Followerku..

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Assalamualaikum....



Hari ini hari Khamis
Tarikh ye 31 Mei 2012
Apa ada dengan hari ini?
Selain daripada Ina Naim dapat baby?
hihihi

Ok,Hari ini adalah
Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Bila sebut tembakau tidak lain tidak bukan mestilah sentuh pasal
ROKOK
Anda merokok?
Anda pasti tahu bahaya yer!

[pic source:Mr google]

Dialog pagi hari:
Aku: .....B,hari ni hari tanpa tembakau sedunia tau...
Kamu:....Oh ye ke syg :) Nanti pergi kerja baik-baik ea...

"Oh..wahai my b.
Sungguh sadis kamu membalas sebegitu.
cakap lain pergi ke lain
Kita nak bagi hint kat dia pasal rokok ada je melencong yer.
hahahaha
Gitu je balas yer.Sungguh tak patut kamu!
Cepuk kang baru tau.
Selamat sayang.hahaha.gelak lg!"




 Tidak mengapa
Paksaan akan menghasilkan satu pemberontakkan
Bagi hint cikit-cikit tu,kira ok la. :)





Menurut Aziah, NHMS 2006 melaporkan daripada 2.7 juta perokok pasif di Malaysia yang berumur dari 18 tahun ke atas, 24 peratus terdiri daripada golongan wanita. [petikan:Kosmo!online,31 Mei 2012]
Kepada wanita(terutama diriku) take note please :)







Tips: Orang lelaki memang tak boleh dipaksa-paksa,
nanti lagilah dia tak mahu ikut! :p





*My b tengah berusaha untuk mengurangkan tabiat dia yang satu ni.Doakan yang terbaik untuk dia ye.semoga dapat dikurangkan takpun berhenti terus.amin..I'm proud with your effort,b.Teruskan ok! :)

Baby oh Baby!!

Assalamualaikum...

Terlewat pulak hari ni kuar cite yer. Berjalan-jalan dulu memang jadi lambat la kot jawabnya. Tengok-tengok dulu info terkini.Berita tengok-tengok cikit. Selak-selak cikit. Bukan selak kain/baju. Selak suratkhabar. Ha...fikir lain je kan.Nak kena puk ni fikir bukan-bukan.hihihi :p

Selak punya selak(padahal tengok online kot!) jumpe ni!


Tapi carik punye carik takde la picture anak perempuan ye.
Kecik lagi kot.Ok la tu.Ina dah 3 anak.Tahniah buat Ina Naim dan suami,Suhaimi!

Mawi pulak?
Siapa tahu cepat jawab..!


tu dia..Cahaya Malaika! :)
Tu la dia puteri kesayangan Mawi dan Ekin.Insya Allah,murah rezeki dapat la lagi kawan untuk Cahaya Malaika soon :) Anak mawi ni dah besar jugak.Baru-baru ni mereka ada buat majlis aqiqah untuk Cahaya Malaika ni.Boleh tgk lagi kat sini.Be a good girl k!


Boleh jadi geng la anak Mawi gan anak Ina.Anak Mawi jadi kakak ye!
Leh pegi shopping sama-sama! :)

Sape lagi..??

Tomok la kan..Cerita penuh kat sini.
Tahniah buat Tomok dan isteri,Ayu..!

ni baby boy tomok! :)

Anak tomok leh jadi bodyguard dua anak dara atas tu nanti ye.hihihi :p

Alhamdulillah.Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah ye kamu semua :)
Kepada yang menanti kehadiran baby di luar sana,semoga dimurahkan rezekinya.Sampai masa,pasti ada untuk kamu semua!
Ayut mendoakan kalian menjadi ibubapa dan bakal ibubapa yang berjaya ok!
Amin



I love baby..!

Mengapa?

Assalamualaikum...





Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan







Mengapa?

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER

Assalamualaikum...




Ayut nak menyibuk dalam bloglist En Amer ni...
Bagi bulan June..
Korang nak tak??
Alang-alang dah nak menjengah-jengah ke tempat orang..
Nak gak try duduk lepak kat bloglist En Amer ni
Saya nak duduk kat tempat En Amer yer
best jugak nak menambah kenalan.
Mekaseh
(macam dah penuhi syarat je nak letak2)
hihihi :)






p/s:jadi tak banner tu sebenarnya pergi ke link?try je ni..

Dikala kehujanan

Assalamualaikum....

