-Kawan Aku-

CPUV bulan March 2014

Assalamualaikum...



Beberapa harini ada aku pergi membalas jejak beberapa blog yang berkesempatan. Aku tengok meriah diorang dapat CPUV/BE. Disebabkan aku ni jarang jugak dah sekarang nak update blog takde la mengharap mana.

Alhamdulillah Allah beri rezeki. Ada CPUV baru yang bertandang. Bulan dua pun dah ada yang credited. CPUV Caltex bulan Januari pon dah credited. 

CPUV untuk Popular bookstore menapak tak lama kat blog ni. Bulan March tapi sudah pon credited. CPUV yang masih running Line shopping, KFC Zinger Reload, Herbal essense dan jugak Digi Project Red. Macam banyak je event yang tengah berlangsung sekarang ni kan?

Line shopping tu memang selalu jugakla masuknya kat telefon inform mengenai program diorang.Aktif sungguh. KFC tu pulak menu dia belom try. Ada yang pernah try? Sedap tak? Nak tahu apa sebenarnya yang diorang para pengiklan ni tawarkan bolehla klik mana-mana iklan yang keluar dalam blog ni. Dapat jugak tambah informasi dalam diri :)

Terima kasih Nuffnang!!
Terima kasih para pengiklan!
Terima kasih korang semua!!
:)

Novel: Saya Tunggu Awak

Assalamualaikum. ..

Selamat hujung minggu semua. Aktiviti?errr...shopping or window shopping? Ke basuh kereta kat rumah takpon kemas rumah.hohoho. Aktiviti bersama keluarga la senang cerita. :)

Nak dijadikan cerita, haritu masa aku nak berangkat ke Semporna, Sabah aku sempat beli novel baru walaupun sebenarnya aku cari novel Aa+Bb penulisan Hlovate. Aku ni memilih sikit beli novel sebab dah malas nak baca hanya pasal cinta je takde intipati yang terkesan kat jiwa. Oleh kerana takde apa yang dicari aku cuba jugak cari novel yang boleh bagi aku motivasi.



Akhirnya Novel Saya Tunggu Awak penulisan Bonda Nor menjadi pilihan. Sebuah novel berbentuk tarbiah buat seorang isteri dan suami. Menarik! Setiap pengakhiran bab akan ada cebisan hadis mahupun terjemahan ayat Al-Quran yang berkaitan dengan bab tersebut.

Kisah mengenai Ustazah dan seorang motivator sebuah Universiti yang berwibawa dan diduga dengan dugaan perasaan dan kesetiaan sebagai seorang isteri. Pengolahan mengenai permasalahan rumahtangga yang berlaku pada watak seorang Ustazah sangat menarik perhatian. Ustazah pon manusia kan pastinya tak lari daripada dugaan Allah. Apakah kesudahan pergolakan hati seorang Ustazah? Bacalah novel Saya Tunggu Awak.





Menghadiri Jemputan Kahwin Bersama!

Assalamualaikum. ..

Minggu lepas hari sabtu sebelum suami berangkat pulang ke Semporna, Sabah laa..baru seminggu rupanya.=_=" sempat lagi kitorang pergi jemputan kahwin.Errr...ke Undangan Pernikahan ek? Hahaha.

Semoga Allah sentiasa memberkati kalian berdua ye sepupuku.Aminn...

Kitorang datang untuk majlis nikah je sebab majlis sanding hari ahad esoknya. Lagipon ni majlis sepupu.Masa ni la nak jumpakan si Mohamad Hafizal tu dengan keluarga dan sanak saudara. Terkebil-kebil jugakla kena tinggal jap haritu. Cian suami kita. Mungkin belum biasa la tu. Take your time ok,dear?

Orang jauh sesekali balik masa kenduri atau jemputan kahwin jela jumpa sedara.Kalau balik duduk rumah je mahu ye tak kenal sedara.kan? Jom amalkan ziarah-menziarahi ahli keluarga dan jiran tetangga. Eratkan silaturrahim. Sesungguhnya setiap orang Islam itu adalah bersaudara :)


Chicken Boxing!

Assalamaulaikum. ..

