Followerku..

Tazkirah dan Motivasi Suami Isteri

Assalamualaikum. ..

Tengah-tengah malam pulak aku boleh up entry kan.Tak kisahla kan janji aku luangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu hari ni.Jadikan ceritanya pagi tadi dengar motivasi pagi daripada Ustaz Zamani Al Basuty di Ikim.fm.Perjalanan ke tempat kerja aku harini makan masa setengah jam.Sempatla aku ingat point penting yang Ustaz Zamani berikan sebagai panduan suami isteri.



Panduan untuk suami isteri supaya mendapat kasih sayang satu sama lain.

1. Jangan membandingkan suami/isteri kita dengan orang lain hatta jiran sebelah pon.

Tak payah cerita banyakla...memang pasti kita tak suka dibandingkan dengan sesiapa pon kan?Lagila kalau dibandingkan dengan ex kita yang dulu.Makan dalam gayanya tu.Betul kan?Jadi jangan buat ye.

2. Jangan ungkit/kenang kisah cinta lama.

Ustaz Zamani pesan kalau jalan mana-mana lepas tu tempat tu selalu kita pergi dulu dengan ex tak payah la nak bukak cerita tu depan suami/isteri kita.Remuk redam nanti tahan perasan.huhu.Simpanlah cerita tu sorang-sorang tak payah cerita kat siapa pon.

3. Jangan simpan barang kisah cinta lama.

Ustaz Zamani kongsi cerita yang dia pernah jumpa dengan pasangan yang dah anak 5 tapi sebab isteri dia terjumpa 1kotak khazanah cinta lama suami jadi bergaduh dan hampir bercerai.Jadinya janganlah simpan.Jadikanlah kisah silam itu kenangan.

Ada 3 point je yang dikongsikan sebab motivasi pagi daripada Ustaz Zamani ni episod last dan hanya 15minit tak salah.Episod sebelum ni banyak perkongsian nya tapi aku pon dapat dengar yang harini je :) Okla tu kan.Sikit tapi ingat itu lebih memadai daripada banyak tapi tak ingat apa.

Jom muhasabah diri kita..Sudahkah aku menjadi seorang isteri/suami yang terbaik dalam mencari redha Allah??

Pembaharuan Lesen Memandu

Assalamualaikum...

Akhirnya entry baru menjelma.Suka kita.hihihi.Lepas post entry ni bolehla melawat kawan-kawan. Alhamdulillah. Penyakit 3 serangkai yang datang baru ni dah kurang.Ubat yang aku guna adalah minum air mineral 2 liter sehari.Haaa...amik kau.hahaha.Itu je yang aku buat.Tapinya baik penyakit 3 serangkai datang pulak jerawat 3 ketol kat dahi.Sabar jela.hahaha.

Okla.Nak dijadikan ceritanya semalam borak-borak dengan suami tersayang kat telefon Tetiba tercerita pasal lesen.Aku pon terus keluar mentol dari kepala...eh....! Lesen aku.Haaa...bukak beg tengok lesen.Pergghhh.Sabar jela.


Nampak tak bila tamat tempoh lesen percubaan memandu aku tu.Haaa...kelam kabut aku fikir macamana aku nak ke JPJ.

Untuk pengetahuan semua, pertukaran lesen percubaan ke lesen betul hanya boleh dibuat di JPJ.Pejabat pos tu kalau dah memang dapat lesen betul bolehlah perbaharui tempoh lesen kat situ.Makna kat sini aku memang kena ke JPJ.

Sampai kat JPJ ramainya la orang.Aku buat kat JPJ Sri Gading, Batu Pahat, Johor.Waktu urusan mereka hari Khamis petang dari pukul 2 sampai 3.Untunglah sejam je kerja pastu dah boleh balik.hihihi.Johor sekarang kan kerajaan cuti Jumaat dan Sabtu. Aku anak Johor dah sekarang tapinya......


Perasan nak jadi orang Selangor.mmmm.Lupa la nak suruh tukar alamat tu.Adehhh.Lesen memandu sekarang dah keras macam kad pengenalan.Tak main dah laminate semua tu.huhu.Lepas tu lesen sekarang ni pon tarikh tamat adalah tarikh birthday kita.Jadinya ingat birthday ingatlah tamat tempoh lesen memandu anda semua.hihi :)

Bayaran:
1 tahun - RM30.00
2 tahun - RM60.00

+ RM15 cas perkhidmatan.

Pasal bayaran untuk Pembaharuan lesen ni memang semua macamtu.Tapinya....bab cas perkhidmatan tu memang ada ea?Hairan seketika.Sebab suami tersayang kata dia takde pon kena bayar cas perkhidmatan ke apa.mmmm..

Tak kisahla.Apa yang pasti aku punya lesen dah penuh lepas tu dah diperbaharui tempoh nya.Sukerrr!Apa kata korang periksa lesen memandu korang pulak.Dah tamat tempoh ke belom ek???! ;)





Rekod Demam 2014

Assalamualaikum. ..

Semua pembaca blog aku ni sihat ke?Tuan blog tak sihat.huhuhu.Sebelum ni pergi jengah blog kawan-kawan baca diorang tak sihat.Kali ni tuan blog sendiri yang tak sihatnya.Tak muncul dah kat blog kawan-kawan yang lain.

