Followerku..

Cerita Kami 9: Bridal Majlis

Assalamualaikum...


Yeszaaa...Nak sambung kisah kahwin aku pulak kalini.Haaa...nak cerita pon macam malas tapi nak kongsi jugak supaya jadi teladan bersama apabila bakal-bakal pengantin mahu memilih bridal perkahwinan untuk majlis masing-masing.

Bridal untuk majlis aku:
N&R Bridal
Lokasi: Pura Kencana,Batu Pahat
Pemilik: Nekman
Rakan bersama: Rizal ( jurumekap )

Satu aku nak cakap kat sini buat bridal aku dan staf mereka,terima kasih untuk semua.


Cerita: Aku dijanjikan baju sepasang baru tanpa tambahan bayaran cuma kena deposit lebih.Seminggu sebelum majlis nak fitting tapi dia mengatakan baju tersebut diguna untuk photoshoot di Kuala Lumpur.Baju lelaki fitting tetiba pakai baju lama sebab dia cakap dia cuma buat untuk baju perempuan. Aku tak semak dan aku tak fikir dia tipu aku.Aku pon ok kan jela.Baju sanding aku sampai selepas aku dah siap nikah maknanya 3jam sebelum sanding.Aksesori dia tak bagi pada mulanya dan aku tak periksa.Si suami kat songkok dia dah kosong masa nikah.Selamat suami kita tetap handsome.Tersenyum juga kita.Masa dapat aksesori,barang tersebut dah tak elok.kecewa.Sekian.

Pengajaran:
1) Sila periksa setiap barang yang bridal janjikan dan yang bridal beri.
2) Sila fitting sebulan sebelum majlis dan anda nampak baju anda telah ada.Kalau tiada kemungkinan besar anda telah ditipu.
3) Semak latar belakang bridal.Cari testimonial bridal tersebut.Kalau banyak sangat cerita mulut ke mulut tu,baik cari bridal lain.hihi.Fikir je,kalau takde angin takkan pokok bergoyang.

Apa lagi ek?Haaaa...ingat dah!

4) Jangan bayar full payment sehingga majlis anda selesai. Ini membolehkan anda untuk mendapatkan hak anda iaitu setiap setvis bridal adalah menepati perjanjian yang telah dibuat setimpal dengan bayaran yang dikenakan.ok?

Apa pon lepasni buat bakal pengantin,berhati-hatilah berurusan dengan orang.Selamatlah aku ambil pakej dengan Bridal ni yang murah. Kalau tak memang tak berbaloi aku bayar penuh.hhmmm.Maaflah Nekman aku memang tak puas hati dengan servis yang diberikan.Not recommended to others B2B kat luar sana.



14 pesanan buat ayut :

Anonymous said... Reply To This Comment

bagus berkongsi info2 sebegini !

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

when dealing with wed planner or bridal boutique memang kena particular ayut...tak boleh ambil enteng...

Unknown said... Reply To This Comment

huhu..sbr jela ayut.besela tu...kite pun xjngka bnde tu nk jd kan..so, bguna la pnduan ni utk yg bkl kawen..supaya lbih hati2

Cik Rose said... Reply To This Comment

aduhai..memang kecewalah macam tu kan.. memang kena semak awal-awal..takut jadi macam kes Ayut ni..

Mummy MM said... Reply To This Comment

Hish, ada jugak yang menipu dalam berbisnes yea. Takut pulak nak pilih owg sebarangan untuk urus benda2 macam tu lagi.

Cik Puan said... Reply To This Comment

NOTED wahai B2B sekalian...

Adilah Asari said... Reply To This Comment

kalau bab mcm ni memang la kena pastikan betul2 kan kak..
yaya ingat nanti majlis nak buat baju sendiri je..puas..bak kata membe nanti boleh simpan lepas kahwin then boleh pakai..dan jimat kos drpd sewa..

Orkid said... Reply To This Comment

Slm singgah membaca di hari selasa..

Umm AA said... Reply To This Comment

Dahlah kawen hanya sekali sumur idup..boleh lg depa nak main tipu2 gitu kan..tp tips ygayut bg tuh mmg bagus..

Mimie said... Reply To This Comment

rekod dh buruk..huhuhu

cydayf said... Reply To This Comment

Alahai... faham perasaan tu. Tak pelaa, nak wat camne, xde rezeki eh.

Unknown said... Reply To This Comment

kesian kan pengantin macam ni.. jijah dulu pon masa bersanding takde aksesori kat baju suami..macam keris, rantai tu semua.. nasib la xbape perasan.. huhuhu

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

kes ayut sama mcm ciksu juga. tapi bab baju l&p ciksu puas hati. cma bab gmbar je. boleh photographer dia lupa bawa apa ntah masa mjlis tu. dh la pengantin lelaki dh sampai masa tu.

kemdian gambar semua main tangkap muat je. ntah pa pe dia amik gambar. nasib cik abe ckp lpas. so, byr separuh je harga. utk baju pengapit pon dia kata x payah bayar.

mmg terkilan

Miss N™ said... Reply To This Comment

kadang2 kita percaya org..org lak tipu kita,.,.
bila jadi gini..mmg tak kan amik dah dekat diakan...

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...