Followerku..

Planning atau Perancangan

Assalamualaikum...


Tujuan membuat perancangan bagi seseorang adalah bagi memudahkan perjalanan sesuatu yang hendak dilakukan.

Tapi.......

Bila planning tak jadi?
Bila planning terpaksa tunda??
Bila planning kena ubah last minit???

Memang masalah besar + sedih! T_T

Sesuatu yang pada aku mungkin makcik-makcik tentera especially untuk aku under Navy akan sentiasa hadapi.Siapa yang suka dah planning terpaksa ditunda ataupon kena ubah kan?Semua sebab kerja...kerja..dan kerja..Yes...memang aku mengada sebab dah rancang baik punya kot pastu last minute cakap nak ubah. T_T Nanti kacaula pulak planning yang lain.Mana boleh.Cancel terus baru tahu.huhuhu.Tak kisahla tu nak merajuk pon.hahaha.Semua nak kena tahu,kena paham.Ni yang kat sini siapa nak paham. T_T Menangislah bersendiri kan?hahaha.Menyampah tau nak layan perasaan gini.Adehhh.

Namun...seorang perempuan dikurniakan hati yang kuat,kasih sayang yang tinggi.Seorang perempuan sangat bijak menangani hati dan perasaan mereka.Seorang perempuan memang pasti mampu memahami.Lagi-lagi kalau dengan insan tersayang kan? (not only bf,tunang dan husband yer)

Cara penyelesaian:
1. Pihak lelaki
- Usahakanlah untuk memujuk dahulu (perempuan hanya mahukan perhatian ^^)
- Cuba carik penyelesaian yang sebolehnya tidak mengubah rancangan asal (guna la segala kemudahan yang ada...kawan ke,arrange masa ke..etc)
- Terangkan dengan sabar mengenai kerja anda

2. Pihak Perempuan
- Jangan terlalu degil...dengar...fahami...
- Cuba bertolak ansur
- Sedia berkorban
- Sabar


Dialog contoh yang best:

Perempuan: Awak berhenti jela jadi pilot...Awak jadi driver saya sepenuh masa ea... (dengan ngada2x gitu kan...hahaha)
Lelaki: Boleh....Saya takde masalah.Hari-hari saya akan ada dengan awak. (sambil senyum-senyum mengoda gitu..hihihi)
Perempuan: Best yer...Berhenti tau nanti..Leh awak ada selalu dengan saya (senyum sampai telinga dah ni...)
Lelaki: Ok...TAPI...Awak sanggup ke nak TANGGUNG saya nanti? (ni dah senyum dengki nama ye)
Perempuan: ........................................... (sambil garu-garu pale) ==!


Ha.....sanggup????
Dah memang kerja Navy macam tu la Ayut.Now, still in learning process.. -_-"
Walaupun nampak seolah-olah kita yang kalah..bukan beerti kita mengalah. ^^
Yess...ingat ye..Kalau nak si dia tu melekat hari-hari gan kita memang tak makan la korang nanti.
Nak ke korang wahai yang bernama wanita menanggung si suami tu?huhuhu...


I'm just waiting  for you,dear...
I still can be rational for everything..In shaa Allah.
Kita yang memilih kan...
Kita la yang kena menerima seadanya..
Diri dia dan jugak kerja dia....
^^

Drama Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum...



Sedutan Setia Hujung Nyawa Episode 24
Tak sabar la nak tunggu pukul 7 harini.
^^


Sekarang memang musim kan drama-drama Melayu daripada novel.
Ok nak cerita pasal drama yang satu ni.
Lakonan watak utama oleh Amar & Nelydia.
Slot Akasia TV3, Setia Hujung Nyawa.
Best! T_T


Aku pon baru je ada TV aritu.Ni pon Mawar tu punya.haha.Aku tumpang sekaki.Start tengok Episode 17.Waktu ni si Zain gan El tengah rancakla nak gaduh jer.huhuhu.Aku gan Mawar memang tak faham la tengok sebab start-start tengok gaduh la,berlakon baik depan family la.Esok tengok lagi dan lagi terus nak follow sampai sudah. ^^ Cerita mengenai rumahtangga yang mempunyai pergolakkan kerana kisah silam dan niat membalas dendam.Namun akhirnya tersedar.Jangan pernah sesekali menghukum seseorang itu hanya kerana kisah silamnya.Haaa...kan best tu ^^ Nak belila novel ye macam ni.Wah..penangan cerita.hahaha.