Maaf ye kawan-kawan. Tak berkesempatan menjengah 2 3 harini.Mampu buat entry untuk blog sendiri je ni . Siapa post entry ke Facebook mampu lagi la nak singgah kejap.Kalau tak malam terbaring, rehat.

Rekod demam aku untuk tahun 2014 ni bermakna 2x dah.Rasanya setiap bulan aku demam lepas tu datangla penyakit serangkai batuk dan selesema.Merosot sungguh rekod kesihatan aku sekarang ni.haish...Tahun 2013 sekali je demam.Tahun 2012 tak demam pon.Umur semakin meningkat rasanya.Antibodi dah tak kuat mana.Hormon pon berubah jugak dah kahwin.Perubahan cuaca lagi.Fuhhh....faktor-faktor yang mempengaruhi untuk demam la tu. :)

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan terus kuat untuk menjalani kehidupan yang Allah ciptakan serba indah ini sebagai hambaNya.Amin..Insya Allah.Jaga kesihatan.Jaga diri.Jaga solat.Allah pasti jaga kita.Kan? ;)

Entry tak bergambar..huhu





GIVEAWAY By Henrietta Jose

Assalamualaikum. ..


Berkesempatan untuk memeriahkan GiveAway blogger kalini ;) Hadiahnya buku.Kalaulah dapat buku yang tengah aku cari sekarang ni kan best.hahaha.Siapa ada buku novel Aa+Bb karya Hlovate?nakkkk! Eh??! Ok dah.Sekarang nak join GiveAway daripada Henrietta Jose.Wah nama dia kan.haha.


Genre buku yang diminati adalah buku motivasi.Sangat suka baca realiti or fantasi ( novel ) yang dapat menjadikan kita berfikir..wah.hebatnya dia boleh survive...lebih kurang macam tu la.Realiti yang difantasikan terutama penulisan Hlovate.Serius suka.

Kadang-kadang tu sampai orang cakap aku ni fikir baik je.Bukan sebab apa tau..terlebih motivasi la tu namanya.Fikir positif je.Orang dengki aku pon haahkan juga.hihihi.Itu pentingnya aku suka baca buku motivasi.

Jomla memeriahkan lagi GA ni..!
Tamat: 28 Februari 2014.








BE a.k.a CPUV bulan Februari 2014

Assalamualaikum...



Alhamdulillah.Syukur dengan rezeki yang diberikan.Terima Kasih Nuffnang.Bulan Februari ada dapat 2 CPUV daripada pihak Nuffnang.Masih diberi kepercayaan dalam menyebarkan iklan para pengiklan :) Suke!

Setakat aku tengok harini,iklan Caltex daripada bulan Januari tu memang masih muncul-muncul dalam blog aku ni.Iklan untuk Mcdonald's 2014 ada la jugak keluar kejap-kejap.McDonald's ada McSavers.Potongan harga murah.Perghhh..Siapa yang gila McDonald's tu apa lagi,rebutlah peluang untuk berjimat yer!Set apa yang jimat tu kenalah tengok iklan yang ditayangkan dalam blog aku ni ha.Iklan untuk Sharp ni takde nampak pulak kelibatnya.Takpe.Nanti - nanti kita tengok lagi apa pulak yang Sharp tawarkan buat pelanggan mereka.ok?!

 Berita hujung minggu yang menggembirakan.hahaha.Dah shopping online ke?
Selamat berhujung minggu semua!
^___^

Peplum Murah dan Bergaya!

Assalamaulaikum. ..


Pasal BR1M memang kecohla sebab dah ada yang kata masuk akaun dah.Aku pon tak tengok lagi.Kesibukan.hohoho.Kalau ada Alhamdulillah.Takde pon takpelah.mmmm.Mood pasal duit memang malas nak cerita.hihi.Tapi kalau bab tengok baju cantik aku suka.Haaaa..cane tu??Bukan ke ada kaitan dua tu??hihi..



Ingat lagi baju peplum raya aku?Itu jela satu-satunya baju peplum yang ada dalam simpanan. Aku ada cakap nak tambah koleksi kan? The time is coming!!!!!Kali ni mungkin tak bali 1 set kot.Rasa nak beli peplum tops sahaja.Peplum tops ni sekarang dah jadi kegemaran ramai.Yela...kan peplum tops ni boleh suai padan pakai dengan jeans, palazzo pants takpon lagi hebat dengan skirt.Tak gitu?? :) Pergi Kerja boleh.pergi shopping boleh apatah lagi kalau ke majlis.Inilah kelebihan kalau beli peplum tops sahaja.Boleh mix and match ikut keadaan.Ada pelbagai guna.Suke!

Lace Panel Peplum TopLong Sleeve Top

Lagi kalau yang suka berfesyen pastinya korang boleh padankan peplum tops ni dengan Jaket.Yela untuk yang bertudung takkan la nak pakai peplum top tak berlengan gitu kan?Boleh sarung Jaket takpon Cardigan.Lagi meriah kalau pakai tudung atau shawl yang cun.Tambah pulak dengan aksesori bangles dengan anting-anting.Mesti meriah penggayaan peplum tops korang tu.Cayalah! (mungkin bukan aku la sebab aku less is more je.hihihi)

Colourblock Peplum Top
Ni ok gak sebab belakang tu panjang :)

Nak dijadikan cerita sekarang ni sibuk je memanjang semua orang kan?Mehla kita shopping online!Sesiapa nak dapatkan peplum murah secara online sekarang Zalora ada buat Sales.Harga yang berpatutan boleh diperolehi untuk pembelian tops peplum ni. Korang boleh tengok sendiri peplum murah tak murah dekat Zalora.my ni.Ada macam-macam jenama dan koleksi.aku pon pening sebab banyak sangat nak tengok peplum murah.