Fuhhh..selamat dah sampai ofis.
Hujan sudah...
Apa ada dalam hujan?
Kata orang bila hujan ada ketenangan.
Kata orang bila hujan ada kedinginan.
Kata orang bila hujan best kalau tido!
hahahaha..
Macam-macam bila hujan ni...

Tapi
Kadang-kadang bila hujan tu
Terasa sunyi dan sepi.
Seolah-olah alam menjadi peneman hati yang dalam kesedihan
Pernah rasa tak?
(hihihi..layan perasan ok!)



Dikala hujan
Semua penghuni alam terasa kedamaian..
Alhamdulillah
Bersyukur di atas nikmat-Mu
Ya Allah

Apa ada dengan persahabatan? (2) !!Stars!!

Assalamualaikum...


Kadang-kadang aku selalu terlupa...
Yang sebenarnya..
Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu sahabat..
Aku tidak mahukan apa-apa darimu..
Percayalah..

Namun
Aku jua terlupa..
Aku seperti insan biasa
Yang mana punya hati dan perasaan
Punya kesabaran
Yang pastinya terlalu rapuh

Kini
Hanya keranamu sahabat
Aku dilanda kesedihan
Aku menangis lagi keranamu
Kerana apa yang aku inginkan
Sehingga kita tidak bertamu

Ungkapan terima kasih darimu,sayang
Walaupun bukan dengan terang-terangan
Berikanlah secara kiasan
Adakah terlalu besar permintaan ku ini?
Adakah aku bersalah untuk sebuah perkataan itu?


Kadang-kadang..
Dengan sahabat
Aku dilanda kesakitan
Bukan kesakitan yang nyata
Tapi kesakitan yang tidak terucap
dan tidak terlihat


harap aku mampu being like a star for u!
[source pic:Mr Google]



Mekaseh..!

Erti Sebuah Pernikahan

Assalamualaikum...

Entry pasal kahwin lagi.Maknanya apa tu ek??Abaikan apa maksudnya.Tumpukan kepada isinya.hahahaha.Ok.Seriusye aku nak cakap kat cini,sangat ramai kawan-kawan aku menamatkan zaman bujang mereka.Yang bakal menamatkan zaman bujang ye pon ramai jugak.Alhamdulillah.Sempurna sebahagian iman kawan-kawanku.Insya Alalh.Oleh kerana benda ni dekat sangat dengan diri aku,nak tak nak aku selalu jugak terfikir.lalalala :p


Penikahan

Lafaz Nikah
"Aku terima nikah si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."

Sah!
Sape dah pernah menyebut,merasa,mendengar ayat di atas angkat kaki..hihihi
Tahukah kita??

Erti Tersirat
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya,apa sahaja dosa yang dia buat(dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya) aku tanggung dan bukan lagi ibubapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku.Kalau gagal,maka aku fasik,dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku"




Korang cemas tak ??
Apa pon.Aku doakan semuanya baik-baik je ok!
Ingat janji Allah.Ingat taklik yang dibuat waktu nikah.
Risau but semua masalah mesti ada penyelesaiannya!
Jika sekadar risau namun tiada belajar ke arah untuk sebuah perubahan
Itu adalah hanya sekadar perbuatan yang sia-sia..
Be positive semua!


Jom kawen!!
(eh..tetibe :p)
Jom beramal...!! :)
Insya Allah.
Peringatan kepada diri dan juga kita-kita...



Mekaseh..!

Apa ada dengan hari Sabtu??

Assalamualaikum....

Hahaha..Tajuk aku tak boleh blah..
Yang ni memang betul-betul perkongsian semata yer..
Nak bagi pengetahuan pon mungkin boleh buat macam ni kot!

"Sesungguhnya Allah menjadikan setiap insan itu indah dan cantik.Bersyukurlah!"

me & my friends: Yana!
Yana,
kau dan aku
apa pon yang terjadi
aku mendoakan kebahagiaan kau
sehingga akhirnya!



Kau bakal bersama dia
Jagalah dia
Peliharalah dia
Kerana dia
Kebahagian kau dunia akhirat.
Insya Allah



Mekaseh...!

Berkawan biar beribu.......

Assalamualaikum....


Sila sambung ayat di atas.....
hehehe


berkawan biar beribu berkahwin biar satu


Walaupun boleh 4 tapi utamakan yang satu tu dulu…
Macam ne nak buat ni…
Makin di tangguh aku yang lenguh,,,
Makin ditunda aku nanti yang teraba-raba..
Nak diredah, nanti aku yang menggelabah..
Nak diterus,takut aku yang tak terurus..

