Followerku..

Teaser Cerita Kami 1: Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama aku menyepi.Kesian kat blog..Kesian kat pengunjung blog..Maaf ye kawan-kawan.Kesibukan dengan majlis.Lepas dh selesai kesibukan dengan hubby la plak kan.huhuhu.


Alhamdulillah.Kami selamat diijabkabulkan pada 21.12.13 pada pukul9.30 pagi.Lega.Syukur.Sangat berterima kasih.Tak tahu dah apa lagi rasa waktu tu.Apa yang pasti aku dapat menjalani semuanya dengan tenang.Alhamdulillah.


Majlis bersanding dekat 2.30petang jugak.Cuaca waktu tu pon alhamdulillah sangat baik walaupun malam sebelum tu hujan turun.Syukur Ya Allah.

Benarlah.Andai kata anda mahu segalanya baik banyak-banyaklah berdoa pada Allah.Segalanya atas ketentuan Allah.Janji Allah itu pasti.

Cerita selanjutnya aku kongsi kemudian ea syg semua.huhuhu.Sedang manfaatkan cuti yang sebulan ni bersama hubby tersayang.hihihi.Doakan kesejahteraan dan kebahagian kami ye.




WW#77: Save the Date!

Assalamualaikum...




Another 2 days more to go
Happy ever after.Insya Allah.Amin....

Proses Pembayaran Nuffnang.

Assalamualaikum...


Terus kepada point entry nak cerita.hihihi.Mukadimah tengah takde idea.Boleh gitu?

Okla.Haritu aku ada baitahu aku cash out pendapat aku dengan Nuffnang kan..Haaa...Sebelum ni aku baca-baca kat nlog otai bagitau proses pembayaran Nuffnang adalah sebulan.

Aku ni saje la gatal nak jugak hantar tiket ke pihak Nuffnang tanya pasal proses oembayaran.Sekali aku tanya pasal proses pembayaran tu pihak Nuffnang balas seperti di bawah ni.


Makanya kalau cash out akhir bulan 11 haritu, bulan 1 la ea baru dapat?Lama gak proses pembayaran daripada pihak Nuffnang ek.Mungkin blogger pon dah makin bertambah kan.Moga-moga selamatlah sampai cek pertama aku tu.Amin.

Korang yang pernah cash out sebelum ni biasa berapa lama ek cek sampai??



15 Disember 2013

Assalamualaikum...

15.12.13
Kalau tak aku nikah dah tarikh ni.
Boleh gitu?? Hahaha.



Alhamdulillah.Officially 25 tahun.Sekarang semua dah tahu kan umur aku.huhuhu.Okla.Syukur sangat aku masih berkesempatan untuk menikmati umur 25 tahun ini.Ya Allah...syukur.Alhamdulillah.



Pada umur 25 tahun
-Nak kahwin
-Ada kereta
-Kerja tetap

Itu cerita dulu-dulu waktu belajar.Target aku pada umur 25 tahun.Alhamdulillah.Tang kereta tu je menumpang kan.hihihi.Terima kasih pada en B tersayang sebab setia tunggu sampai umur 25tahun.Teringat kisah 2 tahun yang lepas.hihihi.Kita baru kenal kan Mohamad Hafizal ;p 

Minta maaf kepada kawan-kawan semua sepanjang yang mengenali diri ini selama 25 tahun.Salah silap,hutang piutang dan sebagainya minta dihalalkan dan dimaafkan ye.

Moga kita bahagia bersama dunia akhirat hendakNya...Amin.Tahun ni meriahkan tarikh 12.12.13 ni dengan kerepek berbungkus-bungkus sekali dengan bunga crepe sekotak.hahaha.Oh persiapan majlisku... 


Dugaan itu pasti ada..

Assalamualaikum....


Berkesempatan seketika untuk buat entry.Ya Allah tinggal seminggu.Rasa macam tak sempat je nak buat apa yang tak siap ni.Aduhaiii..Bila komitmen masing-masing tidak mengizinkan.Sakit gak aku minggu terakhir ni.