Tajuk macam maksudkan ayam bergaduh je kan.hahaha.Itulah ceritanya bila si tentera bahagian makan-makan balik semenanjung. Bila berdua ni aktiviti yang paling best untuk dibuat bersama mestilah masak-masak.Yeay!! :)



Suamiku, Mohamad Hafizal ajar kita masak.haha.Ok.Aku kalau bab masak takde la nak beria tau. Aku ni jenis tangkap muat punya orang. Sampai masak pon ala kadar je janji ada rupa dan rasa. Persembahan tu tolak tepi dah. Tapi bila fikir balik, penting jugak la persembahan tu. Yela kalau budak-budak mesti nak makan kalau nampak cantik je makanan tu. Tak terkecuali orang dewasa. Bentuk cantik mesti nak try padahal rasa ayam la jugak.hahaha.

Chicken boxing ni suami amik bahagian kepak ayam. Dia potong cikit bahagian bawah tu lepas tu tarik naik atas daging ayam ye. Jadi la bentuk gitu. Comel!! Hahaha.Tepuk tangan untuk suami...hihihi. Itu jela aku mampu buatnya pon. Ada try buat sekali, habis satu daging pon tak ternaik. :p Bentuk pon takde. Dah siap bentuk semua gaul dengan telur dan yepung goreng ayam. Siap!! Hebatla suami kita masak! ;)

Korang pernah buat tak?
Aku memang tak pernah buat.huhu. 


Cerita dr Sabah: Hari duduk di rumah!

Assalamualaikum. ..

Dimulakan hari ini dengan ucapan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas MH370.Semoga kalian terus tabah dengan dugaan yang menimpa.Keep praying hope have miracle from God to us.Hope God help us to find the answer for all mystery regarding MH370.Amin.....still keep praying for them.

Mood tetap sedih...Namun Allah sebaik-baik perancang.Pasti sesuatu Allah nak kita sedar.Insya Allah buat kita semua carilah pengajaran dan intipati yang baik untuk kita pelajari dengan apa yang berlaku.

Sepanjang di Semporna, Sabah memang cerita MH370 la yang selalu keluar kat timeline FB.Selepas 2hari cerita aku dari Sabah tu memang dah tak ke mana.Si suami bekerja aku duduk rumah :) Walaupun duduk rumah tapi blog tak berupdate.Cane tu?? Hihihi. Bercuti kan katanya :) Takde benda dah nak share sepanjang seminggu kat sana.


Apa aku belajar sepanjang 7hari kat sana sebagai seorang isteri tentera laut yang duduk dalam base ialah sabar menanti kepulangan suami.hahaha.Takdela.Sebenarnya duduk kat base kena pandai jaga adab berjiran.haaa...muka kena senyum je :) Rumah base biasa bertingkat dan rapat.Sebelah boleh nampak sebelah sini.Haa..jadinya walaupun dalam rumah adab pemakaian tu paling utama la.Kalau bukak tingkap sikit dah jiran boleh nampak.Kalau rabun macam aku lain cite ye.hahaha.Lagi-lagi kalau dah terbiasa duduk sorang pakai yang nak senang je memang perlu lebih berhati-hati.

Setakat 7hari kat sana suami pon ulang alik je keje ye.hahaha.Bab yang ni aku tak tahu la pulak menyalahi undang-undang ke tak.Kejap nanti tukar baju.Pastu nanti nak makan isteri dia sorang ni masak.Pastu nanti amik barang tertinggal.Nanti balik tukar kasut.Nanti balik lagi hantar bawang isteri pesan suruh beli.hahaha.Untung jugakla duduk base.Walaupun suami tu kerja at least dia boleh balik kejap-kejap.Rajin sungguhla suami aku ni.Dahla rumah kena tingkat 4.amik.hahaha.

Sepanjang seminggu tu jugak aku nampakla group BAKAT sehari diorang berkumpul.Haaa....siapa duduk base pastilah tahu apa itu BAKAT.Tak duduk base pon siapa kahwin dengan tentera wajibla tahu benda alah BAKAT ni.hihihi.Persatuan untuk isteri-isteri tentera.Kalau salah tolong betulkan ye :) Aku tengok diorang berkumpul petang tu dengan baju t-shirt seragam berkumpul tapi takla ramai mana.Base kecik je kot.Mungkin ada perjumpaan la tu.Aku tengok jela dari jauh sebab belum lagi wajib untuk terlibat.Sekejap ada sekejap takde kan.hihihi.