Takut pulak bila sampai masa, terlepas dari genggaman
Dan bila usaha dah dilakukan, 
Yang tinggal hanya kenangan
Time tu ler frust tak memasal
Dah macam orang lupa usul-asal

Ya Tuhan
Beri aku kekuatan
Untuk menghadap hari-hari di hadapan
Agar aku tidak tersalah haluan....




catatan: luahan hati insan seorang lelaki..
[26 Julai 2009]


Kata Aku:  Bukan senang unuk seseorang itu membuat sesuatu keputusan.Berbaliklah kepada yang basic.
Apa yang basic tu??It is Allah and yourself.
Be strong.
Everything have their risk.
Once you make up your mind.
Be confident.
and
Dont forget Allah is always with you!

Insya Allah..
Moga kita ingat bersama :)



Makna malam....

Assalamualaikum...

Ketika diri keletihan di siang hari
Di kala malam waktu bermanja diri...
Di kala malam jualah waktu untuk mengenal diri...
Sesungguhnya malam adalah masa mencari erti 
Erti harga sebuah kehidupan yang hakiki
Ha...
betul tak??


Oleh kerana harini dan dikala malam ini
Aku nak balik kampung dengan hari-hari yang memenatkan di hujung minggu
Meh aku tepek cikit cite sebelum berangakat..

Semalam ada entry benda ni kan??
Hari ni makne ye..
Adalah benda ni
ok..ikan tak nampak!hahaha
Asam pedas ikan merah...
Nak makan masa on the way ni..
Tu masuk mangkuk sudah!
Cara ayut masak campak-campak je..nak tau lebih lanjut leh refer cini
Resepi tu panduan je..
Ayut alter jadi resepi ayut sendiri..Dalam gambar tu la hasilnya :)
(sila abaikan McD di belakang itu)
Korang ada yang terliur tak??
Ala...
kalau tak,tak berjaya la Ayut maknanya..
hahahaha

Sebelum terlupa..
Kan kawan Ayut tunang kan??
Ingat lagi tak yang ni
Ha...bile member buat majlis..haruslah memberi..
Nak bagi hati kawan kita gembira
Tak salah kan menggembirakan orang lain??
Ayut dengan kawan bagi kat bawah ni buat hantaran

ni belum cantik lg.. :)
Ayut tempah kat cini
Sedap..
Nak tahu apa tu macaron pon Kak Awin ni ada tulis...
Nanti leh la bagi kat insan-insan tersayang
(yang pasti kalau ada kencing manis jangan makan banyak-banyak ea)
My b dah dapat 1 bekas!yeay!!hihihi


Ok..Doakan Ayut selamat sampai kampung ye!
Menanti My b dengan penuh sabar..
Harap perjalanan malam ini selamat...
Amin..
Semoga dapatlah mencari makna malam untuk hari ini.






Mekaseh..!



Erti sebuah penantian..

Assalamualaikum....


Ha..amek ko tajuk terbaik dari aku.
Jiwa tengah dilanda ribut memang macam tu la jadinya.hihihi

 
Adanya sebuah penantian..
Pasti menuntut sebuah kesetiaan...
Andai kejujuran menjadi taruhan...
Biarlah masa yang akhirnya menentukan...
Namun aku akan terus memastikan
Diri ini kukuh dengan sebuah kesabaran...




"kata orang kalau sayang ditinggal-tinggalkan..betul ke??"


Penantian
Pasti akhirnya membawa seribu kebahagiaan..
dengan
keizinan daripada-Nya..
Indah bukan percaturan dari-Nya?

 
B,andai diberi kesempatan hari ini..
Akan aku pastikan hari ini
membawa seribu erti..

 

Sudah cukup sudah layan perasaan
Jangan sampai dilanda kealpaan..
Insya Allah..





*Tengah excited untuk bertemu ok!hahaha..*
Semoga selamat semuanya..
(eh..nak jgk same ujung yer)


ari-ari tengok bg sedar akan erti kesabaran
[Sumber Inspirasi: My B,Mohamad Hafizal Zakaria]
*Katun bulat dah kuar stok plak...huhuhu!Biar tak cantik tepek jgk kat cubical ofis :p*
gambar kabur pon layan jela ea :)
 
 
 
 
 
Mekaseh....!