Dugaan...
Tak tahula sama ada hanya aku atau setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga lalui dugaan tak terduga.Tu la kalau nak buay benda baik ada je syaitan yang menganggu.Lagi-lagi sifat amarah yang makin sukar dibendung.huhuhu.Apala yang difikir agaknya aku ni..sensitif ye terlebih..mmm.

Kemalangan.Dugaan ni memang kerap kali jadi sekarang.Nak kata tak berhati-hati dah memang selalu bawak macam tu jugak.Masalahnya bukan aku sorang.Sekali berjangkit dengan si En B sorang tu.Adakah sebab banyak berfikir fokus itu hilang?mmmm..Ada kaitannya jugak kan..

Hasil kreativiti: Shida
Dah ada tarikh kat situ.haha.okla.tak payah buat save the date la gitu. ;p

Keluarga.Tipu kalau cakap majlis boleh jadi tanpa bantuan keluarga.Nak tak nak diorangla penggerak majlis nanti.Semakin dekat majlis,semakin sibuk masing-masing dengan komitmen tersendiri dengan masalah sendiri.Perghhh.Kadang-kadang tu hanya mampu diam jela sambil berfikir.Padahal boleh je buat cume feel tu tak best buat sorang-sorang.Mmmm.

Minggu depan cuti.Tak tahula apa yang terjadi.Doakan untuk yang terbaik jela.Insya Allah pasti indah penghujungnya.Amin...

Dugaan itu sentiasa ada selagi anda mengatakan diri anda itu Islam...Allah mahu menguji keimanan setiap hambanya.Allah rindu kan kita sebab itu Allah bagi kita ujian.Allah nak kita lebih dekat denganNya.
Peringatan untuk diri sendiri.....


WW#76: Anting-anting!

Assalamualaikum ...



Rezeki bersama tak panjang.....





Hadiah Veil untuk Nikah!

Assalamualaikum...

Taip entry laju-laju untuk harini.Kerja untuk closing stok tengah menanti.Ya Allah tinggikanlah kesabaranku dan kuatkanlah semangatku.Hindarkanlah aku daripada lemah dan sihatkanlah tubuh badanku.Amin...
Majlis tanpa ibubapa sangat mencabar T.T


Okla.tutup cite sedih.Nak cite gembira ye. ;) Belom kahwin dah dapat hadiah.hihi.Seronok.Dahla hadiahnya boleh digunakan masa majlis nanti.Jimat dah tenaga aku nak perah otak carik idea.Mehla share cikit gambar kan.



Aku dah penat.Aku guna jela kot nanti veil nikah ni.Aku bayar hutang sekali entry nak tunjuk baju nikah yang dah siap tu ea kawan-kawan.hahaha.Nampakla cikit kan baju nikah aku nanti.Warna purple.

Tapi macam nak tambah cikit lagi kat veil + shawl nikah tu.mmm.Rajin ke aku.?? Eh?? Hahaha.


Terima kasih buat Aliza sayangku.Tak payah susah-susah beli lain yer dear.Match la tu kot.huhuhu.Terima kasih banyak.Walaupun kau tak dapat datang tapi kau membantu dah tau :) Doa kan untuk aku dari jauh yer ;)

Ada lagi tak nak bagi hadiah kat kita?? Hahaha.ok.Tak malu mintak hadiah :p




Dokumentasi Pernikahan di Johor (2)

Assalamualaikum...

Ada kesempatan sekejap kesempatan bolehla update blog laju-laju.hihihi.Okla.As promise aku nak sambung sikit pasal dokumentasi pernikahan di Johor ni.Alhamdulillah aku dah selesai bab dokumen semua ni.Senang sebenarnya.Tak tipu :p



Sebelum ni aku keliru dengan senarai semak daripada jabatan agama kadi yang nombor 10 tu kan?? Okla untuk entry ni aku kongsi pengalaman aku ye.Sebenarnya surat nikah ibubapa kita tu diperlukan apabila anda mahu berkahwin dan wali anda adalah abang anda.Seterusnya kalau abang anda itu adalah anak sulung dalam keluarga mereka pasti mahukan surat nikah ibubapa.