Duduk kat rumah tengok keadaan sekeliling, suasana ketenteraan dan persekitaran hutan memang macam terkurung gak.hahaha.Mungkin bila lama lagi bolehla biasakan diri tu.Bila duduk sekelompok gitu mesti diorang akan kenal semua yang ada kat situ. Lagi kalau kem tak besar. Mesti senang nak ingat setiap orang yang ada :)


Takde yang menarik sangat kat kem Semporna tu.Kat Semporna pekan dia pon kecik je.Cukupla untuk memenuhi hajat shopping.hihi.Apa pon negeri orang lain gaya hidupnya.Itu la kelebihan bila merantau.Belajar. :) Itu jela cerita aku kat sana.Cenderahati ada tapi cerita lain ea :) Nanti nak bagi kat korang 1 jugakla.Siapala yang bertuah agaknya.Tengah fikirkan nak buat cane barang tu.Tak la mahal cuma made in Semporna la gitu. :)

Ok.Panjang dah karangan baik berhenti.Nak pergi balas jejak kejap. Lama kan hutang gan korang semua.I'm coming!



Perasaan selepas 2 minggu

Assalamualaikum. ..

Selepas 2 minggu pagi petang siang malam pergi balik kerja nampak muka suami,sekarang........back to basic (alone dan berdikari).Menangis!hahahaha.Boleh plak gelak.pelik!



Tetiba kesayuan tu datang tanpa dipaksa.Sebelum ni ok je kena tinggal walaupun baru je kahwin. Hohoho.Mungkin lama kot buat apa-apa sebelum ni bersama.2 minggu.Tempoh yang lama bagi aku seorang yang menempuh alam perkahwinan jarak jauh ni.2 minggu ni jugak aku tak cukup nafas lepas balik kerja.Balik je kena masak.Suami nak makan kan walaupun dia yang cuti, dia nak jugak suruh isteri dia masak.Selalu tolong kat dapur jugak sebab nak buat sama-sama katanya.Sweet la gitu ye, suamiku?! Hahahaha :)

Penat tapi seronok.
Penat tapi sangat bahagia.
Penat tapi ok je!

Hahaha.Perasaan jadi seorang isteri kan...?Nak bagi yang terbaik untuk keluarga yang dibina.Semoga kebahagiaan yang dirasa ini akan terus berpanjangan hingga syurga.Amin...

Jumpa lagi penghujung puasa untuk raya!Tak sabar nak tunggu.Cepatlah masa berlalu supaya tak terasa tempoh masa yang dilalui. :) Tempoh 2 minggu yang mengajar akan pentingnya seorang isteri itu berkorban tenaga.hohoho. Sedia berkorban! Ingat Navy je boleh guna slogan tu ke?! :p


Live from ERL to LCCT

Assalamualaikum. .

Wah...2minggu aku menghilang.Menangis kejap sebab mengabaikan blog tersayang kerana orang tersayang.Kejap jela nangis ye sebab orang tersayang itu kan lagi penting.hihi :) 

Kami dalam perjalanan ke LCCT sekarang!


Semoga selamat sampai ke destinasi suamiku,Mohamad Hafizal. AMIN....

Berat nak melepaskan namun Allah Maha Besar dan Allah lah sebaik-baik pelindung.


Hadiah Kemenangan dr IntanBerlian!

Assalamualaikum. ..

Walaupun hadiahnya di semenanjung tapi sempat lagi aku amik gambar untuk update harini. Hadiah kemenangan sebab join Mega GiveAway blog Intanberlian.Yeay!akhirnya dapat jugak.hihihi


Beberapa kali percubaan sebelum ni join GiveAway atau contest Kak Ina ni mesti takde rezeki.Akhirnya kali ni punye, Allah beri peluang untuk merasa hadiah daripada Kak Ina . Alhamdulillah. Hari umum pemenang tu cepat je tengok. Kak Deqla pon ada inform pasal menang apa lagi terusje bagi details.Excited! :) Hadiah daripada Kak Ina ni banyak yang ohsem. Tu best je nak join.hahaha. Nampak tak tujuannya nak hadiah kat situ?? Hahaha. Adehhh.

