-Kawan Aku-

Cerita Kami 6: Hantaran Kahwin

Assalamaulaikum. ..


Harini up entry pasal kahwin-kahwin pulak.Err..entry GiveAway nanti dulu lah.hihi.Lagi best kot kalau ada story nak dibaca. :) Tujuan cerita hantaran ni pon just untuk bagi idea jela pasal hantaran kahwin ni.Aku rasa pasal hantaran kahwin nak bagi apa aku tak pening pon sebab barang hantaran kahwin ni aku bagi apa yang ada je.Kalau fikir sangat apa orang fikir atau cakap mahu aku tak kahwin kang.hihihi. :p

Hantaran aku cuma 5 dulang berbalas 7 dulang.Masa kahwin ni takde pulak orang nak sponsor.Kalau tak meriah gak barang-barang hantarannya. :p

Hantaran Lelaki
1. Mas Kahwin + rantai tangan ( batal air sembahyang)

Display je ni.hihi

2. Kek
3. Sirih Junjung
4. Telekung
5. Kasut

# Barang hadiah untuk kakak aku bagi by hand je.Aku pon tak tengok barangnya tapi tahu la buah rantai a.k.a loket.Moga murah rezeki jodoh buat kakakku nanti.amin.. :)


Gubahan lelaki digubah oleh aku.Tema warna hantaran merah kuning.Haaa..ni pilihan warna suami tersayang si Mohamad Hafizal tu.Harap maklum.huhu.Idea gubahan hantaran ni datang last minute.Aku mencari idea DIY untuk buat bunga tanpa melibatkan kos yang banyak.Tak rela aku buang duit beli bunga.huhuhu.Akhirnya aku buat bunga DIY daripada kertas sahaja.Buat punya buat,gulung punya gulung...Eh?! Cantik jugak apa.haha.Gambar siap hantaran pihak lelaki tak ingat nak amik.Ok.Salah sendiri.Gambar atas tu je yang ada pon.Heee ;)

Inilah bunga DIY daripada kertas.

Hantaran Perempuan
1. Buah
2. Sejadah
3. Jam tangan
4. Kek
5. Sirih Junjung
6. Coklat + Gula-gula
7. Kasut


Harap maklum,gambar hantaran belah perempuan ni aku cuma ingat nak amik pagi sebelum akad nikah tu je.Tak sempat dah nak amik satu-satu gaya ye.haha.Hantaran belah perempuan ni kakak aku yang tukang gubah.Tema warna hantaran Pink.Terima kasih kakakku sebab susah payah untuk adik kamu.


Gubahan hantaran menjadi sangat-sangat as requested by me. :) Aku siapkan bunga tisu pink dengan teman dia beli bunga je.Selebihnya aku tido,kakak aku gubah.Esok pagi bangun hantaran dah siap sebelah aku tido.hohoho.Bunga tisu pink tu pon ada kisahnya.Selamat dapat dicantikkan semula kalau tak memang menangisla.Hai la kucing sayang.huhu.

Moga dapat idea dah buat bakal pengantin nak buat gubahan hantaran kahwin yang jimat kos terutama yang suka DIY.Bila tangan tu ada seni,buat macamana pon tetap nampak cantik.Percayalah! :)


12 pesanan buat ayut :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

awesome dan superb gubahan hantaran tu... akak dah lama tak buat... dan ambil tempahan...

Razi ten said... Reply To This Comment

Oh wow so creative..

Razi ten said... Reply To This Comment

Oh wow so creative..

Cik Puan said... Reply To This Comment

cantik lah bunga tu ayut...aayut gune kertas ape ek?

ros_reeza said... Reply To This Comment

buat sendiri, memang puas hati, sebab ikut citarasa kita sendiri kan :)

Cik Nur™ said... Reply To This Comment

teringin nak buat bunga kertas tisu tu..tp takut tak jadi...kertas tu mahal x??

Isabel Diaz said... Reply To This Comment

Cantik2 hantarannya. Suka pulak saya tengok. Hihi.

ayut said... Reply To This Comment

@Cik Nur™nur..kertas tisu tu murah je tau...ayut beli dlm tu ad 8 helai rm10.tp sbb ahli dpt rm8 sepeket..hihi

ayut said... Reply To This Comment

@Cik Puan cik ayut guna kertas A3 yg tebal sikit..ayut beli dlm tu ad 10 kpg rm5.50.hihi.murahje kertas ye.

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

cntik bunga diy tu

UmmuAidan-Arissa said... Reply To This Comment

DIY pun mmg nampak cantik dan menarik yut..akak suka gubahan gitu...:)syabas..hehe

kb8282 online store said... Reply To This Comment

Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian wanita, tudung & telekung murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

layari blog kami di ONLINE STORE
atau PHOTO PRODUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...