Followerku..

Kawen2x: Majlis Perkahwinan Aliza & Ammar

Assalamualaikum...

Timbul semula dengan cerita kahwin-kahwin!hihihi ^^
Harini nak kongsikan pasal perkahwinan kawan aku waktu sekolah dulu-dulu.Alhamdulillah selamat dah.Dia ni senang je buat majlis tau.Dia tak buat pon majlis tunang.Lepas tu dia planning untuk kahwin dalam masa 3 bulan je kot.Cepat kan?Aku borak-borak dengan dia pon,dia cakap aku ni nak buat simple-simple jer.Yang penting aku nak nikah.Setel.Simple-simple pon abis banyak gak la dia cakap :p hihihi ^^ Biasala kan kalau nak buat majlis.Simple mana pon memang banyak je keluar ye ^^ Niat sedekah jela kan ^^

Jom layan gambar kitorang!

Kami dengan pengantin!

Kami dengan bakal pengantin selepas ini!

Kami!

Kami lagi!

Ok.Kawan aku yang belakang aku dengan betul-betul depan aku tu dah 10 minggu dengan 5 bulan kalau tak salah mengandung.Sila tengok perot yang 5 bulan tu setoet je membesar ye pon.Memang kurus benor.(Aku dihimpit bakal-bakal ibu????) hihihi ^^ Alhamdulillah.Selesai sudah kawan aku lagi sorang.Teringat lagi waktu nak SPM dulu,kawan aku yang kahwin ni la selalu kejut aku pagi-pagi suruh stay up pastu kawan aku yang kahwin ni jugakla yang ajar aku add math sampai aku pandai.Terima kasih Aliza.Semoga semakin murah rezeki buat kau dan suami yer ^^ amin.

Mengenang kisah lalu...terfikir..semuanya dah berubah :)





Mom to be Kenit!

Assalamualaikum...

Ni kucing betina satu-satunya ada kat rumah aku kat kampung.Dia ni la yang aku marah,yang aku buat main,yang aku sayang, semua dia lah senang cerita ^^ sekarang si Kenit ni tengah bunting.Nak kata bunting pelamin memang tak la.hihihi ^^

Photo: mom to be kenit nak berehat ye...

Kucing ni kalau dia bunting lain macam comel yer tengok badan dia.hahaha.Nampak macam berisi jer.Mungkin kalau orang nampak macam sembap gitu kot :p Tapi si Kenit sebelum ni pernah bunting tapi tak jadi.Anaknya gugur.Kali ni bunting aku selalu cakap kat dia,"Bersedia ye Kenit nak jadi mak" hihihi :p Harap-harap dia boleh set otak dia nak dapat kitten la nanti.hehehe ^^ Kadang-kadang terlebih pulak layan kucing nak buat macam orang =.="


Lagi satu perangai si Kenit ni time bunting mulutnya tu bising jer.Mengiauw tak sudah.hahaha.Nak kata lapar bagi makan tak mahu pon makan.Agaknya nak perhatian kot.Kurang kasih sayang :p Ada macam orang mengandung tak perangai si Kenit ni =.=" Kucing pon dah ala-ala manusia.Janganlah manusia yang ada akal ni pon nak ikut perangai binatang.Tu songsang dah tu namanya =.="

Apa yang pasti layan kucing boleh hilang tekanan.hihihi ^^




WW#66: Musim Buah di Kampung!

Assalamualaikum...


Photo: ni jambu bertih gan rambutan.jap lg pulasan 1bkul hasil tuaian panjat pkok.. :)


Photo: kan dh ckp.sebakul pulasan.my fevret!harus diambil sblm monyet amik semua.. :)j


CPUV ke 23: Escape Teaser

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah.

Walaupun diriku kini tenggelam panjang,masih ada lagi rezeki untuk aku merasa CPUV daripada pihak Nuffnang.Terima kasih Nuffnang dan pihak pengiklanan kerana masih mempercayai dan memilih blog aku yang tak seberapa ni untuk menapakkan iklan CPUV mereka.Tersenyum kejap.huhuhu ^^ Kawan-kawan nanti kalau nak tahu apa la CPUV Escape teaser ni bolehlah klik-klik kalau muncul ye.


