Followerku..

Luahan or Keluhan

Assalamualaikum...


Hye readers!
Sejak bila aku punya blog jadi bercampur baur kejap speaking london kejap cakap jawa dah ni?Ntah pape je ko ni Ayut. selamat blog kepunyaan sendiri bukan orang lain. Redha jela ye wahai pembaca blog yang setia sekalian. Harini topik aku sendiri tak tahu satu luahan atau keluhan. terima jela apa yang aku tulis ni ea? ^^

11 bulan daripada 2 manusia menjadi 1.Eh??! Bukan. Itu sekadar propa je nak cakap betapa mustahilnya 2 orang manusia nak menjadi seorang la kan. 2 hati nak menjadi 1 hati. Hidup bersama dengan orang asing pada asalnya. Hidup berteraskan kepercayaan dan kejujuran antara satu sama lain. Serius lebih 'complicated' daripada aku belajar add math ataupon belajar 'Material Energy Balance' dulu. Gila susah nak berdepan dengan keadaan ni. Seronok tak kahwin? Soalan cepumas yang aku dah bagi jawapannya dalam ayat kat atas tu ha. ^^



Isu sebenarnya kat bawah ni. Ayat atas tu aku saje je nak bagitau kahwin tu sangat best.haha. Walaupun adakalanya HAHAHA. Adoiyaii. Cerita isu, 'eh, dah ada isi ke?' Oh tidak. Soalan apakah itu? Isi apa? Isi karipap?Pau? or Kuih Ketayap?haha. Sabar jela bila berdepan keadaan macamni. Bukan tak nak. Bukan merancang. Bukan jugak menolak. Allah tahu masa ni masih belum sesuai untuk kami mempunyai permata hati. Tanggungjawab besar kan untuk jadi seorang ibu dan ayah. :)

Korang rasa macamana nak cakap bila orang tanya 'dah ada ke?' Jujurnya kalau aku orang tanya macam tu aku cakap je 'ada dah..isi lemak'.haha. Orang lain sangat teruja agaknya kalau tahu aku ni mengandung kot. *positif kan diri* Ada jugak orang yang sayang aku. Terharu sungguh sayang sekalian. Apa pon, doakanlah yang terbaik buat aku dan suami ye. Kadang-kadang penat jugak nak jawab 'belum ada rezeki lagi.doakanlah ye'.

Boleh tak nak cakap, eerrr....duduk jauh kot tu salah je kira hari. ooppss!

Usaha, Doa dan Tawakal.
Allah sebaik-baik perancang.
^^

Bulan 12 bakal menjelma. 
Sekarang ni hari-hari mengenang kenangan yang lalu. Hari-hari kebahagian bersama suami tersayang. Oh...bahagianya!



10 days challenge: Day10 - 10 Secret

Assalamualaikum...


Woiii...dah habis la cabaran 10 hari!!Tepuk-tepuk tangan kegembiraan. hahahaha. Nampak kan bahagianya aku kalau dah siapkan cabaran. Kalau tak menangis hari-hari teringat blog. ;) Ok. Cerita nak real je aku ni. Menyampah diri sendiri! hoho. Akhirnya sampai la ke topik terakhir. Orang lain dah lama siap cabaran aku je baru nak habis. Nasib ko la blog. ^^

Hari ke 10 kena cerita pasal 10 rahsia. Banyak ye ko nak tahu rahsia aku. Lebih ni.haha. Errr....10 rahsia pasal aku. 10 rahsia pasal Ayut. Apakah?? 10 rahsia kot. Teruja tak nak tahu rahsia?? ;p Jom-jom kita bongkar rahsia bersama jom!

10 rahsia Ayut!

