-Kawan Aku-

Perkahwinan Dania & Azmie..

Assalamualaikum...

Now,aku di Universiti Malaysia Pahang (UMP)!!!
oh..terkenang waktu sepanjang 4 tahun lepas....
senyum bebnayak la jadinya..
^____^

Jom share kemeriahan perkahwinan member ni jom.
Sorang Terengganu,sorang Kelantan.
Majlis yang sangat simple dan mudah.
Tapi meriah dan semua happy!
Alhamduillah.
Dah selesai.

No kompang.
No muzik-muzik.
No MUA (make up sendiri sebab dia memang boleh buat)
No pelamin mewah (sewa barang je)
Baju sewa je
Mak Dania inform kitorang
"dia tak mahu buat yang macam-macam tu.nak simple jer.Kalau nak ikut hati memang semua nak kan."
tu dia....


tadaa..!
Nila koloni yang hadir sebagai wakil UMP.
Nak datang ni semua jakun guna GPS.
Akulah paling jakun ye sebab kat highway nape GPS ni tak bunyi2x..
tekan sana tekan sini
serius jakun...
Tapi memang pon tak bunyi sebab kat highway la....
Tegak jela jalan.GPS takkan bunyi yer.
Tapi bila nak masuk simpang pegi Jalan Gong Limau tu,berbunyi-bunyi GPS yer.
hahaha.
Jakun kan?huh!


on the stage..


on the way masuk umah...


i'm taken...Dania~


we always gossiping once berjumpe..ape hal ntah.Semua nak cite.
Samsung Galaxy tab.
mewahlah rakanku ni.hihihi

Gambar tak tersusun..
Layan jela yer..


#strategi nak simple majlis..buat time hari bekerja.



Jom Kawen!

Assalamualaikum...

Sape nak ikut..?
Tapi yang lom kawen jela..hihihi.
Tak la..ni member yang kawen yer.
Ingat lagi entry pasal HARI KHAMIS...?
Ala..entry last sebelum blog kena terjah tu..
Ha..ni la Majlis yang dijemput tu...
Tunang takde berita,tahu-tahu kahwin.
layannnn..


Esok..!
Maknanya di sini
Aku akan ke Kemaman,Terengganu
Sape nak ikut??!
Jom pegi kawen2x..
hahaha
Jom kita Berjalan!
Doakan selamat pergi dan pulang yer..

Esok cuti..
No new post..No kunjung mngunjung untuk seketika.
Jangan rindu-rindu..
(tak payah nak budget ada orang rindu ea ayut!)



Baju Kurung Siap!

Assalamualaikum...



Ingat lagi entry yang INI?
Akhirnya....
Tadaaa!


last weekend baru siap akak-akak dan abang-abang sekalian.
hahahaha
2 minggu jugak benda ni nak buat.
Baju ni ada kocek tepi tau..sukerrr!
Boleh letak telefon di situ.hahaha.
Mekaseh Cikgu a.k.a Kakakku,Pn Suzana.
Ilmumu akan ku kenang (dah macam student kat sekolah dia mengajar la pulak).


Buat tulang belut kat leher tu.
ok..gambar tak jeles sebab sengaja.
tak jadi sangat la buat ye.
Gambar jeles,sila google.hihi.

Benda menjahit diperlukan:
Jarum jahit
Jarum peniti
Benang
Gunting
Bantal kecik
Lilin

Tips:Lilin diperlukan untuk di'lalu'kan ke benang bagi licin dan tidak tersangkut-sangkut sewaktu menjahit.(arwah mak yang ngajor ni)

jangan bakar pulak benang.cane nak cakap ek.eerrr..korang letak lilin tu kat benang.paham-paham la ea.hahaha.tak reti nak explain tetibe.

Ni cara nak buat jahitan tulang belut

[sumber: Dari SINI]

Mau tak makan masa 2 minggu yer keliling leher tu. -_-"
Tapi masa aku buat tu tak tengok google pon.Tak teringat nak tengok.
Kakak kesayangan yang ajar.Gigih dia mengajar aku sebab dia cakap kat aku ayat yang tragis didengar.
'ko ni blaja la ilmu menjahit sikit.Turun temurun ni.Ilmu dari mak.Patut ko anak bongsu lagi patut banyak blaja ilmu-ilmu keturunan ni.'
Ye2 je akak ni kan.Padahal memang saje nak suruh aku blaja.
Yela..aku belajar.huhu.

