-Kawan Aku-

Tazkirah dan Motivasi Suami Isteri

Assalamualaikum. ..

Tengah-tengah malam pulak aku boleh up entry kan.Tak kisahla kan janji aku luangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu hari ni.Jadikan ceritanya pagi tadi dengar motivasi pagi daripada Ustaz Zamani Al Basuty di Ikim.fm.Perjalanan ke tempat kerja aku harini makan masa setengah jam.Sempatla aku ingat point penting yang Ustaz Zamani berikan sebagai panduan suami isteri.



Panduan untuk suami isteri supaya mendapat kasih sayang satu sama lain.

1. Jangan membandingkan suami/isteri kita dengan orang lain hatta jiran sebelah pon.

Tak payah cerita banyakla...memang pasti kita tak suka dibandingkan dengan sesiapa pon kan?Lagila kalau dibandingkan dengan ex kita yang dulu.Makan dalam gayanya tu.Betul kan?Jadi jangan buat ye.

2. Jangan ungkit/kenang kisah cinta lama.

Ustaz Zamani pesan kalau jalan mana-mana lepas tu tempat tu selalu kita pergi dulu dengan ex tak payah la nak bukak cerita tu depan suami/isteri kita.Remuk redam nanti tahan perasan.huhu.Simpanlah cerita tu sorang-sorang tak payah cerita kat siapa pon.

3. Jangan simpan barang kisah cinta lama.

Ustaz Zamani kongsi cerita yang dia pernah jumpa dengan pasangan yang dah anak 5 tapi sebab isteri dia terjumpa 1kotak khazanah cinta lama suami jadi bergaduh dan hampir bercerai.Jadinya janganlah simpan.Jadikanlah kisah silam itu kenangan.

Ada 3 point je yang dikongsikan sebab motivasi pagi daripada Ustaz Zamani ni episod last dan hanya 15minit tak salah.Episod sebelum ni banyak perkongsian nya tapi aku pon dapat dengar yang harini je :) Okla tu kan.Sikit tapi ingat itu lebih memadai daripada banyak tapi tak ingat apa.

Jom muhasabah diri kita..Sudahkah aku menjadi seorang isteri/suami yang terbaik dalam mencari redha Allah??

6 pesanan buat ayut :

Hanif Idrus said... Reply To This Comment

Perkongsian yang baik

Cik Puan said... Reply To This Comment

betul tu ayut...
tapi kalu simpang barang kenangan cinta kita dengan somi tak pe jugak kan..hihihihi

ros_reeza said... Reply To This Comment

thanx untuk enty ni ye Ayut.

UmmuAidan-Arissa said... Reply To This Comment

sangatlah betul semua pesanan ustaz tuh yut..yg dah jd sejarah tu biarlah berkubur..nak imbas kembali pun takdekguna wat sakit ati jer kan dua2 pehak...

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

mudah mudahan

azizah :) said... Reply To This Comment

muhasabah diri ini ayut..moga dpt jd isteri yg solehah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...