Followerku..

Showing posts with label kucing gemok. Show all posts
Showing posts with label kucing gemok. Show all posts

Si Kurap dan Kitten Oren dalam Jagaan

Assalamualaikum...

Kita ada Kucing baru!!!


Si kuning/oren ni baru je masuk jagaan dalam minggu terakhir puasa.Tak tahula boleh survive tak sebab dia masih menyusu.Kalau pegang dia ni memang akan menyondol je keje ye carik nenen.Cian dia.Jumpa dia pon kat depan umah.Masa tu pon abang yang jumpa.Mengeow tak berhenti.Sekarang ni bagi susu,suap jela kat mulut dia tu.Harap-harap cepatlah dia ni pandai minum sendiri.Doakan bersama yer kawan-kawan.


]
Ni pulak si kurap yang aku amik daripada staf aku.Dia tak nak dah.Jadinya aku amik la jaga.Tengok muka dia dulu memang kesian la aku tengok.Pastu bising je sebab dia gatal kot ada kurap.Aku dah jaga dia dekat sebulan dah jugak.Nanti aku update muka terbaru dia ea.Dia pon senyap je dah.Tak la sebising dulu.Suka je dia kalau aku mandikan.Mungkin dia dah tahu nanti badan dia tak gatal dah.Aku pon sambil-sambil mandi tu borak-borak je dengan dia ni.Biasala kan.kadang-kadang kita cakap pon lama-lama boleh dengar.Tak paham banyak pon at least dia tahu la kan untuk kebaikan dia jugak ^^


Harapnya dua ekor kucing ni berjaya hidup dengan sihatla yer.Nanti bertambah la family kucing dalam umah aku kat kampung ni ^^
Setakat sampai harini,2 ekor yang memang ada kat umah ni Si Kenit gan Kelabu belum boleh terima 2 ekor kucing baru ni.Tapi takpelah.Mungkin amik masa lagi.Kita tengokkan nanti macamna ye ^^


Inilah Baru Hero!

Assalamualaikum...




Kredit Gambar: Kakimotong Fanclub!

vs


ni kucing kat rumah kakak.



Perbezaan dua benda yang sama spesis.
Jangan kerana kekurangan yang ada menjadi penyebab untuk terus bersedih.
Jadikanlah kekurangan itu suatu yang memotivasikan diri sendiri.


Segalanya ketentuan Allah.
Berusahalah!


p/s: Panjang umur si Hero tu :)
autopublsh ye.



Awak tinggi sangat ke?




Assalamualaikum...




[FACEBOOK]


Kepada sesiapa pencinta haiwan terutama kucing bolehla tengok-tengok Kakimotong Fan Club tu.Kata-kata "From Zero to Hero" mesti korang boleh jumpa.Bila membaca cerita disebalik 'Hero' pasti akan terasa kebesaran Allah.Ajal maut semua ditangan Allah.Kat blog dia ada kisah penuh.Seronok.

Gambar kucing gemok atas tu buat kita berfikir kan?Sambil-sambil tengok kecomelannya yang gemok itu siapa cakap kecik-kecik lemah.hihi


"Kau ingat ko besar aku takut ke..?"


^____^


p/s: Jangan pernah takut kerna Allah itu lebih berkuasa atas segalanya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...