Followerku..

Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Tahniah buat kamu,Sahabat!

Assalamualaikum...

Lepas lebih kurang 10kali tulis padam tulis padam akhirnya aku dapatla jugak siapkan entri untuk kawan aku sorang ni. Alhamdulillah the closed one kawan aku dah selamat menjadi isteri 26.12.2015. Hari kahwin kitorang sama pada bulan Disember :)


Barakallahulakuma...
Moga Allah sentiasa merahmati kalian berdua.
Jangan gaduh je lagi lepas ni.hahaha.Apa pon,moga korang sentiasa berkasih sayang hingga Syurga..amin..


Jangan tanya kenapa aku jadi pengapit ea..pergi tanya pengantin tu apesal aku sebelah dia.adoiiii.

Bridal dia: Firmah Bridal
Photographer dia: Hatta Awang photography
*tapi semua gambar dalam ni bukan dari official photographer yer :p ni unofficial my husband and family :)

Dua benda ni macam nak gila aku layan budak ni untuk menyakinkan pilihan dia tu yang terbaik. Takut tak sudah.hahaha.

Bajuku disponsor oleh pengantin.sekian.hahaha.

Memori waktu aku ko dah rasa. Memori waktu ko kahwin pon aku dah rasa. Kenangan terindah la gamaknya gitu.
Tahniah!!! ^^

Last....


Sekali dia suruh dengan suami aku pengapit bidang terjun belah sambut menantu! 
Ok..kitorang memang okje.hahaha.
Baliknya aku dengan husband dating tempat terpatrinya luahan ikhlas sang suami..ahaks!

Ok...tu je nak kongsi.Majlis kahwin kawan baik aku dunia akhirat,susah senang..insya Allah.






Bila tempat kerja Shutdown!

Assalamualaikum...

Bersiaran waktu petang pulak harini. Kebetulan tadi ramai pelanggan dan dalam pukul 4.30 petang,drama pon bermula.

Hujan sangat lebat dan kilat kuat tiba-tiba 'pangggg'!!! Shutdown semua. Bau hangit menjelma. Yeayyy!! Operation off.


Tetapi.....
Rugi besar..
Harap maklum.

As a worker makan gaji
Wefie la kami di luar.
Aku pon leader x leader.
Jom gambar!


Jangan tanya kenapa aku gelap sebab aku pon pelik apesal aku gelap.
Stress!!!





Majlis Tunang yg Simple!

Assalamualaikum. ..

Ehem...! Terasa diri rajin pulak nak update blog kan? Takpela. Bukan selalu nak rajin pon kan. Ada cerita nak story bolehla kita kongsikan. Haaa...Siapa kat sini nak tunang?ke Nikah ke...?


Sabtu lepas kawan aku yang terbaik dan terjahat dengan aku tunang.hahaha. Alhamdulillah. Ko dah tunang pon mak cik!! Tahniah dan semoga teruslah tabah untuk korang berdua ke peringkat seterusnya. Selesai ucapan untuk ko ea :)

Nak cerita mini pelamin tunang kawan aku ni. Haaaa...cantik!! Simple + Terbaik! Mini pelamin buat sendiri ni je. Tabir putih, lampu pendaflour warna biru dua, bunga dan vase akhir sekali bantal. Siap! Mini pelamin yang simple sangat. Mini pelamin simple memang tak payah nak material penuh mana pon. Nama pon Mini Pelamin kan :)


Ni la mini pelamin yang aku perkatakan simple lagi cantik tu. :)

Masih mencari idea untuk Mini Pelamin. Mini pelamin kawan aku yang simple ni korang bolehla ikut. Terasa suci je duk kat pelamin tu.hahahaha. ok. Perasan!

Less is more ye buat B2B sekalian.
Rindu nak cantik-cantik balik. Boleh gitu?? Menangis!


