-Kawan Aku-

2013 dan Pengakhiran cuti di kampung!!

Assalamualaikum...


Lama jugak tak menaip kat blog ni.Sepi memanjang.Entry 1st untuk 2013 pon bagi gambar jer.hihihi.Tak nak mengecewakan diri sendiri,entry kedua ni rajinkanlah diri untuk menekan huruf-huruf di keyboard ni.Kepada pengunjung blog aku, Selamat Tahun Baru 2013! masih belum terlambat kan?Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelmunya dalam setiap perkara yang kita lakukan.Amin.

*******

Ni kisah sebelum balik KL haritu.Sempat la attend Majlis kahwin kawan ni.Dalam sepanjang aku attend majlis kahwin kawan,ni la 1st tempat yang aku betul-betul tak ingat nak amik gambar dengan pengantin.Padahal aku berdepan dah dengan pengantin tu.Mungkin satu sebab kawan aku yang jadi pengantin tu lelaki.Bukan yang pengantin perempuannya.Apa pendapat korang kalau benda ni jadi kat korang.Adakah boleh diterima sebab yang aku bagi atas ni?hohoho.Terasa macam,"Ko dah kenapa Ayut???"


Apapon,Semoga terus berbahagia buat
Mohammad Effendy bin Selar dan pasangan,Ezan.
Sorry beb,aku lupa nak amik gambar ko gan wife walaupun aku cakap sebelum ni aku nak gambar paling esklusif gan korang.huhuhu.

Aku dengan pelamin je ada -_-"


Lepas tu...
Aku bagi hadiah kat pengantin 2 buah buku.Tajuknya ingat-ingat lupa.Tips Rumahtangga gan maybe Indahnya Malam Pengantin kot.hahaha.Serius tak ingat banyak benda bila nak abis cuti ni.Gambar buku pon lupa lagi nak amik.Melampau kan?Tapi yang pasti,kalau aku dah ke kedai buku,mesti aku pon nak rembat gak buku.mmmm..Sabar jela.Masalahnya,kakak aku pon nak join rembat 1 buku gak.Ceh!Suruh belanja plak tu.Yela...amikla.Tak kisah pon.huhuhu.Ni la hasil rembatan yang telah aku lakukan.Moga dijadikan manfaat untuk diri sendiri dan jugak yang lain.Nanti leh share ilmu bersama ^^


Habis cuti aku untuk 2012 (walaupun ada lagi sehari).
Sekarang masuk tahun 2013 dah.Aku pon macam biasa je kot.
Nak letak azam,aku sekarang ni hari-hari berazam.Cane tu?hahaha.Tapi 1 jela sekarang yang aku fokus,Majlis Perkahwinan yang bakal aku lakukan.Moga segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan.Moga murahlah rezeki aku dan pasangan dalam menghadapi hari-hari bersejarah.Amin.





21 pesanan buat ayut :

nik ros said... Reply To This Comment

semoga semua urusan kawen di permudahkan.

ummuaidan said... Reply To This Comment

Seronok bercuti lama kan kat kampung..biasalah tuh kalau yg kawen tuh kawan kita yg lelaki tak terexcited sgt nak amek gambar..

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

tu dia...seri pengantin tu dah nampak dah kat adik akak yang sorang nih... ^_^ heee...

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

dgn pelamin pon bolehla..hihi..

bgus ni jd kan hadiah =_=

Mimie said... Reply To This Comment

semoga segalanya dipermudahkan ye

Remy hazza said... Reply To This Comment

pelamin pun ok gak......
janji org tahu ayut pi kenduri....he3

pha is said... Reply To This Comment

selamat tahun baru...

ros_reeza said... Reply To This Comment

Selamat tahun baru juga buat Ayut.. macam mana boleh lupa ni?.. hihi.. haaa, dah beli buku, kenalah rajin membaca ye :)

therosputih said... Reply To This Comment

tik tok tik tok...masa berlalu...selamat melangkah ke alam itu...

iietamalek said... Reply To This Comment

salam 2013 ayut

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

dgn pelamin pun ok.. amik berkat.. hihii

Mrs Velentine said... Reply To This Comment

happy new year...

izzah said... Reply To This Comment

Selamat tahun baru ayut...tahun yg bakal merubah title anda nnti...hehe...msti xsabar kan...:-P

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

selamat pengantin baru kepada kawan ayut tu...

cik nana said... Reply To This Comment

betul lah tu kalau yg kawen tu kawan kite yg laki feel nye lain dengan yang kawen tu kwn ppuan kite. setuju sgt lah tu tapi takpe sempat gambar ngn pelamin. hihi

Misz Mieza said... Reply To This Comment

Selamat menjalani tahun baru Ayut! Semoga tahun ni bakal melakarkan 1001 sejarah & kenangan buat kita semua.. Selamat membuat persiapan kawen gak.. =)

Cik Nur said... Reply To This Comment

kiut je org atas pelamin tu
berseri2.. :)

aisya said... Reply To This Comment

mudah-mudahan semuanya dipermudahkan ye cik ayut. hehe

Mrs Lurve said... Reply To This Comment

ayut rancang kahwin tahun nie ehhh...perbanyakkan ilmu spls kahwin ayut, insyaAllah rumahtangga akan terjaga

azizah :) said... Reply To This Comment

seri pengantin tu dah nampak dah ayut!

insyaAllah tahun ni fokus untuk majlis perkahwinan kan.. moga semuanya berjalan dengan lancar.. amin...

Wanieys a.k.a IbuQalief said... Reply To This Comment

moga semua dipermudahkan dan berjalan lancar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...