Bermula Episode 20-an macam tu si Zain ye macam dah sayang kat El.
Semalam Episode 23 kuarla ayat:
"El tetap milik abang hingga hujung nyawa"

aarrrgghhh...so sweeetttt..i like! ^^


Sesungguhnya tiada seorang pon yang suci,tidak pernah melakukan dosa....Tiada seorang juga yang berdosa tidak mempunyai masa depan.


Selamat marathon drama Setia Hujung Nyawa untuk last-last episode ni yer!
^^

Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013

Assalamualaikum...


Segmen sebelum pulang...hihihi
Header cantik ok.Pink!

Jom masuk Bloglist Eca!
^___^

Kat blog Eca ada macam-macam.
Sekarang pon dah makin cantik blog ye.Kemas.Tersusun.Menarik memang Deboommm! ^^
Kalau blogger nak belajar pape kat tempat Eca ni pon ada.Lagi-lagi pasal SEO.Menangis baca.
Baik pergi terjah sendiri Blog Eca ea.
So,untung la dapat masuk bloglist Eca ni kan?
Sambil menumpang leh gak dapat ilmu yang Eca share.
^^


Tamat segmen ni 31 Januari 2013.
Bila bertukar je tarikh jadi 31,penyertaan tak diterima dh ^^
Jangan ketinggalan ye!
Hope tersenarai la nanti ^^


 
"Segmen Bloglist EcaDwinkyAsha 2013 kelolaan ecadwinkyasha.com"

Wordless Wednesday(41) !!Bunga Nak Kahwin!!

Assalamualaikum...





Wordless Wednesday(40) !!Hasil menabung!!

Assalamualaikum...




Surat Tawaran

Assalamualaikum...


Tadi petang duk rehat-rehat depan meja,bos datang kat meja sambil senyum-senyum.Dalam hati "ni dah nape pulak senyum-senyum ni?".Sampai kat meja terus je hulur surat.Haaa....Amek kau.


Surat Tawaran Relocation & Promotion daripada office.

Haaa...ingat nak belajar je ada surat tawaran yang ditunggu-tunggu.Ni kerja pon ada surat tawaran yang ditunggu-tunggu tau.Aku telek punya telek,baru tadi petang cakap kat bos, "Saya bagi esok jela ea surat ni.."

Bos aku boleh pulak cakap,"Amik la...tengok-tengok semua dulu baru bagi balik.."

Balik duduk kat meja amek gambar buat post.hahaha! ^^
Gambar pon dah ala-ala menggerutu sebab guna web camera jer. ==!
Sebenarnya aku pon kompius bila nak sign.Dalam kepala,

Betul ke ni?
Betul ke ni?
Betul ke ni?
Masanya akan tiba
Aku pulang ke Johor.
Semakin menjauh.
Berada di kampung.
Betul ke ni???


aarrgghhh!
Ni la masalah budak bernama Ayut!
Dapat surat tawaran pon payah
Tak dapat surat tawaran tertunggu-tunggu.
Dasar tak tetap pendirian memang gini.huhuhu.
Sabar jela...


Header Blog punye Cerita!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... ^^
Puas dah ke telek pengumuman..? :p

Sekarang nak cerita pasal header blog yang bertukar-tukar tu.Model ye tetap sama iaitu aku.hahaha.Aku buat header sesuka hati je sebenarnya.Memula tu sesaje je try edit gambar secara online kat LunaPic Online Photo Editor ni.Edit-edit terfikir nak tukar header la...akhirnya bertukar ikut suke aku.adehhh..

Memula nak try gak SumoPaint yang si Timi gembar-gemburkan.Tapi kat sini tak boleh plak nak buat.Tak tahula kenapa.Maybe komputer sini yang masalah kot.Takleh nak guna tu,try lagi carik nak edit gambar secara online ni.Jumpa pulak Pixlr.com.Try-try kat situ bosan sebab tak reti.Pastu aku fed-up sendiri.hahaha.

Tu jadi pelbagai versi header aku tu.Ni la hasil benda-benda yang aku buat sampai fed-up sendiri.