Pertemuan Kawan Lama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkesempatan lagi nak update blog.heeee.Update memang agak senangla sekarang tapi blogwalking ye tetap jugak kena tunggu hujung minggu.huhu.Jenuh gak tu.Hujung minggu punya kerja.hihihi :)

Cerita pasal kawan lama ni.Sebenarnya tak lama mana pon.Ni kawan masa belajar dekat Universiti je.Last jumpe masa Convocation je kot tahun 2010.2 tahun lebih borak kat telefon je akhirnya dapat jugak jumpa.hihihi.Dah duduk Johor adalah peluang yer.

Siti Norazizah

Kawan bergaduh, kawan mengadu, kawan bergosip, kawan ketawa dan jugak kawan bersedih.Lagi-lagi masa belajar dulu. :) Pertemuan di Awal Muharram.Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin dapat terus berkekalan.Moga kita sama-sama berjaya dunia akhirat yer kak.Amin.Moga persiapan akak untuk bersama yang tersayang jugak dipermudahkan. :) Lama menanti dah kan.hihi ; p

Kawan, walau jauh mana sekali pon kalau memang kawan dari hati pasti takkan hilang.Insya Allah.


# cerita pizza akan datang ea.hihi
# sekarang mungkin tengah jumpa photographer kot. :)









WW #71: Terima Kasih,Kawan..

Assalamualaikum....




T____T



Promote Blog kat China

Assalamualaikum...


Kesinambungan daripada chatting bersama orang kat China la ni. Si Coco ni beria benor la nak tengok muka bulat aku ni kan. Dah Facebook kat China takde katanya,budget konon nak la promote blog sekali.hahaha.Budget sungguh ko ayut!Pastu dah siap bagi link blog http://akuayut.blogspot.com bagai ni.Last-last aku jugak kecewa.Tak dapat nak promote blog kat China.hahaha ^^



Writing pon tonggang-terbalik.Past tense dengan present tense pon berterabur.Ampun Cikgu Englishku.hahaha.Belajar Bahasa Inggeris harap je berpuluh tahun,hebat tak jugak.huhuhu.So, daripada conversation atas tu,si Coco ni sedih la tak boleh bukak blog aku dan melihat muka bulat ku ini.hahaha. Sorry la ye Coco.Maybe next time.Takpun you bagitahulah kerajaan you suruh bagi masuk Facebook.Eh?Boleh ke? :p



Nak tahu apa yang popular kat China boleh klik gambar conversation kedua tu.Kang aku tepek gambar besar-besar loading korang lamabt la pulak :p Tapi aku ada kemusykilan.Kenapa kat China blogspot tak boleh bukak?Ye ke?Blogspot kan under google kan?Kan3x????Ke aku salah?Kalau blogspot under google ni tak boleh bukak,diorang cari maklumat kat internet pakai apa ek?Yahoo kah?ke apakah?hahaha.Rupanya lain negara,lain browser yang digunakan. I baru tahu you! :p Cetek sungguh ilmu kamu ayut.Adehhh =.="




Facebook in China

Assalamualaikum...


Selamat petang semua.Good evening! ^^
Sekarang aku nak share dengan korang tentang Negara China lagi.
Sebelum ni ada share pasal winter kat China.

Berurusan dengan supplier dari sana,sesekali aku borak-borakla dengan diorang.
Konon nak improve oh my English la sekali kan :p
Tadi baru je chatting dengan Coco Xie dari China.Nak tahu apa aku tanya?



Kalau ada yang dapat baca conversation atas tu akan namapak dia cakap
"no facebook in China"
Ha....means it is true.
Tiada Facebook kat China.

Kat Malaysia?
Pagi, petang,siang dan malam Facebook kot.
So?
Boleh je sosial tanpa Facebook.eh?
hahahaha :p

Kawen2x: Yusrafizah dan Pasangan..

Assalamualaikum...


Selamat Pagi semua!Harini mungkin ada orang baru masuk.
Aku kena ajarla rang ni dulu.
Diri ini kan tinggal seminggu je masa kat sini.Kenalah turunkan segala ilmu kan orang baru.

Ok.Ni nak share majlis kahwin kawan.
Majlis ni berlangsung awal bulan 3 haritu.hihihi.Opps!Entry terperam sudah ^^
Ni kawan masa sekolah rendah dulu.Lama gak sebenarnya tak contact-contact gan dia.
Setelah terpisah,waktu majlis ni la aku baru jumpe semula.

