Followerku..
WW#88: Album Kahwin!
Cop mohor
Album Kahwin
,
Custom album
,
Story book album
Harritage Gallery!
Assalamualaikum. ..
Cerita berkerja sambil jalan-jalan. :) Hari Rabu yang lepas aku dihantar oleh bos aku kat tempat kerja hadiri satu taklimat mengenai program Shell iaitu Superstar. Maklumat lanjut boleh layari laman web Shell Malaysia ye.
Taklimat tu dibuat di Melaka Holiday Inn Hotel. Aku dengan aku punya team gerak pagi gile pukul6.huhuhu. sampai habis dengar taklimat bos kitorang bagi green light bawak kereta dia. Aku dan team pergi ke Melaka Megamall!!
Bulan 11 lepas aku ke sini jugak tapi belum siap. Sekarang siap dah bangunannya. Bangunan ni bersebelahan Dataran. Ala dataran yang ada kapal besar dengan A Famosa tu. Kalau dah penat jalan dan berpanas kat situ bolehla lepak sini. Setakat aku tengok macam shopping complex lain-lain jugak cumanya dalam Melaka Megamall ni ada Harritage Gallery!
Tujuan aku sebenarnya cari Surau. Sekali orang kat situ cakap surau ye dalam Harritage Gallery ni. What did u expect from the given name to this outlet?? Mesti bayang macam muzium ke macam galeri penuh gambar?hihihi. Aku bagi pencerahanla sikit ea apa ada dalam ni. Harritage Gallery ni dalamnya macam kedai-kedai kecik yang menjual hasil industri kecil. Contohnya,kerepek, baju tshirt, cencalok, baju murah-murah etc. Lebih kurang dalam ni korang boleh tawar harga la. Berderet la jugak kedainya tapi time aku pergi ni masih ada kedai yang tak sepenuhnya lagi bersedia. Mungkin sebab Megamall ni baru je siap kot. Nak tahu lebih lanjut korang yang jalan-jalan Melaka bolehla singgah nanti. :)
Last but not least empunya owner blog nak menyibuk tepek gambar. Jumpa lagi ye Holiday Inn!
Cop mohor
Jalan-jalan
,
Perkongsian
Novel Aa+Bb
Assalamualaikum. ..
Akhirnya!!!
Pencarian novel Aa + Bb aku berakhir.
Alhamdulillah.
Sesungguhnya Allah memang Maha Mendengar setiap permintaan hambnya walaupun sekecil-kecil permintaan.
Buku novel Aa+Bb ni dah masuk cetakan ke 13 ok.hahaha. Jumpa novel Aa+Bb ni di kedai buku popular Batu Pahat Mall. Stok masa tu tinggal 2 je ok. Rezeki aku. Cerita mengenai Addin dan Benz yang masing-masing kepala batu dan ego yang tinggi. Mengundang gelak tawa aku je sepanjang baca buku ni. Penulisan Hlovate. Published oleh Jejari Seni.
Jom baca novel!!
Sekarang nak cari pulak buku penulisan Bonda Nor. Selepas 1 koleksi aku miliki terasa teruja nak cari koleksi penulisan Bonda Nor yang lain. Hlovate ni tak tahu bila lagi dia nak kuar tulisannya yang terbaru. Moga kita peroleh manfaat dengan setiap penulisan para penulis yang ada yer :)
Korang suka penulis yang mana??
Meh cerita sikit...
Menang dan Masuk Bloglist!
Assalamualaikum. ..
Harini jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Tanpa disangka aku telah pergi ke blog yang aku pernah join segmen sebelum ni. Alhamdulillah. Rezeki dapat menumpang kat rumah kawan kita selama sebulan iaitu 16 April hingga 15 Mei 2014. Suker!! :)
Terima kasih cik Eppy kita ye!
Terpilih secara random tempat ke 4.
Tahniah kepada pemenang yang lain. Sekurang-kurangnya menepek kat blog kawan-kawan ni dapatla jugak tarik pembaca ke blog kita. Tak gitu?? Hihi :)
Al-Kisah Kentang Goreng!
Assalamualaikum. ..
Lamanya la tak update blog!!!
Alasan macam biasala kan kawan-kawan takde lain mestilah kerja banyak ditambah mood nak manaip takde. Nasib la blog ni terbiar. Kawan pon tak bertambah mana la gamaknya. Tengah fikir macamana nanti kalau dah ada anak ek?hahaha.opss!!
