-Kawan Aku-

Drama Yes Bos di TV3!

Assalamaulaikum. ..


Hari Selasa menjelma lagi.Semua sihat?Sekarang ni kalau kurang minum air masak cepat je akan diserang selesema takpun batuk.Lepas tu lagi kronik sebab nyamuk aedes semakin membiak dengan rancaknya di musim kering ni.Jagalah kesihatan anda semua ye ;)

Hujung minggu lepas kalau ada sesiapa beristirehat kala petang di depan TV3 mesti perasan drama ni.Drama Yes Bos.Lakonan Emma Maembong dengan Fahrin Ahmad sebagai hero dan heroin dalam Drama Yes Bos ni.Drama Yes Bos ni bila aku google rupanya adaptasi daripada novel jugak. Patutla masa aku tengok Drama Yes Bos, macam pernah tahu cerita ni.Macam pernah dengar tajuk Yes Bos.Novel rupanya.hahaha.


Drama Yes Bos ni baru je bermula.Hari Sabtu aku tengok tu rupanya episode 1.Hari Ahad pula baru episod 2 . Sanggup aku tunggu tak balik rumah sewa dulu sebab nak tengok Drama Yes Bos ni.Macam suka la pulak tengok Emma Maembong ni berlakon.Macam dah banyak je lakonan Emma Maembong sekarang ni.Murah rezeki la Emma Maembong berlakon.hahaha. ;)

Sinopsis Drama Yes Bos:

Mengisahkan tentang Aryana (Emma Maembong ) sebagai setiausaha kepada Ilham ( Fahrin Ahmad ).Menjadi setiausaha kepada bos yang hidung belang sentiasa mengugat kesabaran Aryana untuk menutup kesalahan bos nya di depan ayah Ilham dan juga kekasih-kekasih bos nya.Setiap arahan Ilham hendaklah dituruti dengan 'Yes Bos!' Tanpa sembarang alasan. Walaupun begitu,semakin lama,timbul perasaan suka Aryana terhadap bosnya,Ilham.

Setelah ketiadaan Aryana,Ilham baru merasakan kehilangan Aryana bukan sekadar sebagai setiausahanya sahaja.Bermula putik cinta Ilham terbit untuk Aryana.Namun,Ilham terpaksa berebut dengan mantan mat rempit yang berjaya nenjadi usahawan di kampung Aryana.

Berjayakah Ilham mendapatkan Aryana?? Saksikan kesudahannya pada setiap Sabtu dan Ahad di TV3 jam 6.00 petang.


Ada gaya kena balik setiap minggu la lepas ni.Dekat tonyon ada ulangan tak Drama Yes Bos ni??Aku tak sempat la pulak nak pergi tonton periksa kewujudan Drama Yes Bos.Ada sesiapa tahu?



15 pesanan buat ayut :

Fiza Rahman said... Reply To This Comment

Alaaaa...terlepas tgk citer ni haritu.

Lissa LaLissa said... Reply To This Comment

x sabarr nak tengok ceritaa niii.. hehe >.<

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

akak tak sempat nak tengok lagi ayut, tapi macam tertarik dan minat...

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

xprnh tgk lg..huhu

Mimi Azirah said... Reply To This Comment

tengok ulangan memg klaka..kompom lpas nih akak cri novel die plak..haha

Deqla Manjew said... Reply To This Comment

teringat filem SRK tajuk yess boss..ingatkan sama jln citer.. tp ada lah jugak nak sama tu..hihi..

therosputih said... Reply To This Comment

ayutttt...lama ain tak jengah sini...

Cik Puan said... Reply To This Comment

Yes madem ayut!hihihi
episode bape dah ne..nak tengok lah...mcm best jerrrr

Ked Lee said... Reply To This Comment

my mum mula-mula perasan cite ni adaptasi novel Yes Boss masa mula-mula tengok iklan dia. huhuhu. padahal novel ni dah lama dah. mesti adenye kak ayut. takkan takde. bankrupt la tv3 kalau dia tak letak cite ni kat tonton. huhu

Nursaila Norman said... Reply To This Comment

hye ayut! akak tak tgk citer ni..akak singgah sini sbb nak jmp ayut..hehe :))

azizah :) said... Reply To This Comment

oo tak tahu pulak ada drama jam 6 sabtu ahad.. boleh tgk gak ni..

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

kan skrg byk adaptasi dri novel. mnjdi ikutan pulak kan.lps satu, satu.

x tgk pon lg. suka tgk emma dlm projek memikat suami. hihi

Cik Nur™ said... Reply To This Comment

nur xpernah tgk drama ni....

Eca Dwinky Asha said... Reply To This Comment

eca nak tgk tpi terlupa lak masa dia....huhu~ rugi tul a.

ros_reeza said... Reply To This Comment

layan jugak drama ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...