Followerku..

Lelaki 'Perfect'

Assalamualaikum...


[Facebook]

Ciri-ciri yang tersenarai untuk dikenali sebagai lelaki 'perfect'.....

Setuju?
Tak setuu?

Adakah lelaki 'perfect' tidak wujud?
atau
Adakah lelaki 'perfect' wujud tapi sembunyi?


Dilema lelaki 'perfect'...haha
^_____^






Different Perspective!

Assalamualaikum...




Apa kelebihannya dengan memandang sesuatu bukan hanya pada satu pandangan?

Entry ni boleh dikatakan sebagai sambungan kot entry sebelum ni.Pagi tadi kan ada post pasal Motivasi Iri Hati.Maksud entry tu kalau di arahkan ke positif jadilah positif.Tapi kalau sebaliknya,negatifla ia.Jadi kat sini nak bagitahu la pulak mengenai pandangan.

Pandangan terjadi apabila seseorang itu telah memerhati sesuatu dengan mata kepala mereka, berfikir dengan apa yang dilihat dan akhirnya terdetik/terlahir sesuatu daripada hati mereka.Akhirnya disuarakan menjadi suatu pandangan untuk diperkatakan/diutarakan dimulut.

Sesuatu yang mewujudkan pandangan itu adalah paling utama MATA.Lumrah manusia hanya dapat melihat secara luaran seseorang/sesuatu di depan mata mereka.Adakah itu adil untuk terus membuat sesuatu pandangan yang muktamad atas apa yang dilihat?Semestinya tidak bukan.

Perspektif yang berbeza dapat mewujudkan kefahaman.Selain itu,Perspektif yang berbeza pasti boleh menjaga hati daripada berprasangka buruk.Tambah lagi,penyelesaian masalah akan akan dapat dilakukan andai benar-benar memahami/melihat dari pelbagai aspek.Terutama bila melibatkan sebuah kehidupan.Setuju?

Macam gambar comel atas tu.Selalu kucing akan lepak atas kabinet dan nampak biasa je pada kita.Sekarang gambar tu kucing lepak bawah kabinet.Sangat comel kucing itu kan?!!
hahahaha.
^___^


Kadang-kadang bila melihat dengan perspektif yang berbeza pasti kita akan dapat rasa keunikkan dan keindahannya.Mudahlah untuk kita fahami dan hayati.
Kehidupan ini banyak keindahan yang kite perlu lihat dari setiap celahan peluang.



Salam Jumaat!












Motivasi Iri Hati

Assalamualaikum...


Hari ni nak cerita pasal Iri Hati.

Iri Hati adalah satu sifat yang memang sentiasa ada dalam diri.Macam mana seseorang itu dikatakan Iri hati adalah apabila seseorang itu sentiasa merasakan tidak puas hati atau tidak dapat menerima kehadiran/kelebihan orang lain terutama yang ada disekeliling mereka.Apabila seseorang merasakan 'hanya dia yang boleh dapat semua tu' sebenarnya telah wujudlah perasaan Iri hati.


[google]


Keburukan Iri hati:

Boleh mewujudkan pergaduhan di dalam masyarakat.
'Rosak hati' kerana sentiasa berprasangka buruk.


Sifat Iri hati mampu menjadi motivasi terbaik andai kita menghalakannya ke arah yang positif.Sebagai contoh: Iri hati dengan kerajinan seseorang mengemas bilik.Kita akan mencotohi beliau untuk kita juga jadi seperti dia.Itu adalah iri hati yang positif. Iri hati yang negatif adalah dengan mengutuk/berkata buruk dengan kebaikan yang kita nampak pada seseorang. Sebagai contoh: Iri hati dengan kebaikan bersedekah seseorang.Kita mengatakan kat orang lain/membawa mulut mengatakan dia bersedekah adalah kerana mahu tunjuk alim dan sebagainya.Itu adalah sesuatu yang negatif.Bukan begitu caranya.


"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" [An-Nisa' : 32]



Percayalah dengan keadilan Allah.
Apa yang baik kita ikut dan cuba contohi bukan hanya tahu untuk mengadili.


Moga membawa manfaat bersama!
^____^



Inspirasi Artikel:








Idea-Idea DIY Aku!

Assalamualaikum...


Oleh kerana semalam mode untuk kahwin dah 'Turn On' makanya adala jugak entry aku untuk membuat projek-projek 'Do It Yourself' ni (jangan cakap aku rajin sebab aku malas sebenarnya..hahaha).'Do It Yourself' atau lebih dikenali sebagai DIY ni senang sebenarnya cuma memerlukan masa,kreativiti dan kerajinan. Siapa terasa ada 3 benda tu bolehla nak buat. Aku? -_-" non ado semua tu.Tapi nape aku nak DIY?Sebab nak mewujudkan rasa 'excited' untuk kahwin! ok?


Aku planning nak buat projek DIY ni untuk list bawah ni:

Bunga Telur
Kad Kahwin
Veil
HandBouquet a.k.a Bunga Tangan
Hantaran
DoorGift
Pelamin
GuestBook a.k.a Buku Tetamu
....
....

Apa lagi ek boleh DIY?Meh bagitahu cikit.


Kemungkinan yang berjaya

Bunga Telur
Veil
GuestBook
DoorGift
Hantaran


Selebihnya????
Akan difikirkan balik.
Beria aku berangan nak DIY semua projek atas tu.Sempat ntah tak, tak tahu la tu.En B tu cakap tarikh atas awan lagi.Tapi ikut dia nak cepat je.Haip!Orang banyak projek la nak buat ni!hahahaha.


Apa pon planning well.
Hope aku berjaya untuk DIY bagi projek-projek kat atas tu.
^____^



p/s: Entry untuk semua tu start tahun depan jela yer.hahaha







Cara Pengayaan HalfMoon Shawl

Assalamualaikum...