Alkisah kentang goreng. Kalau sesiapa ingat lagi aku ni kalau makan ikut musim. Bila dah rasa nak makan bubur tu,hari-hari la aku telan bubur. Kalau nak makan ikan kering,sepanjang bermingu jugakla baru jumpa lauk ayam. It's me ye kawan-kawan.mmmm.
Sekarang ni aku tengah gian makan kemtang goreng. Mohamad Hafizal please take note boleh??? Huhuhu. Sekarang ni kalau makan kentang goreng aku suka rasa garam tu. Maksudnya aku suka la kalau ada rasa masin tu. Biasa korang goreng kentang yang frozen tu macamana? Meh aku nak panjangkan ilmu yang suami aku yang tersayang ni bagi.
Gaul garam dahulu sebelum goreng kentang!
Maksudnya kalau beli frozen tu sebelum goreng gaulje dulu dengan garam. Hasilnya kentang goreng yang terhasil akan mempunyai rasa masin yang sekata. Mula-mula aku tak layan pon ilmu menggoreng kentang yang suami kita ni bagi. Ntah haritu saje buat eksperimen, hasilnya memang rasa masin garam tu lebih sekata :)
Kalau nak gaul lepas goreng pon boleh macam kat McDonald's atau KFC tu buat tapinya buatla sewaktu kentang goreng tu masih panas. Kalau dah sejuk tak menjadi mana pon kalau gaul garam. :) Ada yang tak suka gaul garam. It's your choice tapi aku suka ada garam. Jangan lebih-lebih dah la ye. Nanti darah tinggi la plak. :)
Selamat Mencuba!
Cop mohor
-AYUT-
,
kentang goreng
,
Makan-makan
,
Resepi
Cerita Kami 10: Photographer Perkahwinan
Assalamualaikum. ..
Cerita tertangguh selama 4 bulan.haha. Ada ke yang tunggu :p okla. Cerita penutup untuk majlis perkahwinan aku bulan Disember tahun lepas. Nak cukupkan siri sampai 10 je kan. Jadinya inilah siri yang terakhir.
Photographer majlis kahwin aku takla sehebat mana gambar-gambarnya. Photographer yang aku amik ni lebih kepada gambar yang original. Maksudnya photographer aku ni tak banyak buat eksperimen pada sesuatu gambar tu. Okla. Majlis pon ongkosnya tak banyak mana jadinya kalau gambar tu cantik ok dah. Cuma kepuasan tu tak sepenuhnya :)
Photographer: Silent Click Photography
PIC: Abang Khalis dan Kak Hana
Nak gambar lebih pergi SINI
Nak lebih lagi meh jumpa aku ea
Freelance photographer dan bergerak 2 orang suami isteri :) Kerjasama diberikan baik. Cuma bab nak outdoor aku tak planning betul-betul kat mana dan masa pon tak cukup mana,akhirnya gambar outdoor kitorang tak banyak. Menangis!hahaha. Buat B2B, pastikan anda memilih lokasi outdoor sebelum majlis dan dah survey mana tempat outdoor yang cantik tu. Nanti korang bawak je terus photographer korang tu ke situ :)
Apa pon,tips pilih photographer ni key point adalah ikut kemampuan masing-masing. Budget banyak,bolehla amik photographer yang grand giler gambar-gambarnya. Kalau budget tak banyak,pilih yang korang suka jela.haha. Membantu ke tips memilih photographer aku ni?
Nak amik gambar post wedding la plak. Boleh?
Gambar kredit: Silent Click Photography
Cop mohor
OP
,
Photographer perkahwinan
,
Review perkahwinan
4 bulan telah berlalu...
Assalamualaikum. ..
Genap 4 bulan harini bergelar isteri kepada Mohamad Hafizal.Alhamdulillah.
Perubahan?
1- Berat bertambah.Oh tidak!
2- Muka makin bulat.Cane ni?!
3- Makin sibuk kerja. Cepatlah 3tahun!!!
Suami yang ucap dulu. :) Semalam dia dah tanya dah pasal tarikh. Beringatla tu kot. Akhirnya memang dia la yang ingatkan. Pukul 11.24am pon takpela. Aku pon lupa sebenarnya walaupun semalam ingat dah jugak.huhuhu.