Siapa nak tolong saya..??

assalamualaikum....

mmmmm
dah blur tengok coding-coding bagai...
Blog cantik tak jugak!
hahaha
Sapelah amek programmer field memang terbaik lah!

Korang...

"nak mintak tolong boleh tak??"


Esok nak masak asam pedas ikan pari.Tapi tak tahu nak pilih ikan pari macamane.Takut tersalah pilih.Nanti berbau pulak gan berlendir plak.Cane ek?
Ke ada tips or cara-cara terbaik untuk masak ikan pari ni??





*My b..nape la kamu mintak benda ni* 

Birthday Owner Cik Azizah's Blog

Assalamualaikum...

Tajuk tu aku tengok macam skema gila.Jijah tak kesah kot pasal tajuk.Kan Jijah kan???

24 May 2012
bersamaan
3 Rejab 1433

Alhamdulillah..Cik Puan Azizah diberi peluang untuk terus bersama dengan aku dan kita-kita sekalian.
Korang kenal tak Cik Puan Azizah ni??
Bak kata Shida,memang dia ni lah pegang title raja pecut blog :)
Tak nak cakap panjang-panjang sebab ni hari istimewa si Jijah...
Nah untuk Jijah dari Ayut
(orang kedua bagi inspirasi ayut conteng kertas dapat katun bulat ni.hihihi)



walaupun tak cantik nk bg jugak! :p
Conteng-conteng kertas jadila macam tu.
Tulisan ikhlas dari hati memang tak cantik!Hahahaha..
If u smile Jijah right now,Ayut dah happy kan Jijah la makne ye kan time birthday.Yeay!
dari pagi fikir idea apa nak buat Jijah happy -_-"


Marilah sama-sama doakan Cik Puan Azizah kita berbahagia dan dikuatkan semangat (husband jauh ni) dalam menjalani kehidupan beliau.Amin..


Andai hari esok...

Assalamualaikum...


"andai esok hari adalah hari yang terakhir,maafkanlah aku pada hari ini"





Siapalah aku untuk mengatakan tidak....

Mekaseh...! 

MasterChef Selebriti..!

Assalamualaikum..

Dapur berasap tak berasap??
Dapur aku kalau berasap pon dengan isi-isinya sekali berasap!


Bolehlah pasni layan  MasterChef Selebriti kat Astro Ria(Saluran 104)
Melibatkan 15 selebriti Malaysia
dan
telah membuat pengambaran 27 Mac 2012 yang lepas.
Tayangan bermula 26 Mei 2012 ni
(ujung minggu ni ke??ala..tgh buzy la!)
Kita-kita (aku je kot -_-" ) kan suke jer ada yg popular-popular ni..
Di samping belajar,leh tengok gelagat diorang ni..
Sumber inspirasi!
hahaha...takde makna ye!

sumber gambar:carian google
[sumber: Abg Nara & mediahiburan]

Kalau lah ada MasterChef Blogger...
hahahaha..
Ramai je kan blogger-blogger yang arif memasak ni
Macam-macam ada.
(selalu tengok resepi kat situ)
Laparlah pulak rase -_-"


 
*Dengar kat radio tadi pagi Chef Wan nak bukak restoran kat Singapore sebab member dia suruh.Seronok gak bila pandai masak memasak ni.Pasang impian la jap.hihihi :)
Mekaseh...!

Senyum...!

Assalamualaikum....


(pic asal: carian google)



Rakan-rakan sekalian...


 :)





Pesanan penaja:
Blog aku akan direview...
Apa-apa hal aku senyum dulu..
hahahaha
review bebaik ea

Pergi blog dia..
merah semerah yer
seangkatan dengan....


 


*masalah kalau tak review sebelum post -_-" Update saje keje ye!

Apa ada dengan malam??

Assalamualaikum...

Menjawab pertanyaan soalan di atas..
Salah satu apa yang ada dikala waktu malam
kita namakan dia sebagai

Pasar Malam

Malam ni ada keropok lekor goreng..!
Sedap ok!
(bagi orang yang lapar)

boleh beli kat pasar seksyen 17,PJ ; RM1 = 7 keping
same tak harga dengan tempat korang???


Jemput makan
Untuk info: Seksyen 17,Petaling Jaya
                  Setiap hari selasa adalah pasar malam

Terlepas pandang
Belakang air tembikai
1 cawan = RM1

Dapur ayut tak berasap malam ni...Harap maklum..hehehe :)


Mekaseh...!