1) Dulu kecik-kecik pernah terhiris jari. Sampai sekarang ada bekas. Tak tahulah mak mertua aku tu perasan tak cacat dah jari menantu dia ni belah kiri sikit waktu sarung cincin tunang dulu tu. hihi. Arwah mak pon tak tahu dulu masa mula-mula kena pisau. Nampak kesan bila dah besar je baru tahu dulu anak dia ni pernah kena pisau. Hebat tak simpan rahsia? ;p

2) Dulu masa sekolah ada 4 orang geng. Mawar.Yana.Yus dan aku.Kitorang ada buku. Dalam buku tu kitorang buat lagu sendiri. Kalau tak lagu pon kitorang akan kutuk member takpon cikgu dalam tu.Ok.nakal. Last sekali aku nampak buku tu waktu sebelum aku pergi Universiti. Aku rasa sekarang kena bakar dah kot bukunya.hahaha.Korang ada tak buku geng korang??



3) Kisah silam dulu pernah 3 kali la kot putus cinta. Eh?Cinta ke? ala...cinta monyet la kan.Siapa tu tak payahla kan letak.hahaha.Lawak!Yang pasti sekarang semua budak-budak tu dah bahagia dengan kehidupan masing-masing termasuklah aku.Alhamdulillah.

4) Waktu sekolah menangah dulu budget ramai peminat. Tak sah kalau setiap malam aku tak kena marah dengan arwah mak abah sebab bergayut lama-lama kat telefon.paling lama pernah gayut mula pukul 8 malam sampai pukul 11 malam.Budak dulu curi line telefon. Tahu kan? I is hot la konon dulu ok. uwekkk!!

5) Saya adalah pelajar terbaik Biologi untuk SPM.ok sekian. Cikgu Kasim u are in my memory always. Selalu dengki kan kalau nak jawab soalan.ok.I paham -_-'

Alamak...apa lagi rahsia ni. sampai nombor 6 terus tak tahu rahsia apa lagi nak bagitahu.

6) Pernah pergi seorang diri ke Ipoh membawa diri tanpa mak abah aku tahu. Waktu ni aku rasa umur 18 tahun kot. Gila sungguh aku. Tapi aku tak ingat pulak aku balik hari kot waktu tu.hahaha. Sengal ko Ayut!

7) Pernah buat kerja bodoh suatu ketika dulu dengan makan panadol 10 biji sekali gus. Korang pernah? Ok.aku bodoh waktu tu. Jangan pernah buat ea. Kesannya korang kalau nampak panadol lepas tu akan rasa nak muntah.muhahaha.

8) Sangat fanatik dengan penyanyi Akim Ahmad dan sangat teruja dulu pernah pergi event dia. Sangat frust bila ada event dia dan aku tidak dibenarkan untuk pergi. Sakit hati!Oh man. Sekarang masih menyokong Akim Ahmad cuma tak la fanatik macam dulu ^^ Akan terus menyokong Akim!! Gafimmers Best! ^^

9) Kuat memberontak. Pernah ada kes permintaan aku orang tentang aku dengan perasaan tak puas hati mengamuk dan akhirnya menangis sendiri.wahahaha. Kenangan! Maafnya abangku sayang. Adikmu ini memang sangat degil Love u ketat-ketat! :)

10) Pernah demam panas waktu awal masuk Universiti dulu. Keluarga aku tak tahu pon aku kena tahan kat KKU waktu tu sehari lebih. Masuk air. Diorang semua tahu aku ok je. Malas nak menyusahkan orang kan. Tanggung jela sendiri.Selamat tak berlarutan.hihi.


Ok dah cukup 10. Rahsia gila yang dulu simpan sorang-sorang je. Sekarang takde dah buat benda gila semua tu. Takde dah sakit atau cari penyakit sendiri. Sekarang dah banyak nak kena fikir. Fikir panjang katanya. Apa pon kenangan itu tetap indahla kan. ^^ Rahsia yang memberi kenangan pahit manis sebuah kehidupan ^^ I Like!


Lagu Mawi ft Hazama - Al Nuura

Assalamualaikum...


Hujung minggu di hari Ahad!
Pagi-pagi aku dah menghadap laptop.Ni la gamaknya kalau aku menikmati cuti yang ada. Mata tu terus je tengok laptop lepas siap dah semua kerja-kerja yang sepatutnya ala-ala surirumah penuh masa gitu kan. heee :) Tujuan utama pagi-pagi buka internet nak cari lagu baru Mawi yang ft Hazama dengan sekali Daly Filsuf tu. Malam tadi aku dengar terus nak cari pastu download la mp3 lagu Al Nuura ni.