Sekarang ni kalau jejalan mesti ada je ternampak yang pakai HalfMoon Shawl.Mungkin memang tengah trend sekarang ni.Apa yang aku boleh nampak dengan tudung HalfMoon Shawl ni:

1) Senang Bentuk
2) Cantik
3) Bentuk tudung cantik - maksudnya kalau nak susun tu terletak cantik.

Ada macam-macam gaya yang boleh direka dengan menggunakan HalfMoon Shawl ni.Penggayaan shawl pon kena tengok tempat tau.Kalau pergi kerja kena la yang praktikal dan takla terlalu 'heavy'.Meh nak bagi tengokla gaya-gaya HalfMoon Shawl ni yang boleh dipraktikkan.Pilih mana yang sesuai yer.

1) Praktikal + Mudah


Basic ye untuk gaya ni adalah lilit lepastu pin kat tepi. Lagi satu bahagian naikkan je.Tapi ni kena pakai inner.Baru pakai HalfMoon Shawl tu.


Gaya ni tak pakai inner.Ni tak payah lilit naik atas.Cuma pin je kat tepi,lagi sebelah naikkan.

2) Gaya pergi Function + Keraian








semua gambar amek Google.


So,pilihlah mana berkenanan untuk korang gayakan Halfmoon Shawl tu.
Kalau nak buat gaya baru untuk shawal tu pon ok gak.hihihi.
Banyakje tutorial kalau nak tengok.Boleh cari k.
Jangan terlebih sudah.
^___^




Selamat Mengayakan tudung anda!





Spontaneous Thursday !!Andai kau Kawan!!

Assalamualaikum...






"Kalau betul kau kawan,
Apa pon orang cakap pasal aku,
Pasti kau tetap akan datang pada aku.
Walaupun bukan untuk mendapat kebenaran,tapi kau datang untuk meneman"

Jalan bawa maut!



Assalamualaikum..





Jalan berlubang!
Serius sangat scary kat KL mahupun area-area Lembah Klang ni.
Lagi-lagi motorsikal (aku la tu-_-").Untuk orang yang dah biasa diorang dapatlah tahu kat mane ada lubang kat mana ada lopak dalam tak dalam.Bagi yang tak biasa guna jalan tu?
Rim bengkok la jawab yer.hahaha.Untung kalau rim je rosak.

Ok.kalau tak bengkok,jenis sayang rim gitu mesti nak mengelakkan?
Kalau orang yang baru dapat lesen P semalam mahu tak kelam-kabut mengelak.
Kalau sempat tengok side mirror takpe,kalau tak sempat?
Mangsa kemalanganlah jawab ye.

Aku serap cikit apa yang dikatakan dalam Rencana Kosmo!,sebab-sebab kenapa jalan boleh berlubang:

1) Kelemahan lapisan permukaan jalan
2) Turapan jalan yang tidak sempurna
3) Kesan daripada cuaca terutama hujan yang menyebabkan permukaan jalan mela merekah dengan takungan air
4) Sistem saliran kurang berfungsi
5) Bebanan aliran trafik yang tinggi.


Lembah Klang kot.Memang la orang sibuk lalu lalang.Tak pernah ye laluan Lembah Klang ni tak mengalami kesesakan.
Sebab dan kupasan lanjut sila baca Kosmo online tau.hihi



Berhati-hati di jalan raya terutama di Lembah Klang yer!
^___^



Nabila Medan's Giveaway!

Assalamualaikum...




Aku kena tag dengan Shida (jeles dia ada SIII..nak jugak!) baru-baru ni.Akhir-akhir tahun dah alang-alang nak bulan 12 apa salahnya join Giveaway ni.Mane tahu boleh jadikan Hadiah Birthday.Oppss!hahaha.


Okla..Giveaway ni NabilaMedan yang buat.Syarat senang je sebab dia dah buatkan (Rajin dia)Tinggal klik-klik pastu buat entry.
Rasa memang dah ikut semua syarat yang dikenakan.Kalau tertinggal gak mohon bgtau boleh?hihihi.

Mangsa tag untuk ni:

Nak join klik banner ye kawan-kawan!
^___^





Wordless Wednesday (27)!!Mode Kawen-Turn On!!

Assalamualaikum...


Pelamin tema taman


Pelamin tema moden inggeris kot.



Cantik!
Pelamin Kanvas!
hahaha..
will be if mampu.hohoho


Kredit Picture:






Awak tinggi sangat ke?




Assalamualaikum...




[FACEBOOK]


Kepada sesiapa pencinta haiwan terutama kucing bolehla tengok-tengok Kakimotong Fan Club tu.Kata-kata "From Zero to Hero" mesti korang boleh jumpa.Bila membaca cerita disebalik 'Hero' pasti akan terasa kebesaran Allah.Ajal maut semua ditangan Allah.Kat blog dia ada kisah penuh.Seronok.

Gambar kucing gemok atas tu buat kita berfikir kan?Sambil-sambil tengok kecomelannya yang gemok itu siapa cakap kecik-kecik lemah.hihi


"Kau ingat ko besar aku takut ke..?"


^____^


p/s: Jangan pernah takut kerna Allah itu lebih berkuasa atas segalanya.






"Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha"

Assalamualaikum...




Pencarian Bloglist daripada Farisha.
Tajuk macam nak pencarian bakat menyanyi gitu.hihi.Farisha menjemput.Aku memenuhi jemputan macam biasa.hihihi.Mudah-mudahan diterima masukla dalam Bloglist Farisha yer.

Syarat-syarat nak join Segmen Pencarian Bloglist ni aku sertakan kat bawah ni.