Ayut dapat dah tau Kak Ina barangnya. Dapat hari Jumaat lepas lagi.Terima kasih daun keladi, kalau ada lebih bagi la lagi.hihihi.

Jom Masak bersama Chef Ayut & Chef Fizal

Assalamualaikum. ..

Entry di malam (penat taip malam tadi tapi tak post rupanya...haish!) hari yang santai.hahaha.Takde maknanya nak chef sangat la kitorang ni.Masak ikut sesuka hati dengan bahan yang terhad ada hati nak taraf chef gitu kan.Sabar jela.

Okla.Amanah dah setel tadi lagi.Kemas dah semua rumah jadinya bolehlah nak update blog semula.Si suami duty maknanya ruang untuk diri sendiri terbuka luas seketika.Semua tahu kan kalau dah namanya duduk Sabah, nak dapat ikan ke sotong ke udang ke semudah pandang kiri nampak pandang kanan pon nampak. Dijadikan cerita semalam si Hafizal sayang aku tu semua dia nak beli.hahaha.Sekali dia borong ikan merah RM10, Sotong RM5, Kerapu 3 ekor. Amik.Aku tak tahula siapa nak makan tu.huhuhu.

Malam semalam jadinya kitorang decide nak makan kerapu dengan sotong.


Haaa..jadi dah Kerapu masak merah kitorang.hahaha.Kenapa tak merah sebab lada dia tak rasa mana jadinya tambah kicap. Itu pasalla tak merah tapi nampak hitam. ;) Sotong tu kitorang gorengje. Meletop-letop gorengnya.hahaha.So sweet kitorang berperang dalam dapur bersama katanya.ok mengarut je. :p Waktu macamni la dapat lakukan aktiviti bersama.Nanti dah sibuk kerja, tak dapat dah nak buat sama-sama.  :)

Kawan-kawan semua pernah berperang bersama tak kat dapur dengan suami?hihihi.Comel je rasa....huhu.Apa pon semoga apa yang kita lakukan bersama dengan keluarga akan menjadi kenangan abadi hingga akhir hayat.Amin.



Cerita dr Sabah: Day 2 Aku di Semporna!

Assalamualaikum. ..

Sebenarnya hari ni dah hari ke 3 aku berada di Sabah.Tapi mestilah cerita kat sini hari sebelum hari ni.Kenangan katanya.Baru betul. :) Hari ni suami kerja.Dia duty.Dia amanahkan jaga umah dan kemas umah.Baik bos! Tapi ngelat jap ea nak update blog jap.hihihi.Sayang big bos umah kita! :)

Hari kedua aku dan suami berangkat ke Semporna. Kem suami di Semporna. Perjalanan daripada Tawau ke Semporna semalam lebih kurang 1 jam lebih cikit. Jalannya kiri kanan pokok.Sesetengah kawasan je banyak kedai. Lepas tu pokok balik.huhuhu.

Sampai dah kem Semporna!


Petangnya tu kitorang keluar dating pulak ke Pekan Semporna. Selain dating berdua tu sebenarnya ada misi yang nak dicari.Pekan Semporna tak besar mana pon.Pusing-pusing situ jela.Ada Giant! Tapi kedai ala-ala Giant pon ada je jugak. Kitorang sampai mulalah melakukan pencarian misi kami.Pergi 3 4 kedai akhirnya kami jumpa apa yang dicari mengikut budget yang telah dipersetujui oleh kami berdua.Kena survey dulu tau.Kalau tak memang peratus nak kena tipu tu sangatla tinggi.Lagi-lagi diorang tahu kita orang luar kan.Penat sikit tapi berbaloi dari buang duit gitu je.huhuhu.ok.Setel.

Mesin basuh 6kg = RM 350

Rice cooker = RM 95

Total kitorang bayar = RM410.00
Nak dapatkan RM400 tauke tu tak bagi.hahaha.Alhamdulillah.Kat Semporna ni barang semua harga lebih tinggi daripada semenanjung kan. :)

Lepas tu pergi hantar dulu barang balik kem.Sanggup lagi pulak tu keluar balik pergi Pekan Semporna cari barang dapur. Hahaha.Gigihla kami berdua ni ulang alik setengah jam perjalanan dengan menaiki motor!Caralah...hahaha.Adehhh.


