Followerku..

Wad NICU Hospital Batu Pahat

Assalamualaikum...

Meh nak kasi sambung sikit pasal bersalin kali kedua ni. Nurin kena tahan di wad NICU selama 41 hari. Fuhhh...puas wey ulang alik hospital rumah.hahahaha. Masa lepas bersalin tu kononnya kakak atau abang saya boleh la tengok baby. Sekali terus kena tahan. Azankan baby pon tak sempat. Bab azan ni, abah Nurin balik baru azankan dalam wad NICU tu. Tak dapat nak angkat sebab macam biasalah wayar berselirat dah haaaa, jadinya azan kat telinga Nurin je masa tu. :)


Masa awal kemasukan tu tak ramai pon list nama nya kat luar,sekali lepas 2 minggu datang balik,waaaa...ramai sungguh baby kena tahan. 40 lebih sampai tak muat papan list kat luar tu..Okla..Nak cerita apa sebenarnya kat sini ek??hahaha.Terlupalah pulak point ye nak tulis apa.

Oooo...ok..NICU kat Hospital Batu Pahat ni tak boleh masuk selain ibu bapa kepada bayi. Kalau anak luar nikah pon hanya ibu sahaja boleh masuk. Itu syarat pertama. Ada pass pelawat untuk setiap ibubapa yang bayi kena tahan. Adik ke,kakak ke,abang ke mak kepada ibu ke semuaaa tak boleh. Haaa..kalau part korang kena ceaser tu, kena bertahan sikit untuk jalan. Ada kerusi roda masuk dalam tapi nanti nak ke bayi korang tetap kena jalan.

pass pelawat wad NICU Hospital Batu Pahat
Kat NICU Hospital Nora Ismail Batu Pahat ni jugak, memang tak boleh ambil gambar. Langsung...merana jugakla abah Nurin lepas bersalin tak nampak muka baby dia.hahahaha. Haaaa...sape suruh tak dapat cuti..Kan dah sedih sensorang. :)

Sepanjang bayi di tahan, korang boleh letak susu badan perahan korang kat situ. Sampaila dia kata tak perlu bawa,korang takyah dah bawak. Nurin banyak kali kena puasa,jadinya tak perlu bawak banyak untuk dia.Eh....tapi kalau masuk wad NICU ni,mesti korang tak sampai hati. Nurin tu haaa...ada satu masa tu nampak sangat dia sakit. Sedih tau tengok masa tu. Oh...hatiku sakit tengok.huhuhu.

Tapi apa saya nak kata kalau bayi masuk NICU Hospital Batu Pahat,insya allah semua ye terjaga dengan sangat baik. Doktor dan Nurse kat situ sangat friendly KECUALI TENGAH TUKAR SHIFT DENGAN BAYI BANYAK KENA TAHAN.Huru hara sangat wey!hahaha..Moga mereka semua sentiasa sihat dan bertenaga la dalam bekerja.

Pengalaman baru dengan kelahiran kedua ni. Tapi sebolehnya tak mahu dah macamni. Insaf!😬

0 pesanan buat ayut :

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...