1) Follow Blog Cik Farisha ni
2) Wajib klik button Google share (ada Farisha sediakan)
3) Buat Entry Pencarian Bloglist Musim 1 (macam bermusim je ni.hihi)
4) Tinggal link di komen entry Pencarian Bloglist Musim 1
5) Sunat tag member.


Pencarian berlangsung selama:
26 Nov. 2012 - 01 Jan. 2013


Jom masuk bloglist!
^____^







Peperiksaan dan Penerang Hati..

Assalamualaikum...


[google]

Hahaha..jangan buat macam gamabar kat atas tu yer.Tulisan jawi hanya untuk kertas Agama Islam tau.Tu pon kalau nak (betul tak?).Nak praktik buat tulisan jawi pon biarlah kena tempat.Salah tempat lain jadinya.hihihi.



Sekarang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih berjalan kan?Buat semua calon-calon SPM,teruskan usaha anda untuk masa depan.Jangan pernah putus asa.

Apa agaknya yang selalu kita buat bila hadapi peperiksaan?Nak buat macam mana agaknya periksa ni.Taku nak periksa memang jangan cakap la.Lagi-lagi SPM kan.Kat sini tiga je nak bagitau kat semua yang mengambil peperiksaan yang patut dilakukan bila hadapi peperiksaan.Tidak kirala peperiksaan akhir tahun (ada lagi ke?),SPM,STPM,Final exam,Test ke dan apa-apa yang menjawab soalanlah yang lagi-lagi korang ada banyak paper nak kena hadapi.


1) Dah siap 1 hari tu,terus campak buku subjek hari tu dalam almari.

Kenapa? Sebab nak menggelakkan korang semua rasa kecewa.Benda dah lepas tak payah fikir.Tunggu je keputusan nanti ea.Tak payah nak selak-selak lagi ok cari jawapan.Kalau boleh kertas periksa tu pon campak sekali.hihihi.Tips yang ni aku memang buat.Berkesan untuk mengelakkan diri hilang fokus.

2) Bertenang dan Banyakkan berdoa/baca ayat-ayat Quran.

Kenapa? Sebab kalau korang gigil dalam dewan nanti nak pegang pensil pon dah tak mampu ok.Korang kan dah belajar.Sekarang masa korang nak kuarkan je segala ilmu yang ada.Bacalah segala ayat yang korang ingat/terlintas.Ni gambar bawah ni ayat penerang hati ok.Mudah-mudahan senang nak jawab periksa.Tips ni memang patut dibuat ok.

[google]

3) Jangan biarkan kertas kosong.

Kenapa? Sebab itu adalah lebih baik.Tips ni aku lebihkan untuk pelajar-pelajar Universiti.Aku kalau tak tahu sangat memang aku taram je apa yang aku ingat masa aku belajar/ulangkaji.Rugi kot tak kuarkan ilmu yang korang dah baca tu.Penat tau nak simpan lama-lama.Baik korang penuhkan je kertas tu.


Ha..cukup dah.
Apa pon buatlah yang sehabis baik.Berusaha!
All the best buat semua!
^_____^



p/s: Lama gak kot tak baca ayat penerang hati..Last Form 5,2005.Cane tu?Patut sekarang nak menghafal payah bebenor.huhu.Jom amalkan.










1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE

Assalamualaikum...



Hari ini terasa nak join GiveAway (GA).Seronok tengok blogger lain join aku pon nak join la jugak.
GA ni anjuran daripada Girl On The Slope.
Syarat yang dikenakan untuk GA ni pon takla susah sangat.Tekan-tekan buat post.Kan mudah tu.
GA Girl On The Slope ni menawarkan hadiah-hadiah menarik.



Jadi tunggu apa lagi?
Jom join.
Mangsa tag aku untuk GA ni MsValentine!
Sesiapa pon nak join boleh klik je banner tu ye.

Berlangsung selama:
16/11/12-16/12/12

Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia.....siapa tahu kan
Sila tekan Banner kalau nak join ye.

^___^



Blog Review...Seronoknya?

Assalamualaikum...



Sebelum ni kena review sebab join Segmen.Kali ni review sebab tuan blog baik hati.hihihi.Terima kasih yer.Baru-baru ni Cik Adik Lissa ni review blog aku.
Calon SPM 2012 gitu.Muda remaja disukai ramai.Cewah...
Bolehla sesame kite terjah Adik Lissa punya blog k.
Rase budak Lissa ni memang kreatif+rajin kot.Kalau korang stress mesti nak tido kan.Tapi dia lain...
Tekanla header sedia ada di bawah baru tau apa lain ye....huhu

LissaLaLissa


Dulu-dulu ada abang sorang ni buat review gak untuk blog aku.Berkurun dah kot.Tak caye?KLIK!(Hairy baru balas la review kamu)Takpe la kan.Kenal-kenal tak semestinya masa tu jugak nak buat kan.hohoho.Mekaseh perkenalkan blog ni ea.Aku punya Part 5 sekarang berpart-part dah.Ramai follower blog Hairy.Nak tau berapa ramai dan nak tau dia famous ke tak,boleh klik header Blog.


! Hazwan Hairy !!**


Keseronokkannya??

Boleh balas-balas review dan memendekkan masa untuk mencari idea dikala diri dalam kebuntuan.hahaha.Pastu dapatla tahu "bermacam-macam blog rupanya ada yerk.."
hahahahaha.
^___^






Lagu Doa Dhuha!

Assalamualaikum...