Part 2-Lesen P aku..!!


Assalamualaikum.....


Akhirnya..setelah agak lame berhutang dengan sekalian readers.Macam la ramai pembaca blog ni.Adehh -_-" takpelah..hope 1 hari nanti jadilah ramai kan??Tak gitu?? :) Okla.Terus masuk kelas,meh kite belajar,macam mane nak amek lesen.Ni based on pengalaman diri yang tak seberapa nak reti bawak kete ni ye!Secara ringkas ye korang semua boleh refer mind map bawah ni.Selebihnya aku terang cikit-cikit ye.

contoh yer!


Pembayaran
Kebiasaannya,setiap tempat tidak akan mengenakan pembayaran full.Bayaran beransur pasti akan dikenakan.Based on pengalaman aku,1st payment je dyorang mintak.Selebihnya tu kalau dh lepas ujian nak dapatkan L baru bayar.Pastu lagi satu bayaran bila korang betul-betul dah lepas JPJ nak buat lesen P.Tapi kalau kat sini,korang tak nak teruskan amek lesen P boleh je.Bayar sampai amek lesen L je.Dyorang tak main desak-desak suruh bayar pon.Bayaran selain daripada tu akan dikenakan jika korang FAIL dalam mane-mane ujian (jangan gagal ye..sayang duit) Best jugak SDC ni..! :)

Kelas
Base on mind map tu,aku kena pergi ke kelas yang sepanjang sehari tu.Kelas tu di panggil KPP kelas.Buku teks yer gambar bawah tu.Dalam 1 hari korang kena khatamkan buku tu.Nasibla sape yang tetido tu ye.Normally cekgu-cekgu yang handle kelas ni kompem pandai buat lawak punye.So,jangan risau ok!
Lepas tu,ada lagi satu kelas maintanance or praktikal sebelum dyorang bagi lesen L.Time ni,korang 1st time la bawak motor dan kete kat situ.Kalau tempat lain,yang ni tak tahu la ada ke tak.
jawab semua soalan dalam ni kompem lepas
khatamkan jugak buku ni yer!
Ujian
Ha..Benda ni senang je ok!hahaha.Ok.Untuk Ujian komputer,korang buat je 500 soalan dalam buku atas tu.Kompem korang lepas.Kat SDC ni markah lepas 42/50.AKu dapat....45/50.Ok la tu kan?? :p  Lagi satu ialah Ujian JPJ.Yang ni pandai-pandai ea.Korang kan dah datang latihan,pasti boleh punye.Untuk motor dan kete kat cini kena lepas 16/20 then syarat untuk motor:
                                  -Tidak jatuh
                                  -Tidak langgar benteng/kon
                                  -Meniti atas titi lebih 7saat
Latihan
Tang benda ni aku datang untuk kete 10jam tepat-tepat.hahaha.Tak confident nak awalkan.Kat tempat lain aku tak sure berapa jam.Tapi aku rase lebih kurang je.Untuk motor pulak,ikut suka la nak datang berape jam ok!Time latihan ni,buat betul-betul.Sebab korang pergi ni berbayar tau.Korang tak paham,direct je taye cekgu korang tu.Borak-borak je dengan cekgu tu.Ape nak dikesah..
Aku rase cukup dah panjang kelas aku arini.Kang terang semua cini,tak laku pengusaha kelas memandu kat luar tu.hahaha.Motifff sgt!!Mesti penat nak bace kan?Tak kisahla..
I concerned..I care..then I share.
All the best kepada sesiapa yang nak amik lesen ye! :)




Pukul 5..!!Jom balik kite merempittt!!hahahaha :p



Mekaseh..!

Apa ada dengan sebuah Persahabatan?

Assalamualaikum.....

Tak dinafikan selagi kita bergelar manusia biasa,pastinya kita akan mempunyai teman.Betulkan??Setiap manusia berbeza-beza.Namun kerana perbezaan itu,wujud suatu ikatan.Betul jugakkan??Pada aku pandangan orang berbeza-beza tentang "apa ada dengan persahabatan".Seriously aku seorang yang sangat suka berkawan.Aku juga sangat suka untuk menjadi kawan.Anda suka berkawan dengan saya??(skema gile ayat!)

