Followerku..

Perubahan Sebelum Keberangkatan.

Assalamualaikum...


Hari ni terasa sangat cepat masa berjalan.
Sibuk-sibuk buat kerja pastu toleh tengok jam.
"aik??!pukul 1 dah?"
Pukul 1 pergi rehat.Balik rumah pastu pergi cari makanan.Makan-makan buah sampai pukul 1.30.Masih ada 1 jam nak masuk kerja semula.Baring-baring terlelap.Bangun je dari tido,pening.Tengok jam kat handphone.
"What??! 2.40 dah?"
Solat semua pastu pergi kerja.Masuk office pukul 3.00.Lambat sudah setengah jam. =.=" Semua senyap je aku lambat.hahaha.Budak last day memang macam tu.Terasa diri terabai dan tidak dihiraukan.hahaha ^^


Bermula esok aku akan pergi ke Shah Alam.Ahad akan bermula segala benda baru dalam hidup aku.Blog juga mungkin akan terabai sementara.Kalau terabai lama tu tak tahu la kan.Yang pasti aku tahu nanti blog aku akan jatuh merudum segala trafik dan semua readers.hihihi ^^ Terpaksalah kan.No choice.Ada jugak bagitahu kat En B suruh jenguk-jenguk blog ni.Tapi tak tahu la nanti En B sempat singgah ke tak.hahaha ^^

Jadinya,bermula hari ini,blog aku tidak akan ada lagi Comment Moderation.Setting akan kembali seperti asal bila aku balik semula.Insya Allah.Entry nak buat autopublish pon tak sempat dah.Last-last ni macam-macam kena buat.Lebih-lebih training kepada pengganti aku.Selamat bekerja buat dia kat sini. ^^

Tu jela perubahan.Tajuk macam banyak je perubahan nak buat kan?hahaha ^^ Apapon Happy Blogging buat semua kawan-kawan.Ada kelapangan aku akan terjah rumah korang.Keutamaan pastinya dalam senarai bloglist.hihihi ^^ Blog-blog dalam tu la yang akan aku terjah dulu.Blog-blog dalam tu jugaklah dapat kelebihan untuk income mereka.

Ha...sebelum aku lupa.Kalau ada hadiah-hadiah yang aku dapat sebab bertuah dalam GA/Segmen yang dianjurkan,memang aku perap dululah kat office.Hujung bulan 4 nanti baru aku boleh amik.Untuk sesiapa yang tagged aku untuk join,maaf bebanyak sebab tak boleh nak beri komitmen pulak.Bulan 4 memang bergelumbang dengan kursus Shell.

Ada kesempatan pasti aku muncul lagi... ^^


Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

Assalamualaikum...





Jom masuk bloglist si Tikah ni jom ^^


*banyak segmen/GA kena tag ni.Tak terbuat lagi entry yer =.="*

Promote Blog kat China

Assalamualaikum...


Kesinambungan daripada chatting bersama orang kat China la ni. Si Coco ni beria benor la nak tengok muka bulat aku ni kan. Dah Facebook kat China takde katanya,budget konon nak la promote blog sekali.hahaha.Budget sungguh ko ayut!Pastu dah siap bagi link blog http://akuayut.blogspot.com bagai ni.Last-last aku jugak kecewa.Tak dapat nak promote blog kat China.hahaha ^^



Writing pon tonggang-terbalik.Past tense dengan present tense pon berterabur.Ampun Cikgu Englishku.hahaha.Belajar Bahasa Inggeris harap je berpuluh tahun,hebat tak jugak.huhuhu.So, daripada conversation atas tu,si Coco ni sedih la tak boleh bukak blog aku dan melihat muka bulat ku ini.hahaha. Sorry la ye Coco.Maybe next time.Takpun you bagitahulah kerajaan you suruh bagi masuk Facebook.Eh?Boleh ke? :p



Nak tahu apa yang popular kat China boleh klik gambar conversation kedua tu.Kang aku tepek gambar besar-besar loading korang lamabt la pulak :p Tapi aku ada kemusykilan.Kenapa kat China blogspot tak boleh bukak?Ye ke?Blogspot kan under google kan?Kan3x????Ke aku salah?Kalau blogspot under google ni tak boleh bukak,diorang cari maklumat kat internet pakai apa ek?Yahoo kah?ke apakah?hahaha.Rupanya lain negara,lain browser yang digunakan. I baru tahu you! :p Cetek sungguh ilmu kamu ayut.Adehhh =.="




WW#61: Penantian seorang Isteri

Assalamualaikum...


^____________^

WW#60: Cari Perbezaan!

Assalamualaikum...



:p

WW#59: Comel!

Assalamualaikum...



^___^




tabik spring! ^^


dak kecik ni apa pon comel ajer!

Facebook in China

Assalamualaikum...


Selamat petang semua.Good evening! ^^
Sekarang aku nak share dengan korang tentang Negara China lagi.
Sebelum ni ada share pasal winter kat China.

Berurusan dengan supplier dari sana,sesekali aku borak-borakla dengan diorang.
Konon nak improve oh my English la sekali kan :p
Tadi baru je chatting dengan Coco Xie dari China.Nak tahu apa aku tanya?



