-Kawan Aku-

Tuntutan menjadi isteri navy

Assalamualaikum...

Amik ko tajuk. Tak nak kalah lagi tajuknya.hahaha. hai semua! Long time tak menulis. Sangat menjunam statistik. Wah gitu :) still alone macam biasa cuma masa nak menulis dan mood menulis je lari.

Bila anda berpasangan dengan seseorang yang berpakaian seragam, apa yang anda bayangkan sebenarnya?me? Nothing *duck face*  hahaha.

Navy atau bahasa melayunya tentera laut.
Wife navy semestinya merujuk pada isteri tentera laut. :) Nak cerita, apa korang rasa bila dah berkahwin tapi tak terasa macam dah kahwin like bercinta je sepanjang masa.hahaha..Dengar macam best je kan? Realitinya,bila korang jalan lepas tu jumpa sepasang suami isteri beli barang dapur bersama, makan sama lepas tu gelak sama. Eerrrr...krik...krik..

Bukan tak bersyukur ye. Mintak jauh semua tu. Just terdetik je dalam hati,."bila suami aku ni nak pencen ek?" Hahahaha.ok.full stop.

1. Masa
Korang akan mempunyai masa yang sangat terhad bersama pasangan. Masa macam mencemburui korangla macamtu. Baru nak gelak, sayang....ada keje kejap. Ha....masa kat situ korang dah macam...weiii...baru nak gelak kot!

2. Tangungjawab
Haaa.....bukan senang nak pikul tanggungjawab sepanjang peninggalan suami bekerja ye. Mesti ada mulut,eleh...bukan lama pon. Jangan begitu ye sahabat. Sehari anda ditinggal,sehari tu juga la ma,am-macam boleh jadi. Lagi kalau ada anak kecil. Mental siap sedia ye!


3. Kepercayaan
Siapa sini kuat cemburu? Siapa sini selalu syak wasangka? Ini memang sangat mencabar buat orang-orang seperti di atas. Bukan tak boleh cemburu,cuma bila anda seorang isteri navy benda paling dituntut adalah kepercayaan anda pada suami. 3 bulan tak jumpa sebab duduk kapal. Dia cakap pergi sana,lawatan situ dengan ada makan-makan. Apa anda nak buat? Doa dan sabar. Kenalilah suami anda sebelum berkahwin!

4. Doa
Bila selalu ditinggal. Bila mulut-mulut sekeliling tidak memahami. Bila anda sedih bersendirian. Bila anda rasa seperti anda seorang. Doalah. Benda paling dituntut walaupun anda bukan seorang isteri navy.

Harapnya suamiku sentiasa tabah,sentiasa kuat hatinya dan sentiasa sabar dengan rezeki yang Allah bagi pada kami sekarang. Wahai isteri navy dan bakal isteri navy sekalian, we are in same situation. Let's do our best for our partner.ok?!  ;)


4 pesanan buat ayut :

nusha fasha said... Reply To This Comment

Moga ayut tetap tabah ya..

ayut said... Reply To This Comment

Yup yui...insya allah

Mazwana Kamarudin said... Reply To This Comment

Lama sungguh tak datang jenguk blog ayut.

Hai ayut.

:)

QasehnyaRania said... Reply To This Comment

betul tu..

ni sepupu ciksu na ke lubnan. tinggal isteri di kuantan. sblm ni isteri di perak, alih alih wife dpt tukar ke kuantan, die kene belayar. katanya bkn ni nk ke lubnan. in shaa Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...