Bermula dengan RM0.35.Harap-harap bertambah la banyak-banyak.hihihi ^^

Banyak cerita tergendala.Semakin hari berkurangan pulak masa kat blog.Lagi la nak berjalan-jalan ke blog kawan-kawan.Nanges T.T Rindu la nak baca cerita-cerita korang semua.Aduhhh -.-" Sabar ye kawan-kawan.Nanti aku datang rumah korang baca satu-satu cerita ea :) Insya Allah boleh tambah pengetahuan am nanti ^^ Ni ada kesempatan nak terjah laju-laju la kejap ^^ Jom blogwalking!





WW#65: Keadaan CPUV Terkini

Assalamualaikum...



^____________^


Kitten Oren dan MyB Kesayangan

Assalamualaikum...

Harini dapat berita pasal kitten oren yang dalam jagaan tu.
Ingat lagi tak??
Kitten oren tu dah mati.
Hari Jumaat lepas matinya.


Kitten Oren sebelum ni memang letak kat rumah kampung.Lepas seminggu pindah rumah kakak,Kitten Oren tu pergi meninggalkan kitorang semua.Umurnya tak panjang untuk bersama kita.Mungkin dia baby sanggat kot.Tak cukup kuat untuk survive.Moga Kitten Oren senangla kat 'sana'.

Tinggallah Si kurap.Lupa pulak nak amik gamabr kurap yang terbaru.Kalau tak boleh tepek kat sini ^^ Si kurap dah tukar nama.Namanya sekarang Si Panjang.hihihi.Oleh kerana ekor dia panjang,badan dia panjang pastu muka dia pon ala-ala tak bulat bagi nama dia panjang.Kurapnya dah hilang.Tinggal ada masalah sikit dengan telinga Si panjang ni.Tak terbawa lagi untuk berjumpa Veterinar bagi cucuk.Harap Si panjang mampu bersabar.

Harini jugak aku hantar buat kereta.
Buat balik bonet MyB aku yang cium pagar haritu.huhuhuMenangis jap T.T Nanti dah ok semua aku kongsikan berapa aku melabur untuk kereta MyB tu.Moga-moga tidak berulang lagilah segala masalah yang pernah aku hadapi sebelum ni.Amin.Banyak kisah terlukis dan tercatat dekat kereta MyB ni.Moga dia dapat berkhidmat untuk aku dan En B kesayangan sampai kitorang beranak cucu hendaknya.Amin.


Ujian itu tarbiah daripada Allah.
Kerana Allah sayang pada kitalah Allah uji dengan pelbagai ujian.
Bersabar wahai hati.
Kerana Allah tahu engkau mampu.
Kuatlah wahai diri.
Kerana Allah hanya turunkan sedikit ujian buat engkau berbanding insan lain di luar sana.


Cerita Baju Raya Peplum

Assalamualaikum...

Akhirnya aku telah mempunyai koleksi peplum!
Inilah baju peplum yang pertama aku ada.Aku rasa ntah bila lagi ntah nak ada tambahan koleksi.huhuhu ^^ Baju raya ni pon sehari sebelum raya baru aku beli.Hatinya yang terasa malas nak beraya tu tetiba nampak baju ni terus nak belilah.Aku beli pon kat ekspo Batu Pahat je.Petang-petang jalan lepas balik kerja boleh pulak aku singgah situ ^^

Aku suka tang kain dia.Cuba tengok kain baju tu kan ala-ala kain songket.Serius suker!Memula aku macam tak jadi beli sebab En B kita tu merajuk dengan kita.huhuhu. ^^ Tapi aku nekad nak jugak.Belilah jugak petang tu dengan hanya harga RM70.00. Murah ke mahal ek?? =.=" Pastu En B dah tak majuk dia cakap "Cantik!" hahahaha :p Tu la merajuk lagi :p


Malam raya borak-borak dengan kakak-kakak sibuk aku promote baju peplum ni.Cakap membebel baju yer cantikla.Baju ye okla.Kainnya cantikla.Sampai kakak aku cakap aku poyo.hahahaha :p Sebenarnya excited dapat jumpa baju yang memang aku suka ^^


Aku pakai masa raya pertama.
Amik gambar 1 terus send bagi kat En B.
Tak pernah-pernah memuji,bukan main lagi pagi tu dia puji.hahahaha :D
Terima kasih,dear!