Petang dah sakit pinggang semua tu pergi lepak kejap tepi jeti mana pon tak tahulah tu.Lepak dalam setengah jam pukul 6.15pm gelap dah.Magrib pon dah masuk kitorang pon berangkatlah pulang.Letih sungguh tapi seronok! :)

Malamnya kitorang main masak-masak.Masak apa tu nanti malam aku bagitau balik.Sekarang nak manjalankan amanah suami tersayang kejap untuk kemas umah.huhuhu.Nanti aku blogwalking petang sikit ye kawan-kawan.Lama dah ni hutang. :)





(Review) 300 Rise of an Empire

Assalamualaikum. ..

Janji malam tadi nak post entry ni tapi kepenatan sudah.Tak berdaya dah nak buka blog balik.Ampun ye kawan-kawan.Orang semangat jalan memang tak ingat apa dah kalau penat.heee :)

Okla.Filem aku tengok hari sabtu lepas adalah Filem 300:Rise of an Empire. Filem ni tak tahu la bila keluarnya tapi aku dengan si suami berkenan nak tengok lepas terpandang trailer depan wayang tu.haha.Nampakkan kitorang main aci redah je kalau bab menghabiskan masa bersama.hahaha.


Jalan cerita: 

Epic saga chapter that takes the action to a fresh battlefield-on the sea-as Greek general Themistokles attempts to unite all of Greece by leading the charge that will change the course of the wat. This film pits Themistokles against the massive invading Persian forces led by mortal-turned-god Xerxes and Artemesia, vergeful commander of the Persian Navy. 

Pelakon 300:Rise of an Empire: Eva Green - Artemesia, Rodrigo Santoro - Xerxes, Sullivan Stapleton - Themistokles. 


Mungkin ada tak pahamla kan lagi kalau tak pernah tengok.Secara simplenya cerita ni kisah pasal perjuangan Themistokles untuk membentuk negara demokrasi (Greek,Sparta dan Persian),  dan kisah pasal agenda membalas dendam Xerxes dan Artemesia.Cerita banyak lawan-lawan pedang gan darah sana sini la.huhuhu. Cerita menarik.Ada la membuatkan aku ni terfikir Ada jugakla buatkan aku macam ....eerrr.macamni tugas seorang ketua untuk menghadapi pertempuran.hahaha.Tapinya ada jugakla sampai aku tanya..b, kat laut atas kapal boleh ea diri tegak macam tu?hahaha.Means ada tak logiknya la kan.hahaha.

Rate aku: 8.5/10

Sesiapa nak tengok bolehje.Kalau untuk budak-budak tak digalakkanlah sebab kang ada pulak nanti belajar nak main pedang untuk benda bukan-bukan.huhuhu.Ok.Selamat menonton kepada yang terasa nak tengok filem 300:Rise of an Empire!





Cerita dr Sabah: Day 1,Aku di Tawau!

Assalamualaikum. ..

Tenggelam aku di bulan 3 ni kat blog.Kesibukan sendiri.Alhamdulillah aku dah selamat sampai kat Sabah.Meneroka negeri orang :)


Aku sampai semalam dalam pukul 1.30pm.Mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Tawau.Alhamdulillah.Lega sampai dengan selamat.Mission accomplished untuk berjumpa dengan suami!yeay!

Bermalam sehari di Tawau.Jalan-jalan kejap area Tawau.Kebetulan semalam betul-betul dekat dengan hotel berlaku kebakaran.Kedai baja di Tawau terbakar.Area jalan Stephen Tan tu sesak.Asap tebal.Keadaan agak kelam-kabut.Kitorang disebabkan lapar dengan selambanya makan je sambil perhati kekecohan yang berlaku.Tengok bomba sibuk dengan kerja mereka.huhuhu.


Malamnya kitorang pon apa lagi layan pulak movie di Eastern Plaza.Tak banyak mall yang ada di Tawau.Pergi jela janji dapat luang masa bersama.Lama kot tak dating berdua tengok wayang.huhu.Last tengok movie cerita Hobbit yang 1st.Lama la tu kan?Cerita apa? Malam nanti aku ceritakan. :) Keluar daripada movie pukul9.30. Bandar Tawau pon mula dah senyap.Memang diorang cepat kot tutup kedai.