Suke sangat yang ni..juz potong dalam paint gambar pastu tambah tulisan gan transparent kat LunaPic.Tapi size pendek pulak.hahaha.Nyampah jugak sebab tak jadi!^^
Nak guna ni tapi size tecikkkk... ==!

suke gak yang ni..tapi konon nak bt transparent belakang tu.Edit-edit dalam LunaPic tu,dah buat transparent gambar ye jadi ada mengerutu gitu.hahaha.Nyampah la!^^


Ni guna gambar lama tu tapi tak resize.Jadi mata je nampak.hahaha.Tak minat sangatla.Dah bosan gambar lama!hahaha ^^



Ni guna Pixlr.com gan LunaPic.
LunaPic guna sebab nak resize balik gambar supaya tak tecikkk macam atas tu.
Pixlr.com guna sebba tambah tulisan je kot (buat kat paint pon boleh la ayut!huhuhu)
Budget nak buat transparent kat Pixlr.com tu.Tapi tak reti dan tak jumpa benda alah nak buatnya.
Nak try gak guna Pixlr.com jadikan header transparent,tapi tak jumpa-jumpa bendanya.Nak tengok samada jadi mengerutu or tak gambar yer.hihi.
Buat masa sekarang guna jela yang ni dulu.

Anyone can help?^^
Aku nak ilmu sikit boleh?? ^^



p/s: Jangan bosan tengok model ea :p



I am Bride To Be....2013

Assalamualaikum...




See??!
Aku terlebih excited.Nyampah dengan diri sendiri.hahahaha ^^



Betul ke ayat "I am ... " tu ek?kompius jap.hahaha.
Hasil klik-klik aku depan komputer.
Dikala aku bosan,sesuka hati buat tulisan-tulisan kan.Takpelah original dari diri sendiri kot. ^^

Yes..
Aku adalah Bakal Pengantin 2013
daripada Johor!
*malu*

Jom kita share apa-apa yang patut di share ok!
Tapi aku tak tahu nak share apa.Kang tersalah share malu sendiri pulak kang.huhuhu.Cane tu?
Takpela ea.
Korang layankan jela apa aku tulis.
Kalau berguna,korang guna.
Kalau dah macam melampau tu,korang cubit je budak ayut ni! ^^


Till see again in next entry!
Tataplah puas-puas sepanjang cuti dengan pengumuman ni.
^^

 

(Gambar) Musim Sejuk di China!

Assalamualaikum...


Selamat Pagi!
Semalam petang sampai pagi tadi bumi Petaling Jaya di basahi dengan hujan tanpa henti.Memang tido tak sedar dah malam tadi.hihihi.Hari jumaat pulak arini.Bangun pon lambat je pergerakkannya.Sabar jela.Ni baru hujan.Agak-agak kalau salji yang turun memang beku kot.huhuhu.

Harini nak kongsi gambar!
Disebabkan kerja aku ni melibatkan orang daripada China,kadang-kadang aku gan supplier ni chatting-chatting la.Hari Rabu lepas dia share gambar China tengah bersalji.Putih hitam jer aku tengok kot gambar ni.hahaha.Dia cakap sekarang kat sana memang salji tengah turun tak benti-benti lagi dan sangat sejuk.
Jom layan gambar!









*Serius sangat teruja tengok salji sebab kat Malaysia takde.hihihi*
^__^


Selawat Nabi

Assalamualaikum...




Salam Maulidur Rasul...




 
p/s: autopublish


Kecelaruan Hari Rabu!

Assalamualaikum...


Muncul entry dengan ayat panjang berjelar.Yehaaa!

Aku buat keje tadi.Baca jugak komen-komen yang bagi.Aku gelak-gelak sendiri.Terfikir sejenak.Aku kalau pegi blog orang pon banyak persoalan timbul bila tiba hari rabu.hahahaha.


Mesej ni dapat pagi tadi dari si dia.