Kelakar ye.Baju ni aku bawak balik umah sewa.
Then benang ye abis,kena tukar benang.Nak start balik dah blur.
Start dari dalam ke luar ni..
Seterusnya...
"Hello kak..Ni nak start jahit ni dari mane ni.Benang abis tak tahu nak start cane."
Fine!
Mawar gelakkan aku.


ok.Setel Cite!
:)


Berbaloikah Hubungan Jarak Jauh?

Assalamualaikum...



"If you want to feel rich, just count all of the things you have that money cannot buy "


Percayalah...
Semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman.


Feel free to read


Blog Penulis:



Tiada siapa yang mahu berjauhan tatkala telah sah menjadi pasangan yang halal
Mudah-mudahan Allah mendengar segala keluhan
dan memberi ruang jalan penyelesaian.
Berusahalah.

Apa ada dengan persahabatan? (13) !!Kata-kata!!

Assalamualaikum...


Setiap manusia mampu berkata apa sahaja yang mereka mahukan
Tidak kurang juga kita,sahabat.
Kau boleh bicarakan apa sahaja yang engkau mahukan.
Aku temanmu.Aku pendengarmu.

Setiap kata-kata dari aku mahupun kamu
Bukanlah hanya semata kata
Tapi kata yang mampu membuah sejarah.
Sampai masa....
Kata-kata itu yang tidak mahu dinoktah.

Ada masa kata-kata kau ceria
Ada masa kata-kata kau kecewa
Ada masa kau menasihati
Ada masa kau juga memarahi.


Ah!Kau memang begitu.


Sampai masa kita akan terima
Sampai masa kita pasti mengerti

Sebab itu kita sahabat!



[Sumber gambar: SINI ]
Kartun Tom & Jerry..Semakin ditengok,semakin tergelak.Semakin membesar,semakin mahu dilayan.
Kenapa?
Kartun yang ada pengajaran kalau betul memahami
:)

Wordless Wednesday (15) !!Nak ni please!!

Assalamualaikum...



Seriously mahu!
06.10.2012
will be done!

Aku dan Kamu:Jom berjimat+Laksa!

Assalamualaikum...


Harini saje nak mengupdate pasal benda yang kurang manfaat bersama yer.
hahahaha
means more to me la entry ni.

Cite bila gaji nak kuar....


Nasihat bersama supaya Berjimat - cermat.
hihihi
Thanks for the advice!
Next month will be the hardest month for us kan.Orait,I am noted!


Cite pasar malam Seksyen 17,beli laksa lagi....

Oleh kerana setiap minggu hari selasa beli laksa..
kuar la ayat ni....


Setelah dibalas dengan ayat, "nanti kalau beli lain then teringat-ingat laksa cane?"


 Ayat last tu memang best.hahaha.
ok.noted for every advice you sent to me.

B,you always make me smile.
Hope,semuanya baik-baik untuk kita walaupun kita jarang berjumpe.

U really take care of me..
Sangat terharu..huhuhu.
Please take care yourself there!


Kisah Annur Dan Meow...

Assalamualaikum...

Hari ni baca paper Kosmo! Online. Tengah baca pasal kesedihan ibu bapa dengan dugaan anak mereka (cian mereka..ati mak ayah mane tak terasa pilu kot),aku terpandangla tajuk rencana kat bawah tu.
Sangat menarik perhatian dan aku membaca penuh minat ni.hihihi.
Terus teringat entry Cik En yang kat SINI.Ooooo..ni la orang yang menjadi sumber inspirasi tu.Berkenalan sudah.hahahaha.

Patutla ada kisah pasal kuih bahulu.
Pasal aktiviti kat dapur.
Nice.Penceritaan yang pendek-pendek je tapi menarik perhatian ok!

Namun yang pasti Bahasa Tulisan Jawi tu.
Ha...last aku baca jawi time abah ada lagi sebab abah selalu beli paper jawi tu.Tu pon awal tahun lepas kot.
Yela..anak dia sorang ni balik umah setaun 5-6 kali je kot.Lepas abis blaja terus keje kat PJ ni.
Apa pon sayang abah.Sebab tu tepon itu penting.Wah gitu!

