Assalamualaikum...
Sekarang ni isu minyak diesel menjadi-jadi kan?
Oleh kerana aku sekarang terlibat dengan penjualan minyak ni kan,aku dah rasa macam duduk kat tepi highway stesen minyak ni.Padahal highway tu berpuluh-puluh kilometer ok daripada tempat stesen ni.Pengalaman aku jela kan yang duduk menghadap lebih kurang 12 jam kat stesen ni,pantang stok diesel sampai,dah macam pisang goreng panas waktu tak puasa penjualannya.hahahaha^^ Kalau tak di kawal,pasti stock out diesel dah esok harinya.mmm.
Source: Google Image
Semalam jugak ada keluar dalam berita yang ada Hilux diubahsuai sampai boleh muat berpuluh-puluh liter diesel dalam tu.Serius pernah aku hadapi juga benda ni.Dalam berita dah umumkan kan yang mana stesen minyak bagi jualan pada lori-lori seludup terus automatik akan dikenakan tindakan.Fuhhh..memang tepuk dahila semua penyeludup yang ada kan.Mentang-mentang diesel kat Malaysia ni murah berbanding harga diesel negara jiran.Tapi bila dah keluar berita macam tu memang adalah sesuatu yang bagus untuk pengetahuan bersama.Diesel memang sangat terhad sekarang.
Kadang-kadang aku tengok pembawa-pembawa lori kebanyakan semua mengeluh.Sebelum ni kitorang kawal pembelian diesel,semua nak mengamuk.Bila dah keluar berita,kitorang kawal setiap lori hanya boleh buat pembelian diesel hanya RM100 diorang pon dah boleh mula faham.Kan senang kerja kalau macamni.Pasni memang sesiapa naik kenderaan guna diesel memang tangkinya takkan pernah penuhla.hihihi ^^
Sama-samalah kita bertanggungjawab menjaga kelebihan negara yang kita ada.
Malaysia kan aman ^^
kan?
14 pesanan buat ayut :
yg penting syukur!!!!!!
seb baik tak guna diesel ni !
Wah, kayanya.
Saya selalu beli diesel untuk isi dalam pelita. Tahan lama dan murah sikit.
Betul tu. Tapi betul ke akan diambil tindakan?
ada jugak tengok kat berita.. memang hangat isu ni kan.
itu pun ada yg banyak komplen2.
Sadiskan.. Negara kaya dgn minyak tp utk rakyat nan cukop.. Hurmmm.. Risaunya la.. Sobs sobs,,
kes seludup minyak ni dari dulu lagikan...
sian lah kalau yg nak balik raya tu...minyak xde mcm mana bas nak jalan..
eh dear. hari tu hubby nk isi minyak diesel byk yg takde.. kat situ bertepek kertas kata habis..huhuhu...ayut keje kat stesen minyak mana?
bagus lah kalau kawal diesel ni drpd berlebihan..
selalu jumpa hilux yg org modified bg besar tangki minyak.. jenis yg kerja kt ladang, kt pedalaman semua ni.. kalau kt sini lah..
tp kan, mmg kat mana2 jumpa notis diesel habis.. nasib baik lah tak guna diesel. huhu
teringat kisah mak ngan abah naik bas hari semalam.... bas dari taiping sampai 5 kali cari stesyen minyak disebabkan diesel habis... sampai org yg nak turun kat pudu sentral kena turun kat jln duta.....
tu lah org malaysia ni suka sngt buat bisnes underground...wakakkaa
@Tedi so far yg ayut tahu mmg akn diambil tindakan tp blkg yer tu tak tahu la ap jd :)
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^