Kalau ada yang dapat baca conversation atas tu akan namapak dia cakap
"no facebook in China"
Ha....means it is true.
Tiada Facebook kat China.

Kat Malaysia?
Pagi, petang,siang dan malam Facebook kot.
So?
Boleh je sosial tanpa Facebook.eh?
hahahaha :p

Keputusan Combination Capital 'H'

Assalmaualaikum...


Masih ingat entry mintak korang semua pilih 'H' mana yang cantik tak?
Lepas dah kira-kira semua,ramai pulak yang suka No 1 tu ek.
Aku punya target ingat ramaila yang suka No. 2 tu.
Tapi hampeh.Tak ramai pon suke :p



Based on pengiraan yang telah dikira minggu lepas.
Pilihan 2 tangga tertinggi adalah No 1, No 4 dan No 5.
Ada tiga pilihan.

Jadinya kat sini,nak tanya pulak kat si Mohamad Hafizal tu.
Haa...agak-agak mana la pilihan dia.
Esok aku bagi jawapan yer. ^^

Benda ni nanti nak guna untuk buat stamping pad la.
Antara tiga tertinggi tu pasti akan ku pilih satu.
Nak main cop-cop.
Cop kat mana dengan cop untuk apa.
Akan datang aku tunjuk kan.
Moga-moga menjadi la. ^^


Rebat RM200 Telefon Pintar!

Asssalamualaikum...


Aku applykan untuk orang sebenarnya benda ni.
Untuk diri sendiri Rebat RM200 ni tak terasa lagi nak isi. ^^

Persoalannya kat sini:
Macamana nak print out slip status permohonan Rebat RM200 ni yang dah berjaya ek?


Masalahnya
Aku dah keluar dulu daripada tempat memohon tu.Ingat yer nak printla esok (harini).Tapi bukak-bukak takde dah maklumat yer.

Cane ek?

Link Membuat permohonan Rebat RM200

Aku tanya aku jawab!

Sebab aku dah telefon pihak SKMM ni.Cepat gila angkat tepon.I like perkhidmatan dia! ^^
Hotline:1-800-88-4040
Adibah yang jadi Customer Service dan melayan semua persoalan aku.
Mekaseh Adibah! ^^

Jawapan mereka:
Untuk permasalahan ini memang permohonan itu sekali mohon memang tak kuar dah info yer lagi kat laman web tu.Kebiasaannya mereka akan hantar email kepada pemohon.
Kalau email tak dapat jugak,jangan risau.
Mereka dah ada rekod permohonan Rebat Rm200 ini dan dealer akan boleh detect permohonan kita hanya dengan menggunakan no IC jika betul memang kita dah berjaya memohon. (oh No.IC!)
Syarat utama untuk tebus rebat jugak dah tak perlukan slip rebat RM200 ni pon sebenarnya.
Hanya memelukan salinan IC sahaja.

Akhirnya terjawab sudah ^^
Ada lagi ke nak memohon?
Silalah memohon yer ^^


Kawen2x: Yusrafizah dan Pasangan..

Assalamualaikum...


Selamat Pagi semua!Harini mungkin ada orang baru masuk.
Aku kena ajarla rang ni dulu.
Diri ini kan tinggal seminggu je masa kat sini.Kenalah turunkan segala ilmu kan orang baru.

Ok.Ni nak share majlis kahwin kawan.
Majlis ni berlangsung awal bulan 3 haritu.hihihi.Opps!Entry terperam sudah ^^
Ni kawan masa sekolah rendah dulu.Lama gak sebenarnya tak contact-contact gan dia.
Setelah terpisah,waktu majlis ni la aku baru jumpe semula.

Moga Allah sentiasa memberkati pasangan ini.amin...


pelamin

us + pelamin

us + pelamin + bride

aku + bride! ^^
Si Yus ni memang kecik molek je badan yer.Jangan compare gan muka bulat aku tau :p

Overall!

Pengantin pakai dress yang meleret tu.Suka dress warna purple tu.Cantik!
Akhir sekali sebelum balik ke Kuala Lumpur semula,pekena kejap Cendol dengan ABC.
Kitorang lepak-lepak jap dekat Pekan Ayer Hitam.Mengimbau kenangan zaman kegemilangan sekolah dulu kala jap.hihihi ^^

Badge B2B!

Assalamualaikum...


Benda ni pon aku nak share.hahaha.ah tak kire! :p
Kepada semua B2B benda yang korang akan selalu baut bila nak buat majlis adalah mencari info.
Betul kan?
Info nak jimat.
Info Catering.
Info baju.
Info make-up.
Info prosedur.
Macam-macamla kan.

Pastu jumpe blog cari-cari gak info pasal owner blog tu bila majlis yer,dari mana dsb.(nampak sangat menyibuk budak Ayut ni =.=")
Aku ni pon sebenarnya share info pasal kahwin tak la banyak.
Saje nak letak jugak badge kahwin-kahwin ni.