Dah ni nak cite pasal Tulisan Jawi.
Dulu time sekolah Agama memang awesome la kan membaca.Sekarang dah lame tak memandang lagikan membaca memang berkerut gak nak pahamkan apa yang ditulis tu.
Tapi menarik kan.Satu kesenian.Selmat tulis jawi pon reti lagi.Yeay!

Jom baca jawi sesame!



Ni semua pinjam dari blog annur.Ha..Annur gan Meow dah ada blog!
Selebihnya boleh pergi

Link kat FB boleh carik kat blog Cik En ea.
Sebab desktop ni tak leh bukak Fb.
:)


Bloglist Kesuma Angsana (KA)!

Assalamualaikum...

Lama dah jugak nak buat entry ni.Sejak dilancarkan dah nampak dah.Hari ni baru kuar entry yer.hihihi
(ayat arini update blog semua mula ayat yg same je...-_-")
Nak duduk kat umah KA!
KA,ayut nak duduk lame2x ea kat umah KA.Pilih ea.Pilih tau :p


Dulu follow KA sebab join segmen Abg Ben time Bulan Puasa.
Sekarang selalu je ke Blog KA ni sebab dia punya blog entry berduyun-duyun gak sehari.
Berita yang kadang-kadang ayut tak terbaca kat paper leh je baca kat Blog KA ni.
Kira updated la blog KA ni.
Ada gak selitkan tips ada gak cite aktiviti KA(pastinya tak banyakla)
Tapi dulu mula2x ingat KA ni lelaki tau.Rupenya explore lebih2x KA ni mama la.hahaha.


Jom join sama jom.Leh klik kat banner ea.
Tamat tempoh pelancaran: 26 Sept. 2012 (12.00 tengahari)


Kebun Kecikku..

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.
Akhirnya dapat gak buat entry ni.Dah lama nak buat ye tapi ada je menghalang.Disebabkan selalu je tengok Blog Ummuaidan ni,excited nak mengorek tanah tu terlebih jadinya.hahahaha.Nak cubala jugakkan tangan aku ni tangan ada magik ke tak :p

Tadaaa...


kabur pon nak tepek gak..Cer teka pokok apa ni...


Ni Pokok lada cili(kecik).Kecik lagi dah pindahkan..excited katakan.hahaha.
Pokok ni nak tanam aku rasa paling senang.Tabur je biji nanti dia akan bercambah.Pastu dah banyak naikye dan besar cikit pindahkan ke tanah.
Time nak semai ni kan,bising gan En b.Yela dia cakap suruh keringkan dulu biji ye.Dulu time mak ayah aku buat takde pon.Pastu beat gan dia,kalau hidup aku menang.hahaha.
Now,dah hidup!
:)


ha..tang serai tangan ni memang tak magik.Serai ye tak mau hidup pon(tak leh nak turunkan ilmu menanam).Macam tu je dari aritu.Cane ni?
Sebenarnya ada tanam daun sup tu.Tapi tak hidup gak.Mungkin salah cara tanamnya.Korang tau tak daun sup dengan daun ketumbar?
Cube carik bezanya.Penat aku buat experiment kat pasar setiap minggu tau.hahaha
Now nak tanam halia.Tapi dalam pasu je.Hope hidupla.huhuhu


Nampak arrow ijau tu?
Ha..kat situ la kucing putih+kelabu tu aku tanam.Sebelah pokok serai.

Aku buat ni kalau En b takde (maknanya dia bz gan keje dia).
Agaknya kawen nanti memang abis la kalau ada tanah.Semua pokok di tanam.
Yela,dah En B ye sibuk keje as a Navy kan..hahahaha.
Ok.Joke pagi Isnin untuk diri sendiri.


Sebenarnya berkebun ni riadah yang paling best.
Faedah:
Korang tensen kompem dah berkebun tak tensen.
Korang bosan kompen lepas tu tak bosan.
Korang tak kenal pokok leh jadi kenal.Bonus.Tambah ilmu!
Korang penat kompem dapat tengok hasil jadi tak penat.Makin excited adala.
Then,korang pon sihat.Sebab kuar peluh!




Shiela Hamzah Juara Asian Wave!

