Assalamualaikum. ..
Semua ok untuk permulaan minggu ni?? Nak cerita yang dikhabarkan daripada Sabah walaupun baru seminggu yang lepas pulang daripada Semporna, Sabah.
Lelaki kalau dah minat sesuatu tu memang dahsyat kan. Sama jugak macam perempuan. Jadinya untuk golongan pertengahan macam aku ni memang rasa terancam. hahaha. Maksud aku kat sini golongan yang takde benda yang boleh membuat dia terlalu obses pada sesuatu. Contohnya lelaki kalau minat kereta sanggup perabis duit make up kereta. Sama jugak kalau perempuan sangat suka nampak cantik dan bersolek memang abis duit beli barang make up jela. Golongan pertengahan melihat dan terus melihat. Haaa...macam tu. :)
Suami aku ni a.k.a Mohamad Hafizal tengah gian memancing. Habis duty mancing. Duty pon mancing tapi tengok jela. Tak boleh tido mancing. Bosan mancing. Kalau tak memancing masa waktu malam tu memang pelik. Sekarang mood dia ke arah memancing sememangnya. Haritu dia mancing dapat ikan kerapu!!! I is jelous sebab I tak dapat makan ikan itu. Oh kerapu!!
Jeles yer tengok kerapu 3 pinggan atas tu!!!
Terliur..huhuhu
Bila ada geng memancing lagi seronokla suamiku ini. Selamat memancing kalau make up kereta menangis sayang ok!huhuhu. Modal untuk memancing tak sehebat mana. Yang penting ada joran ataupun tali tangsi dan umpan.
Selagi namanya Sabah, nak dapat umpan ikan, udang atau sotong itu tak susah. RM2.00 je pon dah boleh guna untuk semalaman selama mana nak memancing. Selagi namanya pon Sabah pasti tak susah jugak nak cari lubuk ikan. Bila dapat hasil besar macam ni diorang hantar kedai suruh masak. Takda masalah punya. Bayar upah jela. Haaa...kan sedap tu!
Siapa satu geng dengan suami kesayangan aku ni yang suka memancing?? Silalah berkenalan. Nanti nak pergi mancing senang nak cari team.hahaha. Haila suamiku. :) Selalu tanya suami... 'Apa best ye memancing??'
Itulah yang suami kongsikan aktiviti dia. Aktiviti aku memang tak ekstrem macam gitu la. Bukan tak reti ataupon tak minat tapi MALAS. Sekian! Hihihi.