Tiada perubahan banyak pon yang kitorang hadapi dalam menjangkau usia 4 bulan perkahwinan ni. Masih mood honeymoon je lagi. Masih berdua belom ada yang ketiga. Masih mengenali dan memahami walaupun nampak macam dah kenal je gayanya. Masih banyak lagi kena belajar nak menghadapi alam rumahtangga dan menjaga suami ni. :)
Masih berjauhan. Sorang kat Batu Pahat. Sorang kat Semporna. Menangis darah kalau jiwa tak kental.hahaha. Apa pon doa kami moga Allah permudahkan segala urusan dan keadaan rumahtangga kami terpelihara serta dilindungiNya.Amin. Moga diluaskan jalannya bukan disempitkan. Moga murah rezekinya dan bukan sebaliknya.Amin.
Mungkin berjauhan perasaan tu macam suam-suam kuku je bila ingat tarikh penting macamni. Ada depan mata bolehla jugak masak ke...borak ke...pergi candlelight dinner ke.hohoho.oh...rindu suami!
Cop mohor
Aku dan Kamu
,
Anniversary
,
Mohamad Hafizal
3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney
Assalamualaikum. ..
Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini.
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.3. Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.4. Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen.
Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah.
Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)
Moga adalah rezeki buat diriku ini.amin...
^___^
CPUV untuk bulan April!
Assalamualaikum. ...
Setelah 4 hari mood hanya pada blogwalking dengan internet yang slow, entry ni la yang muncul.haha. CPUV yang ke 48 sepanjang berblog dan yang ke 9 untuk tahun 2014. Okla tu.
Bulan April dah separuh bulan baru nak cerita dapat seketul CPUV daripada Nuffnang. Terima kasih ye Nuffnang. Lain kali tepek la banyak sikit :)
Iklan Downy Dolce MMP. Tak pernah nampak iklan ni sepanjang blogwalking pon.hoho. Kat blog aku pon tak perasan lagi. Korang ada nampak? Iklan Downy Dolce MMP ni refer kepada pewangi downy tu ke?ooppsss..takpe..nanti nampak kita klik tengok pasal apa ye. Jangan segan untuk amik tahu.hihihi. mekaseh!
Jom sambung blogwalking!
GA Nurul Yui Collection
Assalamualaikum
Mulakan entry minggu ni dengan menyertai Giveaway daripada Nurul Yui ni. Blogwalking dari hujung minggu sampai ke harini baru dapat 3 blog.melampau sungguh diriku. Internet tak kuat kat rumah. Oleh kerana nak menyambung Blogwalking, korang yang datang blog aku bolehla join GiveAway daripada Nurul Yui ni.
Syarat sangat senang.
Tamat GiveAway: 24.04.14
Hadiah menarik menanti korang semua.
Nak join klik pada banner atas tu yer.
Bunga Daisy!
Assalamualaikum. ....
Aku rasa lama dah jugak takde kisah Go Green dalam blog aku ni.hahaha.Dulu kat Petaling Jaya ada jugakla aku nak cucuk tanam. Sekarang hampeh. Makin dekat kat kampung makin malas. Macamana tu? =_="
Sebenarnya kisah bunga daisy aku ni dah lama sangat. Terima kasih Ummu Aidan sebab bagi benih dari jauh. Maaf sebab lambat sangat nak disemainya =_=" Tapi akhirnya aku semai jugak benih bunga daisy yang diberikan Ummu Aidan. Alhamhamdulillah. Terlaksana sudah benih yang diberikan.hihihi. Ummu Aidan bagi 2 biji benih. 1 terlaksana. 1 lagi bunga kekwa akan datang :)
Sekejap je dah bertunas. Biji benih yang bagus :) Tumbesaran bunga daisy aku ni kakak aku yang jaga. Aku semai je aritu. Bunga yang baru nak membesar ni kena rajin siram. Kenkangan masa aku bekerja menyebabkan aku serah tugas menjaga pada kakak aku kat Simpang Renggam tu :)
Bentuk daun bunga daisy yang Ummu Aidan bagi ni nampak lain sikit daripada pokok bunga daisy yang aku ada. Mungkin masih kecik kot. Pokok bunga daisy yang aku ada macam kat bawah ni.