Oleh kerana memula aku target nak berkebaya pagi raya tapi tak dapat,peplum pon jadilah buat pengubat hati.Terasa la jugak sehari tu macam Hari Raya.Mood ye muncul pagi raya dengan suasana anak-anak sedara yang meriah tu kan.


Kisah baju raya peplum.
Tak dinafikan peplum memang best ^^
Siapa yang takde lagi koleksi belilah ea peplum.
Nanti nak cari peplum yang cantik-cantik lagila.


Renungan Yang Jauh

Assalamualaikum...

Sesungguhnya setiap pandangan itu membawa seribu makna dan persoalan.


Tak semua orang boleh menerima cara pandangan kita pada mereka kan?Aku sendiri pon kadang-kadang tak terima orang sibuk-sibuk pandang dengan jeling-jeling aku.hihihi :p Sama je sebenarnya.Apa yang kita tak suka bermakna orang pon tak suka jugak kita buat kat dia.Jadinya kalau nak buat kat orang tu fikir dulu kita ni suka ke tak kalau orang tu buat kat kita benda yang sama dengan apa yang kita nak buat.Berbelit dah ayat ni .hahahahaha :p

Apa tujuan aku sebenarya nak tulis entry ni pon aku tak sure.Apa yang aku tahu sekarang aku memang suka pandang jauh-jauh ala-ala termenung gitu.kalau ada yang tegur,apa yang aku fikirkan mesti aku akan jawab "Entah".Jujur memang aku sendiri tak tahu apa aku fikir.Yang pasti aku suka merenung jauh-jauh dan memerhati.

Mungkin terkenang insan yang jauh.
Mungkin jugak terkenang insan yang telah tiada.
Mungkin jugak tenung tanpa tujuan.
Adakah aku sedang membuang masa? =.="

Takpela.Mencari ketenangan dan kumpul semula semangat atas apa yang telah terjadi.
Berfikir langkah seterusnya untuk melangkah agar tidak jatuh kembali.
Berfikir langkah untuk ke alam perkahwinan yang bakal menjelma pulak nantikan ^^
Be prepare emosi dan mental.
Be prepare fizikal dan kewangan ^^

Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan dan dirahmati.Amin.





Harta Paling Berharga

Assalamualaikum...


Salam Jumaat. ^^

Dalam meniti usia yang semakin bertambah dewasa ni,salah satu benda yang aku perasan adalah semakin berkurangnya orang yang akan sentiasa bersama kita di sisi.Setuju tak?Dalam seharian telefon tu kalau berbunyi boleh dikira berapa kali kecuali kalau orang itu orang penting dalam kerjaya dia tu lainlah kan.Aku maksudkan adalah orang yang selain daripada pasal kerja.Tak ramai kan?

Perasan atau tidak,apabila bertambahnya usia kita akan lebih menghargai KELUARGA kita.Ahli keluarga yang dulunya jarang jumpa,ahli keluarga yang dulunya selalu gaduh.Perasan atau tidak juga,sekarang kalau selain suami/isteri/anak yang kita telefon mesti peringkat seterusnya untuk orang yang kita telefon adalah ahli keluarga.

Nak telefon kawan rapat,mesti fikir budak ni mesti sibuk dengan hal dia sendiri.Lagilah kalau kawan kita tu dah kahwin kan.
Nak telefon kawan pejabat,pon dah sibuk hal sendiri.
Cuba telefon ahli keluarga sendiri,mesti tak seberat nak telefon kawan-kawan.Terus je tekan nombor.Lagi kalau ada adik/kakak yang rapat.

Raya 2013!

Harta paling berharga dalam kehidupan...Keluarga.
Harta yang paling tidak ada gantinya...Keluarga.
Harta yang baik buruk tetap akan diterima...Keluarga.