Assalamualaikum...

Ha...lagi cerita pagi tadi..hahahaha..Lambat betul update aku ni la..adehhh.

Ni baru je lepas tengok video Shiela menang.
Amik..Juara gitu dalam Final semalam.
Shiela dapat juara dalam Asian Wave 2012 di Shanghai,China.
Tahniah Shiela.Keep it up ok!



amek..pahamkah dia nyanyi apa?hihihi.
Tapi dia menang!
Muka gerun terserlah,hihihi..


Rasa-rasa yela,sepanjang Shiela pegi pertandingan mana-mana jarang tak menang.
Rasa-rasanya jugakla,dah banyak gak Shiela ni ke pentas luar negara.
kan3x?
ke silap ek?huhuhu.
Again for you Shila,TAHNIAH!

dah ada gaya Najwa Latif la pulak.hihihi


Rezeki buat kamu...Alhamdulillah.
Jaga diri baik-baik at the same time ye.
Bakat kamu memang sangat best!
:)



Najwa Latif??Terkenang peristiwa lalu..hihihi
entry bawah ni 1st time kot takde gambor.hahaha

*UPDATE* Kerja Amal...

Assalamualaikum...

Ha...tajuk tu sebab tadi pagi punye cite.

Hari ni pergi kerja macam biasa.Cuma awal cikit.Dah parked motor tempat biasa jalanlah ke arah ofis.Tetibe nampak pulak kucing 3 ekor.2 ekor tu anak beranak.Sebab warna kulit bulu diorang sama.Wane itam+coklat.hihihi.Teruslah assume tu anak gan mak.Pastu sekor lagi terbaring.Putih+kelabu.Cantikkkkk!!!Series tak tipu.Aku tegur la.Yela..selalu nampak anjing je kawasan ni.huhu.Usap-usap anak beranak tu pastu panggil-panggil putih+kelabu ni.Tak gerak langsung.Aku terus dalam hati,"sah,dah tak bernyawa ni." Sentuh kuat sikit,ha...memang dah takde.Tak nampak apa-apa cedera pon.

Tu la kan..umur dia tak panjang.Tapi yang terharu ye kan....

...mak kucing tu,dia jilat-jilat lagi putih+kelabu tu.Sambil jilat mengeow2x.Aku dah tolak tepi pon dia datang jugak kat putih+kelabu tu.....

Aku cakap kat mak kucing tu.

...."Dia dah takde la meow.Meow jaga anak meow lg 1 tu ea.Ni nanti kita tanam k"....

Aku cepat-cepat bukak ofis semua dulu,amek surat khabar semua turun balik.Orang lalu je pelik tengok aku.(Ala,kita tak buat jahat tau.hihihi).Aku tutup-tutup cikit putih+kelabu tu aku angkat letak kat bakul motor.Aku buat semua tu,mak kucing tu ikut je.Mengeow tak abis-abis.Anak dia pon ikutla jugak sebab tu mak dia..hihihi.Aku cakap kat mak kucing tu...

..."Dah ea.Nanti tengahari kita tanam tau.Meow g duk diam2x (sambil usap-usap dia).Jaga anak yg ni ea (time ni aku pegang anak dia.hihihi)"....

Dia diam cikitla.Just nak manja-manja je pastu.Comel ok anak dia!Mata bulat.hahaha.
Tak tahula pasni jumpe lagi tak.Tepon dah letak ofis pulak time tu nak amek gambar.Sepanjang aku kerja setahun dan beberapa bulan, ni la 1st time mak kucing tu tunjuk diri.Sebelum ni, aku memang nampak la mak kucing tu bunting.Tapi dia tak pernah datang dekat.Nak lari je keje ye.Arini siap ngendeng2x gan mengeow2x bagai gan aku.Saje je tau.hahaha.

Tadi balik tengahari balik umah jap,tanamla tepi umah tu.Tengah2x ari mengorek tanah.Amekkk.Harap tuan umah tak marah la ye.Semoga dapat barakah ye kelak.Tak buat benda jahat tau.huhuhu.Selesai kerja.
Sebelum tanam ada amek gambar putih+kelabu tu.Tapi gambar badan 1 jela.hihihi.Esok update bagi gambar ea.


ada gambar dah...  :)
selamat dah dia ditanam...

