Assalamualaikum...
Pengolahan daripada artikel Asal: Hakikat Sebuah Kejayaan
Perkongsian ni aku wujudkan sebab aku rasa ada betulnya.Tapi sebelum apa-apa aku nak kongsi dulu ayat daripada Surah Mukminun Ayat 115.
Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada Kami?
Sewaktu kita belajar,kita selalu nak mencapai kejayaan kan?Tujuan kita nak berjaya...Nak senang "Aku nanti nak dapat hadiah kalau dapat Nombor 1" atau "nanti aku boleh dapat kerja yang baik". Alasan yang selalu dan acap kali diberikan oleh kita termasuk aku sendiri.Kadang-kadang macam menjadi takabbur pulak bila berjaya.Yela kan.Balik kampung,mak cik-mak cik cakap, "si pulan ni belajar bagus..senang la nanti hidup dia.sejuk perut mak dia mengandungkan dia dulu". Bab sejuk perut mak tu memang okla kan. ^^ Membahagiakan ibu kita dengan melihat kejayaan anak ^^ Tak salah semua tu.
Tapi, apa yang membuatkan aku terfikir adalah...TANGGUNGJAWAB ilmu yang kita ada sekarang ni.Semakin tinggi ilmu yang kita pelajari semakin besar tanggungjawab kita untuk menyebarkan ilmu tersebut.Pernah terfikir tak?Siapa cakap belajar tinggi-tinggi ni nanti senang.Sebenarnya bukan makin senang pon.Percayalah.Tanggungjawab ni la nanti akan ditanya kelak.
Kesimpulannya, kalau tahu sesuatu ilmu tu kita sama-sama share ea.Tak rugi tau tapi makin bertambah lagi kebaikan yang kita buat.Tak kisahla perkongsian ilmu tentang apa pon.Bila berkongsi,mesti akan lebih menyeronokkan ^^
Pengolahan daripada artikel Asal: Hakikat Sebuah Kejayaan
12 pesanan buat ayut :
setuju..nice entri dear..salam 24 ramadhan.. =)
tuntutlah ilmu selagi mampu..ye dak.. :)
kongsi ilmu itu sedekah yang terbaik... sebab tu ramai yang suka jadi pendidik
tahniah, semoga terus maju dalam kerjaya..
Setuju...niat kena betulkan sebelum nak belajar..
btul tu..berkongsi ilmu sbnrnya perkara yg sngt menyeronokkan..x rugi apa2 pun kalo ilmu yg diperolehi dikongsi dengan org lain...^__^
#Selamat Hari Raya...
ilmu jika tidak di guna pakai,amat sia sia lah pembelajaran dia selama bertahun tahun.
kena terima hakikat.....itu semua ketentuan.....
Tahniah, semoga ilmu yang ada dapat dikongsikan supaya dapat ia berkembang.
betul. makin tinggi, makin banyak, makin berat. huhu
betul tu.. tu sebab ilmu harus di kongsi dgn sesiapa saja..
ilmu tak semestinya nak dimanfaatkan dalam bentuk mengajar semula kpd org lain sahaja...kalau dah bidang yg terlalu mengkhusus kang mahu termuntah hijau org yg mendengar ceramah bebas kita tu kang....tapi ilmu tu akan bermanfaat apabila kita boleh gunakannya untuk hasilkan sesuatu yg boleh memberi pulangan dalam bentuk lain kepada masyarakat....contoh arkitek buat bangunan yg kalis gempa bumi ke...
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^