Di pagi Isnin ni nak kongsikan untuk kita bersama Doa Dhuha.
Doa Dhuha ni adalah nyanyian daripada Kumpulan Nasyid UNIC.
Lagu atas ni setiap kali main-main handphone dengan anak sedara kat rumah kakak mesti dia akan bukak sambil nyanyi-nyanyi.Alhamdulillah.
Cara mendidik zaman sekarang ni pon memang kena advance kan?hihihi..
Bawah ni ada letak Doa Dhuha serta maknanya.
Jom hayati dan kita baca sama-sama

 Bismillahirrahmanirrahim...




Amin...


Selamat bekerja semua!
^_____^



p/s: lambat cikit ye ke tempat kawan-kawan



We are closed!

Assalamualaikum...


[google]


Hujung minggu la.Mana ada office buka.
Tag tak nak kalah kan pejabat ni.
hahahahahaha.
Gambar ni kelakar ok!Tak payah la nak panjang-panjang buat ayat kalau nak cakap tutup pon.


Happy Weekend Everyone!
^___^


p/s: Autopublish!

Di sebalik pisau dan bawang!

Assalamualaikum....


Dalam minggu ni aku adala BlogWalking(BW) merata blog.Biasanya yang ada dalam bloglist aku akan singgah melainkan kalau aku tak nampak mereka update.Aku terbaca la tajuk kat tepi tu pasal pisau.Aku terusla pergi kat entry tu nak tengok cita pasal pisau apa la ni sebenarnya.hihihi.Aku ni jenis cepat tertanya-tanya dalam diri.Dari buat andaian bukan-bukan baik aku pergi terjah.hehehe.

Entry pasal pisau tu ada dekat Blog Celoteh MJ. Baca punya baca pasal pisau, rupanya MJ ada jual pisau kat blog dia.Cantik ok pisau tu.Pisau Magik!Kalau aku berkenan sangat nanti ada rembat satu kang.Tapi sekarang masih boleh tahan lagi nafsu tu.Bukan apa,kat umah sewa tu ada dua orang je.Tu pon dah ada 4 pisau.So, pisau yang ni baik aku simpan dulu.Baca-baca entry pasal pisau tu aku pon komen sebab MJ ada sebut last sekali pasal pisau dan bawang.Balasan komen terjadi.hihihi




Sepanjang aku kat rumah memasak,aku tak pernah amik tahu.hahaha.Ada makna rupenya disebalik pisau dan bawang.MJ menyatakan kopek bawang boleh mempercepatkan pisau tumpul.Maknanya kalau kita buat kopek bawang,pisau tu lebih cepat tumpul berbanding yang tak digunakan untuk kopek bawang.Ha...Believe it or not?Tapi pada aku memang tak boleh nak dipisahkanlah pisau dan bawang ni.Ada bawang mestilah kena ada pisau.Baru boleh memasak (boleh jadi peribasa baru ni).Tak gitu?



Jom buat ekseprimen!


Happy weekend semua.
Siapa yang memasak jangan senyum sorang-sorang pulak teringat entry ni.hihihi.



p/s: Patutla pisau kat umah tu tumpul semua sebab semua guna buat kopek bawang kot.hahaha.
Autopublish!







Mengidam Durian Crepe!

Assalamualaikum...





Selamat Hujung Minggu!
Durian Crepe ni memang dah jadi satu fenomena kan.Diriku tersangatlah ingin untuk merasa Durian Crepe ni.Siapalah tahu area Petaling Jaya ni ada jual Durian Crepe ek?Tak pon area Kuala Lumpur (Sungai Besi ke).Tak nak jauh-jauh nak pergi pick up yer.Jenuh gak la sebab naik motor je kot.hahaha.

Orang cakap Durian Crepe ni sedap.Korang pernah makan?Memang sedap sangat ea?Tak sabar ye nak mencari Durian Crepe ni.!

Ada sesiapa tahu kat area Petaling Jaya ni yang ada jual Durian Crepe.Tolong bagi info siapa,di mana dan cara untuk menghubungi ea.hihihi.

^___^

p/s: Nak jugak Durian Crepe Hijau!
Autopublish!




Hantaran Bakal Cikgu!

Assalamualaikum...


[google]


Mohon jangan salah tafsir wahai bakal-bakal guru sekalian.
Bergurau untuk mengingatkan!


Hantaran buat bakal cikgu bukanlah semua macam tu kan?Semua tu ikut kehendak pasangan itu sendiri.Kalau yang melibatkan keluarga, tak salah kalau dibawa berbincang semua tu.Kita yang menghadapi kehidupan selepas kahwin kan?Mereka hanya risau akan nama baik.Bila pandai mengatur,pasti boleh jadi teratur.Hantaran itu pon sebenarnya untuk majlis kan.Ikutlah kemampuan bila minta hantaran tu.Kata orang beringat-ingat sikit.

Siapa pon kita,keberkatan itu yang patut kita carik.
Bukan hanya peringatan buat mereka tetapi buat kalian semua yang bakal mendirikan rumah tangga.



p/s: Nasiblah lelaki!hahaha.
Autopublish!









Sabar Itu Indah!

Assalamualaikum...




Siapa kata orang yang kuat menumbuk dan menerajang orang itu adalah kuat?
Orang yang sebegitulah yang sebenarnya paling lemah.


Kesabaran itu indah.
Kekuatan seseorang itu adalah bila dia mampu mengawal amarahnya.
Moga menjadi Muslimin yang penyabar yer!
^____^





Suami,Kaulah Pembimbingku!

Assalamualaikum...



Dalam hati ini memang rasa sangat tak sabar untuk melakukannya.
In Shaa Allah..
Semoga aku diberi peluang untuk bersama-sama pembimbingku melakukannya.
Melakukan aktiviti membaca dan memahami Kitab Allah.


Mengumpul pahala bersama.
Mengejar Jannah bersama.
Mencari keberkatan Allah bersama.
Kau lah yang akan sentisa membimbing.
Suamiku...