Selari dengan hadis Rasullah S.A.W yang bermaksud,
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya,oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.."
[H.R Abu Daud]

Besarkan peranan seorang kawan?

Terima kasih kawan atas segalanya
Dirimu terlalu besar ertinya padaku
Kehadiranmu
Membibitkan perjalanan sejrah besar dalam hidupku
Kenangan bersama
Tidak mampu ditukar ganti
Denganmu
Aku menangis
Denganmu
Aku ketawa
Denganmu
Aku terluka
Denganmu jua
Aku mengadu hiba
Sahabat
Bukan masa pengukur ikatan kita
Bukan ruang yang mengukuhkan kita
Namun
Dengan keihklasan dan kejujuranmu
Dengan sokongan dan kekuatan yang engkau berikan
Aku akan terus sentiasa di sisimu
Setiap perkenalan
Setiap perhubungan
Setiap teguran
Hanya terima kasih dan doa sebagai balasan


Kepada semua rakan-rakan sekalian,aku sangat menghargai kehadiranmu.Aku tidak pasti sampai bila perhubungan ini.Namun,aku harapkan biarlah hubungan ini membawa kita bersama ke jalan yang membawa seribu keberkatan,kebaikan dan kegembiraan! (terharu and sayu kot!adehhh)

Siti Isriyana Binti Rahim & Rohaizaniza Binti Darnoh


My b,Mohamad Hafizal


Rakan Sekolah



Rakan Universiti sekalian



Rakan Blogger & Readers!




Thanks for the wonderful moments!



*Sangat tidak best bile photoscape dan adope photoshop ku tidak boleh digunakan -_-" .Gambar sangat tak cun.hahaha*



Mekaseh..!

Apa ada kat dapur malam ni??

Assalamualaikum...

Malam ni...
Dapur Ayut telah berasap ok!
hahahaha...
Yes..!!Ayut sudah semakin rajin!


Apa yang ada ye kat dapur Ayut malamni???

memang patut pon berasap -_-"
Selamat menjamu selera,semua!
Makan apa yang ada..
Setiap makanan itu rezeki untuk kita :)
Jemput makan...


"Wahai sekalian Manusia,makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik......"
[Surah Al-Baqarah,2: 168]


Mekaseh...!


Di Sebalik Adam Fahim

Assalamualaikum...

Akhirnya..Aku dapat keluarkan jua SIAPA ITU ADAM FAHIM.Fuhhh..Lega rasa dapat buat entry ni.hahaha.Sudah Ayut..ko memang bermasalah sebenarnya!

Tanggal 15.05.2012 bersamaan 23 Jamadil Akhir 1433,lahirlah seorang putera kesayangan ibu dan ayah ke dunia yang fana ini.Alhamdulillah.

Baby Boy
Berat: 2.029kg (kecik je baby ni)
Waktu: Malam (tak ingat pukul berapa -_-")
Nama diberi: Adam Fahim (Adam-nama Nabi Adam[teladan] , Fahim-Yang memahami/Rajin belajar/Pintar)

Untuk pengetahuan rakan-rakanku..




Adam Fahim adalah ..................... anak saudara Ayut ke: 17.Wah ramainya anak sedaraku.Anak Ayut berape ramai??oh tidak!hahahaha

Ibu dan ayah Adam (selingan)

Adam Fahim :)

Sebenarnya baby ni kepunyaan abang dan kakak iparku.Bukan Ayut punya!!Ayut belum berkahwin (Status:Bujang but not available.hahaha)Tahun lepas diorang kawen.Tahun ni dapat baby sudah.Ok la tu kan?? :p Raye tahun ni diorang dah ada penambahan family.Wah sangat excited untuk diriku berhari raya.Bertambah lagi ahli dalam Family ku.Selamat Datang,Adam.hihihi.
Hari ke-4 lepas bersalin tu,akak iparku cakap baby kena juandice.Cian Adam.Adam kena duk bawah lampu.Sepatutnya,hari ke-4(Sabtu) ni la si Adam ni kuar.Aku pergilah menemankan si abangku ini melawat baby pada hari tu.Sempat lagi ok aku mengambil gambar.hahaha :)