Ini bertujuan untuk mengesahkan status wali perkahwinan anda itu benar-benar layak.Senang bahasa ye bukan anak luar nikahla.Kalau abang anda yang jadi wali itu bukan anak sulung dan anda juga bukan anak sulung,dokumen no 10 iaitu surat nikah ibubapa tidak perlu pon. ;)

Menjaga keturunan itu penting.Agama sangat menjaga kesucian keluarga yang akan dibina.Nanti kalau wali tu ada kemushkilan nikah kita boleh tak sah.Wali itu sangat penting yer.Ada dalam rukun nikah ;)

Kepada B2B Johor terutamanya,dan B2B negeri lain amnya,selamat membuat dokumen nikah anda!Saya dah selesai.Boleh dah kahwin!!! :P


Khamis yg Spontan: Bos!

Assalamualaikum...

BOS
Bila timbul masalah apa yang dia nak tahu:
Untung atau Rugi
Cerita pendek tak nak panjang
Selesai cepat.


Pekerja bawah dia:
Macam nak pitam fahamkan keseluruhan cerita masalah.
Belum lagi nak cerita dengan orang akaun.Mahu aku gaduh kang.haha.

Sabar jela


WW#74: CPUV NOVEMBER dan Cash Out Pertama

Assalamualaikum...





Dah RM 0.00!



Cuti Kahwin!!

Assalamualaikum...

Muncul kembali dalam blog tersayang ni.hihihi.Macam biasa la kalau buat entry memang laju je.Masuk bab blogwalking hujung minggu la jawab yer.hihi.Apa pon sekarang ni nak cerita pasal cuti kahwin!! Perancangan awal itu perlu.haha :p


Aku punya cuti aku apply awal bulan 11 aritu.Awalkan?Bos pon dah approved.Setel aku punya cuti kahwin 15hari.





Perancangan cuti sangat-sangat dituntut untuk dilakukan awal tetutama En B kita sebab dia susah nak cuti.Sebenarnya awal sangat pon tak boleh sebab En B navy kita ni selalu je last minute berubah.Pernah pulak sekali cuti kena beku.Menangis la ko!hihihi.Sedia Berkorban katanya.Yela sayangku.Berkorbanlah demi negara.Memang tugas kamu pon :) *memahami kan??hahaha*



En B kita dah apply cuti kahwin dia.Tapi tak tahu dah approve ke belom.Tunggu dan lihat jela bulan12 nanti.Sebulan ok En B kita apply cuti.Betul-betul rindu semenanjung gaya yer tu.hihi ^^


Tak sabar nak bercuti ni oooiiiiii...Penat dah keje.Boleh gitu??? :p Kebiasaan yang terjadi bila dah semakin dekat cutinya adalah kerjanya semakin banyak.Harap maklum.Elakkan hari terakhir cuti tu aku balik malam je.huhu.Sadis rasa.

Moga persiapan majlis akan berjalan dengan baik dan diberkati Allah
.Amin.....


Cara pilih Suami Terbaik

Assalamualaikum...

Tajuk tak nak kalah kan?? Macam dah kahwin je nak bagitahu cara memilih suami.haha.Kelakar ok. :) Sebenarnya nak kongsi je apa yang aku jumpa kat FB ni.Cara untuk kita sebagai wanita mencari ciri-ciri suami yang baik untuk dijadikan suami.


Ciri seorang suami yang baik pasti akan sentiasa menegur apa yang tak baik dan menasihati apa yang baik untuk kita sebagai wanita.Tengok daripada situ kita dah boleh menalai sifat dia yang lain.

Seorang lelaki yang sering menegur perbuatan tak baik pastinya MEMPUNYAI ILMU.Ciri seorang suami yang suka menegur pastinya SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB.Seorang lelaki tang suka menegur apa yang salah itu pastinya PRIHATIN.Banyakla lagi sifat yang kita boleh tahu.

Cuma standardla kan..Wanita bila ditegur fikir kena kongkong.aku la tu.Wanita kalau ditegur fikir lelaki tak sporting.aku la tu.Wanita kalau ditegur fikir diri sendiri je betul.aku la tu.

Wanita andai mahu bahagia terimalah teguran.
Wanita kalau mahu gembira cubalah dengar.
Wanita...
Percayalah kamu akan tersenyum sebab bila kamu ditegur tandanya orang sayang.
Ciri suami yang terbaik kan? :)

Pesanan lebih kepada diri sendiri.Sekian.
Terima kasih, Mohamad Hafizal kerana selalu menegur. :)



GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

Assalamualaikum...