Kalau dah nama pon shopping online kalau takde promosi dan baucer percuma pasti tak sah kan?Korang boleh pergi Zalora.com untuk menikmati kelebihan di situ.Aku dah pergi dah tadi cuci mata jap sebelum buat keputusan.hehehe :) Zalora ni pon memang dah terkenal dengan servis talian membeli-belah secara online terbaik Malaysia kan.Pemulangan pon secara percuma dalam masa 30 hari pembelian.So no worries la kalau nak membeli peplum top murah secara online di sini. :) Jom Shopping di hari minggu!

Kredit Gambar: Peplum Top,Zalora.


2 Months!

Assalamualaikum. ..


Alhamdulillah....
Semoga ikatan kasih sayang yang terbina antara Mohamad Hafizal dan Noorhidayah atas nama Allah ini akan terus terpelihara dan berbahagia hingga ke Syurga.Amin.....

Ok..tak clear :p

Syukur telah cukup 2 bulan bergelar seorang isteri kepada Mohamad Hafizal.Alhamdulillah. Masih belajar untuk bertoleransi bersama.Masih cuba untuk belajar erti sabar dan redha.Biasalah kan hidup berjauhan ni cabarannya lain macam sikit.hahaha.Berkomunikasi tanpa bersua muka kan.Sedangkan ada depan mata pon merajuk hati bermasam muka.hihi.Terasa comel kalau jadi macam tu..Boleh??

Ok..clear dah!

Masih terbiasa dan terleka dengan merasakan diri masih bujang.Ikut kepala sendiri je. aku la tu. Tanpa sedar kan.Astagfirullah...Moga Allah pelihara dan menjaga hati kami untuk terus berkasih sayang.Amin...


Sayang kat suami kita!
Jaga diri ye hubby kat sana!
^___*


20.02.2014....26 tahun!

Assalamualaikum...

26 tahun yang lalu.
Pada tarikh ni selamatlah lahir seorang anak lelaki kepada pasangan Hasipah dan Zakaria . Alhamdulillah. Berakhir penantian seorang ibu dan ayah ketika itu. Terciptalah satu lagi amanah buat mereka. :)


Setelah 26 tahun.
Buat Mohamad Hafizal Zakaria, Suamiku.
Alhamdulillah sehingga hari ini amanah itu masih baik terjaga. :) Berterima kasihlah pada mak sebab selamat terjaga hingga hari ini. Pasti mak rindu anak dia yang sorang ni. :)

Setelah 26 tahun.
Buat Mohamad Hafizal Zakaria, Suamiku.
Kini anda pula punya amanah,seorang isteri.Moga amanah yang dibina dan dipilih terus terjaga dan berkekalan hingga syurga.Semoga Allah juga memberkati dan melindungi amanah ini kini dan selamanya.Insya Allah. AMIN.


Selamat Hari Lahir,Suamiku. 
Tiada harapan dan hadiah yang lebih baik mampu diberikan.Apa sekalipon pastinya sentiasa berdoa minta yang terbaik daripada Allah buat dirimu.Moga terus sihat,tenang,bahagia dan dilimpah ruahkan rezekimu.Moga menjadi suami dan juga anak yang terbaik.Moga sentiasa dekat dirimu kepada Allah.Moga dilindungi keselamatannya dan diberkati segala perbuatan serta perjalanannya.Amin...Amin...Amin...






WW#85: Kalender Berpuasa

Assalamualaikum...



Lama tak puasa sunat... =_='

WW#84: Kerana Rindu...Aku Turutkan!

Assalamualaikum...



^___^
Tunggu kita ye suamiku...





Drama Yes Bos di TV3!

Assalamaulaikum. ..


Hari Selasa menjelma lagi.Semua sihat?Sekarang ni kalau kurang minum air masak cepat je akan diserang selesema takpun batuk.Lepas tu lagi kronik sebab nyamuk aedes semakin membiak dengan rancaknya di musim kering ni.Jagalah kesihatan anda semua ye ;)

Hujung minggu lepas kalau ada sesiapa beristirehat kala petang di depan TV3 mesti perasan drama ni.Drama Yes Bos.Lakonan Emma Maembong dengan Fahrin Ahmad sebagai hero dan heroin dalam Drama Yes Bos ni.Drama Yes Bos ni bila aku google rupanya adaptasi daripada novel jugak. Patutla masa aku tengok Drama Yes Bos, macam pernah tahu cerita ni.Macam pernah dengar tajuk Yes Bos.Novel rupanya.hahaha.


Drama Yes Bos ni baru je bermula.Hari Sabtu aku tengok tu rupanya episode 1.Hari Ahad pula baru episod 2 . Sanggup aku tunggu tak balik rumah sewa dulu sebab nak tengok Drama Yes Bos ni.Macam suka la pulak tengok Emma Maembong ni berlakon.Macam dah banyak je lakonan Emma Maembong sekarang ni.Murah rezeki la Emma Maembong berlakon.hahaha. ;)

Sinopsis Drama Yes Bos:

Mengisahkan tentang Aryana (Emma Maembong ) sebagai setiausaha kepada Ilham ( Fahrin Ahmad ).Menjadi setiausaha kepada bos yang hidung belang sentiasa mengugat kesabaran Aryana untuk menutup kesalahan bos nya di depan ayah Ilham dan juga kekasih-kekasih bos nya.Setiap arahan Ilham hendaklah dituruti dengan 'Yes Bos!' Tanpa sembarang alasan. Walaupun begitu,semakin lama,timbul perasaan suka Aryana terhadap bosnya,Ilham.