Kasih sayang dan keprihatinan binatang.
Padahal sah-sah bukan anak dia kan putih+kelabu tu.
Bulu lain sungguh gayanya.Gebu nya pon lain.

Kadang-kadang kejadian macamni buat kita tersedar....
"Sedangkan haiwan yang tak berakal pon tahu menghargai dan prihatin sesame mereka,ni kan lagi manusia yang diberi akal fikiran"


Ning Baizura bakal menjadi Ibu!

Assalamualaikum...

Semalam sebenarnya terbaca berita ni..kat Kosmo..Arini baru kuar kat paper Kosmo Online.
Tahniah kepada Ning Baizura dan Omar Sharif!
Dah 5 bulan atau lebih tepat 20 Minggu.
Semoga kandungan dan Ning sehat selalu.
Omar pon kena sehat jugakla sebab nanti kena jaga Ning.
kan3x?? :)


Semoga kehadiran cahaya mata yang dijangka akan lahir pertengahan Januari 2013 ini
membuka lebih banyak rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga!



nak kahwin gak...nak gambar sweet2x pastu nak baby gak!
eh?!
hihihihihi...
Again...Tahniah Ning dan Omar!


Nasihat Ustaz Azhar Idrus: Langkah Bendul!

Assalamualaikum...


Dilema anak bongsu
Dilema menjadi adik
Sape tak mahu jaga hati keluarga sendiri.
hihihi

Korang nak kahwin tapi ada kakak/abang atas korang lom kahwin
Tu dipanggil dalam adat melayu
Kita melangkah bendul.
Tak wajib bagi hadiah buat mereka.
Lagipon jodoh mereka pasti datang cuma lambat dan cepat je.




Tapi kalau memberi dan dapat menggembirakan hati mereka
kita pon akan rasa gembira.
kalau boleh nak buat semua gembira.
Apa yang pasti
dengan apa yang termampu la ye
jangan sampai terbeban.
:)


untuk kakak dan abangku...
kalian pasti akan menemui jodoh yang baik buat kalian.
adikmu di sini mendoakan.
adikmu jua mohon doa dari kalian.
^^


sies dalam dilema benda ni.nak bagi apa ntah.
hahahaha.


Rezeki masing-masing..

Assalamualaikum...

Hari Khamis ... 20.09.2012

Hari ni En b memang sangat sibuk.Hari ni jugak aku sibuk(abis..ni update blog apehal?)
Errr...ala..kan rindu.ok stop diari mengarut itu.


Rasa macam gambar ni dah ceritakan segalanya kan? [Sumber: Google]

Situasi A

Rumah besar.Anak pandai-pandai.Alhamdulillah kewangan tak pernah sesak.
Dugaan: Rumahtangga di landa badai.Hati kesedihan.Sakit.

Situasi B

Kehidupan biasa.Banyak angan-angan sendiri nak dibuat sebab mampu.Boleh berdikari.
Dugaan: Baru nak senang cikit,kemalangan.Baru nak tenang cikit,orang terdekat bermasalah perlukan bantuan.

Situasi C

Keluarga ok.Kerja ok.Dapat perhatian lebih cikit dari family.
Dugaan: Ada pulak yang iri hati.Selalu diburuk-burukkan.Gaduh.Hati tak tenang.

Situasi D

Kahwen boleh buat meriah-meriah.Leh pakai cantik-cantik.Boleh pergi honeymoon kat oversea.
Dugaan: Pasangan kurang berdikari.Pasangan tak sabar.Pasangan kuat cemburu.

Situasi E
Kawen bahagia.Dapat pasangan cantik/handsome.Sihat.
Dugaan: Belum dikurniakan cahaya mata.Keluarga mertua kurang serasi.

Situasi F
Keluarga mertua baik giler.Pasangan pandai berdikari.Bahagia.
Dugaan: Tak mampu nak honeymoon oversea.Tak mampu duk umah besar.Tak mampu nak makan sedap2x.

Situasi G
...
Situasi H
...

dan banyak lagi situasi...