Sekarang kat Malaysia mengalami musim bunga katanya. Tu bunga banyak yang mengembang. Lagipun sekarang hujan pon selalu jugak turun. Senang bunga atau pokok nak hidup membesar dan mengeluarkan hasil.
Moga membesar dengan sihatla pokok bunga daisy aku ni. Nanti dalam beberapa bulan lagi kita tengok tumbesaran dia ok! :)
Cop mohor
Berkebun
,
Bunga Daisy
Allah sayang kita!
Assalamualaikum. ...
YA ALLAH....
Sayangnya Allah pada kita, seboleh-boleh Allah nak kita peroleh pahala kebaikan dengan mudah. Keampunan dengan mudah.
Setiap yang terjadi itu pastinya bukan sia-sia.
Insya Allah....
Perbaiki lagi diri untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah.Allah lebih mengetahui akan tiap-tiap sesuatu yang nyata mahupun sebaliknya.
Allah kan ada.
La Tahzan!
Jangan bersedih!
Ubat kurus Ada Racun
Assalamualaikum. ..
Semua sihat harini?Aku alhamdulillah sihat selalu. Lama tak menulis sampai terasa macam tak tahu nak buat mukadimah apa. Semalam pon entry tak banyak tulis kan...Nasibla kalau ada pembaca blog aku yang dah makin bosan.hohoho. :p
Okla. Entry merujuk tajuk. 2hari lepas dalam surat khabar Berita Harian ada artikel pasal ubat yang mengandungi racun.ahaaaa..ubat apa?Pastinya ubat untuk kurus. Sekarang kan orang nak kurus cepat tu tak ingat masa beli ubat. :) Termasukla aku punya staff sorang ni.
Salah satu produk ubat kurus tu adalah Figure Up. Terkejut baca. Patutla staff aku yang consume ubat ni selalu cakap pening la,sakit perotla, badan nak demam etc. Mungkin kesan racun tu dalam badan la kot. Tapi serius aku cakap ubat kurus Figure Up ni memang berkesan. Staff aku ni memang dulu badannya agak berisi tapi lepas makan ubat kurus Figure Up ni turun mendadak. Penangan racun gamaknya ni. Hihihi :)
Salah siapa ek kalau macamni? Popular kot ubat kurus Figure Up ni.mmmm. Aku tak terlibat dalam pengeluaran ubat-ubatan jadinya tak bolehla nak cakap banyak. Setahunya produk apa pon kena melalui proses Laboratory test kot. Macamana la kandungan racun tinggi macamni boleh terlepas. Pengguna sekarang ni pon memang kena semakin bijak. Kena selidik latar belakang sesuatu produk sebelum guna. Kalau tak badan kita la yang seksa tanggung racun dalam badan :)
Jom jadi pengguna bijak!!
Cop mohor
Berita Malaysia
,
Perkongsian
,
Ubat kurus
WW#87: Menu Sandwich Berbaloi!
Cop mohor
-Wordless Wednesday-
,
Gambar Facebook
WW#86: Kami dan Si Comel
Cop mohor
-Wordless Wednesday-
,
Di kampung
,
Kucing aku
,
Kucing comel
Cenderahati dr Henrietta Jose
Assalamualaikum. ..
Alhamdulillah....
Dapat ole-ole daripada cik Henrietta Jose.. Ole-ole kerana menyertai Giveaway by Henrietta Jose tempohari. Terima kasih ye. Terlambat dah inform kat tuan badan.
2minggu tak balik kampung kat Ayer Hitam jadinya lambat aku bukak hadiah yang diterima. Tak dapat novel,dapat cenderahati penanda buku pon boleh. Seronok tau dapat hadiah. :)
Ada sesiapa lagi tak nak bagi hadiah? ? Hahaha.
# Ole-ole dari Semporna lupa nak bawak ke rumah sewa.adehhhh... =_=" Terbantut la nak buat GiveAway simple dr aku.
Cop mohor
GiveAway
,
Hadiah Istimewa
,
Oh Blog
Menu Kuih Koci
Assalamualaikum. ...
Selamat hujung minggu! Minum petang menu apa ye kawan-kawan? Mesti cari menu yang senang kan nak dibuat. Buat kunyah-kunyah dikala petang :)
Harini aku lepak rumah kakak aku kat Simpang Renggam. Kat Parit Sonto adam takde jadi bosan. Pergilah merayap rumah kakak :) Sampai-sampai dia nak start buat kuih koci. Kuih Koci ni sejenis kuih yang dibalut dengan daun pisang tu. Lama aku tak makan . huhuhu.