Semalam dia dapat arahan untuk naik kapal.Lepas tu dia bagitahu la kat tunang kesayangan dia ni (sila muntah beramai-ramai..hahaha) yang dia akan naik kapal.Tu muncul entry "Kalau sayang ditinggal-tinggalkan" tu.Entah macamana pagi tadi dapat arahan baru kot,si dia ye tak jadi belayar.Tu dapat mesej dari tunang tersayang (sila muntah lagi..hahaha) bagitahu dia tak jadi naik kapal.Dengan dia-dia sekali suka.hahaha.Sebabnya kitorang ada planning nak buat.Jadinya,bolehlah kitorang proceed dengan rancangan asal. ^^

Siapa nampak screen telefon aku tu dah bergaris-garis. ==! Screen telefon ye dah tak betul.Lama dah telefon ni.Jatuh je kejenya.Jadila macam tu.Nak tukar telefon baru!Sebelum ni pakai telefon Corby tu.Tapi tetiba dah problem tak boleh nak on.Baru pakai setahun.Telefon Corby tu jugaklah hasil daripada gaji permulaan masa beli.Ada sentimental value di situ.Tapi apa boleh buat,takde rezeki nak pakai lama.

Hopefully bolehlah nak proceed dengan perancangan kitorang nanti.
Kejap lagi aku pergi rumah korang yer ^^
Korang hidang apa ek arini??


Wordless Wednesday(39)!!Belayar Tak Jadi!!

Assalamualaikum...



\^^/


note: Nak tukar tepon!!!!

Wordless Wednesday(38)!!Nak Belayar Dah!!

Assalamualaikum...



see you!
^^


Promote Blog!

Assalamualaikum...


Hari semalam secara automatik aku boleh send kat Page Erti Kehidupan link blog aku.
Ni dia owner Blog Erti Kehidupan
Memang sangat terbaik untuk promosi blog macam ni.hahaha.
I pemalu.Tapi bila orang offer I laju jer ^^
Bukti...

Laju gak aku hantar link.
Sebab dia nak 10 terawal je kot.

Thank you to him!

Referring URL dari facebook tetiba jadi pertama semalam.
^^


So,promote la blog korang kalau terasa nak trafik banyak-banyak.
Salah satu cara jugak nak merapatkan silaturrahim antara blogger.
Blogger kat malaysia ni berlambak kot.
All the best untuk mempromosikan blog anda!
^^



Kasut ada Reben!

Assalamualaikum...


[Pre Order] SH3109 Bow Patent Leather Pointy Heels

Jom Pre-Order kat SINI


Nak beli kasut ada reben ni...!
Warna Beige tu tengah di"aim" oleh diriku.
Cantik tak??
Siap ada reben lagi tau! :p

Masalah kalau dah nak gaji kan?
Semua survey.
Kasut la
Baju la
Dress la
Beg la
Make up lagi.

hihihi
gegurl la katakan.
^____^


Selamat Pagi!

GA Januari 2013 Nurul Yui

Assalamualaikum...


GA daripada Yui lagi aku join.hahahahaha.
Aku suka dengan shinchan sebab banyak bulu kucing Yui tu.Tengok je idea datang terus.Hantarla penyertaan harini.. ^^
Jom kita buat dialog!


Shinchan: Wei Kaka,turunlaaaaaaa...Jom la kita pegi datinggggg.Aku bosanla....
Kaka: Tak nak la kuar dengan ko.Aku busy ni jaga badan (bulu kot!).Pegi carik yang lain sana bt teman...

siap!

Last Submit: 19 Januari 2013

Cerita tertangguh: Pizza dan Kamu!

Assalamualaikum...


Tarikh: 22 Disember 2012
8hari selepas birthdayku.huhuhu.
Lokasi: Pizza Hut,Seksyen 14,Petaling Jaya

Waktu ni En B turun KL.Berjalan-jalan mencari sesuatu iaitu diriku.hahaha.Perasan!
Teringin nak makan Pizza sebenarnya.Saje cakap-cakap dengan En B nak pizza.huhuhu.En B pon memang ada hutang belanja pizza gan kitorang.hahaha *dahsyat kan sampai hutang* Terjadinya hutang sebab sentiasa bertunda untuk berjumpa. Kesibukkan si dia memang boleh dikategorikan sebagai PM la katakan.huhuhu.Akhirnya tertunai sudah janji kamu kepada kitorang ni.

Jom makan!

Banyak jugak menu-menu kat Pizza Hut tu.
Tapi kitorang (gegurl memilih..hihihi) Order:

Set 2 orang makan
Pizza Udang Tempura (Medium)

Tu dia Pizza Udang Tempura.huhu ^^

Adds on:
Spagetti Meat Ball
Cheese Baked Chicken
Mushroom soup-1
Salad-2 (ni amek sendiri la kan)

Makanla sampai ngantok!


