Followerku..

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Taman Tema Air Batu Pahat

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama entri dah terperap,meh la nak kuarkan juga sebagai rujukan untuk sesiapa nak berjalan kat Batu Pahat ni.

Taman Tema Air Batu Pahat atau dikenali juga sebagai Wet World Batu Pahat. Serius untuk pengetahuan korang walaupun aku ni orang Batu Pahat, lepas habis belajar 4tahun dekat UMP baru aku tahu kewujudan Taman Tema Air di batu Pahat ni.Teruk tak?huhuhu.

Wet World Batu Pahat.

Wet world Batu Pahat ni tak besar mana. Kedudukan Wet World Batu Pahat ni terletak di Jalan Bukit Pasir. Berhadapan dengan sebuah sekolah rendah.Masa aku pernah pergi dulu masuk baru RM10/person untuk dewasa dan RM5/person untuk kanak-kanak. Sekarang aku tak pasti berapa kadar bayaran yang dikenakan kepada pengunjung. Kat dalam Wet World Batu Pahat ni yang pastinya ada gelongsor air, sungai, funfair, kolam kanak-kanak.Kiranya memang tak besar macam yang kat Perak tu la. sekarang taman Tema Wet World ni dah makin maju sebab dah ada ICT Batu Pahat pada sebelah malam ye. Memang maju dah sekarang Batu Pahat ni. Bayaran masuk ICT tu adalah RM5 seorang. Parking pula untuk masuk tempat ni adalah RM2.00.




Suasana kat sini pastinya meriah untuk kanak-kanak la.Kalau untuk yang dewasa mungkin kurang.Budak-budak kalau jumpa air memang la suka je kan.Kita yang dah besar ni jela yang macam serba tak kena nak tunggunya kalau suasana kurang memberansangkan.Sekadar untuk hiburan hujung minggu boleh dijadikan tempat beriadah. Kalau tak main air dalam pool buatan sendiri pon best jugak rasanya ^^

Jadinya ni la salah satu tempat yang boleh ditinjau kalau datang ke Batu Pahat. Sekurangnya tak la nak ke shopping mall je kalau berjalan ke satu-satu tempat tu ^^


Gunung Lambak,Kluang

Assalamualaikum...

Sekarang dah bulan Jun 2015. Cuti sekolah pon habis dah. Maknanya dah habis jugakla separuh daripada tahun 2015. Sangat cepat masa berlalu sekarang. Tanpa sedar rasanya masih belom apa-apa pon hasrat awal tahun dulu dapat dilaksanakan.mmm......

Tak mau la fikirkan sangat sebab nanti kecewa. Macam tak redha la pulak nanti. Allah marah.huhuhu. Baikla....daripada tekanan perasaan sesorang meh aku nak bagitahu kat semua tempat menarik yang boleh sekeluarga pergi. Gunung Lambak,Kluang, Johor.


Gunung Lambak ni macam terbahagi kepada dua. Ada bahagian water park gunung lambak dan ada juga tempat rekreasi gunung lambak.


Gambar atas tu adalah water park gunung lambak. Sangat sesuai untuk bawa budak-budak main air. Kawasan ala kolam besar pastu mandi beramai-ramai. Bayaran untuk masuk kanak-kanak rm3.00 dan dewasa rm5.00. Bawah setahun tak payah bayar. PERCUMA.



Bahagian rekreasi gunung lambak pula lebih kepada aktiviti mendaki dan jogging. Serius korang sangat puas hati jogging kat sini.hahaha. Kenapa?? Sebab bentuk muka bumi dia berbukit. Terasa peluh keluar habis. Lepas tu kat hujung ada macam air pancut. Sejukkkk!!


Sesiapa yang suka mendaki,tempat ni pon sesuai sangat. Takdela tinggi tapi laluannya boleh tahan. Curam! Penat sangat kalau korang mendaki. Nak mendaki kat sini tak kena bayar. PERCUMA. Ikutla nak mendaki macamana yang pasti kena pandai jaga diri.