[Sumber: Google]



Dalam kehidupan bila kita tengok seseorang itu pasti ada seribu macam cerita di sebaliknya.Setiap orang ada cerita sendiri.Setiap orang jugak Allah dah tentukan rezeki dan dugaan masing-masing.Setiap yang datang dan pergi,adalah ketentuan Allah.Jangan terlalu banyak tanya kenapa begitu,kenapa begini.Jangan pernah mengalah.Kerna Allah memberikan rezeki setiap orang itu berbeza-beza.



 p/s: Peringatan bersama unuk hindarkan diri dari sentiasa lalai dan mengeluh.Bersyukurlah.Alhamdulillah.

Ah...Rindunya!

Assalamualaikum...

Tajuk pon dah mengambarkan diri ini dalam kerinduan.Wah gitu!
Maaf kalian,belum berkesempatan nak ke tempat-tempat yang biasa dikunjungi.
Jap lagi datang tau.
 :)

Cerita pasal kejadian yang berlaku...
Tarikh bermula: 06 September 2012
Perasaan: Apehal pulak blog ni?
Langkah diambil: Duduk diam,post kat FB.hihihi
Insan membantu & bersedih (hahaha): Yui,Shida,Eca,Jijah,Masu(sebab memang tak ramai kawan blogger kat FB ;p)  <-- Mekaseh semua!

Serius memang tak tahu nak buat apa dah.Aritu memang jadi malas terus.Just jejalan pegi blog orang tengok-tengok dan melepas rindu cikit-cikit.hahaha.

Eca advice to contact dengan diorang (group hacker).Aku pon pergilah terjah tempat diorang.Sekali kena join pulak.Nervous kat situ.Apa-apa ke tak ni nanti.Takut benda lain pulak kang kena (sangat nerd rasa time tu..adehh). Shida pulak taye khabar, "Cane ayut?".Dengan terus terangnya tanyala kat Shida, "kena join ea group diorang?nak cakap apa dengan diorang?" <-- klakar kan ayat ye. Shida bagi advice..bla..bla..dan bla...

Aku pon dengan baik hati g join group diorang dan post cakap siapa yang buat dan bagitahu aku la owner blog.Tapi bak kata Shida,buat ayat2x manis sikit.hahahaha..Ok.Sementara tunggu orang yang membuat blog aku ni reply,knal2la dengan owner2x group tu.Standardla borak-borak jap,main-main jap,balas-balas komen jap.hihihi.At the same time,PM dengan hacker yang buat blog aku ni.Dia ok je.Cakap-cakap eh silap! Type-type jap then dia betulkan balik.Akhirnya dapat balik!Mekaseh ye kerana memulangkan :)

Tanya kenapa blog ni jadi mangsa.
Dia cakap: 'Email gan password awak kena phishing, tu blog awak kena deface'.

Amek ayat orang teknologi.huhuhu.Nak tau makna semua refer to Google. :)
Yang pasti amekla langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati.


Akhirnya....dipulangkan

Assalamualaikum....



dipulangkan...
memulangkan..
terpulang..

Setelah hanya lagu Najwa Latiff sebagai peneman..
Kali ni entry pulak dihidang.
cewahhh...
Alhamdulillah.

Tak mau cakap banyak
Yang pasti selalu la update password dan kuatkanlah password semua ye.

Kebelakangan ni memang tak terkejar buat kerja
Bos aku dah bersalin dapat baby laki kembar 2 orang.
Pastu kat ofis kakitangan memang terhad.
Then,bos mintak unpaid leave lagi sebulan.
Bos kepada bos selalu hentam diriku ini
Kesimpulannya,time free baru aku jejalan blog korang la tau.
Entry pastinya tak janji ada ke tak.
boleh gitu?

Rindu semua.
Jom tanya khabar kekawan jom!

Hari khamis Yang....

Assalamualaikum...


Pejam celik alhamdulillah masih bernyawa
dan hari ni dah hari Khamis!
Permulaan hariku agak kecewa sikit.
Tayar motorku bocor!


Fuhhh..selamat kena hari ni.kalau kena semalam menyorong la jawab ye -_-"
Memang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Sebabnya....
Ada gembiranya selepas itu!

Tada....