Tengok-tengok dah kahwin dah.
Dari Johor.
Yes..Senegeri.Senang cikit nak refer info-info berkaitan tentang prosedur. ^^
Kalau B2B nak badge ni jugak leh ke blog dia ea.
Mekaseh ana.
Nanti share lagi info bebanyak ea :)

Ada yang lagi satu tu.Cantik gak.Tapi cukuplah satu jer.ahaks! ^^


5th Anniversary Mini GA

Assalamualaikum...


Memalam jalan-jalan dan tetibe rasa nak update dengan join segmen.hihihi ^^
Malam ni nak join segmen Kak Mimie..
Dah nak tamat baru nak join ni.Gigih buat entry :p




Syarat mini GA kak Mimie tak susah.
Kejap je buat entry pastu post.
hihihi.
Jom reramai join jom!
Jangan ketinggalan selagi masa masih ada. ^^


Cabaran seorang guru!

Assalamualaikum...


Siapa cakap jadi seorang guru senang.
Besar kan tangungjawab seorang guru sebenarnya ^^
Misi dan visi seorang pendidik adalah penentu masa depan negara sebenarnya.


Gambar yang dikongsikan oleh member aku.Seorang Guru Bahasa Melayu.Mengajar di sekolah Cina.
Mau tak jenuh nak membacanya karangan gini.hahahaha.
Tercabar segala mental dan emosi yang ada wei.huhu.
Bawak bersabar la ye.
Tugas seorang guru.Nak tak nak kena pastikan anak murid mampu menjadi yang lebih baik.
Tugas seorang guru adalah mendidik.
Tugas seorang pendidik pastinya menuntut kesabaran dan pengorbanan.^^

Kira ok la kan budak ni dah mampu menulis.Cuma kena lebih lagi usaha untuk buat ayat.
All the best buat guru-guru di luar sana dalam mendidik.



Jom Ber"Make-Up"

Asssalamualaikum...


Siapa tak suka cantik..tak suka tampan kan?
Semua nak tak terkecuali diriku yang muka bulat ini.ahaks! ^^

ok-ok.
Jom kita ber'make-up' cara Islam.


Berwudhuk wajib 5 kali sehari..kalau lebih makinlah berseri-seri ^^
Solat wajin 5 kali sehari..kalau lebih mesti lagi sihat dan selamat kan ^^
Muka dan badan selalu dah cuma kena 'lebih tebal lagi tepek' yer.
Yang lain tu pon selalu 'tepek nipis-tipis'.
Pasni kena 'tebal-tebal' la jawab yer.
BArulah 'make-up' yer cantik ^^

Walaupun kita terutama diri yang menulis ini sering kelalaian.
Namun,marilah kita refresh semula.
Tak banyak...sikit.
Baiknya buat selalu banyak-banyak.
Haaa...
Memang confirm muka naik seri dengan solekan sebegini ^^
Selamat Beramal semua!

Tangungjawab Suami

Assalamualaikum...



Gambar ni semalam En B tagged aku dalam FB.


Masa tengok tajuk tu "Tanggungjawab Suami",aku senyum je.

En B: Banyakkan tangungjawab suami nanti.
Aku: Dah ready ker?
En B: Mestilah.Tak lama dah pon.haha.Takpela,buat biasa jer.
Aku: Tipikal lelaki..bila banyak-banyak benda cakap buat biasa pastu semua lupa.
En B: =.=" kena dah.....

Memang besar tangungjawab suami dalam rumahtangga.Tapi jangan risau wahai suami sekalian.Tangungjawab suami pastinya akan dipermudahkan dengan adanya pertolongan si isteri di sisi anda. ^^ Sekali anda penat,pasti ada yang setia di sisi anda susah senang. ^^

Dalam melaksanakan tangungjawab seorang suami,pastinya diikuti dengan akan terlaksananya satu tangungjawab seorang isteri kepada anda juga.Bila anda pening,pasti akan ada yang membantu anda menyusun dan mengatur.Bila anda risau,pasti ada seorang peneman dan pendengar setia menenangkan anda. ^^

Teringat slot Semanis Kurma malam tadi:
Menyediakan bibik juga adalah satu tangungjawab suami jika suami itu mampu.
Namun,kena ada matlamat yang jelas agar tak jadi yang bukan-bukan.
Tangungjawab Isteri jangan diserahkan pada bibik terutama uruskan suami dan anak-anak.

Anda tidak keseorangan wahai suami.
Seorang isteri pasti akan melaksanakan tangungjawab ye seangkatan dengan tangungjawab seorang suami.
 Itu lah baru namanya Hidup Berumahtangga.
Hidup memang tak selalu indah.
Hidup juga tak selalu ketawa.
Ada masa kita akan terjatuh.
Bersamalah.
Kerana itu lebih kukuh.
Suami ada tangungjawab yang banyak?
Isteri juga sebegitu.. ^^


Jumpa Blogger kat KFC!

Assalamualaikum...