Kerana engkau seorang suami yang akan membimbingku di dunia ini.
Semoga engkau tidak pernah jemu untuk bersamaku.
^______^






p/s: Best yer kawen!






Ciri-Ciri Suami Yang Baik

Assalamualaikum...


[google]


Bila membuat keputusan berumahtangga, pastinya sebagai seorang perempuan mengidamkan ciri-ciri suami yang dapat membimbing kita dunia akhirat.Ciri-ciri suami yang baik pastinya membolehkan hati seorang isteri itu menjadi tenang dan bahagia bila berada di sisinya.

Kat sini aku nak kongsikanlah sedikit Ciri-ciri suami yang terbaik menurut Ustaz Azhar Idrus

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehem. Ramainya kawan laki kat opis. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam, tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain.
Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Pergi ke masjid, paling kurang pun dalam sehari tu 2 kali pada waktu Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
16. Jenis senyum sokmo.



Yang last tu paling aku suka.Senyum itu boleh jadi ubat paling bagus tau.Cubalah praktikkan.Mesti segala masalah dapat diselesaikan bila kita boleh hadapinya dengan sebuah ketenangan.Sebagai seorang ketua keluarga ciri-ciri suami yang inilah paling utama.Jadi senyum selalu!
^____^








Hadiah Daripada Blogger!

Assalamualaikum...


Siapa cakap berblog tak best?!Kalau korang jadi budak degil macam aku yang selalu nak datang blog orang pastu komen-komen pon boleh dapat hadiah tau.hahahaha.Terima kasih aku nak cakapkan kat Blogger Kak Ina dan Blogger Pink Ummi atas pemberian ini.Harap tak menyesal la nak bagi lagi.opsss!Gurau je.hihihi.




Blogger Kak Ina bagi keronsang.Cantik!
Tak pernah ada keronsang yang macam ni.Sangat berbesar hati bila dapat!
Mekaseh Kak Ina.
Kak Ina ni baru dapat baby baru tau.Siapa-siapa bakal ibu nak tahu apa-apa cerita boleh tengok tempat Kak Ina.



Blogger Pink Ummi bagi key chain.Suke!
Nanti boleh tambah koleksi key chain kat purse!
Semua key chain aku dapat memang letak kat situ.Boleh hari-hari tengok gan ingat.
Pink Ummi suka berkongsi.Tak rugi kalau kenal-kenal gan Pink Ummi.


^____^



Siapakah Blogger Ayut?!

Assalamualaikum...


Tajuk tak nak kalah kan atas tu.Budget popular la kan orang nak carik nama tu kat Google.Perasan!Kata orang tak kenal maka tak cinta.Pada aku,nak kenal boleh tapi nak bercinta memang tak dapat nak menolongnya.Siapa pernah nampak ayat ni?hahaha.Kalau pernah nampak memang korang dah explore blog aku la jawab ye.Blogger ayut.Akula tu.Kenal ke dengan blogger Ayut.Ntah.haha.

Menjawab tentang Blogger Ayut.

Nama Manja aku Ayut.Sebab tu bila aku buat blog ni memang aku guna nama Ayut tu.Jadilah Blogger Ayut.Tapi masalahnya, aku ni bila berborak akan tetiba guna nama sebenar aku.Loser.hahaha.Nama dah banyak memang macam tu la jadinya.Ayu adalah kata akar di dalam rumah.Ayut muncul bila dibelenggu rakan-rakan di sekolah.Melekat dan merebak akhirnya dipakai sehingga sekarang tidak kira di rumah atau rakan-rakan.Itulah Blogger Ayut!



Blogger Ayut memang penggemar hijau.Baju Hijau,Tudung Hijau,Tempat duduk Hijau.Kalau boleh semua yang nak beli memang semua Baju Hijau tu cantik!
*Ada jugak lagi gambar tunang tema hijau ni*
En B sampai bosan dengan warna hijau.hahaha.


Blogger Ayut.Seorang yang fikir mudah.Simple.Orang tak nak tolong buat sendiri.Orang bising kita ikutkan.Tu aku.Lagi, aku memang malas nak fikir mengenai orang sangat melainkan orang tu sendiri mintak tolong dengan aku.Kalau ada pape yang tak sedap hati atau mata,memang tegur tetap tegur tapi sekali jela.Aku ni mulut memang cakap lepas bila tak puas hati tapi hati tak sampai pon macam apa dicakapkan.hihihi.Maknanya ayat kat atas blog tu memang tu la aku.Blogger Ayut.Jangan takut sebab memang tak amek tahu sangat pasal kamu-kamu.Kalau amek tahu pon sebab suka-suka je.Borak-borak kosong la katakan.ok?

Blog macam diari bagi insan bergelar Blogger Ayut.Aku kadang-kadang lebih suka bagi pendapat aku.Aku kongsi isu dan korang pon mesti ada pendapat sendiri kan.Memang pusing-pusing apa aku kongsi banyak ye aku bagi pandangan aku sendiri.Aku ni memang jenis tak kisah sampai ada orang yang berbunyi depan aku sendiri baru aku selidik setiap perkara.Aku suka dengan orang cakap depan-depan sebab aku macam tu.Lagipon aku jenis tak simpan dalam hati.Tu sebab jadinya ayat Itu kamu bukan Aku.Sebab tu kalau blog ni macam bosan,minta maaf la awal-awal.hihihi.


Satu sikap Blogger Ayut :
Memang suka terlibat dengan orang ramai (suka bersosial). Sosial baiklah tapinya.Kawan sana sini.

Satu masalah Blogger Ayut :
Terlalu fikir baik jer.Payah nak bersangka buruk.