Mawar la paling ngantuk time makan! ^^

Aku bakal mengantuk...tak mampu makan dah ^^

dan Kamu!!

Ni la last dia telan pastu tak nak makan lagi dah ==!
Memang bagi gegurl makan puas-puas dia cakap.huh!


Total: RM70/80+ kot.

Akhirnya dapat makan pizza!
Terima kasih ye dear!
Happy!!
^^






Menilai...

Assalamualaikum...



Kredit: UBI

Jangan kita memilih/melihat seseorang itu seperti memilih/melihat buku untuk dibeli.

Manusia bukan untuk dibeli
Manusia juga tidak seperti buku.
Walaupun luarannya begitu,begini...
Dalamnya pasti berbeza.

Menilailah dengan mata hati
Menilailah dengan lebih mengenali
Mungkin itu lebih bermakna.

Daya tarikan itu pasti mampu menipu andai menilai sekadar luaran.
^^

Ayam Penyet Express

Assalamualaikum...



Tempat: KL Sentral
Tarikh: 01.01.13

Ingat lagi entry SEMALAM?
Memang hebat siapa yang meneka betul.Tapi yang betul tu nanti jumpa kita pegi makan-makan ea.hihihi.
Menu tengahari tu boleh didapati di Ayam Penyet Express.
Lokasi Ayam Penyet ni dekat dengan Maybank KL Sentral tu.Tempat makan kat KL Sentral tu memang sembunyi-sembunyi sikit.hihihi

Aku pergi dengan kawan sebilik,Mawar.Tak pernah pon ke sini sebelum ni.Tapi sebab nak mencuba dan celebrate sempena tahun baru,makanla sedap sikit. ^^ Aku yang tak reti ni memang blur la jap nak order apa.Main order jer dan akhirnya dua menu ni pilihan kitaorang.


1) Ayam penyet + Air cendol (aku)
2) Ikan keli/lele + Air cincau (mawar)
Total: RM 30.00+ tak salah

Lepas ni kitorang nak cuba yang lain pulak.Aku memang selalu lambat kalau bab nak belanja diri makan sedap-sedap.Lambat sebab aku ni kalau tak sedap nanti terasa rugi plak mahal-mahal (nampak tak kedekut ye aku!pergghhh..) Sekarang aku belajar untuk menghargai diri ini dengan belanja makan sedap-sedap at least 2 bulan sekali.Mencuba apa yang tak pernah dicuba ^^ Ok la tu kan??


Kerja Kosong di Petaling Jaya

Assalamualaikum...


Selamat Pagi!
Pepagi ni nak share la kerja kosong untuk orang-orang area Petaling Jaya,Selangor dan kawasan-kawasan yang berhampiran.
Rajin sangat kan aku ni siap nak promote-promote keje kat blog ni.hahaha.Tak kisahla tu.Yang pasti kerja ni memang ok.Bila korang buat kerja nobody will busy body with you.Yela dah kalau dalam office cuma ada 4 orang kot.As long as kerja siap,setel.Ni pengalaman aku yer.So,kalau perform baik-baik semuanya akan baik.





Kalau nak apply boleh pergi ke link Jobstreet ni
Jom kerja!
^^



Wordless Wednesday(37) !!Menu Tengahari!!

Assalamualaikum...



Agak-agak kat mana?
^^



Aku dan Kamu: Privacy

Assalamualaikum...


Dalam perhubungan mesti tetap ada nak PRIVACYsendiri kadang-kadang kan.Tapi perempuan jarang nak buat benda ni sebab perempuan suka bercerita dan berkongsi apa sahaja dengan pasangan.So,kenalah ada give and take.Perempuan perlu juga difahami bukan hanya lelaki dan juga sebaliknya.Dua jiwa yang berbeza mesti ada pertelingkahan.Kan kelakar tu.