Setelah ketiadaan Aryana,Ilham baru merasakan kehilangan Aryana bukan sekadar sebagai setiausahanya sahaja.Bermula putik cinta Ilham terbit untuk Aryana.Namun,Ilham terpaksa berebut dengan mantan mat rempit yang berjaya nenjadi usahawan di kampung Aryana.

Berjayakah Ilham mendapatkan Aryana?? Saksikan kesudahannya pada setiap Sabtu dan Ahad di TV3 jam 6.00 petang.


Ada gaya kena balik setiap minggu la lepas ni.Dekat tonyon ada ulangan tak Drama Yes Bos ni??Aku tak sempat la pulak nak pergi tonton periksa kewujudan Drama Yes Bos.Ada sesiapa tahu?



Cerita Kami 9: Bridal Majlis

Assalamualaikum...


Yeszaaa...Nak sambung kisah kahwin aku pulak kalini.Haaa...nak cerita pon macam malas tapi nak kongsi jugak supaya jadi teladan bersama apabila bakal-bakal pengantin mahu memilih bridal perkahwinan untuk majlis masing-masing.

Bridal untuk majlis aku:
N&R Bridal
Lokasi: Pura Kencana,Batu Pahat
Pemilik: Nekman
Rakan bersama: Rizal ( jurumekap )

Satu aku nak cakap kat sini buat bridal aku dan staf mereka,terima kasih untuk semua.


Cerita: Aku dijanjikan baju sepasang baru tanpa tambahan bayaran cuma kena deposit lebih.Seminggu sebelum majlis nak fitting tapi dia mengatakan baju tersebut diguna untuk photoshoot di Kuala Lumpur.Baju lelaki fitting tetiba pakai baju lama sebab dia cakap dia cuma buat untuk baju perempuan. Aku tak semak dan aku tak fikir dia tipu aku.Aku pon ok kan jela.Baju sanding aku sampai selepas aku dah siap nikah maknanya 3jam sebelum sanding.Aksesori dia tak bagi pada mulanya dan aku tak periksa.Si suami kat songkok dia dah kosong masa nikah.Selamat suami kita tetap handsome.Tersenyum juga kita.Masa dapat aksesori,barang tersebut dah tak elok.kecewa.Sekian.

Pengajaran:
1) Sila periksa setiap barang yang bridal janjikan dan yang bridal beri.
2) Sila fitting sebulan sebelum majlis dan anda nampak baju anda telah ada.Kalau tiada kemungkinan besar anda telah ditipu.
3) Semak latar belakang bridal.Cari testimonial bridal tersebut.Kalau banyak sangat cerita mulut ke mulut tu,baik cari bridal lain.hihi.Fikir je,kalau takde angin takkan pokok bergoyang.

Apa lagi ek?Haaaa...ingat dah!

4) Jangan bayar full payment sehingga majlis anda selesai. Ini membolehkan anda untuk mendapatkan hak anda iaitu setiap setvis bridal adalah menepati perjanjian yang telah dibuat setimpal dengan bayaran yang dikenakan.ok?

Apa pon lepasni buat bakal pengantin,berhati-hatilah berurusan dengan orang.Selamatlah aku ambil pakej dengan Bridal ni yang murah. Kalau tak memang tak berbaloi aku bayar penuh.hhmmm.Maaflah Nekman aku memang tak puas hati dengan servis yang diberikan.Not recommended to others B2B kat luar sana.



Cerita dr Sabah: Kucing

Assalamualaikum...

Cerita santai hujung minggu.Apa cerita hujung minggu? Hujung minggu aku macam biasa teman suami kat telefon jela :) 

Nak tahu tak...Suami kita dah 'giler' dengan kucing . hahaha. So sweet la suami aku ni pulak rasa.adehhh.Tak tahu la kenapa agaknya si Mohamad Hafizal tu jangkit aku gamaknya tetiba dia 'geram' dengan kucing kat tempat kerja dia tu.Dia cakap dia nak amik sekor warna kuning nak buat kawan.Rasa comel tak??? Hahaha.

Bila telefon isu kucing ni boleh buat aku tergelak-gelak masa berborak.Mahu ye tak gelak sebab si suami bercerita dia main kejar-kejar dengan kucing tu.Dia tutup lubang tempat sembunyi kucing tu tapi kucing tu tetap boleh masuk.Dia cakapla dia 'sakit hati' tak dapat tangkap.hahaha.Dapat bayang tak dia main kejar-kejar?Sweet ok..oh Suamiku..Rindu. :)

Akhirnya malam tadi dia MMS gambar ni...!!


Hahaha. ..comel!
Kejap je dia kurung kat bilik duty dia sebab nanti payah pulak nak makan atau membuang.Nanti bila-bila tangkap balik.

Cute!