Tajuk nak jugak mention KFC.hahaha. ^^

Selepas perjumpaan pertama dengan Blogger Seperjuangan ni,kali ni dapat berjumpa dengan seorang lagi blogger di alam realiti.Akhirnya dapat bertemu dengan blogger Yui.Nama sebenar kena tanya empunya badan.hihi Semalam pon si Yui ada dah mention dalam blog dia.Suker dapat jumpe!Last minute jugak kot planning.Tetibe je Yui jom jumpa. ^^ Selamat masing-masing cuti waktu tu.Aku berjalan-jalan ke Ipoh,Yui pulak memang duduk Ipoh.Dalam kesibukkan,sempat jugak Yui meluangkan masa menatap muka ku yang bulat seperti di bawah ini =.=" huhuhu.


Ni hasil tangkapan gambar kali ke 4.See?
Tetap muka ku bulat,Yui tetap maintain comel gitu. ^^

Perjumpaan kerana:

Yui..Pinjam gambar.Siapa nak boleh calling-calling no. tertera ^^

Tapi bukan untuk kegunaan aku.Orang lain punya.Aku tolong. ^^
Berurusan dengan seseorang yang kita dah kenal akan lebih memudahkan proses kan.

Terima kasih yer,dear..
Aku suker!
Yui lagi suke sebab peminat cheese.hihihi.I know sikit-sikit about you,dear ^^
Silalah kalian merasa keenakkan triple cheese itu.
memang ohsem!
Nyummy! ^^

Buat Yui,
Dikesempatan lain kita jumpa lagi tau ^^
Buat kawan yang lain,
Jom la kita jumpe! ^^


Replika Kapal Terbang!

Assalamualaikum...



Terima kasih Blogger Remy!
Dapat sebab jadi orang bertuah dalam GA yang Remy adakan bulan lepas :)

Semalam abang posmen hantar ni kat letter box.hihihi.Memula bukak tengok...wahh,kapal terbang ^^ Lepas tu nak letak kapal terbang ye tu terpusing-pusing mane lubang yer.hahahaha.
Apa pon dah boleh letak dah.Cantik!Officemate semua jeles tanya beli mana. ^^
Ingat senang ke nak dapat replika-replika ni. ^^

Mekaseh lagi sekali Remy.
Lepasni bagi lagi ea ;p



WW#58 : KFC Triple Cheezy

Assalamualaikum...



^____________^

Segmen: Featured Me on Bubbly?

Assalamualaikum...



Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat... 

Segmen: Featured Me on Bubbly? adalah 1 segmen di mana ianya merupakan 1 lagi segmen untuk semua blogger blogwalking, follow dan berkenalan sesama kita... Bukan untuk saya sahaja...tapi untuk semua juga... Get to know each other giteww... Jujur ek? Dah join kena blogwalking ke blog peserta2 lain... Hopefully, dapatlah support dan sambutan dari uols... 

Segmen ini bermula dari 5.00 petang 16 Mac 2013 sehingga 5.00 petang 23 Mac 2013. 

Syarat2?
  1. Follow blog Farah's Bubblynotes, Add to Circle Google +Farah Waheda Wahid.
  2. Buat entri bertajuk Segmen: Featured Me on Bubbly?
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste-kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila highlight semua coding, tekan Ctrl + C serentak dan paste ke ruangan HTML anda yer? 
  4. Tinggalkan URL uols dalam kotak komen di bawah. 
Pemilihan Pemenang Segmen:
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang akan menjadi Featured Blogger di Bubblynotes di dalam entri yang akan di-up-kan pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. 
Jom join? ^_^... I wanna get to know uols better...


Tu dia kak Farah buat segmen.Korang copy ajer HTML code yang ada.Tal payah dah siap 1 entry.hihihi.Selmat bersegmen yer.Harini mulakan operasi berjalan-jalan. ^^

Bake with Yen Sdn Bhd

Asslamualaikum...


Nama atas tu adalah nama sebuah kedai pembekal untuk bakery sebenarnya.Maknanya kat sini semua kelengkapan nak buat kek,kuih dan sebagainya boleh diperolehi.Kedai ni dah lama dah ditubuhkan.Aku sekarang ni tengah mencari kedai ni la.hahaha.Ada je yang dekat kat Petaling Jaya ni.Tapi transport pulak takde untuk mengangkut barang yang aku nak.

Tujuan:
Nak beli brown paper bag yang murah!

Aku tahu info pasal benda ni kat blog ex-B2B Non Cinderella Story.Dia beli kat situ boleh dapat untuk 1000pcs = RM33.00.Pergh!Memang ohsem kalau harga macam tu.hahaha.Nak isi pon bukan yang berat-berat sangat pon kan dalam tu.So,why not try this! :)

Google sikit info Bake with Yen ni kuarlah cawangan-cawangan yang ada seperti kat bawah ni:

Bake With Yen (KL) Sdn Bhd
No. 30 & 32, Persiaran Puteri Satu
Bandar Puteri, 47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan
(Opposite GIANT Hypermarket, Bandar Puteri)
Tel: 03 - 8060 1828
Fax: 03 - 8061 0828

Outlets

Petaling Jaya
6, Jalan SS 24 / 13
47301 Petaling Jaya
Tel: 03 – 7804 9361

Chow Kit - Jalan Raja Laut
29 & 33, Lorong Haji Taib Satu
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2692 7623
Fax: 03 - 2694 5668

