coklat sebab nak buat balik dulu baru salut coklat.Buat sikit je yang salut coklat bagi askar-askar aku ni merasa.Now,korang boleh try la resepi ni :)
Minta halalnya ilmu ni Mat Gebu.
Resepinya memang sedap!
Lawat-lawatlah tempat Mat Gebu
mesti ada je resepinya hari-hari.Cantik pulak tu.

Problem yang aku hadapi:
Nape coklat atas tu tak kilat ek?Cuba inform cikit macamana nak bagi kilat.


Salam Ramadhan: Nak buat Kuih Ni...boleh?

Assalamualaikum...


[google]


Sangat minat kuih ni.Walaupun beraun dah kuih ni aku  tetap suka.
Nak buat lah
Dengan penuh kesungguhan ni buat niat.hihihi
Tapi nk buat biskut dalam ye la dulu.nanti kat kampung baru tuang coklat.
Ha..ok kan?xla rosak kuih ku nanti di dalam perjalanan.

Nak buat ikut resepi daripada
Nanti jadi aku promote lebih cikit.
Tak jadi...errrr
Promote kurang cikit lah..
hahahaha
Jom buat kuih!


Kad raya untuk diriku!

Assalamualaikum...



Abaikan gambar tak cantik.Kamera webcam gitu la jadi ye.haha
Ni pemberian daripada blogger
Bestkan berblog?hihihi

Biru tu dari Ipoh!
Kita dapat kad raya dari jauh.Jangan jeles.
Ni pemberian Yui
sebab aku ada duduk kat 'umah' dia (umah=blog)
Pastu dapatla kad raya sebijik.Ayut tumpang lame2 ye Yui kat umah. ;)

Coklat tu dari ...tak sure.KL kot sebab takde tulis kat cop tu.
Ni pemberian Abah Akiff
Aritu kan ada join segmen buat dialog utntuk Akiff gitu.
Sebagai cenderahati
dapat kad raya.
Mekaseh yer.


Bawah ni kad pemberian Kawan time kat Universiti


Nama ye Kak Jijah.
Tapi bukan Cik Puan Azizah tau.Kang tersalah pulak.
Dia ni la kawan gaduh gan kawan menangis dulu.ahaks!
Mekaseh kak.Semoga cepat jodoh akak sampai.amin.

Yesss!Ada 3 dah.Korang ada berapa dah?

Bertemu Hot FM - AM Krew!

Assalamualaikum...


Sekadar nak share apa yang terjadi semalam.
2 malam sebelum hari semalam,dengarla Hot FM.Pastu terdengar yang Faizal Ismail (FBI) dengan AG kena denda jual Nasi Lemak dengan pakai kain pelikat kat Bazar Seksyen 14,Petaling Jaya.Nape diorang kena denda?Kalau siapa yang selalu pagi-pagi dengar Hot FM mesti tau kan?Sebenarnya FBI dengan AG kena denda sebab kalah dalam cabaran Versus Panggilan Hangit.Aku dengan Mawar tengah duduk tunggu waktu buka terkejutla kan sebab kat Petaling Jaya kot.

[Gambar ehsan daripada HOT FM]
Official gambar penuh dari diorang boleh tengok SINI.Diorang niaga siap mintak MBPJ lesen.Terbaik lah.Tak langgar undang-undang.hahaha.Tapi time ni kitorang tak sampai lagi.hihi.Saje share gambar diorang dulu buat tatapan beramai-ramai. :)


Statement kitorang sebelum hari kejadian:

'Eh?!dekat je tu..!Jom pergi'  --> ni statement Mawar.
'Malas aku.Pukul 5 sampai 6 je kot.Ko balik dah pkul berapa.Nak merempit lagi.Semata-mata nasi lemak' --> statement aku
'Ala..jom la.aku balik awal.' --> statement Mawar
'Aku dah memang balik awal.Aku tunggu jela nanti ko balik.' --> statement aku

Nampak beria kan kitorang.hahaha
Bukan apa,dah ari-ari setiap pagi dengar diorang membebel dalam radio tu
Apa salahnya bertentang 4 mata sesekali kan?
Akhirnya.....


penuh yakin aku mintak 'jom amik gambar.Dengan AG sekali'. hahaha


then..ganti Mawar pulak dengan dyorang :)


Yess!Here you are.Farah Fauzana with us!hihi

tu la yang terjadinya..
Turun je motor terus pergi kat FBI gan AG tanya
'Nasi lemak dah abis ke?'
'Ha..Iye..Abis dah.Lambat...' --> statement FBI
hahaha
Baru pukul 5.30 tau time ni.
Cepat betul abis ye.Mana tak ye.Ramai tuuuu..
Diorang same macam yang kita selalu dengar kat radio
Happening je layan-layan
Time ni diorang nak balik dah
All the best for 3 of you in your career.
Semoga terus success!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...