Setakat sekarang ni aku rasa,telefon aku tu kalau bunyi memang sebab aku la yang bunyikan.Kalau tak memang takla bunyi ye.hahaha ^^ Kalau dulu masa belajar sekolah menengah,telefon rumah pon dibedalnya.Tak berhenti bunyi.Masuk matrik dengan Universiti,lagilah berbunyi-bunyi.Kawannya ada jer.Tapi tu la,harta yang memang takkan hilang dalam kehidupan kita KELUARGA.Selalu je ada ^^ Kan?
Hargailah keluarga terutama Ibubapa kita.Marah-marah diorang pon diorang tetap sayang kita.Tak suka mana pon diorang tetap ada dengan kita.hihihi ^^ Marah tu kan tanda sayang...


Siapa mengalami nasib sama macam diriku ini?Takde orang nak telefon kita *~* huhu ^^


Khamis Yg Spontan: Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum...



Baru berkesempatan nak ucap ni kawan-kawan.
Takpela kan janji ada buat ucapan ^^
*ingat PM apa nak buat-buat ucapan.hahaha :p*


Raya VS Kahwin

Assalamualaikum...


Tajuk entry siap nak ada perlawanan bagai kan.Tak nak mengalah.Menyampah tau ;p Tak tahu nak mula dari mana tapi apa yang aku tahu memang persiapan kahwin semua tergendala.Persiapan raya pon tak berjalan mana.Keputusannya seri! 1-1 hahahaha :p

Persiapan kahwin memang takde update apa-apa pon.Semua sama seperti dulu lagi.Aku berhentikan seketika semua persiapan.Idea apa pon tak datang jadinya memang kena stopla kan :) Nanti kalau buat jugak maknanya memang takkan jadi.Aku ni lain sikit.Kalau mood ye takde memang takkan jadilah benda tu.Daripada nanti aku buat tak cantik,tak jadi baik aku tutup semua kotak yang ada,lepas tu pergi tenangkan hati dan perasaan ^^




Raya tinggal esok je.Raya tu nanti memang apa yang ada jela.Tak tahu nak komen panjang tentang raya ni.Cuma yang aku tahu raya tahun aku memang suka ye satu je.Anak sedara semua balik.haaa...aku cuma sediakan duit raya utk diorang je awal-awal.Selain daripada duit raya diorang aku memang tolak tepi. ^^ Buat kuih pon sebab ada yang nak membuat.Bila ada kawan tu,nak tak nak terbuatlah jugak kan kuih ye ^^

Persiapan korang apa cerita pulak?
Mesti meriah kan ^^ Best yer la tengok persiapan raya orang lain.Meriah!
Kad raya dah pos dah haritu.Tak tah la sempat ke tak sampai sebelum raya ^^
Apa pon semoga semua gembira ye di hari raya nanti ^^




Kisah Seorang Pemegang Lesen P

Assalamualaikum...


Sudah semakin dekat Ramdhan akan meninggalkan kita.Sedih pon ada.mmm...Rasa kejap je dah nak penghujung kan.Semua dah sibuk nak buat persiapan Syawal.Tahun ni aku punya mood raya memang ke lautlah.Satu persiapan untuk diri sendiri langsung takde.Bermula dari baju sampaila ke benda paling remeh.Sampai si En B kita tu pon pelik.'Tak nak raya ke?Tak dengar pon pergi beli baju ke hapa...' mmm...Kalau nak dengar ada beli baju meh la bagi support.Masa tu jugak aku beli terus story kat dia.Baru tahu ^^

Banyak kejadian terjadi semasa Ramadhan tahun ni.Aku pon kadang-kadang sampai down to the earth la.Eh?tu bukan maksudnya lain dah ker?hahaha ^^ Dahla,tak payah sedih sangat nada ye ayut!Kadang-kadang Allah nak uji kesabaran kita kan sewaktu Ramadhan.Takkanla semudah ABC kita mengaku kita hamba Allah tanpa diuji.Ye dak? ^^ Kisah dugaan aku bermula daripada dengan kereta MyB.See?MyB again. =.=" Kena mandi air Yassin lagi MyB ni nampaknya.