Itu jela 1st day aku di Tawau,Sabah.Cerita dari Sabah untuk korang.Ceeewaaah.hahaha.Masa nila nak cerita macam-macam dengan suami.huhuhu.Okla.Salam hujung minggu semua.Sebelum tu semoga segala urusan berkaitan kehilangan pesawat MAS MH370 dipermudahkan.amin...Moga ada keajaiban yang berlaku.Insya Allah.

Susulan entry Mencari 'C'

Assalamualaikum. ..

Ingat lagi entry mencari 'C' hujung minggu baru ni?hahaha. Ada ke yang jumpa? Tengok yang komen memang ada tak jumpa kan? Hihihi.

Sebenarnya huruf 'C' tu cuma ada kat tajuk je.Tak sampai seminit dah jumpa huruf 'C' ye.hihihi.Mesti ramai yang tengok satu-satu baris kan.Samalah jugak dengan aku masa mula-mula tengok gambar tu.Berpinar cari huruf 'C'.hahahaha.

Marah orang yang buat gambar tu.Jangan marah aku tau.hihi :p Sesekali uji ketajaman mata. :) Bukan mata je teruji kesabaran pon teruji gamaknya.Terjawab sudah srgala kekeliruan di mata anda semua.

Cerita dr Sabah: Nasi Goreng Lalap

Assalamualaikum. ..

Walaupun tengah mengira hari nak ke Sabah,aku nak jugak cerita dari Sabah ni.hihi.Yela.Si suami tu selalu cerita dia makan kat sana tak sama macam semenanjung. Susah nak jumpa makanan yang kena dengan tekak melayu semenanjung katanya.Rasanya semua tak kena. Makan banyak pantang memang gitu. Hahaha :p

Sekarang ni si Mohamad Hafizal dah jumpa apa yang dia suka.Menu Nasi Goreng Lalap.


Begitulah rupa Nasi Goreng Lalap. Ayam ada.Telur mata ada. Sayur ada. Memang cukuplah untuk perut suami tersayang aku tu. :) Harga aku tak ingatla pulak.Tak silap dalam RM6+ aritu dia bagitahu. Banyak sangat dah bercerita sampai tak ingat apa yang dibagitahu.hihihi.Lepas ni ada gaya kena amik nota la kot masa si suami telefon. :p


Ini tambahan untuk dia punya menu.Mango Shake. Amik. Aku ingat ada Coconut Shake je. Sekali kat Sabah ada Mango Shake. Hihihi.

Itulah menu yang terbaik dan kena dengan tekak dia kat sana. Kalau dulu Nasi Ayam sekarang Nasi Goreng Lalap pon bolehlah. :)



Mesej Zaman Sekarang...

Assalamualaikum. ..


Boleh = Ole
Duit = Wit

Alahai...nape teruk benor jadinya daripada perkataan asal.hahaha.Aku rasa gedik sungguh tau tulis macam tu.Terasa tak kegedikannya di situ? :p Tak pon memang dia seorang yang manja kot. Siapa tahu kan. Penulisan anda melambangkan diri anda.Eh..?!!

Errr...kalau penulisan aku kat blog ni nampak macam Aku seorang yang macamana ek?hahaha.  Tetiba aku curious dengan dengan diri sendiri. 


#lamanya tak update dan blogwalking!! =_="



Lets find 'C'

Assalamualaikum. ..

Entry di hujung minggu kenala santai-santai je.Blogwalking pon tak habis lagi gamaknya.Sabar jela.Hujung minggu ni kalau ke mall mesti penuh.Semua pakat-pakat beli barang rumah bagi yang dah berkeluarga.Baru Gaji kan.hihi :)

Ok dah habis cerita mukadimah tu.Sekarang nak suruh semua kawan-kawan cari huruf 'C'.



Siapa jumpa dalam 1minit memang terhebat.hahaha.Gambar daripada Facebook ni.Kawan kongsikan.Jenuh aku mencari tau.Sabar jela.

Apa pon Selamat Berhujung minggu!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...