Blogger Ayut berbaju hijau memang seorang pemalu!
hahahaha


Tu jela basic pasal Blogger Ayut merangkap owner Blog AkuAyut ni.Korang jangan la cakap aku syok sendiri.hahaha.Anggap satu informasi jela ea bila nak berkawan dengan aku ni.Kadang-kadang tahu sikit-sikit pasal seseorang tu lebih mudah nak berkawan kan?Tapi tidak semua orang boleh terima siapa kita dan juga sebaliknya.Lumrah berkawan.Sedangkan adik-beradik boleh bertekak,inikan pula kawan yang berbeza depan,belakang,kiri dan kanan.kan?




Selamat berkawan!
^___^




p/s: Motif letak gambar tunang tema hijau??kenangan!













Blog kena Review..Kelebihan?

Assalamualaikum...





Mula-mula sekali aku nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab sudi review blog AkuAyut :Itu kamu bukan aku ni.Seronok baca bila ada orang review pasal blog kita ni.Sebelum ni ada jugak Blogger-bloger lain yang review tapi takla sampai jadi satu entry.Terima kasih daun keladi ye.Lain kali review la lagi blogger-blogger sekalian.hahaha.Pada aku,bila satu blog tu kena review, trafik boleh meningkat tau.Best apa.Lagi-lagi kalau blog review dibuat oleh blogger-blogger yang popular dan yang ramai follower.Lepas tu bila adanya review blog ni korang akan tahu apa patut korang perbaiki dan apa kehendak readers korang.Lagi-lagi kalau yang review blog adalah blogger-blogger otai.Blogger yang dah bertahun-tahun dalam dunia blog.Betul kan?


Sebenarnya blog aku direview disebabkan aku join segmen.Apa aku suka pasal segmen ni sebab tak payah kena buat entry.hahaha.Kan senang tu namanya.Komen je dah kena review blog kita.Segmen Blog Review ni dianjurkan oleh Careno ataupon Abah Akiff.Segmen yang yang dinamakan Segmen:Tolong Kutuk Kow2 Blog Saya dimulakan 20 November 2012.Tamat tempoh untuk Review Blog ni aku tak nampak pulak ada tulis.So,boleh la terasa nak kena review dan tengok kesannya, joinkan diri anda.Promosi jap.hihihi.


Dalam Review Blog aku tu Abah Akiff ada tanya-tanya jugak. Persoalan yang timbul membuatkan diri rasa nak menjawab (gedik).hahaha.Nanti aku buat entry la senang (boleh ea?).Korang setuju ke tak setuju apa yang Abah Akiff ni review blog aku,Jom Baca!Ada lagi tak blogger yang nak review blog aku ni ek?hihihi.



p/s: tak pasal-pasal ada idea buat entry.hihihi ^__^





|| PrayForGaza || - Rentetan Peristiwa di Palestin

Assalamualaikum...


Setiap ceruk aku pergi mesti ada cerita pasal kekejaman zionis terhadap penduduk Gaza di Palestine.Aku mencari-cari punca utama segala ini bermula.Bagaimanakah pencabulan hak asasi ini tercetus sehingga saat ini beribu-ribu telah terkorban.Sehingga saat ini terlampau ramai wanita dan kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa.

Menyingkap mengenai bermulanya kekejaman zionis di bumi Palestine sebenarnya bukan pendek rentetan sejarahnya.Aku membaca.Aku terkesima dengan apa yang telah berlaku selama sejarah ini bermula.Kejam.Aku yang tidak berada di dalam suasana kekejaman zionis tetap merasa takut, inikan pula saudara kita yang berada di tempat kejadian.PrayForGaza!




Rentetan sejarah tercipta bermula 28 September 2000.Memikirkan bahawa Gaza adalah kubu kuat bagi kepimpinan HAMAS,rejim zionis mengisytiharkan untuk melakukan sekatan.Pergolakan FATAH (Mahmoud Abbas-dilihat banyak bersekongkol dengan zionis) dan HAMAS (pimpinan yang memperjuangkan hak Palestine) serta campur tangan negara seangkatan zionis telah mencetuskan pelbagai rancangan dan tindakan bagi menjatuhkan dan menghapuskan kerajaan HAMAS yang telah dipilih oleh Rakyat Palestine bagi mempertahankan hak serta mengembalikan tanah air mereka.Hak Mereka!

Kenapa FATAH-HAMAS? Pengiktirafan FATAH terhadap Israel dan HAMAS pula sama sekali tidak mengiktiraf kewujudan Israel.Fahami Mengapa!


Awal 2008 bermulalah segala serangan berdarah.Dengan rancangan yang direncana,tercetuslah rentetan peristiwa dengan melibatkan ramai orang yang tidak bersalah terkorban dan ramainya kehilangan ahli keluarga,tempat tinggal,makanan dan segala keperluan sehingga kini serangan besar-besaran terhadap Gaza.PrayForGaza!


Mungkin ada lagi informasi yang lebih tepat.Namun pada aku,aku mulai faham bagaimana ini semua bermula.Sebenarnya memang inilah yang zionis mahukan.Setelah dendam dan kuasa yang diinginkan tersimpan sekian lama.Keinginan membina "Haikal Sulaiman" di runtuhan Masjid Al-Aqsa dan membina pusat pimpinan zionis antarabangsa adalah yang seterusnya.Gaza adalah permulaan bagi mereka.Ya Allah, Selamatkanlah Bumi Palestine!


Kenyataan.Serangan berdarah sedang melanda di Bumi Gaza.Fakta.Mereka adalah saudara-saudara kita.Sedih.Doalah senjata kami buat saudara-saudara di sana.Kekuatan.Memohon perlindungan Allah buat saudarasaudara seagama kita di sana.Amin.