Dont make it too much and too serious... ^^

Cetusan ilham:


Sometimes...
Saya tak mampu nak berseorangan

Sometimes...
Saya mahu call tanpa ada sebarang sebab

Sometimes...
Saya sangat nak dengar suara tu

Sometimes...
Saya saje nak gaduh dengan kamu

Sometimes...
Saya nak sangat kamu melayan diri ni


Bukannya tak faham.Bukannya tak mengerti.
Cuma 'kadang-kadang' itu datang yang memungkinkan segalanya.
Macam sekarang.
'Kadang-kadang' tu datang teringat dekat kamu.
(gediks!)


Privacy.
Saya juga mahukan.
Kedegilan itu saja yang sengaja ditimbulkan untuk tidak mahu memahami.

Dua jiwa yang berbeza.
Bukan bermakna tak sayang
Tapi sengaja cari pasal.
Bukan sengaja jadi 'Queen Control'
Tapi sengaja nak lebih kasih sayang.
hahaha.

Terima kasih sebab bersabar dengan perangai saya ni.
Saya pon akan tetap bersabar dengan kamu juga. ^^

Semoga dipermudahkan urusan kita dan kebahagiaan bersama kita selalu!
Amiiinnn.
^___^


Saya Nak Doodle By Zakie11

Assalamualaikum...



Nama:Ayut
Warna: Dark Purple

Tag:
1. Hairy

Cukup syarat dah kot. ^^
Semoga berjaya untuk aku.hahaha.
Sila klik banner tu nak join yer. ^^
Selalu doodle mintak nka hijau jer.Gile hijau memang gitu.Sekarang nak tukar pulak sebab nak kurangkan kegilaan terhadap hijau.hihihi.



Imej Bertudung Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum...


Pagi tadi aku dengar kat HOT FM pasal Dato' Siti.Sempena tahun kelahirannya yang ke-34 pada 11 Januari yang lepas, Dato' Siti telah mengenakan tudung litup sepenuhnya.


Asal gambar ni daripada Instagram Dato' Siti.Kawan aku share kat FB  then letak kat sini.hihihi.Terjawablah sudah desas-desus mengenai penampilan Dato' Siti yang telah bertudung.

Alhamdulillah...Moga segala usaha dan perubahan Dato' Siti untuk bertudung litup sepenuhnya akan terus berpanjangan.Semoga yag baik itu berterusan dan membawa seribu keberkatan buat Dato' Siti dan keluarga.Amin.Kalau memang ayu tu pakai gaya mana pon memang ayu dah.Yang pasti ditutup.Cun sajer!


KENAPA ANJING BAHAYA?

Assalamualaikum...

Pagi tadi tengok semua suratkhabat kat kedai depan tu ada berita pasal budak 3 tahun kena gigit dengan anjing.Korang pon mesti ada ternampak kan berita ni?Kesian budak tu.Dah la kecik lagi.Pasni mesti fobia.huhu

Aku baca berita lanjut dalam Kosmo online.Menurut berita yang ditulis kat dalam tu,budak tu dah duduk kat rumah tu dan selalu bermain dengan anjing yang gigit dia ni.Tapi hari kejadian anjing tu boleh pulak nak gigit budak kecik ni.Haaaa....Pelik kan anjing ni?

        **************************************************
Anjing ni ada 1 sifat yang tidak boleh dijangka pada aku.Dulu mula-mula pindah Petaling Jaya ni,aku suka je tengok anjing.Anjing ye comel,baik,cute la senang cite.Untuk pengetahuan korang semua,PJ ni majoriti penduduk adalah bangsa Cina.Banyak tau anjing.Setiap umah memang akan ada anjing paling kurang sekor.Ada satu kawasan dekat gan tempat aku menyewa memang ada anjing lepak dan duduk situ walaupun rumah yang anjing tu lepak rumah sewa sebenarnya.Tapi student yang sewa.Setiap hari akan ada seorang auntie yang akan bagi anjing tu makan.Tapi anjing tu bukan milik auntie tu.Siap dulu teman(tengok luar pagar jer..sebab tak berani tu tetap ada) auntie tu bagi makan anjing kot.huhuhu.Tu dulu punye cite la.Tapi sekarang aku memang fobia nampak anjing.Kenapa??

Sebab tempat yang selalu aku tengok anjing tu,anjing ye dah nakal + degil.Dia boleh kejar aku pulak walaupun aku selalu je tengok anjing-anjing tu sebelum ni.Kejar aku yang tengah naik motor tau.Selamat tak sempat dia nak dekat-dekat gan aku.Jangan main-main.Kurang asam punya anjing!huhuhu.Kalau tak kena samak aku + meraung kesakitan kena gigit. -_-" Start aritu memang aku tak guna jalan tu + tak nak dah tengok anjing.Bahaya tau.FOBIA.