Sebelum tu aku nak berkongsi maksud doa Mawi dalam lagu Al-Nuura ni (source)

Allahummaj'al fi qolbi nuuraa (Ya Allah jadikanlah dalam jantungku cahaya)
Wa fi asobi nuura (Dan dalam urat sarafku cahaya)
Wa fi lisani nuuraa (Dan dalam lisanku cahaya)
Waj'al fi nafsi nuura (Dan jadikanlah dalam jiwaku cahaya)
Waj'al lii yau maliqo ika nuura (Dan jadikanlah bagiku pada hari bertemuMu cahaya)


Nak share la kat sini lirik lagu Al-Nuura nyayian Mawi,Hazama dan Daly Filsuf.

Dari dia kita datang
Dari dia kita pergi
Ada bulan ada bintang 
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa 
Kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pon belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

Dari dia kita datang
Dari dia kita pergi
Ada bulan ada bintang 
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa 
Kita pulang

Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu,malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih juga tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini

Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

Dari dia kita datang
Dari dia kita pergi
Ada bulan ada bintang 
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa 
Kita pulang

Allahummaj'al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuura
Wa fi lisani nuuraa
Waj'al fi nafsi nuura
Waj'al lii yau maliqo ika nuura

Dari dia kita datang
Dari dia kita pergi
Ada bulan ada bintang 
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa 
Kita pulang


Video bolehla tengok ramai-ramai di Youtube! ^^



ok..nak keluar tukar minyak hitam kereta.
Moh ler kita ye!
^^





Oh Header bertukarlah!

Assalamualaikum...


Hari ni online lebih sikit depan laptop.Sukanya kita!!hahaha.Whatever! Lama tak upgradekan blog aku ni.Pengisian tu jangan ceritala kan kalau dah header blog tak bertukar lagi la pengisian untuk blog. Tenggelam timbul je.hihihi. Tapi blog ni tetap aku sayang. Ramai aku kenal kawan baru dalam dunia blog ni. Sayang mereka ketat-ketat walaupun lama dah tak bertegur sapa. Alahai.. ^^

Oleh kerana aku terajin lebih harini, aku adalah ura-ura nak ubah header blog. Beria ni tekan sana tekan sini akhirnya baik-baik nak buat satu terjadi dua.ok stress! Apesal boleh jadi dua pulak ni?Kan dah payah nak pilih mana satu nak pakai.hohoho. Korang....tolong boleh? ;)


(1)

(2)

Yeay gambar kahwin!! hahaha *blushing sendiri*

Aku edit header ni pakai photoscape je. Crop sikit.Tambah tulisan sikit. Siap! haha.ok biar aku je yang gelak,korang jangan. Amaran keras! ;p Nak kata tak cantik aku suka je walaupun gambar tu pecah la sikit kan sebab guna jpeg punya format. Tak kisahla yang penting header baru dah ada.

Ok cepat semua. Pilih-pilih. Tolong cepat!! ^^

Kebiasaannya pilihan yang pertama adalah yang terbaik kan?
ke tidak?
Ok....stress!!



Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Assalamualaikum...





Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri-Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-56 pada 22 November 2014 bersamaan 29 Muharram 1436 Hijrah.

Semoga Allah Melanjutkan Usia Tuanku. ^^

Daulat Tuanku.

.........................................................

Congratulations to His Royal Highness the Sultan of Johor,Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, the Sovereign ruler of Johor Darul Ta'zim in conjuction with His Majesty's 56 birthday on November 22nd, 2014 corresponding to 29th Muharram 1436.

Wishing His Majesty sultan Ibrahim a very happy and blessing birthday clebration from Ayut and all Johorean.

Daulat Tuanku.


Harini Cuti Umum bagi negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Petang Ahad, 23 November 2014 (sumber) bermula pukul 3 hingga 5 petang juga akan diadakan minum petang bersama rakyat yang dianjurkan di Dataran Bandaraya,JB. Bolehla sesiapa yang kelapangan untuk minum petang bersama ^^
Moga Allah sentiasa melindungi Johor dan seluruh Malaysia.Amin.