samapai je terus amek ni :p
Bila baby kena tahan,mak-mak sekali la kena tahan ye.Sebab ye,nak kurangkan juandice si baby ni kena bagi susu ibu dengan kena letak bawah lampu tu.(salah tolong betulkan ea..mekaseh) Tapi,ketahuilah wahai rakan-rakan perempuanku sekalian,tidak semua ibu-ibu yang telah bersalin terutama yang first baby dengan mudahnya dapat mengeluarkan susu.Patutla susu ibu itu sangat berharga dan banyak khasiatnya. -_-" 
Adam duk bawah lampu :(
Punye la besar dy pakaikan spek -_-"
Bila tengok Ibu Adam gan Adam,adehhh..Sakit,penant,tekanan,sedih dan macam-macam lagi la perasaan bila jadi seorang ibu ni.Lagi-lagi untuk anak pertama.Tersedar seketika.Terdetik dalam hati ini,sesungguhnya Allah itu sangat adil.Allah memartabatkan seorang ibu itu lebih dari segalanya.Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.Besar sebenarnya pengorbanan ibu.

Firman Allah bermaksud: "Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: 'Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil' "
[Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24]

Tambahan info yang aku rembat dari hospital kelmarin.hahaha.Benda ni aku tengok-tengok sebab tunggu masa untuk melawat.Abang aku je diorang bagi masuk.Terpaksalah aku membawa diri dengan tengok benda-benda ni.Sangat berinformasi ok!(penat diorang tampal,bace ok!macam ads dr nuffnang je men tepek-tepek :p )



Walaupun dah nak abis bulan Mei baru tau -_-"
Komunikasi tidak terhad kepada bercakap sahaja!
Hargailah suara anda! :)























Mekaseh...!

Bajet Perkahwinan..

Assalamualaikum...

Wah tajuk post kali ni memang sangat mendebarkan.hahaha.Kadang-kadang tajuk je lebih.Isi ye tak ke mana pon.Macam tu jugak.Kahwin ye bila pon tak tahu plak.Apa-apa pon,marilah sama-sama mendoakan Ayut agar perjalanan untuk bersama dengan my b,dipermudahkan.Amin... (mekaseh :) ) Pepagi aku cite pasal kahwen.Nampak sangat terlebih excited.Lagipon kan ujung minggu lepas baru tengok baby.Sangat membantu diri untuk terlebih excited.hahaha.cukup aku buat surat cinta pepanjang.Ni aku nak cite benda ni.

Majalah Pengantin Keluaran Bulan Jun 2012

cakap dah kan...dh beli :)

Rasanya sepanjang pernah membeli majalah tu,baru kali ni la isinya sangat membantu dalam banyak hal(untuk diriku la).Yang keluaran sebelum ni,baju cantik-cantik + hantaran pon cantik tapi isi plak tak membantu mana.Keluaran Bulan June yang ni baju ada sikit-sikit je yang cun.Tak kisahla.Majalah ni apa yang pasti buat masa sekarang memang menjadi telekan aku.Bukan telek nombor ea.Adehhh.. :)

sumber pic: di sini
Cantik-cantik gambar dalam tu.Pastu cover dia artis Diana Danielle(betul ke eja ni?? -_-").Ada soalan-soalan cepumas yang pihak majalah ajukan kat Diana Danielle ni.Ada bunga tisu macam cik jijah ajar la.hihihi :p

Keluaran Bulan Jun 2012 kali ni cite pasal bajet perkahwinan.Dalam tu siap ada draft list.Kire orang yang agak malas macam diriku ini,selagi takde reference yang hard copy memang tak berjalanla tangan ni nak membuat list.hihihi.


ni yang ada kat dalam tu...ha..baguskan??

Ok.sesiapa yang terasa bakal berkahwin tu.Meh beli majalah untuk bulan June ni.Dah ada list untuk korang jadikan panduan.Tak payah susah-susah dah.Ni dah jadi tukang promote Majalah Pengantin,tak kisah la ea komen sesikit pasal kandungannya kat atas tu (mane tau ada orang dalam majalah tertengok entry ni -_-") Apa sekali pon,Ayut dah beli Majalah atas tu..!!Nak bukti??tu ayut tepek dah gambar kat atas.hahaha (motip sangattt!!)


Mekaseh..!!

Waktu Dhuha...

Assalamualaikum....

Oleh kerana laptopku ditinggal.Tidak dapatlah membuat entry yang melibatkan Adam Fahim.Biarkan dulu menjadi cite draft di blog.hahahaha..Maafla ye kawan-kawan.Tak dapat nak memberikan cite terbaru dan terkini.Pinjam dekstop akak memang macamni la jadinya  -_-"

Apa-apa pun,nasihat pagi hari :)

Ya Allah...

Sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
Kecantikannya, kecantikanMu,
Keindahannya, keindahanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
kekuasaannya, kekuasaanMu
perlindungannya, perlindunganMu.

 
Ya Allah...

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah.

 
Berkat waktu dhuha,
kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku
segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.Setiap yang pergi pasti ada lagi sebuah kelahiran yang mengganti.Kuasa Allah.Perancangan Allah.Tiada siapa yang lebih
 mengetahui melainkan hanya Allah.
 


Mekaseh..!

Adam Fahim..!!

Assalamualaikum....

Selamat Pagi..!
Hari ini nak tengok baby baru..!Tapi baby tengah kuning sekarang.Mak baby je yang sehat dan boleh kuar arini..


Ha.....
Anak sape????
Sape punye anak la tu??
Aku ke??
Eh...bile pulak ayut kawen??
hihihihi...
Next entry ayut jawab yer...


Tang mulut tu sape pernah??baik mengaku :p
 

Mekaseh...!

Jumaat!!

Assalamualaikum...

Ari jumaat memang membuatkan diriku sangat aktif.
Aku sudah penat berdiri dari pagi tadi.
Aku mahu duduk.
Bila dah duduk???
Aku terjahla semua blog orang.
Wuahahaha :)


ha...tembak kang!hihihi :p (pic source:Mr Google)



Mekaseh...!

Special: Universiti Malaysia Pahang

Assalamualaikum...

Direct to the point sebab harini aku perlu bekerja keras menyiapkan keje,apa tajuk tu tulis,tu la nak bagitahu yer.Universiti Malaysia Pahang (UMP) ada buat konvokesyen khas baru-baru ni.Teringat waktu diriku berkonvokesyen tetibe.Ok.sudah cukup sudah pasal itu.Meh ler kite terjah apa yang tetibe UMP buat konvokesyen special benor ye ni.

Oooo...Penganugerahan kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir rupenye.Patutla tetibe ada majlis serba meriah.Sekalung tahniah kepada Tun Mahathir di atas penganugerahan yang diterima.Lebih besar tahniah yer kepada pihak UMP(aku dapat bayangkan dah pihak-pihak belakang tabir tu) kerana akhirnya dapat menganjurkan majlis dengan jayanya(tgk gambar sangat meriah).

love u lah... :)

Nape tetibe UMP plak yang bagi??Ha..Sebenarnya kenapa ea.Okla.Macamni.UMP adalah sebuah universiti teknikal pada dasar ye.Sebelum ni lebih dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknikal Malaysia (KUKTEM).Lepas tu dah di'upgrade' dan banyak jugak yang telah diubah,jadilah Universiti Malaysia Pahang yang mane full Universiti Awam di pantai timur semananjung.Ha..perubahan ni berlaku time aku masuk tahun 2007.Tahun ni la baru universiti ni ada lagu sendiri(base on apa fasilitator ckp time aku orentasi dulu la kan).hihihi.So,bila UMP ni lebih teknikalnya lebih kejuruteraannya,maka UMP berhak la nak menganugerahkan 'Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif Negara' ni.Lebih-lebih lagi,dalam UMP ni ada kos Kejuruteraan Mekanikal dengan subheading ye on Automotif.Dulu time aku masuk ada 4 je major fakulti,sekarang dah banyak benor fakultinya.hihihi.Maju dah UMP sekarang.Alhamdulillah.Lebih lanjut pasal UMP di sini.

lab kesayanganku...huhuhu

Benda ni sebagai satu encouragement for student sebenarnya.Tun Mahathir tu dijadikan tokoh.Boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan sesuatu yang 'out of the box' dalam sesuatu bidang tu.Yela kan Tun Mahathir ni yang lahirkan PROTON.Ala yang proton saga dulu tu tapi sekarang kuar dah PREVE (cantik..but like more my pesona ok!).So,pelajar-pelajar UMP sekalian,buktikan anda boleh!(termasukla Alumni UMP di sini ni -_-") Pastikan orang pernah dengar apa itu UMP yer :)

tu dia..lame boleh tukar baru gitu..hahaha
(pic source: Mr google)

Lebih hebahan pasal Konvokesyen Khas UMP ni,klik sini,sini,sini,dan sini...


Ok.Sudah cukup panjang??Ha..jom buat keje bersama-sama :)

Mekaseh..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...