Ni permasalahan yang aku hadapi di tempat kerja.Boleh pulak melepak,terbongkang kat situ kan.Selamatlah anjing. -_-"

FOBIA: Mind set yang memikirkan anjing itu adalah bahaya.
Sebab: Anjing tu besar,Gigi dia tajam,Lari laju,Menyalak dia kuat.
FOBIA + FOBIA + FOBIA = TAKUT!!!

Sifat tidak dapat dijangka.Tu la anjing.Kerana sifat ni jugakla anjing itu sebenarnya merbahaya.Tapiiii....anjing ni kalau kita berani + buat tak tahu kehadirannya = anjing takkan kacau kita.Kalau sesiapa nak latih diri jadi berani silalah berdepan dengan anjing ye.Self confident korang mesti jadi tinggi punya.hahaha ^^ Setiap ciptaan Allah itu ada baiknya.Anjing ni ada sifat-sifat di atas tu sebab dia boleh dijadikan sebgai pengawal sebenarnya.Cuma kita tak biasa.Bila kita takde ilmu nak latih anjing,kita la yang letih.Jadilah anjing tu pada kita merbahaya.

Apa pon pada aku anjing ni akan tetap aku hindari.Perkara utama kenapa sebab anjing Besar + Ada gigi tajam.Seram kot....Tak kisahla nak gelak ke apa,aku tetap tak nak dekat dah.
Korang pon mesti seram kan...?



Doa Hilang Tekanan

Assalamualaikum...




Semoga segala tekanan dan permasalahan yang dihadapi dapat kita kawal dan hindari dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran.
Amalkanlah doa hilang tekanan ini sebab memang kita takkan pernah lari dari menghadapi seharian yang menekan.
Daripada Allah semuanya datang dan kepada Allah jualah kita meminta.

^___^

NIVEA Pure & Natural Cover Photo Contest

Assalamualaikum...

Tadi masa balas kunjungan kawan-kawan jumpa la contest ni kat Kak Mieza...
Tengok-tengok macam best jer.Saje la aku pon join.hihihi.
Natural Beauty la sangat kan.
Buat pemakai tegar barangan Nivea digalakkan ye sebab nanti boleh dapat voucher.
Dapat apa lagi nanti korang gi jela godek-godek kat FB Nivea ea.


Ni la natural beauty sangat yang aku buat tu.
Update la cover photo aku akhirnya..
^_^

Siapa nak join boleh pergi ke
Klik je Join Now.Nanti ada step yang korang kena ikut.Ikut jela buat suka-suka.

Nanti dah pergi join bagitahu la ea kalau nak di vote.
Aku pon nak jugak di'vote'.Boleh???hahaha
Kalau nak vote tu bolehlah ke
Korang klik kat GALLERY tu.
Pastu korang carilah nama Ayut Hidayah.
Bersuka ria di petang hari!



SPONTANEOUS THURSDAY: FIKIRAN

Assalamualaikum...



Bila FIKIRAN tidak menentu,
Semua benda nak buat
pasti TERGENDALA!





Sekarang tengah fikir,apa nak buat sebenarnya.
Fikir,fikir,fikir....
Lepas tu tengok jam,PUKUL 10 dah!
-_-"

Penat je fikir lama-lama,
sebab semuanya tak jalan-jalan jugak.






Wordless Wednesday(36) !!Minum Pagi!!

Assalamualaikum...



Bersarapan dikala bangun lambat
Tempat: Pejabat
Time: 10.15 pagi..


Dapat Benda Wane Biru!

Assalamualaikum...

Seronokla harini....
Ni barang kedua dapat harini.Ada lagi tak ek nak bagi pape kat kite??hahahaha

Barang ni adalah pemberian Cik Ain a.k.a Blogger Ros Putih.
Terima kasih to you, Ain...
Dapat ni sebab join GA Cik Ain dulu.


Masa dapat ni memang terasa ohsem ok sebab handmade benda alah ni.
Betapa rajinnya la Cik Ain ni kan.
Ada macam-macam lagi sebenarnya yang Cik Ain buat.
Boleh je tengok kat Blog Kedai Cik Ain ni.
Jom kita tengok-tengok...