Bangi
32, Jalan Medan Pusat 2C
43650 Bandar Baru Bangi
Tel : 03-8927  5508

Taman Tun Dr Ismail
TS123 - TS125, Pasar Besar TTDI
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 7727 6073


See?Ada yang dekat je kan kat Petaling jaya.Tapi cuti Isnin gan selasa lepas ni ke Ipoh.Alang-alang dah ke Ipoh nak mencari la sekali Brown paper bag ni.Transport ada dah kan.So,nak mengangkut jela.Tapi cari punya cari tak jumpa.Then,give up!hahahaha.Lupakan untuk beli kat Ipoh.Maknanya kena cari dan berdikari la ko sendiri Ayut! ^^ So ni outlet Bake with Yen yang ada kat Ipoh:

Lot 1, Medan Istana 5,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.
Tel: 05-2556116

Mungkin ada B2B yang nak gunakan Brown paper bag jugak, bolehlah try survey-survey kat sini :) Selamat membuat pilihan..


Agreement a.k.a Perjanjian

Assalamualaikum...



Ingat lagi gambar di atas?

Banyak pulak entry berkaitan kerja dalam blog ni.hahaha.Bermula dengan kisah aku akan kena transfer ke Johor.Pertanyaan pasal 4k bersamaan 3 tahun la pulak tu.Membawak pulak kepada aku akan pergi kursus selama sebulan sepanjang bulan 4 nanti.Menjadi-jadi pulak dengan gambar surat perjanjian lepas tu.Last yer,semalam aku bagi pulak gambar ala-ala minta restu kat En B tu kan.hahahahaha :p

Cian la pulak tertanya-tanya jadinya.Perjanjian yang aku sebut-sebut ni sebenrnya perjanjian ikat kontrak.Maknanya perjanjian pekerja dengan syarikat.Disebabkan syarikat dah membelanjakan sebahagian duit diorang kat aku,aku kenalah berkhidmat untuk mereka untuk beberapa tahun.Terjadilah perjanjian di situ.

Yang pasti sekarang aku dah kena ikat dengan company untuk 3 tahun.Perjanjian ni berkuatkuasa apabila aku telah habis kursus selama sebulan di Shah Alam pada bulan 4 nanti.Sepanjang tempoh 3 tahun itu, aku akan bekerja di Johor.Yang pasti tempoh 3 tahun akan melewati tempoh selepas aku berkahwin dengan En B kesayangan tu ha..Nak tak nak aku kenala jugak tanya pendapat dia.Selepas 3 kali aku bertanya pendapat dia,baru aku berani sign surat perjanjian tersebut.


Kenapa aku pernah ada mention setiap perkara kita lakukan mesti kena ada pengorbanan semalam.Sebabnya aku akan berjauhan selepas berkahwin.Sorang Utara,sorang Selatan. :(  Bukan mudah bila sudah berkahwin untuk hidup berjauhan kan?En B always mention to be positive.Dia selalu cakap,mak boleh teman sayang.huhuhu.Apa pon harapnya, ini keputusan bersama.Moga tidak ada sebarang perkara berbangkit kelak.amin.


Nanti lepas kahwin masih la terus bercinta secara berjauhan.Rindu-rinduan gitu.hahahaha.Watever la ko Ayut!Gedik lebih sudah.hihihi :)
Doakan kami ye kawan-kawan.
Semoga kita semua sama-sama terus bahagia dan dimurahkan rezeki selalu.Amin ^^


Tanda Berhenti dalam Al-Quran

Assalamualaikum...


Hari ini Jumaat dah.Seminggu dah berlalu untuk pertengahan bulan March 2013.
Esok boleh cuti hujung minggu dah!
Siapa yang kerja half day...Selamat Bekerja lagi untuk esok ^^

Harini pagi-pagi (pagi ker?) jom belajar dan refresh semula ilmu tajwid.hihihi.^^
Tanda waqaf ataupon mudah dikenali sebagai tanda berhenti adalah penting dalam pembacaan.
Kalau baca Al-Quran tak berhenti sesak nafas jawab yer ^^
Dalam pembacaan juga kita tidak boleh sesuka hati berhenti di mana-mana.
Berhenti dan mengambil nafas sewaktu pembacaan Al-Quran penting kerana nak menggelakkan daripada maksud yang dibaca berubah atau tidak tepat.
Itulah pentingnya tahu tempat berhenti di dalam Al-Quran.


Tanda-tanda berhenti yang terdapat di dalam Al-Quran.

Lebih baik kalau kita ada tafsir Al-Quran.
Sebabnya kita boleh tahu makna pembacaan dan melihat makna ayat sebelum kita berhenti.
Tapi berhenti ni pon ada banyak lagi ilmunya.
Untuk lebih kefahaman jom kita belajar tajwid dengan Ustaz/Ustazah yer ^^
Ilmu Tajwid ni luas... ^^

Teringat pulak arwah mak pesan:
Jangan berhenti tengah ayat,berdosa. ^^
Sebenarnya takut makna ye jadi lain.

Combination of Capital 'H'

Assalamualaikum...


