-Kawan Aku-

Planning atau Perancangan

Assalamualaikum...


Tujuan membuat perancangan bagi seseorang adalah bagi memudahkan perjalanan sesuatu yang hendak dilakukan.

Tapi.......

Bila planning tak jadi?
Bila planning terpaksa tunda??
Bila planning kena ubah last minit???

Memang masalah besar + sedih! T_T

Sesuatu yang pada aku mungkin makcik-makcik tentera especially untuk aku under Navy akan sentiasa hadapi.Siapa yang suka dah planning terpaksa ditunda ataupon kena ubah kan?Semua sebab kerja...kerja..dan kerja..Yes...memang aku mengada sebab dah rancang baik punya kot pastu last minute cakap nak ubah. T_T Nanti kacaula pulak planning yang lain.Mana boleh.Cancel terus baru tahu.huhuhu.Tak kisahla tu nak merajuk pon.hahaha.Semua nak kena tahu,kena paham.Ni yang kat sini siapa nak paham. T_T Menangislah bersendiri kan?hahaha.Menyampah tau nak layan perasaan gini.Adehhh.

Namun...seorang perempuan dikurniakan hati yang kuat,kasih sayang yang tinggi.Seorang perempuan sangat bijak menangani hati dan perasaan mereka.Seorang perempuan memang pasti mampu memahami.Lagi-lagi kalau dengan insan tersayang kan? (not only bf,tunang dan husband yer)

Cara penyelesaian:
1. Pihak lelaki
- Usahakanlah untuk memujuk dahulu (perempuan hanya mahukan perhatian ^^)
- Cuba carik penyelesaian yang sebolehnya tidak mengubah rancangan asal (guna la segala kemudahan yang ada...kawan ke,arrange masa ke..etc)
- Terangkan dengan sabar mengenai kerja anda

2. Pihak Perempuan
- Jangan terlalu degil...dengar...fahami...
- Cuba bertolak ansur
- Sedia berkorban
- Sabar


Dialog contoh yang best:

Perempuan: Awak berhenti jela jadi pilot...Awak jadi driver saya sepenuh masa ea... (dengan ngada2x gitu kan...hahaha)
Lelaki: Boleh....Saya takde masalah.Hari-hari saya akan ada dengan awak. (sambil senyum-senyum mengoda gitu..hihihi)
Perempuan: Best yer...Berhenti tau nanti..Leh awak ada selalu dengan saya (senyum sampai telinga dah ni...)
Lelaki: Ok...TAPI...Awak sanggup ke nak TANGGUNG saya nanti? (ni dah senyum dengki nama ye)
Perempuan: ........................................... (sambil garu-garu pale) ==!


Ha.....sanggup????
Dah memang kerja Navy macam tu la Ayut.Now, still in learning process.. -_-"
Walaupun nampak seolah-olah kita yang kalah..bukan beerti kita mengalah. ^^
Yess...ingat ye..Kalau nak si dia tu melekat hari-hari gan kita memang tak makan la korang nanti.
Nak ke korang wahai yang bernama wanita menanggung si suami tu?huhuhu...


I'm just waiting  for you,dear...
I still can be rational for everything..In shaa Allah.
Kita yang memilih kan...
Kita la yang kena menerima seadanya..
Diri dia dan jugak kerja dia....
^^

28 pesanan buat ayut :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

kadang2 dalam hidup ni x semestinya apa yang kita plan tu akan menjadi...

kan ke selalu diberitahu, kita merancang, Allah menentukan... ^_^

tapi sebenarnya untuk certain2 perkara tu memang bagus kalau planning...

*ayut...biasa2kan diri ek... ^_^ tabahkan dan cekalkan hati...

ros_reeza said... Reply To This Comment

Sabar ye Ayut. Buat perancangan betul-betul, tapi, mesti ada sikap toleransi oleh kedua-dua pihak :)

Ena's Palace said... Reply To This Comment

tang nak menanggung tu..errrkkk tak sanggup!!...

takpela sesekali berjauhan akan bertambah2 kasih sayang tu nanti..tul tak?