Bunga selasih daun mengkuang,
Cantiknya ada bukan sembarangan,
Macam kasih,Macam sayang,
Itulah tanda tengah meroyan.

Itulah pantun daripada hamba wahai Nurul Yui si penganjur
Kalau berkenan silalah hadiah dihulur.

Eh??
Hahaha..Moga ada rezekinya kali ni.amin!
Jom kita berpantun.
Giveaway senang dan mudah kat SINI.

Tarikh berlangsung:
28.11.2013 hingga 01.12.2013





Cerita kad kahwin.

Assalamualaikum...


Ok.Mood nak update pasal kahwin boleh tahan jugakla membuak yer.hohoho.Orang nak kahwinla katakan :p Kawan-kawan lain dah sibuk nak beranak,kita baru nak kahwin.hihihi.Rezeki masing-masing. Ye dok?


Cerita kad kahwin ni bermulanya awal bulan11 aritu.Lambat kan aku buat?B2B sekalian jangan ikut macam saya!Memula design kad kahwin sendiri tapi lama-lama macam malasla nak teruskan.hihihi.Aku bagi je kat orang kedai tu design kad kahwin tak siap pastu diorang tambah.Macam gambar atad tu,part aku buat petak dengan nama je.Bunga semua tu RNE Design yang tambah ikut citarasa aku.hihi.Bedal la labu.Yang penting aku suke :)

Aku tempah dekat RNE Design, Batu Pahat.Kedai RNE Design ni betul-betul tengah bandar dan di dalam bangunan D'Mara.Kenapa amik dia sebab dekat untuk aku buat follow up.*dah hantar lambat kan* Dekat RNE Design ni dia finalize design kad kahwin seminggu dengan aku pastu print + potong kad kahwinnya seminggu lebih.Lambat ke tak?Pada aku lambat sebab material kad aku guna tu senang je kot.Kad kahwin kertas coklat tu.Senang je kot.Warna pon hitam je tulisan.mmmm.


Harini...dapat dah mesej cakap kad kahwin dah siap.Akhirnya,penantian selesai.hahaha.Siap harga aku bagi tengok haaaa...hihihi.Order tak banyak.400 keping je.Bagi kepada  yang penting-penting dan yang minta terutama saudara-mara terdekat.

Selasai kad kahwin tinggal nak diedarkan je.Ok.Sediakan list takpon campak je kat abang gan kakak.hihihi.Senang keje.Fikir veil, hantaran, bridal, bilik dengan goodies je lepasni.

Kena fikir apa lagi ek??
(^_^)





WW#73: Gula Tarik Terengganu!

Assalamualaikum...


Sedap.. :)
Tahu tak??



Persalinan Semasa Nikah

Assalamualaikum...

Tajuk macam persalinan nikah aku je kan...? Cepuk ajer ayut ni.hahaha.Okla.Nak bagitahu persalinan SHAWL yang aku pakai masa nikah abang aku haritu. :)

Masa majlis nikah abang aku haritu aku pakai SHAWL kilat-kilat tu.


Ni la Shawl kilat-kilat tu.Cantik tak?? Ok.Tumpukan kecantikan hanya pada Shawl kilat-kilat tu yer.Sekian. :p

Aku sangat berterima kasih pada penjual Shawl kilat-kilat a.k.a Shawl Glitter ni.Selalu susahkan dia.huhuhu.Mekaih Yui!! Ayut dapat sehari selepas Yui pos haritu.Sangat berterima kasih dan cantik!!! Terlupa je nak inform kat Yui.

Sesiapa nak beli Shawl kilat-kilat macam tu bolehla menjengah kat Nurul Yui Collection.Halfmoon Shawl pon ada.Tak rugi cuci mata kat Nurul Yui Collection ni.Jom jengah ke sana!

Aku ada 2 koleksi Shawl Glitter ni.Macam cantik je,macam nak tambah kokeksi je.hahaha. :p



Perkahwinan Abang Bongsuku...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...
Hari Sabtu bertarikh 23 November 2013,20 Muharram 1435H...Terikatlah perhubungan suami isteri antara Mohd Jauhar dan Murni Hayati di Kuala Terengganu.