Ok.Tak payah cerita dah boleh nampak kan apa jadi?Petang tu jugak aku nangis-nangis.Cakap dengan EnB tak payah cite la.Malas nak cakap gan dia petang tu.Walaupun dia tak marah tapi malas nak cakap gan dia dah masa haritu.Aku langgar bucu pagar.Mungkin pagar tu kecik kot.Dah dekat baru sensor bunyi-bunyi.Aku pon.mmmm.Dah langar pon,tak payah bunyi sangatlah sensor! :p Mungkin aku akan kena buat la kereta MyB ni lepas raya.Sabar ea MyB.nanti aku cantikkan ko semula.Sabar tau.lepaskan raya dulu.(kopak aku!)  Pengajaran yang aku dapat,jangan nak masuk parking sewaktu orang kerajaan sibuk balik kerja.Memang takkan selamat.Yela,aku kan duduk depan hospital.Sekali diorang balik,kereta tak putus.Aku yang dah langgar pagar ni pon diorang tak bagi jalan.Nak je aku bom kereta sorang-sorang tu.Tapi takpelah,Benda dah jadi pon kan ^^



Keduanya pulak,memang Jabatan Pengangkutan Jalan a.k.a JPJ memang sengaja carik pasal gan aku.hahahaha ^^ Ke aku yang salah ;p Paham-paham jela kan surat cinta kat atas tu.Siap dah tertulias terang-teang apa kesalahan aku.Macamana boleh dia tangkap aku sebab dia kata aku langgar lampu merah.Malas nak cakap banyak,bagi jela.Waktu ni pon memang waktu peak hour.Semua orang sibuk balik kerja dan aku masa ni nak balik ke Ayer Hitam.Tengah-tengah penat nak carik gaduh gan aku,Memang malaslah aku layan.Bagi je terus.


Ketiganya pulak,aku ni nak pergila bayar surat cinta yang aku dapat tu.Aku pergi la bagi nombor kereta semua.Sekali pergi periksa.Woiiii...ada tiga saman beb kereta MyB.Tepuk dahi aku kat situ jugak.Apehal ada 3 samapi ni??!!Emosi aku memang terganggu la waktu tu.Memang dugaan sungguhla aku rasa.

Semua duit.Aku rasa macam 'Ya Allah,limpah ruahkan rezeki buat aku atas segala dugaan yang Engkau berikan.' Mood aku ni sampai terbawa-bawa ke raya.Hilang semua apa yang sepatutnya aku buat waktu raya.Memang tak fikir diri sendiri dah raya ni.Fikir rumah,fikir orang lain,fikir kahwin je.Mungkin ada cakap tak la banyak mana kan?Tapi pada aku emosi aku sangat terganggu dengan apa yang terjadi.Hilang kesabaran memang meletop la kau jawab yer. ^^

Bila jadi macamni aku mesti teringat perkara-perkara jahat yang aku pernah buat.Mungkin Allah bayar 'cash' kat aku.Allah itu kan Maha Adil. ^^


Si Kurap dan Kitten Oren dalam Jagaan

Assalamualaikum...

Kita ada Kucing baru!!!


Si kuning/oren ni baru je masuk jagaan dalam minggu terakhir puasa.Tak tahula boleh survive tak sebab dia masih menyusu.Kalau pegang dia ni memang akan menyondol je keje ye carik nenen.Cian dia.Jumpa dia pon kat depan umah.Masa tu pon abang yang jumpa.Mengeow tak berhenti.Sekarang ni bagi susu,suap jela kat mulut dia tu.Harap-harap cepatlah dia ni pandai minum sendiri.Doakan bersama yer kawan-kawan.