Idea datang dari mana ntah tetibe terasa nak buat combination permualaan huruf nama kitorang.Benda ni tak tahu pon nak dibuat apa dan nak letak kat mana.huhuhu.Kalau korang nak bagi idea nak guna pakai kat mana meh la kongsi ea. ^^

Nama kitorang sama untuk permulaan.
Hafizal.....Hidayah
Ada double H kan kat situ :) suker!

Memula carik kat internet,tapi macam tak jumpa je kan.
Aku pon try and error.
Memula tak tahu nak guna apa.
Last-last aku guna power point.hahahaha.
Hasilnya....




Mana satukah pilihan hati anda sekalian....
Meh tolong ayut pilih meh ^^


Khamis Yg Spontan: Janji Yg Dituntut

Assalamualaikum...




Kalau dah pernah berJANJI,
kenalah jugak diIKUTI.


Ni sebenarnya janji yang dituntut oleh anak sedara aku.Alahai anak sedara ingat pulak kamu yer.hahahaha.mak cik apakah ini?? Sebelum ni selalu kalau pergi jejalan selalu bawak yang lelaki jer.Normallah kan sebab kononnya bawak anak sedara lelaki more safety dan senang nak jaga.huhu.Alasan yang diberikan untuk anak sedara perempuan ni biasanya 'Nanti tunggu besar cikit ea baru g jejalan'.


Sekarang budak tu dah besar,amik ko mak cik.Janji sedang dituntut.huhuhu.Selamatlah keluarga sendiri.Selamat jugak sayang lebih.Lagi selamat,aku ada masa terluang.Kalau tak mahu si anak sedara tu makan hati berulam jantung.Eh?betul ke peribahasa ni?


Saat-saat akhir nak pergi kursus ni la dia tuntut yer.
Memang anak sedara betul.Sangat bijak memilih masa.
hahaha ^^





WW#57: Bila dia relakan...Aku?

Assalamualaikum...



Aku?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

signed!



sesuke aku je nak buat cite pendek hari rabu ni.hahaha.paham ker korang? ;p

WW#56: Agreement 3 tahun

Assalamualaikum...



:) + :(


Setiap perkara yang berlaku pasti ada sesuatu yang akan dikorbankan.

WW #55: Thanks Shida!

Assalamualaikum...



^____^


Mi Sua!

Assalamualaikum...


Siapa kat sini yang tak pernah dengar perkataan seperti tajuk di atas?
Ok..maknanya anda sama macam En B ku itu. =.="

En B: Makan apa tu?
Aku: Makan Mi sua.Masak tadi.
En B: Mi apa????Mi apa tu?Tak Pernah dengar pon.
Aku: =.="

Mukadimah yang terasa macam aku je ke yang tahu pasal Mi sua ni?huhuhu.Nak dijadikan cerita,aku ni kalau makan ada musim.Sebelum ni kalau makan nak bubur je keje yer.Sarapan bubur.Balik kerja bubur.Tengahari bubur.Kira bubur tu memang kegemaranla satu ketika dulu.Tamat kisah bubur,nak makan laksa pulak.Tapi laksa ni kena tunggu hari selasa jela sebab tunggu pasar.Tamat laksa,aku gian pulak makan sup sayur.Pagi,tengah hari,petang semua masak sup sayur jer.Sekarang selepas je bosan gan sup sayur semata,aku masukkan pulak misua ni.


Ha....bermula daripada saat itulah aku akan pastikan aku akan makan mi sua seperti gambar di atas.Aku suka benda berkuah.So,masak Mi sua ni lah paling best.Leh terus buat sup ada mi.Takpun tumis-tumis bahan masuk mi sua ni.Senang!

Dialog yang biasa berlaku bila pulang kerja hari-hari.

Aku: Laparlah....
En B: Masaklah..Harini nak masak apa?
Aku: Misua!
En B: Tu jela makanan yer.Tak abis-abis.

Hahahaha.Apa boleh buat.I minat benda tu sekarang ^^
Cepat,mudah dan kenyang...!

Fakta Mi sua:
Mi yang diperbuat daripada tepung beras
Cepat lembut daripada mi siam
Kebiasaannya digunakan oleh masyarakat Cina
Telah dipakai oleh Arwah Mak dahulu lagi (means mi sua ni dah lama tau..!)
*B..how come you tak tahu pasal misua??? =.="*

Tema Perkahwinan (Impian jerr)

Assalamualikum...


Jom kita tengok tema perkahwinan yang ada kat Malaysia ni.
Yang ni tema perkahwinan secara keseluruhan...
Bukan tema warna or tema baju ke apa tau.Jom cuci mata!

English Wedding


Garden Wedding

nak ni!!

Fairy Tale Wedding



Banyak lagi tema kan sebenarnya?
Ada tema Bollywood,Jawa,Melayu Klasik etc...
Dua atas tu memang adore sangat.Kalaulah...... ^^

Tapi bila pilih tema ni banyaknya based dengan bermain warna kan?
Tahun 2013 ni rasanya ramai B2B yang pilih warna pastel.Kan3x???
Warna yang ala-ala pucat gitu kan.
Warna la yang memainkan tema untuk perkahwinan tu.
Nak nampak mewah pilih warna yang pastel2x jer..
Nak nampak outstanding pilihlah warna terang-terang...
Aku??
Akan datang cita lagi ^^


Gambar: Google Image

Hoi..!