10 days challenge:Day 9-9 Love

Assalamualaikum...


Fuh- fuh...Habuk banyaknya. Ini sangat tak patut wahai Ayut!! Bila lama kita tak menaip atau buat sesuatu kat blog ni mesti mood tu pon hilang. Harini muncul balik sebabnya aku cuti. Cuti hari Sabtu Ahad dan laptop berada di depan mata. Tetiba aku rasa 'eh..bestnya waktu belajar dulu 24jam ada internet pastu hadap laptop'. Oh kenangan!

Entri tertangguh aku dah nak dekat 3 bulan dah ni. Cabaran 10 hari dah nak jadi 90 hari dah.hahahaha. Okla aku nak habiskan jugak cabaran aku ni. Nasibla kalau ada yang dah bosan :p Masuk cabaran yang ke sembilan dah nampaknya. Yesssza! Hari ke 9 kena bagitahu pasal cinta. Banyak ye nak kena cerita sampai 9. Apa je aku nak cerita kalau pasal cinta ni. adoiyaiii. Takpela ye, kerana cabaran akan ku sahut juga hingga ke akhirnya.

Meh sini aku cerita pasal 9 cinta yang aku rasa cinta yang ala-ala berkaitan dengan aku gitu. Kata orang tak kenal tak cinta. Errr...tapi kalau cinta pandang pertama tu tak payah dah la kot kenal-kenal sebab tengok je dah jatuh cinta kan? ;)

Ini 5 cinta yang dekat dengan aku sekarang. Tersangatlah dekat.huhuhu.

1. Cinta keluarga.
2. Cinta suami.                      
3. Cinta pada mahluk Allah terutama kucing-kucing kat rumah aku ni la.
4. Cinta alam sekeliling lagi-lagi kalau balik kampung.Indah je rasa.          
5. Cinta diri sendiri. Semua orang macamni kan? Jadi jagalah pemakanan yang anda ambil.Eh??haha :p

Cinta yang membawa seribu kenangan bagi aku adalah cinta yang kat bawah ni.

6. Cinta alam maya.
    Cinta inilah yang menemukan aku dan suamiku,Mohamad Hafizal. Kalau dulu aku pon tak percaya tapi sebenarnya cinta alam maya bukanlah sesuatu yang mustahil kalau betul-betul ada kejujuran.

7. Cinta jarak jauh.
    ok. Aku nak menangis. Cinta yang sangat menguji aku dan suami pada ketika ini dan mungkin bertahun lagi la kot. Aku sendiri pon jadi macam sangat tertekan bila fikir nak keluar tapi takde kawan. Ada kawan tapi aku kan dah kahwin. ok fine kenapa kalau dah kahwin? Yela. Batas tu banyak kena fikir. Ok cerita lain please!

Bila sebut cinta mesti ada cinta yang sangat kita tak suka kan kalau terjadi? haaa..minta dijauhkanlah dari kita semua cinta yang macamni. Aku memang alergikla kalau cerita pasal 2 cinta kat bawah ni.

8. Cinta 2 darjat
    Oh man! Darjat kita semua samala. Hamba allah di Bumi Allah. Pelakon layar dunia yang allah bagi pinjam seketika nikmatnya. Kan? Apehal nak sampai berdarjat-darjat bagai. Alergik ok!

9. Cinta 3 segi
    Ya Allah. Minta Engkau jauhkanlah ini terjadi kepada aku dan juga semua yang meyanyangi diriku. Amin. Sangat sedih bila terjadi macamni. Perasaan tu rasa macam boleh gila kot. Moga dijauhkanlah.


9 cinta. Siapa cakap cinta itu hanya yang indah je kan? Kalau cerita pasal cinta ni memang susah. Iyalah kalau melibatkan hati dan perasaan mana ada yang senang. Namun, kenalah pandai kawal. Tak semua cinta kita boleh miliki. Tak semua hati kita boleh menangi. Terima jela apa adanya setelah kita berusaha dan tawakal. ^^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...