Cara adunan tepung tu guna tepung pulut dengan tepung gandum sikit. Nak lagi sedap campur dengan keledek. Lebih manis dan lembut je jadinya. Kalau tepung gandum, kuih koci ye akan kenyal sikit jadinya. Letak garam sikit dan uli jela dengan air sampai sebati dan boleh dikepal-kepal jadi bulat. Intinya pulak tu gaulkan kelapa dengan larutan gula melaka. Dimasak dalam kuali hingga kering dan boleh dikepal jadi bulat jugak.
Bungkusla dengan daun pisang cantik-cantik jadi 3 segi piramid. Daun pisang tu nak lembut lalukan kejap atas api. Nanti senang nak dilipat. Minyak pulak sapu kat daun pisang tu bagi elak melekat kat daun bila siap masak nanti :) Siap bungkus dah boleh kukus. Kukusla dalam masa 15-20minit. Akhirnya siap!Boleh dah makan :)
Kuih tradisional yang makin jarang orang nak buat. Sekarang semua nak cupcake,macaron,crepe,kek...etc..kan?hihihi. Biasalah perubahan zaman. Tekak pon bertukar selera jugak. Apa kuih tradisional yang korang suka? Kalau aku karipap. Tapi sampai sekarang aku tak pernah menjadi buat karipap =_="
Cop mohor
Di kampung
,
Makan-makan
Segmen Mencari Bloglist by Eppy Ismail
Assalamualaikum. ...
Giveaway dah join banyak jadinya kali ni nak join Segmen pulak. Banyakla sangat kan padahal baru dua je.hahaha. Jom memeriahkan segmen mencari bloglist ni. Baru jugak kenal blog ni :) Lama kan tak tambah kenalan. La ni nak kenal mengenal ada ke perkataan ni dalam kamus dewan??pulak.
Syarat:
1. Follow pemilik blog LINK
2. Buat entri SIAP
3. Letak banner dan backlink ke entri OK
4. Komen dan bagi link entri BAIKLAH
5. Ajak blogger lain. KORANG JOM LA JOIN!!! :)
Nanti ada masa bolehla blogwalking untuk berkenalan.Yeehaaa! Jangan lupa join.
Tamat Segmen: 13 April 2014.
Menu baru McDonald's! !
Assalamualaikum. ...
Macam biasa entry akan hanya keluar pada waktu malam.hahaha.Kenapa tak nak buat autopublish ek?eerrr.....sebabnya nak taip entry autopublish pon aku tak tahu bila. Nak aku taip bebanyak sekali on laptop atau bukak blog ni tepu la jugak dibuatnya. Waktu kerja memang aku tak fikir lain dah. Balik kerja nak makan...masak...mandi...kemas bilik...etc..Jadinya,baik ada daripada takde. ;)
Ini kisahmakan menu baru di McDonald's. Haaaa..siapa dah pernah try? Aku sebelum ni makan dengan suami masa dia balik haritu.Tapi burger baru McDonald's tu aku tak dapat makan. Nak tebus nafsu untuk makan jugak burger tu, aku pon beli lagi burger baru McDonald's tu hujung minggu baru ni.
Akhirnya....
Menu baru McChicken ni ada 2 jenis. Spicy dan Black pepper. Aku amik black pepper. Ranggup daging ayamnya.Sedap!
Harga set ni aku beli waktu lunch hour antara pkul12-3pm.Jadinya murah sikit. Harga set ni RM8+ tapi aku tukar air fresh orange jadi RM12+. Makan set ni je pon kenyang dah sangat. Balik umah tinggal tido je.hahahaha. Lama dah tak try prosperity. Dulu masa mula-mula keluar je pernah try. Lain kali la try lagi.
Bila la Batu Pahat nak ada Subway.eerrr..ke dah ada aku je yang tak tahu.hahahaha.Walaupun duduk Petaling Jaya setahun tak pernah aku try makan subway ok.Iolls is Jakun teramat nak masuk subway sebab kena pilih kan?mmmmm...Ada orang nak teman tak makan subway?? Nak mintak tolong ajar cane nak pilih :p
Cop mohor
Makan-makan
,
McDonald's
,
Menu baru McDonald's