]
Ni pulak si kurap yang aku amik daripada staf aku.Dia tak nak dah.Jadinya aku amik la jaga.Tengok muka dia dulu memang kesian la aku tengok.Pastu bising je sebab dia gatal kot ada kurap.Aku dah jaga dia dekat sebulan dah jugak.Nanti aku update muka terbaru dia ea.Dia pon senyap je dah.Tak la sebising dulu.Suka je dia kalau aku mandikan.Mungkin dia dah tahu nanti badan dia tak gatal dah.Aku pon sambil-sambil mandi tu borak-borak je dengan dia ni.Biasala kan.kadang-kadang kita cakap pon lama-lama boleh dengar.Tak paham banyak pon at least dia tahu la kan untuk kebaikan dia jugak ^^


Harapnya dua ekor kucing ni berjaya hidup dengan sihatla yer.Nanti bertambah la family kucing dalam umah aku kat kampung ni ^^
Setakat sampai harini,2 ekor yang memang ada kat umah ni Si Kenit gan Kelabu belum boleh terima 2 ekor kucing baru ni.Tapi takpelah.Mungkin amik masa lagi.Kita tengokkan nanti macamna ye ^^


Reading List Hilang!

Assalamualaikum...


Kadang-kadang aku ni pelik jugak dengan blog aku ni.Aku dah mula perhatikan reading list aku ni start bulan lepas lagi.Aku ingat mungkin komputer punya masalah.Teknologi ni pon kadang-kadang dia pon tergendala seketika kan.Tapi aku tengok-tengok balik, 'eh,memang hilang dah la Reading List blog ni..!' =.="



Ada pulak disuruhnya aku add blog orang lain lagi.Aku rasa aku dah follow blog bermacam-macam kot.Lebih la dari 100++ ke lebih lagi.Tak kisahla yang penting banyak.Ha...acane tu?Memang jawab ye aku akan Blogwalking kat blog-blog yang ada dalam bloglist jela.Tak pon blog-blog yang tinggal komen kat entry aku.Aku bukan tak nak melawat tempat korang semua tau ^^

Mungkin nanti akan datang balik kot list yer.Cuma kena amik masa lagi la.Bila masa ye tu tunggu dan lihat jela maknanya.Adehhh..Sabar jela yer.





Kad Raya daripada Blogger

Assalamualaikum..


Photo: kad raya lagi! :)

Terima kasih bebanyak buat 3 orang blogger ni yer.
Ayut dapat dah kad raya daripada korang!

Lama dah dapatnya tapi baru post.huhuhu ^^ 
Terlambat inform pulak.
Lepasni kad raya ni akan di tayang di ruang tamu sebagai hiasan.Tapi kad raya kak ina akan digunakan semasa membaca buku nanti.hihihi ^^
Terima kasih lagi sekali yer!


Banner Blog Aku!

Assalamualaikum...

Pagi-pagi Sabtu yang tenang aku telah dihiburkan lagi dengan melihat banner blog yang sangat comel!hahahaha ^^ Banner comel tu jangan tanyalah sape punya,mestilah aku punya :p *ok,perasan!* hahaha.Sepanjang aku berblog,sebenarnya tak terfikir pon boleh ada banner blog.Lagipon aku sendiri kurang pasti apa fungsi banner blog.Lagipon aku sekarang ni pon macam tenggelam timbul.Nak la pulak aku mengkaji fungsi banner blog tu.Memang lambatla. ^^

akuayut

Simple je ok!
Aku memang suka benda simple-simple ni. ^^
Tapi memang cute giler aku rasa lukisan tu!
Penaja misteri ni memang bestla ^^

Oleh kerana itu....(wah ayat skema dah kuar) aku suka giler dapat banner blog percuma ni.Macamana aku boleh dapat banner blog percuma ni???Haaa....Jawapannya ada pada entry daripada TIMIZERO ni ^^ Mekaseh bebanyak ea kerana membuatkan diri ini teruja.hihihi ^^ 

Banner ni aku akan letak kat tepi blog aku ni. Jadi,sesiapa nak bertukar banner inform la ea.Nanti aku letakla korang punya banner jugak ^^Tapi nanti kalau blog aku jadi berat bagitahu ea.Aku ni pon kadang-kadang kurang ambil berat jugak pasal loading-loading blog aku ni. ^^ Harini nak balas jejak kawan-kawan.Memang dah lama tunggu masa ni.Tunggu aku datang ye kawan-kawan ^^

*Nape link banner ni tak jadi-jadi nak bagi letak bawah gambar tu T.T*




Hakikat Sebuah Kejayaan

Assalamualaikum...