Kad Raya!!
Sangat kelakar kad raya Abg Nazha ni ok.
Membuatkan diriku tergelak-gelak di ofis sorang-sorang.
siput tu memang trademark dia.haha
dapat jugak pelekat tu.
Agak2 leh tak nak kumpul.Mana tau ada Bagi Belah 2,3,4,...10 :p
Mekaseh ye.Ayut dapat dah tau kad raya ye.
Dapat ni sebab join CONTEST BAGI BELAH Abg Nazha ni.
Meh tengok blog dia.
Haritu dia ada problem kat blog.Sape boleh tolong try-tryla terjah blog

Lagi yang buat aku tersenyum then excited terlebih.
Dapat jemputan!


oleh kerana dia bagi kat FB.
aku bersungguh ni nak tepon tapi tak dapat-dapat.
'Bek ko reply post aku Dania.'
Dayah a.k.a Ayut
hahaha

Mengimbau kenangan lalu terasa diri masih budak-budak.
Tapi sebenarnya kita dah semakin dewasa.


See?
Lepas main ni,penjaga zoo tu sound kitorang
"permainan ni untuk kanak-kanak bawah 12 tahun je"
Motif Gambar: Tu la Dania ye!Roomate 3taun.Sori dia dah tak available. :p
time final year 2011.Final year student memang macamni kot.
buat keje tak sihat.hahaha.


Makin ramai yang ke arah untuk berkahwin.
Alhamdulillah.



Wordless Wednesday (14) !!Suatu Ketika!!

Assalamualaikum...






Teluk Cempedak,Kuantan.
kisah 5 tahun telah terakam indah
:)


 

Keje Hujung Minggu Incomplete.

Assalamualaikum...


Selamat Petang,semua!
Hari ni budget diri popular la kan.Sibuk nak cite pasal diri sendiri dari pagi.hahaha.
Hujung minggu lepas aku lepak umah akak-akak aku.Niat sebenar nak amek motor je gan beli-beli barang cikit.Barang apa..eerrr..tu cite lain.hihi.Pastu terasa macam nak menjahit la pulak.Ha...haritu pon ada dapat kain dari en b kan time raya.Aku apa lagi dengan penuh excited aku berazam nak siapkan hujung minggu tu jugak.
Malam jumaat tu aku sampai terus aku kuarkan kain dan potong!


Boleh dah senarai...

Keperluan menjahit:
Kain (main thing kena ada)
Baju Contoh (takde ni tak jadi jawabye sebab tak hebat pon nak pakai ukuran directly!)
Gunting
Tali tape (korang panggil ap ek?)
Jarum peniti
Kapur

Ada tinggal tak?
Dah boleh nampak dengan jelas kan dalam gambar tu.
hahahaha :p
terserlah tak pandai!


akhirnya!
Siap potong baru -_-"
Esoknya pulak aku pergi umah akak aku lagi sorang.
Masalahnya yang akak aku lagi sorang ni mesin jahitnya tak berbukak lagi.Sebab utama tak bukak tak sempat dan anak-anak dia masih kecik.

ni dia dak kecik aiman tu..bermanja ye gan acik..hihi


Tak dapat jahit baju apa lagi merayap men air la kat Putrajaya dengan diorang 1 family!
Free je nak main.
Tapi untuk budak-budak jela.hehehe.

Nak dijadikan citenya maka tergendalalah baju aku tu.
Buat kain pon xsiap2x ari ahad aritu.
Terkecikla.
dah besarkan.
Terbesar pulak.
Arrgghhh!!Sambung next week pulak!
Agak-agak siap ke tak ek nanti weekend ni.
Kita tengok...


Aku dan Kamu: Kami Merah!

Assalamualaikum...


Er.er...er...
Nak tunjuk baju raya kitorang boleh?
hehehehe..
Bila beraya di tempat masing-masing, jadinya tepekla gambar asing-asing.
Yang pasti kitorang bukan mahluk asing.



Akhirnya gambar dapat.
Punyalah payah.
Tu pon gelap..haishh. -_-"
Ni dapat pon sebab weekend lepas ada open house kat Lumut tu.




Dah boleh compare.
Sama tak?
hihi
Rasa doodle tu kena pakai spec la pasni.
hahaha

Perkara yang perlu ada bila BERSAHABAT

Assalamualaikum...

Dah nak tengahari baru muncul entry.Okla tu daripada tak muncul-muncul.
Selamat makan tengahari untuk sesiapa yang rehat pada pukul 12.
Selamat tengahari kepada sesiapa yang saje-saje lepak melayari internet k!