Ingat lagi tak haritu aku ada cakap nak hantar pengantin?Inilah ceritanya.Abang lelaki paling bongsu dalam keluarga aku bernikah.Dia dapat orang Terengganu.Jauh perjalanan daripada Johor.huhuhu.Alhamdulillah, aku dan keluarga bergerak pada hari khamis dan selamat sampai pada Jumaat sebab singgah semalam rumah abang di Bukit Ibam,Pahang.




Selamat menjalani kehidupan berumahtangga bersama insan pilihan.Moga berbahagia dan muafakat selalu.Amin....



Cara nak Screen Shot pada Telefon

Assalamualaikum...

Jom kita update blog. :p Tengah cuba sebaik mungkin untuk tidak mengabaikan blog tersayang ni.hihi.Blog ni la tempat aku jumpa ramai kawan-kawan.Belajar macam-macam.Lepasni ada ruang masa nak jugakla melibatkan diri cari income dengan online.Sekurang-kurangnya takla rugi masa gitu je :)

Sekarang aku nak share ilmu untuk buat screen shot pada telefon.Kenapa aku nak share cara nak screen shot sebab aku pon baru tahu.hahaha.Whatever la ko ayut!!Ni aku buat ujikaji screen shot pada telefon Samsung Grand Duos.Telefon lain nak buat screen shot aku tak tahulah sama ke tak caranya :)

Cantik tak kita lukis??:p

1.Pastikan gambar atau info yang dimahukan terletak pada screen telefon.
2.Tekan butang start dengan butang menu serentak sehingga dengar bunyi seperti anda amik gambar.
3.Screen shot anda telah berjaya!

Screen shot saya berjaya...yeayyy!!
Anda pula???








Mengecop Goodies Bag Kertas Coklat

Assalamualaikum....

Harini dah Selasa.Hujung minggu ni insya Allah,aku dan ahli keluarga aku akan ke Terengganu.Kitorang hantar pengantin.Siapa kahwin?? Mestilah bukan aku.hihihi.Siapa kahwin nanti aku cerita.Doakan semoga kami semua selamat pergi dan pulang ea. :) Mekaseh...

 Cantik tak?? : p

Inilah kerja aku untuk harini dan esok.Mengecop pada goodies bag kertas coklat.Fuhhh.Penat gak.2hari boleh settle dah sebab goodies bag ni tak banyak pon.Aku buat untuk 700orang.Tekan-tekan cop tu kat beg goodies dah settle.hihihi.Orang excited penat pon ilang. :p

Ingat lagi pasal combination H yang aku ceritakan dulu?Ni la benda yer.Ok tak sama dengan jumlah undian buat dulu kan?huhuhu. En B kita berkenan dengan combination yang ni,tu pakai yang ni.adehhh.Penat je korang undi kan :p Takpe aku tetap hargai penglibatan korang dalam memberi idea.Mekaseh tau. :) 

Bila diri jadila macam tu goodies bag yer.

Stamp pad yang aku buat aku gunakan jadikan cop pada goodies bag kertas coklat tu.Tak la kosong.Berseri sikit nampak.huhuhu.

Kat mana aku buat dan harga stamp pad ni aku cerita akan datang ea.mmmm.Ok la tu kan beg goodies kertas coklat yer? Tak nak fikir dah nak tambah-tambah lain.huhuhu.



TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..

Nak Baju jugakkk!!!!! :p Lama tak join mana-mana segmen ^^ Moga ada rezeki kali ni.Jom ramai-ramai join!



Status Akaun Nuffnang November 2013

Assalamualaikum...


Salam hari Ahad semua. ^^
Hujung minggu akan aku penuhi jemputan kawan-kawan blog untuk datang ke blog mereka.hihihi.Tapi sebelum datang tempat orang kena perkemas dulu blog sendiri. ^^ Sekarang dah pertengahan bulan 11 dah kan.Kejap je rasa masa berlalu.Pejam celik lagi beberapa hari masuk la pulak bulan 12.Happy December!!Insya Allah ^^

Tadi pergi update akaun Nuffnang.Kenalah update akaun Nuffnang untuk tunjuk kerajinan kita kepada pengiklan-pengiklan di luar sana,Tunjukla yang kita sentiasa update.Baru la dia suka nak letak iklan kat blog kita ^^ Tips ni belajar daripada SINI.