Cik Syida said... Reply To This Comment

sabar sabar... sabar ayut, tak mo emo2 k..

s h a said... Reply To This Comment

Tu la kn.Dalam perhubungan kena banyak bertolak ansur.Berbincang.Give and take.Plus,kte hanya mampu merancang.Allah jua yg menentukan.Yg beshnye perancangan Allah la yg paling indah. :)

adorable ked said... Reply To This Comment

hanya mampu mengangguk setuju..
hehehe

Kesuma Angsana said... Reply To This Comment

gd tips ni dear

ieda immi said... Reply To This Comment

akak lak selalu kalau plan awal2 jarang menjadi
nak kena on the spot .. tapi not really gud macam tuu kan
hurmm ;)

missGogreen said... Reply To This Comment

hi baru follow awak...jemput ke blog sy ye :D
http://cikgogreen.blogspot.com/

Sue-Rya Qistina said... Reply To This Comment

semoga dipermudahkan segalanya ye dik. apa yg kita pilih tu dah terbaik buat kita, so kita kena hargainya. mcm akak dulu mmg dah tau kerja husb akak main muzik. weekend je mesti ade show. praktis pulak time sebelah malam. masa awal2 dulu mmg x bole la nk faham. tapi lama2 faham sudah. dan akak pulak mmg minat seni muzik ni. secara x langsung bole support dia. so, ayut kena support bakal suami jugak. hehehe

ummuaidan said... Reply To This Comment

Merancang tuh kena merancang jgk yut..tp akhirnya serahkan pd Allah sbg penyelesaian..mmg ms belum kawen rs begitu..inshaallah bila dah kawen wanita akan jd lebih matang & lebih memahami..& byk mengalah (taatlah tu konon2..)..apapun sabar ttp kena ade...

Mrs Velentine said... Reply To This Comment

perancangan kalau buat betul2 pun kdg2 ada cactnya..sabar yea ayut

Wanieys a.k.a IbuQalief said... Reply To This Comment

kena ada sikap toleransi antara satu sama lain ayut...rancang betul2..akak harap ayut sabar banyak2 yer

Lyaa Suriany said... Reply To This Comment

Sbb tu org ckp toleransi tu penting kan.

Ujie said... Reply To This Comment

Camtula ayut...kena terima & memahami kerjaya dia. Kata cinta..^__~

Bui Junaidi said... Reply To This Comment

KDG2 BILA PLAN X JADI,TP BILA X PLAN JD PULAK..

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

takpe ayut...dah keadaan tak mengizinkan nak wat camne...dah mmg nature of business dia camtu kan....

QA's ~ mamapapa said... Reply To This Comment

Perancangan Allah adalah yg trbaik :))

Cik Nur said... Reply To This Comment

benda2 mcm ni, kena bincang elok2.
dan seeloknya sebelum kawinlah bincang pelan2...

:)

aNiss :):) said... Reply To This Comment

even kita dah rancang sesuatu dgn terbaik, tapi ALLAH penentu segalanya. mungkin ada hikmah disebaliknya. sabar tau cik ayut ;)

Remy hazza said... Reply To This Comment

kita hanya merancang..... tapi kita juga boleh buat back up..... palan a dan juga plan b.....

ANNA MARIANA said... Reply To This Comment

hahahha, terbaik la n3 ni... lawak pon ada gak..

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

moga yg terbaik yer ayut..pasti ada selesainya.uish ayat yui..hiih

Hanif Idrus said... Reply To This Comment

Kita hanya merancang tuhan menentukan...
hehehehehhee...
Apa nak buat tuntutan kerja lagi penting..

Sue PeLik said... Reply To This Comment

kita yang membuat pilihan jadi kita kena bertanggungjawab dengan pilihan yang kita buat

-william glasser-
:)

nik ros said... Reply To This Comment

dalam perhubungan kena byk bersabar
kena byk tolak ansur.lagi2 kalau kerja suami atau bakal suami boleh buat kita berjauhan

kena redha. tu keje dia. asal dia keje cari rezeki halal dah cukup kan.

Mimi Azirah said... Reply To This Comment

kawen ngan tentera kena byk sabar dan faham tugas mereka

azizah :) said... Reply To This Comment

hahaha nak tergelak baca entry ayut..

sabar yer syg.. jijah dah merasainya.. dan kini giliran ayut yg bakal merasainya.. jangan takut.. sabar ada hikmahnya.. bersusah2 dulu bersenang kemudian... ni jalan yg kita pilih.. ni pasangan yg kita nak.. maka kita harus tabah..

jijah percaya ayut dan makcik2 navy semua kuat.. kalau tak masakan dapat bersama dengan navy.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...