Korang ada kawan?
Aku ada kawan.
Kawan ada pelbagai jenis.
Tapi secara umumnya bila berkawan mesti sebab kita rasa selesa dengan diorang.

Apa yang korang perlu dalam berkawan?
aku kemukakan sikit kat sini la ea apa yang perlu

1) TOLAK ANSUR

Sangat penting terutama kalau korang dah duk bersama.Kalau harini dia kemas katil,esok korang la pulak yang kemas.Kalau harini dia masak,minggu depan korang la pulak masak.(pelik ayat ni.hahaha) Ayat mudahnya bergilir-gilir buat sesuatu tu yer.

2) JANGAN SIMPAN DALAM HATI

Lumrah dalam kehidupan bila berkawan kita pasti ada terasa kan?Ada rasa masam,pahit,manis,kelat dan sebagainya.Seeloknya jangan simpan lama-lama benda tu.Kalau tak suka,cakap.Kalau rasa korang takut nak cakap,duduk diam.Biar dia membebel sorang-sorang.Kalau dah tahu perangai dia memang yang korang tak minat,sape suruh korang kawan dengan dia.oppss!

3) MENGHIBURKAN HATI

Kita sendiri akan rasa best je kalau ada orang nak borak-borak,chatting,balas-balas emel,balas komen kat FB takpon tepon kan?Apa salahnya la korang buat untuk kawan korang jugak.Tak rugi pon.Dah kalau kawan korang tu menyepi,tak payah nak ego/berkira sangatla.Bolehje korang yang start dulu.kan?Kata kawan.Kalau tanya khabor pon dah berkira,namanya apa tu agaknya?




4) PEMAAF

Tak rugi korang ada sifat mahmudah ni.Alhamdulillah.Allah suka.Dah besar panjang tak kawan-tak kawan ni macam tak best jela.Kalau time tingkatan 1 takpon darjah 4 ok la jugak.Dah besar.Boleh fikir dengan rasional dah benda-benda mainan dunia kan?

5) TERIMA SEADANYA

Korang tak payah nak komen memanjang pasal kawan korang tu.Korang tu sepesen je sebenarnya.Kawan korang tu ntah-ntah cakap jugak pasal korang.Ingat korang tu pandai sangat ke buat semua keje.Ha...sebab tu kena berkawan.Kadang-kadang kawan tu la yang lebih pandai tau.


Selamat bersahabat.
Semoga ukhwah yang terbina di antara kalian dapat dimanfaatkan bersama.
amin
Ada yang lain kan?
Silalah tambah-tambahkan ilmu diriku yang cetek ini.
:)


terasa rindu pelukan rakan seperjuangan -_-"



Merdeka ke-55!

Assalamualaikum...

Saat duduk diam termenung..
Terkenang peristiwa lampau...
Kita-kita jugaklah yang menyedarkan diri bila hanya kita yang ada.

Bila saatnya sampai
Terasa bahagia dapat berada dalam ketenangan..
Ketenangan yang dulunya payah dicapai
Keamanan yang memang tiada bandingan.




Bisakah kita terus tersenyum..?
Andainya tiada kesedaran..?
Merdeka!
Ayat yang semudah mulut untuk dibicarakan
Tapi sebenarnya payah untuk dipertahankan.
Ayuh kita fikirkan.
:)


santai malam!
terfikir sejenak..
kalau tiadalah keamanan 
masihkah kita akan dapat bersama ahli keluarga kita dengan senyuman seperti di atas?
hihi


Hujung Minggu punye keje...

Assalamualaikum...

Sape nak kahwin kena belajar untuk menjaga budak kecik.
Tu la yang terjadinya pada diriku sekarang.
Menaip entry dengan budak-budak di bawah ni...

amin,aisyah dan afiqah


aiman!

fuhh...
memang sakit mental gak la nak melayan
get ready jela ye nak melayan kerenah budak 4 orang ni.
aiman nangesss!!
laju-laju taip entry.
Baru boleh jadi ibu bekerja bila kahwin nanti.oppss!
wuhahahaha

 


p/s: akak ku memang best la nak ajar adik dia sorang ni -_-"
adehhh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...