Inilah status terkini akaun Nuffnang aku.Aha..Banyak dah credited.Tak perasan muncul pon ada tapi tak lama dah credited.Alhamdulillah masih ada rezeki CPUV untuk bulan November 2013.Kena lebih bergiat aktif ni.Dapat income lebih adalah satu bonus sebagai seorang blogger.Rajin-rajin la klik ea kalau terjumpa iklan-iklan yang ada tu ^^ Mekasih diucapkan sangat-sangat.

Okla.Jom blogwalking.Nanti aku datang tempat korang yer.Insya allah sampai.hihihi ^^

Dokumentasi Pernikahan di Johor

Assalamualaikum...

Bertemu kembali....Salam hujung minggu semua.Happy Weekend!!! :)

Harini nak ceritakanla sikit pasal buat dokumentasi pernikahan di Johor.Sebelum ni selalu dengar orang cakap kat Johor prosedur ye banyak.Leceh sikit.Sekarang aku tengah menjalani prosedur ni.mmmm.Nampak jugakla rumitnya.hihihi.Tapi aku tenang je.Penat nak pening-pening.Ada masa lagi kan    :)


Di Johor, pendaftaran dimudahkan dengan kita boleh isi online.Sesiapa yang belum daftar, bolehla daftar.

encr.johor.gov.my

Ini laman web rasmi untuk korang daftar maklumat peribadi.Pengaktifan akaun kena telefon pejabat Nikah Rujuk di talian 07-4341141 (batu pahat sahaja).

Selepas pengaktifan, barulah boleh isi maklumat wali,pasangan, tempat nikah dan maklumat peribadi kita.

Senarai dokumen yang diperlukan pon boleh dicetak kat profile kita tu.Tapi bila tak faham kena jugak tanya pejabat kadi :) Semakin mudahkan bila online.heee :) 

Nak bagitahu jugak, kalau nak buat pemeriksaan HIV kena amik dulu borang dekat pejabat kadi baru boleh ke klinik kesihatan.Maknanya nanti ada 2 surat untuk HIV.

Sekarang ni, aku ada masalah untuk dalam senarai tu No 10.Aku macam konfius kejap.huhuhu.Nanti bila dah ada penyelesaian aku kongsi semula ea dengan korang.Mungkin boleh buat panduan semasa buat dokumentasi pernikahan.Lagi-lagi B2B warga Johor :)




I'm getting Married..

Assalamualaikum...

Hari ni nak update sikit je.Boleh? Haha.okla.Nak bagi berseri cikit blog ni kn lepas dah lama menyepi.Maaf ye kawan-kawan sebab dah lama aku tak blogwalking.Pakai tepon lambat.Internet pon boleh setakat pos kat fb.Cane...adehh.Maaf sangat.Insya Allah aku pasti akan terjah jugak blog korang tau.Sayang korang!! :)

Konon feeling pre-wedding la kannnnn..... ;p

Alhamdulillah..insya Allah lagi sebulan akan berubahla status yang aku pegang.Mudah-mudahan segala persiapan dipermudahkan jalannya.Amin...

Banyak masalah timbul apabila pasangan jauh.Proses untuk dokumentasi mesti jadi lambat sikit.Tapi takpe, insya Allah cukup masanya.Kan kawan-kawan kan???*bagi sedap hati sikit.hihihi

Kad kahwin kedai tu dedign belom siap.ok.....
Hantaran belom setting.ok.....
Catering belom bayar lagi 50%.ok.....
Bridal belom tengok baju lagi.Tak tahu dah siap belom.ok....
Bilik tak beli tabir lagi.ok....
Goodies barang tak finallize lagi.ok....


Ok la sangat kan ko...Ayut!!!!!
\(^_^)/
Teruskan senyum...
Senyum jer..
Senyum tau..

Hahaha....


Tahniah buat Fizo Omar dan Mawar!!

Assalamualaikum...