Walaupun informasi yang ada adalah isu lama,namun di situlah wujudnya pemahaman kenapa ini semua terjadi.Wujudnya pemahaman, apakah sebenarnya yang diperjuangkan.Fahami bukan mengadili.




p/s: Blog ni ada UPDATE  mengenai Serangan Di Gaza.





Masker Shiseido!

Assalamualaikum...



Gambar ni sebenarnya Masker Shiseido yang aku beli baru-baru ni.Aku pon dah bagitahu kan tadi pagi aku beli kat mane.Mahluk hitam yang aku cakap tu mestilah aku sebab Shiseido Black Mask ni kalau pakai kat muka memang warnanya hitam.Masker Shiseido ni jenis Peel Off tau.1 paket boleh guna untuk 1 muka.Kalau terasa nak pakai bahagian hidung je,lebihan tu boleh disimpan dalam bekas.

Tujuan penggunaan Masker Shiseido ni adalah untuk mengeluarkan Balckhead/Whitehead di muka.Selain daripada fungsi itu Masker Shiseido dapat menyerap segala lebihan minyak di muka dan mengecilkan liang roma.

[google]


Mengikut pengalaman aku yang dah gunakan Masker Shiseido ni semalam memang adalah kelainannya dengan masker lain.Kulit muka rasa lebih ringan dan tidak berminyak.Pagi-pagi muka ala-ala kapas lembut gitu kan.hahaha.Untuk Blackhead/Whitehead memang Masker Shiseido dapat tarik keluar.Puas Hati kalau tengok.Aku tak dapat amik gambar sebab kameranya takde kat rumah.Tapi yang aku rasa tak best pakai Masker Shiseido ni adalah nanti akan terasa sakit sampai nak menangis masa nak menarik bila dah kering.


Cara pakai Masker Shiseido ni macam biasa: Basuh muka, Oleskan Masker ke seluruh bahagian muka/bahagian hidung (aku guna jari je tepek kat muka), Tunggu sehingga kering (30/35 minit - lama sungguh Masker Shiseido ni nak kering), Tarik dari bawah ke atas bila dah kering. Bila ada lebihan masker dimuka cucilah muka dengan air biasa.
#Kalau terasa nak basuh dulu muka dengan air suam pon digalakkan bagi membolehkan liang-liang pori terbuka sebelum pakai Masker Shiseido ni.



Mencuba sesuatu apa salahnya kan.Nanti bila dah tahu boleh kongsi-kongsikan.
Selamat Mencuba!
^___^



Wordless Wednesday (26) !!Mahluk Hitam!!

Assalamualaikum...




4 pcs = RM10

Segmen Follow Sampai Pengsan

Assalamualaikum...


Tengahari sudah.So,bila tengah-tengah hari ni sebelum balik rumah angkat baju nak la join segmen follow sampai pengsan yang dianjurkan Princess1405 ni.

Lama dah aku tak terlibat dengan segmen-segmen untuk tambah follower ni.Aku pon jenis payah nak bagi komitmen kadang-kadang bila join segmen.Kena tengok keadan yang free baru syok nak terjah sana-sini.Leh jugak tambah kenalan kan?Tengok banner segmen ni comel je gitu.Aku pon join la!




See?Comel kan banner Segmen ni?

Dalam segmen ni,penganjur target untuk tambah kenalan di samping mengenali sekali kenalan baru tu.Ha...dua dalam satu la kiranya segmen ni.Jom nak memenuhi segala keperluan Segmen Follow sampai Pengsan ni.

Nama Manja: Ayut
Tarikh Lahir: 15 Disember 19** (korang dah nak bulan 12 dah ni!hahaha :p)
Asal: Kelahiran Ayer Hitam,Johor.

Sekarang follower ada seramai 335.
Agak-agak bertambah berapa banyak ek nanti?hihihi..
Jom kita kenal-kenal!
Nak join klik banner yer
^____^


Tamat Tempoh: Belum ditentukan





Tips memilih Warna Tudung

Assalamualaikum...


Setiap hari aku pon berhadapan dengan benda ni.Kadang-kadang kita pakai baju sama selang 2 minggu tapi takkan nak pakai tudung yang sama jugak.Betul kan?Complicated!hahaha.Tak kisahla.Sebenarnya bila menyentuh bab personaliti dan penampilan kita kena bijak untuk memilih.Suai padan!Tadi terjumpa tips yang dikongsikan Tudung yang Terbaik dari Ladang ni.Mungkin bagi orang yang mementingkan gaya dan fesyen, pemilihan fabrik dan warna memang amat penting (tidak pada aku kerana aku seorang yang simple).


Kulit sawo matang
Warna-warna hijau dan kuning atau terbitan daripada keduanya akan membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan menaikkan seri wajah anda.

Kulit kuning langsat
Gayakan tudung berwarna biru, ungu violet dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Sementara tudung berwarna hijau dan kuning harus dielakkan supaya tidak kelihatan kusam dan kurang bermaya.

Kulit putih
Pakailah tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu, merah hati atau merah gelap akan membuatkan anda kelihatan pucat.
 
 
 
Bergaya untuk mengelak diri daripada nampak pucat dan tidak bermaya adalah tidak salah bila bekerja.Penampilan kita juga kadang-kadang adalah untuk menjaga etika dan nama baik syarikat jugak bukan? Namun biarlah berpada agar nanti tidaklah orang cakap "tersalah event"!hihi.



Selamat berkerja semua.
^____^







Kecemerlangan yang tertangguh!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah akhirnya hari ini semua calon-calon UPSR 2012 telah mengambil keputusan peperiksaan mereka.TAHNIAH kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A dan kepada yang tidak mendapat 5A jangan terlalu bersedih.Itu adalah kecemerlangan yang tertangguh!