Oleh kerana bear ada tiga dah kat umah.Ni jap lagi balik kampung nak transfer kan kepada anak sedara,Adam. ^^
Nanti boleh la dia main gigit2x,main tarik2x dengan benda ni.
Ada jugak benda si Adam tu nak buat main kan.
Ala....lupa apa nama kartun ni.
Apa ek nama yer??
anyone??
Tu tajuk tak letak nama tu.
huhuhuhuhu...




Chipmunk & Barney : Simple Giveaway

Assalamualaikum...



Tempoh tamat: 14 Januari 2013
Hadiah dan Syarat boleh tengok kat blog Cik Aisya ye semua rakan-rakan.
Kalau nak terus ke entry GA ni boleh jugak klik banner yer.
Jom memeriahkan jom!

Tag:

^___^


Pasni ada Kalender Besar dah!

Assalamualaikum...




Tadi pagi dapat kalender esklusif Hairy ni.
Thanks to you,ok!

Lepasni takla jenuh aku telek kalender poket kecik 99 Speedmart kat umah tu.hahaha.Tak puas nak bulat or pangkah2x kalau kecik sangat.Sekarang, dah dapat yang lagi besar.Yesss!Dapat ni sebab apa ek?Lupeeeerrr...huhuhu

Akhirnya terjadi jugak entry sebab dapat kalender ni.Kalau tak aku tak online kot.Semalam pon aku on FB 5minit jer sebelum balik kerja.Fuh!Rekod terbaik pernah dilakukan.bagus2x..
Harini...aku akan berjalan ke rumah kawan-kawan semua yer...
Hidang air best-best cikit ea..nak ke tempat korang ni.hahahaha.
Jom Blogwalking...!
^___^





Cerita Motor dan Aku!

Assalamualaikum...


Motor ni nak balik kampung.Tengok daftar kat mana tu yang tak leh duk Negeri orang lama-lama.hahaha.Motor ni dalam proses nak pindah ke kampung.Perancangan aku nak pos guna Pos Malaysia je.Dah start carik dah ni macam-mana nak pos motor dekat internet.Pastu cakapla dengan officemate,then dia cakap naik lori company.Ha....apakah maksud di situ??hahaha.Jadinya itu lah kisah motor yang masih tergantung di tengah jalan.Jangan ko tak balik dah la ye motor.Aku hanya ada kamu!! ^^

Sebenanarnya, seperti yang pernah diberitahu,aku akan berpindah ke Johor.Aku tukar kerja kat sana.Oh semakin menjauh diriku dengan si dia....!huhuhu.

"Jarak itu bukan membebankan,tapi jarak itu untuk menjaga"

Baiklah.
Dengan berpegang pada ayat tersebut dan yakin dengan perancangan serta percaturan Allah,aku akan berpindah dengan senang hati ye.hihihi.Aku akan menetap di Johor selama 3 tahun.Sepanjang aku berpindah,aku tak tahulah macam-mana kerja dan situasinya.Namun apa yang pasti mungkin semakin menghilang dari dunia blog ni.Aku dapat rasakan kerja aku kat sana tak macam sekarang.Tak banyak masa terluang.Apa pon,i will still keep in touch,cuma dah semakin jarang.Jangan rindu banyak sangat ea ^^

Sebabnya:
1) Internet mungkin tiada (tengah fikir nak beli beruk band ke tak.huhu)
2) Kerja di tempat yang 12 jam running(station minyak kot!)
3) Kerja ada shift (fuhhh..!nampak tak aku mula nak pening..haha)
4) Aku kerja 2 orang je (name pon station minyak...takkanla nak ofis 2 tingkat kot!)
...
...


just happy...

JANGAN!!!


sedih-sedih...


oh Ayut!
Sangat adventure ko punye journey.hihihi.Adventure la sangat.Padahal small matter je kot.
Apa pon aku akan tetap jengah bloglist aku terutamanya dan yang lain-lain yer.Tak dapat 10 orang sehari,2 orang pon boleh terima ea.Aduhhh..Maaf tauu..Aku tetap akan pergi tetap korang.Cuma tak janji bila ^^






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...