Si suami suka sungguh bila dapat tangkap Si kucing kuning dia ni ha.Siap gelak-gelak jahat lagi kat aku sebab dapat tangkap.Dia cakap kucingnya masih garang.Aku pon cakapla peluk ciumla dia.Dia boleh cakap tak naklah.Ntah dari mana takkan nak cium.hahahaha.Baiklah sayangku.Suami bagi nama kucing kuning ni dengan nama Kenit Junior!

Sempena nama kucing aku kat rumah ni Si Kenit! Geram agaknya suami dengar aku asyik peluk cium si Kenit tu.Siap cakap tak payah dah cium si Kenit sebab tak mandi.hahaha.


Rindu suami.Rindu nak gelak-gelak dengan suami.Rindu nak bergurau senda.huhuhu.Moga suamiku tenang dan sihat di Semporna, Sabah sana.Nanti kita jumpa yer!Nanti nak tengok jugak Kenit Junior!







Resepi Kerabu Sotong

Assalamualaikum...


Hujung minggu adalah hari beristirehat ke isteri berehat?hahaha.Lambat dah bersiaran sejak akhir-akhir ni.Tadi habiskan balas jejak dan nanti malam sambung lagi yang lain. :) 

Esok korang nak masak benda yang senang tak?Haaa...aku nak kongsi resepi Kerabu Sotong.Kerabu sotong ni resepi daripada kakak aku.Nak tahu mana dia dapat menu Kerabu sotong ni pon tak pernah pulak tanya.hihihi.


Inilah rupanya Kerabu Sotong.Siapa suka makan sotong macam aku, silalah cuba resepi Kerabu Sotong ni.Lepasni mesti mengidam Kerabu sotong. Haha

Bahan:
Sotong (potong bulat)
Kacang panjang (potong bulat)
Taugeh
Bunga kantan (dihiris)
Kiub ikan bilis
Limau nipis (ambil air)

Semua bahan direbus dalam air mendidih.Tos kan bahan-bahan.Dah kurang airnya masukkan dalam satu mangkuk kesemua bahan dan letakkan kiub ikan bilis dan campurkan air limau nipis.Tak payah banyak sangat.Secukup rasa.Garam sedikit.


Gaulkan bagi sebati..

Siap dah Kerabu Sotong!

Bagi aku semangkuk Kerabu sotong ni pon boleh habiskan.Tak payah dah makan nasi lagi.Kerabu sotong je dah cukup.
Selamat memasak ye nanti ;)




Cerita Kami 8: Persalinan Untuk Bersanding

Assalamaulaikum. ..



Gambar atas ni la baju yang aku pakai untuk majlis bersanding dan outdoor.1baju je.huhu.Maafla baju kotor sebab pengantin tak reti duduk diam sepanjang majlis sampai photographer pon marah.wahaha :)

Dress biasa bukan luar biasa.Mesti nanti korang cakap cantik kan?Baju pengantin mana ada tak cantik.hahaha.Tapinya......baju sanding aku ni waktu aku dapat terus aku cakap aku tak nak pakai.Haaaaa....nampak tak betapa tak sukanya aku dengan baju sanding aku ni.hohoho.

Kisahnya aku ditipu.Redha jela.


Kesian suami kita berangan baju lain,dapat baju lain.Sedih!

Persalinan baju sanding tema warna jadi putih pink.Serius kecewa sebab kitorang nak baju semua putih.Terutama baju untuk suami kita tu la.Sekali dapat pink lepas majlis nikah tu.Perghhh.Marah dalam senyuman jela. :) Suami kita pon bersiap last minute sebab aku bersiap lambat.Suami jenis yang menepati masa ni memang semua kena cepat.hahaha.Navy kata yer!

Perancangan Allah itu yang terbaik kan?Sepanjang haritu kitorang nampak sweet je dengan baju sanding putih pink ni.Comel pon ye jugak.Kan B kan?eh?! Hahaha.Takdela.Apa pon yang penting kami berbaju dan masih nampak la pengantin dengan bukan pengantin.Majlis pon dah selesai.Alhamdulillah.

Tips:
1.Sesiapa yang memilih baju tema warna putih, sila pastikan anda mempunyai baju inner sebab warna tema putih pasti kainnya JARANG!

2. Sesiapa buat majlis sehari means nikah dan sanding terus silalah pastikan baju untuk lelaki terus diberi kepada pihak lelaki untuk memudahkan urusan.

Kalau yang pakai dress panjang macam aku ni sila dapatkan baju seperti di bawah ni.


Jangan jadi seperti aku kerana 1jam sebelum majlis baru terfikir.hahaha.Terasa kejam dengan diri sendiri :p Sayang kakak kita sebab dia bersusah payah tolong belikan.Nanti kita balas balik masa majlis kamu ye! :)

Itulah kisah baju sanding aku tema putih pink yang ala-ala cantik tu kan.Banyak kisah disebalik sepasang baju.hahaha.Ingat balik sangat indah dan macam tak percaya aku lalui dengan tenang je waktu tu.hohoho.Pengantin kan....kenala tenang. :)

Hai la baju sandingku putih pink!
^__^






WW#83: Saya Tak Malas!

Assalamualaikum...


Sumber: Facebook

^__^



Cerita dr Sabah: Pisau

Assalamualaikum...

Tajuk bukan main lagi kan.hihihi.Melepas rindu dengan berkongsi cerita dari suami yang jauh kata yer.Boleh gitu?hahaha.