Perkongsian ni aku wujudkan sebab aku rasa ada betulnya.Tapi sebelum apa-apa aku nak kongsi dulu ayat daripada Surah Mukminun Ayat 115.

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada Kami?

Sewaktu kita belajar,kita selalu nak mencapai kejayaan kan?Tujuan kita nak berjaya...Nak senang "Aku nanti nak dapat hadiah kalau dapat Nombor 1" atau "nanti aku boleh dapat kerja yang baik". Alasan yang selalu dan acap kali diberikan oleh kita termasuk aku sendiri.Kadang-kadang macam menjadi takabbur pulak bila berjaya.Yela kan.Balik kampung,mak cik-mak cik cakap, "si pulan ni belajar bagus..senang la nanti hidup dia.sejuk perut mak dia mengandungkan dia dulu". Bab sejuk perut mak tu memang okla kan. ^^ Membahagiakan ibu kita dengan melihat kejayaan anak ^^ Tak salah semua tu.


Tapi, apa yang membuatkan aku terfikir adalah...TANGGUNGJAWAB ilmu yang kita ada sekarang ni.Semakin tinggi ilmu yang kita pelajari semakin besar tanggungjawab kita untuk menyebarkan ilmu tersebut.Pernah terfikir tak?Siapa cakap belajar tinggi-tinggi ni nanti senang.Sebenarnya bukan makin senang pon.Percayalah.Tanggungjawab ni la nanti akan ditanya kelak.

Kesimpulannya, kalau tahu sesuatu ilmu tu kita sama-sama share ea.Tak rugi tau tapi makin bertambah lagi kebaikan yang kita buat.Tak kisahla perkongsian ilmu tentang apa pon.Bila berkongsi,mesti akan lebih menyeronokkan ^^


Pengolahan daripada artikel Asal: Hakikat Sebuah Kejayaan



Minyak Diesel!

Assalamualaikum...

Sekarang ni isu minyak diesel menjadi-jadi kan?
Oleh kerana aku sekarang terlibat dengan penjualan minyak ni kan,aku dah rasa macam duduk kat tepi highway stesen minyak ni.Padahal highway tu berpuluh-puluh kilometer ok daripada tempat stesen ni.Pengalaman aku jela kan yang duduk menghadap lebih kurang 12 jam kat stesen ni,pantang stok diesel sampai,dah macam pisang goreng panas waktu tak puasa penjualannya.hahahaha^^ Kalau tak di kawal,pasti stock out diesel dah esok harinya.mmm.

Source: Google Image

Semalam jugak ada keluar dalam berita yang ada Hilux diubahsuai sampai boleh muat berpuluh-puluh liter diesel dalam tu.Serius pernah aku hadapi juga benda ni.Dalam berita dah umumkan kan yang mana stesen minyak bagi jualan pada lori-lori seludup terus automatik akan dikenakan tindakan.Fuhhh..memang tepuk dahila semua penyeludup yang ada kan.Mentang-mentang diesel kat Malaysia ni murah berbanding harga diesel negara jiran.Tapi bila dah keluar berita macam tu memang adalah sesuatu yang bagus untuk pengetahuan bersama.Diesel memang sangat terhad sekarang.

Kadang-kadang aku tengok pembawa-pembawa lori kebanyakan semua mengeluh.Sebelum ni kitorang kawal pembelian diesel,semua nak mengamuk.Bila dah keluar berita,kitorang kawal setiap lori hanya boleh buat pembelian diesel hanya RM100 diorang pon dah boleh mula faham.Kan senang kerja kalau macamni.Pasni memang sesiapa naik kenderaan guna diesel memang tangkinya takkan pernah penuhla.hihihi ^^

Sama-samalah kita bertanggungjawab menjaga kelebihan negara yang kita ada.
Malaysia kan aman ^^
kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...