-Kawan Aku-

Resepi Kerabu Sotong

Assalamualaikum...


Hujung minggu adalah hari beristirehat ke isteri berehat?hahaha.Lambat dah bersiaran sejak akhir-akhir ni.Tadi habiskan balas jejak dan nanti malam sambung lagi yang lain. :) 

Esok korang nak masak benda yang senang tak?Haaa...aku nak kongsi resepi Kerabu Sotong.Kerabu sotong ni resepi daripada kakak aku.Nak tahu mana dia dapat menu Kerabu sotong ni pon tak pernah pulak tanya.hihihi.


Inilah rupanya Kerabu Sotong.Siapa suka makan sotong macam aku, silalah cuba resepi Kerabu Sotong ni.Lepasni mesti mengidam Kerabu sotong. Haha

Bahan:
Sotong (potong bulat)
Kacang panjang (potong bulat)
Taugeh
Bunga kantan (dihiris)
Kiub ikan bilis
Limau nipis (ambil air)

Semua bahan direbus dalam air mendidih.Tos kan bahan-bahan.Dah kurang airnya masukkan dalam satu mangkuk kesemua bahan dan letakkan kiub ikan bilis dan campurkan air limau nipis.Tak payah banyak sangat.Secukup rasa.Garam sedikit.


Gaulkan bagi sebati..

Siap dah Kerabu Sotong!

Bagi aku semangkuk Kerabu sotong ni pon boleh habiskan.Tak payah dah makan nasi lagi.Kerabu sotong je dah cukup.
Selamat memasak ye nanti ;)




9 pesanan buat ayut :

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

nyum2 sedap tuuu.

aisya said... Reply To This Comment

tak pernah plak makan kerabu sotong. suka makan sotong jugak. alahai, mana nak cari ni. buatkan boleh? :P

Cik Nur™ said... Reply To This Comment

nampak sedap..!

nanti boleh cuba..:)

Cik Puan said... Reply To This Comment

woww...soang jugak ne ayut..tak payah duk berjam2 kat dapur...

anamizu said... Reply To This Comment

ana pon suka jenis2 kerabu2 nih. tak kiralah kerabu sotong ke, kerabu mangga ke.. ishhh mmg takyah mkn nasik pon takpe dah ahaksss :P

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

mmg pon kerabu ni mmg sedap diratah je. baru rasa kesegerannya kan. ciksu bukan penggemar sotong. boleh try buat kat cik abe.. dia suka sotong.
thanks ayut sharing resepi.simple

ros_reeza said... Reply To This Comment

memang nampak mudah ni Ayut.. boleh cuba ni nanti.. thanx Ayut :)

UmmuAidan-Arissa said... Reply To This Comment

festime dengar kerabu sotong nie..mesti sedap jgk kan..

azizah :) said... Reply To This Comment

boleh try ni..sedap! meyelerakan makan begitu jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...