Si Mohamad Hafizal dah dapat hadiah yang si isteri dia ni bagi.In advance hadiah birthday.Boleh kan Mohamad Hafizal??haha.


Terima kasih,Yui.Selamat dah sampai.Dah nape mekaseh kat Yui pulak kan.haha.Yela.Aku beli pisau ni dengan Yui dan minta pos kan ke Semporna,Sabah.Dia tukang bungkus dan hantar kenalah berterima kasih.hihihi.

Warna pisau yang cantik tu hijau bukan pengaruh daripada aku tau,si suami yang pilih.Cakapje hadiah untuk suami nanti mesti dia suruh isteri dia guna kan.Saje je pilih hijau tu :) Guna dulunya pisau cantik tu sementara tunggu isteri kamu ni datang.hohoho.Macam terbalik je bagi hadiah pisau kat suami.Macam suruh suaminya masak je kan? :p

Sesiapa nak order boleh contact Yui ye.

^_^

Cerita Kami 7: Make Up Artis a.k.a Mak Andam Majlis

Assalamualaikum...

Yeay entry pasal kahwin-kahwin lagi!!Aku nak cukupkan sampai 10 je siri.Selebihnya aku simpan kenangan dalam kepala jela.huhuhu.Banyak sebenarnya kenangan dalam nak mengadakan majlis kahwin ni.Pahit manis kenangan gitu katanya. :) Namun apa yang penting doa dan usaha jela untuk menggembirakan keluarga,tetamu yang datang dan diri sendiri.

Ini kisah juruandam ( betul ke bahasa juruandam ni?? ) untuk majlis aku haritu.Aku jumpa juruandam ni masa Karnival Pengantin di Batu Pahat bulan 5 sebelum majlis.Nampak dia punya hasil aku terus sangat suka.Aku apa lagi mintakla nombor telefon.Aku ni tak suka make up tebal-tebal sampai hilang identiti muka yang asal.Mengikut penilaian aku, juruandam ni sangat menepati citarasa aku.

Hasil semasa majlis kahwin aku haritu macam kat bawah ni.Berseri-seri muka kita tau...eh??!! Hahaha :p

Make up semasa Majlis Nikah
Request: Nak yang soft-soft je.Tak nak warna terang-terang.


Tadaaaa...aku suka!
Aku suka make up dia!

Errr...saya nak nikah ni!! ;)

Make up semasa Majlis Sanding
Request: Nampak shining-shining sikit selebihnya tak kisah.hahaha


Here it is..! Macam baby doll bak kata kakak ipar aku.wahaha :p


Alhamdulillah.Aku sangat puas hati dengan make up aku semasa majlis.Terima Kasih kak Rozana.Terima kasih bertungkus lumus semasa siapkan saya walaupun berlakunya macam-macam hal.hahaha.

Ok details pasal juruandam ni:
Nama: Rozana
Alamat: Parit Besar,Batu Pahat.
Contact FB: Rozana Chinta
Wassap: 0177423708

Akak Rozana ni freelance je untuk make up.Dia memang suka buat orang lain cantik.hihihi.Sesiapa nak try bolehla tanya-tanya terutama yang berdekatan area Batu Pahat.

Moga semakin murah rezeki akak Rozana yer ;)



Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.


Entry GiveAway muncul kembali!:) Salam hujung minggu semua.Sihat ke kawan-kawan? Entry ni ditaip di KFC Summit,Batu Pahat.hihihi.Tengah jalan pon masih sempat nak menjenguk blog.haha.Biasala jalan sorangkan kalau suami di sisi lain ceritanya. ;p Okla.Harini join GiveAway blog Shida.Sponsor dia bukan main.Berpeluh like gan follow.hihi :p Jom ramai-ramai memeriahkan GiveAway Shida ni ye sempena ulangtahun blog,hari lahir dan mencapai follower 5k.Tahniah buat blogger Shida.Hadiah untuk hari lahir Shida jadinya aku join! ;)


http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Cerita Kami 6: Hantaran Kahwin

Assalamaulaikum. ..


Harini up entry pasal kahwin-kahwin pulak.Err..entry GiveAway nanti dulu lah.hihi.Lagi best kot kalau ada story nak dibaca. :) Tujuan cerita hantaran ni pon just untuk bagi idea jela pasal hantaran kahwin ni.Aku rasa pasal hantaran kahwin nak bagi apa aku tak pening pon sebab barang hantaran kahwin ni aku bagi apa yang ada je.Kalau fikir sangat apa orang fikir atau cakap mahu aku tak kahwin kang.hihihi. :p

Hantaran aku cuma 5 dulang berbalas 7 dulang.Masa kahwin ni takde pulak orang nak sponsor.Kalau tak meriah gak barang-barang hantarannya. :p

Hantaran Lelaki
1. Mas Kahwin + rantai tangan ( batal air sembahyang)

Display je ni.hihi

2. Kek
3. Sirih Junjung
4. Telekung
5. Kasut

# Barang hadiah untuk kakak aku bagi by hand je.Aku pon tak tengok barangnya tapi tahu la buah rantai a.k.a loket.Moga murah rezeki jodoh buat kakakku nanti.amin.. :)


Gubahan lelaki digubah oleh aku.Tema warna hantaran merah kuning.Haaa..ni pilihan warna suami tersayang si Mohamad Hafizal tu.Harap maklum.huhu.Idea gubahan hantaran ni datang last minute.Aku mencari idea DIY untuk buat bunga tanpa melibatkan kos yang banyak.Tak rela aku buang duit beli bunga.huhuhu.Akhirnya aku buat bunga DIY daripada kertas sahaja.Buat punya buat,gulung punya gulung...Eh?! Cantik jugak apa.haha.Gambar siap hantaran pihak lelaki tak ingat nak amik.Ok.Salah sendiri.Gambar atas tu je yang ada pon.Heee ;)

Inilah bunga DIY daripada kertas.