Alhamdulillah.Lagi seorang artis Fizo Omar telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Mawar.
Fizo dan Mawar telah bernikah pada hari Ahad pagi semalam dan sehari sebelum tu mereka telah bertunang.




Aku lebih suka baju tunang Mawar.hihihi.Detailing baju tunang Mawar denfan Fizo lagi naik berbanding masa nikah.Cewahhh.Bab komen memang suka.Tampar diri sendiri.heeee :p 

Tahniah Buat Fizo dan Mawar.
Moga jodoh mereka berpanjangan hingga Syurga.Amin....

kredit gambar:Rotikaya





Gambar Kahwin Diana Amir dan Habib

Assalamualaikum...

Selamat Hujung Minggu!!!Ok..aku tahu..cita dah lama.tak kira nak update jugak gambar kahwin diana amir dengan habib ni.Diorang ni sedap je mata memandang.Sama cantik, sama padan.Semoga jodohnya berkekalan hingga ke syurga.Amin.Barakallah.Jom kita layan gambar semasa majlis perkahwinan Diana Amir dan Habib.





Suka veil Diana Amir.Bunga tangan aku rasa macam kalau bagi bunga yang kembang sikit ok kot.*pandai la ko kan* Pastu Diana Amir pakai tudung putih nak samakan dengan pemakaian Habib.mmmm.Nanti tudung nak kena sama dengan samping En B nmpaknya.Ke tak kisah? Cane ek?huhuhu




Tahniah buat Diana Amir dan Habib.


*UPDATE* Checklist until the Day!

Assalamualaikum...

Tak pernah aku kuarkan checklist aku kan?hahahaha..Aku ada je buat sebenarnya tapi bila dah update simpan je dalam draft sebab untuk rujukan sendiri.Tapi dah tinggal 5 bulan ++ ni meh la nak share.Aku pon tak tahu la checklist aku ni membantu or tak untuk B2B.Tapi checklist ni membantu untuk aku.Nak tengok apa lagi yang aku tak buat lagi.Penting ok kena tahu apa benda kena buat.Kalau tak boleh menangis.hihihi ^^

1. DATE/TIME

        -Nikah (Date: - **/12/2013)
        -Resepsi (Date: - **/12/2013)
        -Sambut Menantu (Date - **/12/2013)

2.TEMA
            -Sanding (Wedding Garden)

3. KELENGKAPAN
       -Kursus kahwin (08-09 Disember 2012,Pertama Kompleks) {ENTRY}
       -HIV test
       -Borang-borang Perkahwinan

4. PAKAIAN+AKSESORI

     NIKAH
          -Baju Nikah
                     *Tema warna baju (Purple)
                     *Design {ENTRY}
                     *Beli Kain
                     *Hantar Tempah
           -Tudung (DIY)
           -Veil (DIY)
           -Kasut {beli dah}
           -Aksesori
           -Make Up {booking dah}

     MAJLIS SANDING
           -Tema warna (White Pearl)
           -Tudung
           -Kasut
           -Aksesori
           -Veil
           -Make Up (tak termasuk pakej-booking dah)
           -Bunga Tangan (D.I.Y)
*Done! Booking pakej dah.

5. KELENGKAPAN MAJLIS
          -Kad kahwin
               *design {ENTRY}
               *tempah kad {ENTRY} -hantar dah-
               *senarai tetamu {ENTRY}
 
          -Bunting (takde dah)
          -Doorgift (D.I.Y)
               *design
               *jenis gift
               *jumlah
                   - 100 VIP (kawan jauh)
                   - 800 packing biasa
          -Makan tetamu
              * Catering or Kampung? -Booking dah-
          -Khemah (kampung punya)
          -Kek (Mak cik sponsor )
                *flavor kek
                *meja potong kek -masuk pakej dah-
                *pinggan kek
          -Meja+Kerusi (kampung punya)
          -Pinggan Mangkuk (kampung punya)
                  *Meja Tetamu
                  *Meja Pengantin
                  (pakej pengantin)
                 *Hiasan Meja Pengantin 
                 *Bunga Meja Pengantin
                 *Pinggan Meja Pengantin (kakak ipar settle)
         -Guest Book (D.I.Y)
         