UPSR 5A [google]

Teringat kisah dulu,sewaktu diri ini mengambil keputusan dan melihat kertas slip keputusan peperiksaan....hanya satu perasaan..Nostalgik!

Aku juga ada anak sedara yang mengambil keputusan UPSR hari ini,Qistina.Seorang perempuan yang dipanggil Eby.Kuat bermain Facebook.Pantang kena tegur.hahaha.Bukan nak mengaibkan tetapi adalah satu kenyataan.Dengan nada yang sederhana aku bertanyakan keputusan dia.Dia memberitahu yang dia dapat 2A 3B.Aku terus mengatakan Tahniah kepadanya.Dia gelak.Dia bersuara.Macam tu pon boleh ke cik?Aku nyatakan.Sepatutnya tidak tapi itulah usaha Eby dan itulah keputusannya.



!!TAHNIAH!!



Satu ungkapan yang bukan hanya diungkap bila mencipta sebuah kejayaan.Kadang-kadang ucapan itu tanpa sedar telah memberikan semangat kepada sesiapa yang mendengar.Bukan menipu mereka untuk berasa gembira tapi sekadar mahu memberi sokongan atas setiap apa yang telah mereka lakukan.Aku yakin.Kerana aku juga pernah merasa.Memang benar 5A pastinya mereka berbangga.Namun bukan hanya hari ini sahaja penentuan sesebuah kejayaan.Budak-budak sekarang tidak sama seperti kanak-kanak dahulu.Lebih banyak lagi ilmu yang mereka pelajari sebenarnya secara tidak langsung bagi seseorang yang berfikir.Kecemerlangan yang tertangguh itu pasti berbayar satu hari nanti.Pasti.

Siapa kita untuk tidak pernah merasa sedih.Biarlah kesedihan itu berpada.Setiap keputusan adalah apa yang telah kamu usahakan.Jangan mengharap 'Flying colors' tapi usaha Colors Flying (tiada arah dan tujuan).Patutkah?!Jangan salahkan sesiapa,tapi lihat cermin pandang diri.Salah Sendiri!Apa yang pasti itulah keputusannya.Termaktub hanya atas kertas.Kenyataan.Namun,apakah yang termaktub dalam kehidupan sebenarnya.Rahsia.Hanya Allah sebaik perancang.Usaha.



Kepada calon UPSR yang telah berjaya dengan keputusan masing-masing.Teruskanlah berusahalah.Have another 5 years to go!




Kenape Gambar Akaun Nuffnang ni?

Assalamualaikum...




Gambar akaun Nuffnang aku jadi macam gambar yang dapat dilihat di atas itu.Hilang sudah gambar comelku.Opss!Lepas tu nak tukar nape button ye tak boleh nak di tekan.Aku dah klik-klik tak boleh jugak.Eh?!Pelik sungguh.Nak kata line internet lambat,berbulan jugak macamni.Aku salah tekan ke apa ye?



Aku yang tak boleh nak paham ke ada masalah di mana-mana?
Korang punya akaun jadi macam aku ke tak ek?
Pelik!




Pilihan dalam Diri!

Assalamualaikum...




Setiap hari kita mesti perlu berhadapan dengan pilihan.Macam gambar menentukan pilihan arah kat atas tu.Banyak cabang pilihan yang ada dihadapan kita.Kadang-kadang mahu ataupun tidak, kita tetap perlu memilih.Memilih apa yang terbaik.Memilih apa yang dapat membantu.Memilih sesuatu untuk kepuasan diri.Memilih sesuatu tanpa perlu menyendiri.Kadang-kadang sekecil-kecil keadaan juga melibatkan pemilihan.Setiap malam pasti akan kena membuat pilihan, baju apa nak pakai pergi kerja esok.Setiap pagi lipstick warna apa nak pakai pergi kerja(kalau ada banyakla..hihi).Memilih kasut apa yang sesuai ke tempat kerja harini.

Kadang-kadang kita memulakan kehidupan kita dengan sangat kompleks.Pelik.Seolah tak logik!Namun, memang begitulah kehidupan yang sentiasa wujudnya pilihan.Setiap manusia di anugerahkan akal fikiran untuk digunakan.Buatlah pilihan yang terbaik.Daripada sekecil perkara sehinggalah sebesar-besar permasalahan.Bermula yang kecillah akan timbulnya perkara yang besar.Fikir-fikirkan.Memang Islam tidak pernah menyempitkan,tapi hanya pilihan kita untuk difikirkan.


Happy Monday everyone!
^___^




Afiq Hakim Ahmad!

Assalamualaikum...


Nak dimulakan ceritanya,aku ni bolehlah dikategorikan sebagai salah seorang penyokong kuat Akim (perasan jap!).Tapi keseronokkan aku adalah sewaktu Akim ni dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) tu.Aku dulu waktu tu still belajar kot tak salah,siap join group chatting Akim AF7.Sampai sekarang tetap ikut perkembangan dia walaupun tidak sekerap sebelum ni kerana kengkangan kerja.Not sure kenapa aku boleh ala-ala die hard fan Akim ni.Apa yang pasti aku suka dengar dia nyanyi.Aku suka semangat dia untuk cuba lakukan sesuatu sehabis baik.

Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim @ Akim AF7.Membesar di Johor Bahru.Seorang anak seni yang dilahirkan daripada rancangan realiti TV Akedemi Fantasia ke-7.Bermula langkah sebagai penyanyi dan kini sebagai penulis lirik serta pelakon.Seorang mesra peminat dan sangat berusaha dalam mengecapi kejaaannya kini.




Daya Cinta-Akim
New song in his new album!
All the best Akim Ahmad!
As one of the community Gerakan Penokong Afiq Hakim (GAFIM), I will support your carrier.
Tapi jangan nakal-nakal yer.hahaha.



p/s:autopublish! :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...