Hantaran Perempuan
1. Buah
2. Sejadah
3. Jam tangan
4. Kek
5. Sirih Junjung
6. Coklat + Gula-gula
7. Kasut


Harap maklum,gambar hantaran belah perempuan ni aku cuma ingat nak amik pagi sebelum akad nikah tu je.Tak sempat dah nak amik satu-satu gaya ye.haha.Hantaran belah perempuan ni kakak aku yang tukang gubah.Tema warna hantaran Pink.Terima kasih kakakku sebab susah payah untuk adik kamu.


Gubahan hantaran menjadi sangat-sangat as requested by me. :) Aku siapkan bunga tisu pink dengan teman dia beli bunga je.Selebihnya aku tido,kakak aku gubah.Esok pagi bangun hantaran dah siap sebelah aku tido.hohoho.Bunga tisu pink tu pon ada kisahnya.Selamat dapat dicantikkan semula kalau tak memang menangisla.Hai la kucing sayang.huhu.

Moga dapat idea dah buat bakal pengantin nak buat gubahan hantaran kahwin yang jimat kos terutama yang suka DIY.Bila tangan tu ada seni,buat macamana pon tetap nampak cantik.Percayalah! :)


Meaningful Birthday Giveaway By Yaya

Assalamualaikum...



Salam malam hujung minggu semua!
Dekat 2 hari jugak tak update blog.Angin tengah semangat buat benda lain hilang kejap idea nak update blog.hihi.Ok.Harini aku rajin nak join GiveAway blogger.Esok pon rajin jugak hahaha.Makna esok mesti ada join GiveAway lain la tu. ;) 

GiveAway Cik Yaya sempena bulan istimewa dia.Haaa..Tak nak la ketinggalan memeriahkan hari istimewa Cik Yaya kita ni.Syarat lanjut boleh klik banner ye.
Harapnya ada la rezeki.Pakai random ni jarang sikit tuah ye.hihi.
Jom join ramai-ramai?

Tamat:10 Februari 2014








WW#82: Barbeque with Family!

Assalamaulaikum. ..


Kecik je tempat bakar :p

Keropok gak dia nak.Aiman namanya =_="

Makan time!


Happy cuti Chinese New Year!
^_^




IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Assalamualaikum....

Bismillah....


Sponsored by:

Tarikh tutup:
16 Februari 2014

Akhirnya berkesempatan jugak nak join GA.Fuhh..lega.Bukan apa sebenarnya nak join GA ni pon bukan senang-senang.Syarat tu nak follow kena ada tekad.hahaha.Ingat senang jadi part time blogger ni.Kalau memang dulu 24jam mengadap laptop okla jugak.Apa pon tetap jugak semangat!;)

Okla.Jom ramai-ramai memeriahkan GA Kak Ina ni.Harap-harap ada la peluangnya nanti.Amin.




Cerita Kami 5: Persalinan Semasa Nikah

Assalamualaikum...

Oleh sebab gambar daripada Official Photographer tak dapat lagi,aku guna dahulu gambar yang ada yer.Buat cuci-cuci mata je dulu.haha.Boleh gitu?Whatever la ko Ayut! Cerita pasal kami.Aku ingat nak sekali hentam dengan baju untuk sanding tapi belek balik panjang berjela aku punya tulisan dalam 1 entry ni nanti.Jadinya takpela.Aku buat cerita lain kali.Lain kali aku tu elakkan bulan depan jela ye kawan-kawan.hahaha.(gelak jahat!).

Aku kongsi pasal baju nikah aku tema warna purple yang tak purple sangat tapi nampak purple.Eh?!hahaha.Okla.Purple la tu kan.Cuma warna purple soft.Sangat soft.Sangat disukai oleh aku dan En hubby aku tu ha. ^^

Suami: Baju Melayu cekak musang
Aku: Dress + Lace kurung moden.

ok abaikan muka pengantin yang ntah apa-apa tu.hahaha ;p nak letak gambar penuh baju memang takde amik gambar berdua diri.Tak menyempat dah nak berdua masa tu sebab suami pon nak cepat balik homestay.
Nampak kan kitorang gayakan baju tu dengan penuh sopan. ;)

Dengar je Imam Rahman tu cakap apa :) Mas kahwin tergolek dah masa ni.hahaha.Biarkan saje ^^
Nampakkan veil aku dengan shawl hadiah aku tu?hihihi

Baju aku
Baju dengan lace luar aku jahit asing.Inspired by Blog Non-Cinderella Story.



Veil dan Samping lelaki aku sewa sekali dengan bridal.Konon nak mencari tapi malaslah nak cerita kan.hahaha.Kesimpulan pakai saje apa yang ada ok.Beading baju.Tak payah.Dah cantik terletak kat situ dah baju ye.Less is more konon yer sangat.hahaha.Nikah a.k.a Kahwin itu kan mudah. :)
Cantik jugak!hohoho.ok perasan!