Moga Allah sentiasa memberkati pasangan ini.amin...


pelamin

us + pelamin

us + pelamin + bride

aku + bride! ^^
Si Yus ni memang kecik molek je badan yer.Jangan compare gan muka bulat aku tau :p

Overall!

Pengantin pakai dress yang meleret tu.Suka dress warna purple tu.Cantik!
Akhir sekali sebelum balik ke Kuala Lumpur semula,pekena kejap Cendol dengan ABC.
Kitorang lepak-lepak jap dekat Pekan Ayer Hitam.Mengimbau kenangan zaman kegemilangan sekolah dulu kala jap.hihihi ^^

2013 dan Pengakhiran cuti di kampung!!

Assalamualaikum...


Lama jugak tak menaip kat blog ni.Sepi memanjang.Entry 1st untuk 2013 pon bagi gambar jer.hihihi.Tak nak mengecewakan diri sendiri,entry kedua ni rajinkanlah diri untuk menekan huruf-huruf di keyboard ni.Kepada pengunjung blog aku, Selamat Tahun Baru 2013! masih belum terlambat kan?Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelmunya dalam setiap perkara yang kita lakukan.Amin.

*******

Ni kisah sebelum balik KL haritu.Sempat la attend Majlis kahwin kawan ni.Dalam sepanjang aku attend majlis kahwin kawan,ni la 1st tempat yang aku betul-betul tak ingat nak amik gambar dengan pengantin.Padahal aku berdepan dah dengan pengantin tu.Mungkin satu sebab kawan aku yang jadi pengantin tu lelaki.Bukan yang pengantin perempuannya.Apa pendapat korang kalau benda ni jadi kat korang.Adakah boleh diterima sebab yang aku bagi atas ni?hohoho.Terasa macam,"Ko dah kenapa Ayut???"


Apapon,Semoga terus berbahagia buat
Mohammad Effendy bin Selar dan pasangan,Ezan.
Sorry beb,aku lupa nak amik gambar ko gan wife walaupun aku cakap sebelum ni aku nak gambar paling esklusif gan korang.huhuhu.

Aku dengan pelamin je ada -_-"


Lepas tu...
Aku bagi hadiah kat pengantin 2 buah buku.Tajuknya ingat-ingat lupa.Tips Rumahtangga gan maybe Indahnya Malam Pengantin kot.hahaha.Serius tak ingat banyak benda bila nak abis cuti ni.Gambar buku pon lupa lagi nak amik.Melampau kan?Tapi yang pasti,kalau aku dah ke kedai buku,mesti aku pon nak rembat gak buku.mmmm..Sabar jela.Masalahnya,kakak aku pon nak join rembat 1 buku gak.Ceh!Suruh belanja plak tu.Yela...amikla.Tak kisah pon.huhuhu.Ni la hasil rembatan yang telah aku lakukan.Moga dijadikan manfaat untuk diri sendiri dan jugak yang lain.Nanti leh share ilmu bersama ^^


Habis cuti aku untuk 2012 (walaupun ada lagi sehari).
Sekarang masuk tahun 2013 dah.Aku pon macam biasa je kot.
Nak letak azam,aku sekarang ni hari-hari berazam.Cane tu?hahaha.Tapi 1 jela sekarang yang aku fokus,Majlis Perkahwinan yang bakal aku lakukan.Moga segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan.Moga murahlah rezeki aku dan pasangan dalam menghadapi hari-hari bersejarah.Amin.





Wordless Wednesday (33) !!Dulu berdua,sekarang Bertiga!!

Assalamualaikum...



Oopet,Bebear gan Bear
^____^

Spontaneous Thursday !!Andai kau Kawan!!

Assalamualaikum...






"Kalau betul kau kawan,
Apa pon orang cakap pasal aku,
Pasti kau tetap akan datang pada aku.
Walaupun bukan untuk mendapat kebenaran,tapi kau datang untuk meneman"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...