Assalamualaikum...


Kasar sungguh tajuk.hihihi ^^
Saje nak tarik perhatian :p
Hujung minggu merayap Pahang,jadinya hari Isnin jadi malas.



Terima kasih yang tag/jemput/ajak dan sebagainya untuk ayut join segmen.
Terima kasih kerana singgah blog ni walaupun autopublish.
Terima kasih semua atas sokongan anda.
(ingat ucapan rasmi majlis ke hape =.=")


Persiapan nak kahwin - Mood tak datang
Kerja - Bulan 4 attend kursus sebulan
Life - happy ajer sebab en B ada teman.eh? :p

Tu jela update yang ada. ^^
Nak update lain no idea sudah ^^

Another Photographer!

Assalamualaikum...


Harini nak share lagi photograpaher yang ada yer.
Gambar pon memang masing-masing punye kelebihan.
Aku suka gambar yang ala-ala old skool tu.
Tapi suke gak gambar yang ala-ala xclear tu.
hahaha
Citarasa apakah ini?
Tak kisahla.


Ni photographer Johor.
Layanan best walaupun sekadar dalam mesej.
Based kat Skudai.Dekat je kot dengan rumah Family En B tu.

Sukerr!
See??The kusam-kusam yang diperkatakan di atas?hihi
Macam terfikir-fikir nak amik ni untuk post wedding.hohoho. *teringat duit jap*


Ni pulak photographer Melaka.
Layanan best jugak.Santai-santai jer.
Kawan ada amik dia dan nampakla cara diorang kerja.
Not bad.

My friend wedding.Yana+Hilman.
Barakallah both of them.

Gambar pon menarik perhatian kan?
See jugak tak?ala-ala kabur tapi adunan cahaya cantik tu?
Like jugak! ^^

Ok.aku hanya pandai komen.hahaha. :p


Selamat memilih photographer buat B2B semua.
Tapi untuk yang dah kahwin pon apa salahnya tengok-tengok.
Mane tahu nak buat post wedding or anniversary ^^

Gambar semua hak milik empunya Photographer.Minta share di sini untuk promote kalian indirectly yer ^^

 

>>autopublish<<

Designer or Tailor?

Assalamualaikum...

Designor tu tailor jugak kan?
ke cane?hahaha.
Permulaan yang keliru dengan tajuk! :p

Dah.Ni nak cerita pasal nak hantar baju untuk dijahit.Baju nikah ni beli lama dah sebab buat hantaran time tunang haritu. Gambar kainnya 1 pon aku tak pernah amik.Sampai dah hantar tukang jahit kot!hahaha.Apa-apa la ko ni ayut!Aku tryla jugak check-check gambar hantaran.Ni je ada.....

Belakang buah tu kain yer..klik untuk pembesaran yer.

Aku amil keputusan hantar kat kakakku sahaja. ^^
Jimat kat situ.Eh?hahaha.

Permasalahan hantar kakak sendiri:
1) Maybe kurang arif
2) Buat lambat

Kelebihan:
JIMAT

2 je kot pada aku. Kurang arif kat situ merujuk kepada fesyen yang aku mahukan.haha.Biasalah adik dia sorang ni melampau kalau berimaginasi. ^^ Kakak aku tu memang teliti la kalau jahit sebab dia pernah attend kursus giat mara la kan. Baju dia jahit untuk aku dulu-dulu pon cantik jer jahitannya. Cuma experience untuk dalam membuat fesyen itu kurang.Tukang jahit kampung je kan.Takla sehebat designer yang bukak kedai tu. Buat lambat tu mungkin dia fikir majlis aku lambat lagi kot.Takpe2x.Take your time my sister ^^

Jika hantar designer:
Baju yang korang akan dapat memang terbaik.Tapi tengok jugak designer tu macamane kan.Segala kemahuan korang pasti dia akan penuhi dan boleh jugak mintak idea dia. So,tak perlu risau.Yang pastinya,korang kena sentiasa update la.Takut jugak kalau korang hantar kat designer yang memang ramai pelanggan,payahla jugak nanti kan?

Jadi,terpulang pada masing-masing.Ada duit banyak dan mahukan kepuasan yang terbaik hantarlah pada designer yang ada berlambak kat seluruh Malaysia ni.hihihi.^^
Choose wisely!



>>autopublish<<

Fellina Beauty Vitamin C plus Pure Collagen

Assalamualaikum...