Sepanjang majlis aku sangat suka pakai baju nikah tema purple kitorang ni.Sangat-sangat suka ok.Tapi yang suka tu la aku dengan suami pakai sekejap.Takpe.Raya ada kan?








Menu Pizza Hut!

Assalamualaikum...

Hari bekerja.Yes.I like.Lama dah bercuti kenalah bersemangat untuk bekerja semula kan.Cayala ko Ayut!hihihi.

Harini nak kongsi pasal menu pizza di Pizza Hut yang terbaru.Sebelum itu aku nak jugak bagitahu kat sini kepada warga-warga penduduk Ayer Hitam mahupun Parit Raja,kini Pizza Hut delivery dah boleh didapati di Parit Raja.Pizza Hut delivery ni berdekatan dengan Shell Parit Raja dan berhadapan dengan KFC.Ahaaa..nampakkan saingannya kat situ ;)

Ok.Ini menu pizza yang terbaru sempena Tahun Baru Cina haritu.Pizza Golden Fortune. Pizza ni dah ala-ala bentuk bunga dah aku tengok.Pizza Crab sebab bahannya adalah crab iaitu ketam.Ada hirisan daging dekat bawah-bawah cheese tepi tu.Aku rasa okla tapi mungkin tak kena sangat kot tekak aku.hihi.

Ini pizza yang aku nikmati seminggu sebelum bergelar isteri.Masa ni belanja si Mohamad Hafizal tu ;) Pizza Hut Udang Tempura.Yummy!! Pizza yang ni aku memang suka.Kena dengan tekak aku ni.Sedap! 

Menu baru yang ada kat pizza ni aku rasa  kejap je promosi yer.Kalau datang lambat habis dahla promosi ye.Nama pon promosi kan? ;) Korang dah rasa menu pizza yang baru ni?Kena tak dengan tekak korang?Share sikit meh...



Happy Chinese New Year!

Assalamualaikum...

Happy Chinese New Year tahun 2014!

Google Image

Terlambat sikit buat enty ni tapi takpe aku nak juga buat.
Buat Masyarakat Melayu yang best ye kalau raya tak kiralah cuti apa pon,mestilah dapat cuti.Aku cuti 3 hari je.Start jumaat lepas dan tolak ahad jadinya 2 hari je cuti.Jadilah kan daripada bekerja hari-hari. :)

Google Image

Mengikut kalender Cina,tahun ni adalah tahun kuda.Apa simbolik sebalik kuda ni pon aku tak tahulah cumanya yang aku tahu bagi masyarakat cina,orang yang lahir tahun kuda ni bermulut manis.Pandai cakap ;) 

Apa pon selamat tahun baru cina dan Selamat pulang daripada cuti buat semua pada hari ini!
Tapi buat kawan-kawan yang bekerja di negeri Wilayah Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan pula selamat menyambung cuti!!;)



Bloglist 2: Untuk anda,anda dan anda!

Assalamualaikum...

Selamat kembali bersiaran di blog.Alhamdulillah masih berkesempatan nak bermain blog selepas berkahwin.Wah statement tak boleh tahan gitu kan ;p hahaha.Diam ko ayut!Banyak perkara yang berlaku sepanjang perjalanan tahun baru 2014 dan ini adalah post pertama yang keluar pada tahun 2014. ^^ Bangga sungguh bagitahu gitu kan.Tak kisahla tu janji dapat menulis kat blog ni pon dah bersyukur.

Sebelum cerita panjang lebar,baik aku menuju terus pada tujuan entry ni.Sebenarnya nak buat entry ni untuk kawan-kawan yang sentiasa berkunjung kat blog aku ni.Serius semenjak 2 menjak ni dah semakin lambat aku blogwalking dan membalas kunjungan kawan yang drop komen.Minta maaf ye kawan-kawan.Ada jugak kawan baru yang drop komen tapi aku tak sempat jugak singgah.

Nak dijadikan cerita kau nak la buat Bloglist 2.Haa..gitu kan.Senang je sesiapa nak masuk Bloglist 2 aku ni.Syarat-syaratnya mestilah:

1) Aku punya blog ada dalam bloglist korang: http://akuayut.blogspot.com.

2) Drop komen bawah entry ni berserta link blog anda sekalian.

3) Blog yang berupdate. Maksudnya blog yang korang update cerita atau perkongsian yang aku boleh baca bukan semata-mata korang update join sini sana or jual itu ini.Fahamkan?

Itu sahaja syaratnya.
Selepas ni aku akan baca dan akan terus je publish komen.Aku hanya akan balas jejak menggunakan bloglist.Tawaran ini akan berlangsung sehingga bulan 2 ye anda,anda dan anda.Aku bukan nak kejam tapi terpaksa.Sekali aku blogwalking aku bukak semua.hohoho.Masa terhad kot.Tambah pulak dengan line internet putus-putus.Menguji kesabaran tau kawan-kawan :)

B2B dan ex-B2B Bloglist telah disingkirkan.Dah kahwin la katakan.hohoho.Senarai bloglist Best telah dimasukkan ke dalam Bloglist 1.Mana-mana yang terlepas pandang tu tolong inform yer.Kadang-kadang gila gak copy paste link bebanyak ni :)

Selamat meninggalkan link anda sekalian.Nanti kita kenal-kenal ea :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...