6. PELAMIN (masuk pakej dah)
       -Design
       -Bunga hiasan
       -Bunga telur (D.I.Y) {ENTRY}

7. BILIK PENGANTIN
     -Dekorasi Bilik Pengantin
     -Bunga Hiasan (D.I.Y)
     -Set Cadar
     -Langsir
     -Set Meja solek + Almari

8. HANTARAN
      -Dulang
           *jumlah dulang (5 balas 7)
      -Barang-barang {ENTRY}

9. FOTOGRAFI/VIDEOGRAFI {ENTRY}
          -Nikah  
          -Resepsi  
          -Bertandang
*Done booking!

10. HIBURAN {ENTRY} -HOLD-
          -Wedding Songs
          -Silat
          -Kompang

11. KECANTIKAN
            -Inai {ENTRY}
            -Pedicure dan menicure

12. MAJLIS BERTANDANG (TAKDE DAH)
        -Tarikh
        -Pakaian & Eksesori
            *Tema warna (Coklat)
             *Design
            *Beli Kain/sewa
           *Hantar Tempah
        -Tudung
        -Veil
        -Kasut
        -Aksesori
        -Make Up

13. BULAN MADU (K.I.V)
          -Destinasi (Pulau Perhentian)
          -Booking


Banyak lagi kot yang aku tak buat.Tapi takpela.Take it easy ok,ayut. ^^ Buat rilek-rilek je ea ^^

WW#73: Kemalangan Lagi! Dugaan...

Assalamualaikum...



=.="



Pertemuan Kawan Lama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkesempatan lagi nak update blog.heeee.Update memang agak senangla sekarang tapi blogwalking ye tetap jugak kena tunggu hujung minggu.huhu.Jenuh gak tu.Hujung minggu punya kerja.hihihi :)

Cerita pasal kawan lama ni.Sebenarnya tak lama mana pon.Ni kawan masa belajar dekat Universiti je.Last jumpe masa Convocation je kot tahun 2010.2 tahun lebih borak kat telefon je akhirnya dapat jugak jumpa.hihihi.Dah duduk Johor adalah peluang yer.

Siti Norazizah

Kawan bergaduh, kawan mengadu, kawan bergosip, kawan ketawa dan jugak kawan bersedih.Lagi-lagi masa belajar dulu. :) Pertemuan di Awal Muharram.Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin dapat terus berkekalan.Moga kita sama-sama berjaya dunia akhirat yer kak.Amin.Moga persiapan akak untuk bersama yang tersayang jugak dipermudahkan. :) Lama menanti dah kan.hihi ; p

Kawan, walau jauh mana sekali pon kalau memang kawan dari hati pasti takkan hilang.Insya Allah.


# cerita pizza akan datang ea.hihi
# sekarang mungkin tengah jumpa photographer kot. :)









Samsung Grand Duos dari Tersayang

Assalamualaikum....


Harini update blog guna device baru.hehehe.Nampak gaya makin hari makin malasla nak bukak laptop yer. :)

Nak share jugak kegembiraan ni dengan semua.Alhamdulillah, En B ada rezeki lebih.En B kita belikan Samsung Grand Duos.En B pon ada 1 Samsung Grand Duos yang sama.Jadinya kami ada barang yang sama.hihihi.Moga semakin murah rezeki Mohamad Hafizal Zakaria.Amin.



Gambar Samsung Grand Duos tu putih kan? Tukarkan jadi warna hitam, macam tu la bentuknya Samsung Grand Duos yang diterima.Alhamdulillah selamat sampai lepas 3hari pos daripada Semporna, Sabah.Tu pon lepas aku follow up.Kalau tak ada mungkin sampai seminggu.Aku ni takutla sebab barang mahal kan.mmmm.Bungkusnya jangan ceritala.Boleh abis 1 gulung selotape kot En B membungkusya.hihihi ; p Tak caya tengok jela masa aku bukak ni.


Terima kasih, sayangku.Hadiah kahwin in advance ni kan.Mudah-mudahan semakin murah rezeki kita bersama dan semua yang mendoakan kita.amin.

Harini nak makan-makan kat rumah kakak.Hutang blogwalking akan dibayar hari selasa yer kawan-kawan.Sayang semua!!!! :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...