Membeli: 19 Februari 2013
Start Amik: 21 Februari 2013
Skip Amik: 2 dan 3 March 2013

Ha..tu aku punya fakta.Fellina Beauty punya produk sekarang tengah hot kan?Alhamdulillah.Berkat usaha Fellina menampakkan hasil dah kini.Aku pon terpengaruh jugak sebenarnya.Tu beli vitamin C Fellina ni.huhu ^^

5 hari pengambilan Vitamin C Fellina ni aku punya perut memang problem.Kenapa?
1) Aku amik caffein
2) Makan tak menentu
3) Sebab 1st time amik Vitamin C

3 atas ni adalah kebarangkalian kenapa perut aku macam masuk angin je waktu 5 hari pengambilan.Lepas daripada 5hari tu,perut aku boleh terima dan aku mula rasa selesa.Setakat perkembangan terkini:

1) Aku tido malam lena
2) Sistem penghadaman lebih teratur

2 ni je yang aku rasa alami perubahan untuk setakat ni.Lagipun baru 11 hari pengambilan dan siap ada skip lagi tu.hihihi.Aku rasa sebab skip amik 2 hari tu,timbul jerawat kat dahi ni ha.Sakit sudah nak sujud time solat.hihihi.Takpe.Ubat jerawat kan ada.Selesai masalah. ^^

Pasni amik lagi.Tengok apa pulak hasilnya.
Setahu aku,Vitamin C Fellina ni bukanlah hanya fokus untuk kecantikan tapi secara keseluruhan.
Kalau ada lagi improvement yang nice,aku akan teruskan.Kalau lebih kurang kena fikir cara lain kot untuk pengambilan suppliment ^^ Bila dah kerja ni,kesihatan itu penting.Lagipon dah ada duit baik melabur untuk kesihatan diri.Penjagaan diri adalah satu amanah kan? ^^
Hope ada lagi berita baik lepas ni ^^


>>autopublish<<

WW #54: Jom Basahkan Lidah

Assalamualaikum...


^__^

WW #53: TV3 Pulak!

Assalamualaikum...


^^


WW #52: Jom tengok TV9!

Assalamualaikum...


^_____^


Design Baju Nikahku!

Asslamualaikum...


Aku punya baju nikah sebenarnya tak tahu nak macamana.Serius ikut hati nak buat peplum.Fikir semula macam nak kurung moden pulak.Tanya dengan En B kita tu lagi la pening.Dia boleh pergi carik gambar then cakap baju tu cantik,baju ni cantik dan semua la pada dia cantik.Dia berkenan sunguh baju ada lace.mmm..

Ok.Bila dah penat dengan persengkataan antara hati dan fikiran,aku buat jela Baju Kurung Moden ^^ Jangan cakap peplum cantik tau.Nanti bertukar lagi kehendak ni.hahaha.Diriku sangat susah untuk come out dengan 1 keputusan yang tetap -_-"



Ciri-ciri design baju nikah yang aku nak:
1) Baju kurung Moden
2) Nak ada reben
Kalau ikutkan,baju tunang aku ada jugak reben belakang.hihihi.Benda tu terjadi secara tak sengaja sebab baju tu size M.Size S takde.Kuarlah idea nak buat reben belakang.

thanks model belakang ^^
sangat cute!  *ok perasan sendirik!*
Reben pon dah tak betul time ni.huhu.My sister tak bagitahu pon time amik gambar ==!
Tak pon leh tengok kat entry Fatin Liyana ni...Comel ok baju ada reben ni...hahaha.


3) Kain ropol belakang
Nak buat meleret.Tapi kang memikirkan diri yang tak cukup ayu ni ada terpijak mana-mana kang.huhu.
Done.Nak ada ropol belakang je.

4) Nak beading/lace??
No 5 ni sape nak tolong bagi idea???Dua-dua cantik.. T_T En B tu cakap suka lace.Dia cakap cantik.Aku pon akui memang cantik.Tapi ntah..huhuhu.Dilema sugguh benda ni.mmmm..Nak kahwin pon ada dilema kan.Kelakar!

Gambar Baju-Baju buat Pengantin

Assalamualaikum...

Saje tadi tengok-tengok google punya gambar.Nampak gambar-gamabr bagu pengantin.Bila dah tengok baju pengantin mesti rasa semua cantik.Ni cantik.Tu cantik.Semua cantik la kalau dah namanya baju pengantin.Jom tengok-tengok baju pengantin yang saje aku tepek kat blog ni.Yang pasti aku memang tengok jela.Buat untuk diri ni memang tak.hihi ^^

Jenis Dress Kembang

Ni idea-idea untuk dress kembang bagi muslimah

Ni ala-ala princess comel gitu

Ni nampak ayu... ^^ Lengan tu mungkin boleh modified bagi tak jarang :)

Ni nampak mewah

Ni...ohsem.huhu ^^

Jenis Peplum

Peplum kan tengah trend kan sekarang.So,bila peplum dicantikkan lagi dengan tambah2x beads dan sebagainya pasti akan jadi sesuatu yang ohsem!

Ni panjang ye sampai atas lutut

Ni panjangnya sampai atas lutut

Baju tunang Irine Nadia ni pon cantik kan?


Banyak sebenarnya yang cantik-cantik.Kalau takde hati yang tetap confirm hati nak berubah je kejenya.Kejap nak tu.Kejap nak ni.Kejap nak gaya moden.Kejap nak tradisional.hihihi.Mungkin next entry ada bagi gambar baju-baju pengantin yang cantik lagi.

 
Selamat memilih busana buat semua B2B.
Kepada yang lain,selamat mencuci mata tengok baju cantik-cantik jela ea.hihihi ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...