Tak payah risau sebab kat sini sentiasa ada group hiking yang akan buat aktiviti. Sebarang masalah pasti akan diketahui. :) Orang awam selalu ada di Gunung Lambak ni. Seronok untuk bagi badan keluar peluh hujung minggu.

Perjalanannya kalau dari pusat bandar lebih kurang setengah jam. Kalau dari Ayer Hitam dalam 1jam suku. Papan tanda disediakan kalau dari arah bandar. Ikut je papan tanda Gunung Lambak. Pasti akan jumpa. :)

So,selamat beriadah!!



Pejabat LHDN Batu Pahat

Assalamualaikum...

Lama take update sebab macam rasa takde apa nak dikongsikan. Sekarang ni update bermakna adalah tu benda nak kongsi. Haritu aku ada bagitahu kat mana Jalan Rahmat,Batu Pahat. Beria sanggup ambil gambar tengah jalan ko. :)


Harini nak bagitahu pulak Pejabat LHDN,Batu Pahat terletak kat mana. Ramai tak jumpa sebab pejabat LHDN ni memang sangat tersembunyi. Aku pergi pusing dekat 3 kali baru jumpa.haish!

Batu Pahat banyak jalan sehala. Jadinya agak payah bila korang dah tersalah jalan. Bawah ni aku lukis pelan. Ikut je anak panah tu mesti korang boleh jumpa. Aku siap buat landmark bagi senang korang untuk buat anggaran arah mana pejabat LHDN ni.


Jalan keluar Dari laluan pejabat LHDN tu adalah Jalan Zabedah. Dekat jalan Zabedah ni ada Restoran Nikmat Tandoori yang sebelum ni aku tunjuk. Sebelum nampak bangunan ni la korang kena belok masuk laluan ke Hotel 55 tu. Laluan aku buat tu sepatutnya bersambung.heeee.

Harapnya sesiapa mencari pejabat LHDN ni mampula untuk jumpa lepas aku huraikan cikit-cikit landmark yang ada. Marilah kita mengisytiharkan pendapatan kita ye. Harap-harap takdela kena bayar. Kalau kena nak kena siap-siap buat potongan zakat ni.heeee... ;)

Ok.See ya!




Western Food di Parit Raja

Assalamualaikum...

Selepas hari kemunculan dalam blog masih lagi bertahan blog ni untuk mengadakan entry.hihihi. Sebaik mungkin akan diperkukuhkan momentum untuk berkongsi. :)

Kali ni nak share pengetahuan am. Pengetahuan am mengenai lokasi makanan di Pekan Parit Raja. Nama pon pekan munhkin untuk pencarian western food agak sukar. Setelah aku ulang-alik dari rumah aku jumpa kedai western food. Aku penggemar western food. Harap maklum.heee.


Aku beranganla kejap konon candle light dinner gitukan. Padahal tepi jalan je kedai tu. Takdela beria mana. Cuma ada la dekorasi dia letak lilin tengah meja tu. Kira okla kan sebab memang ada candle.hahahaha.

Komen aku!
Tempat agak selesa dan bersih. Bersih itu penting.
Makanan memang murah dan mengenyangkan. Boleh dia buat fish and chips dengan chicken chop RM5 SAHAJA. Kan murah tu. Kan?


Rasa makanan pada aku baik. Setaraf harga belas ringgit punya makanan. Suami aku pon cakap sedap dan ok maknanya memang ok. Biasala kalau pengkritik makanan dah cakap sedap memang okla tu kan. :)
Aku recommended buat penggemar western food dan teringin nak makan bila balik kampung kat sekita Ayer Hitam dan Parit Raja bolehla mencuba.


Kedudukan:
Brown Sauce Western Food
Berhadapan dengan klinik kesihatan Parit Raja. Kalau tak silap ye. Kedai ye ke dalam sikit tapi ada signboard tulis. Pasti nampak punya.


Jalan Rahmat,Batu Pahat

Assalamualaikum...

Sejenak berhenti di lampu isyarat, mengambil Samsung Grand di dalam beg, Camera, Naikkan tangan dan Inilah hasilnya.


Jalan Rahmat,Batu Pahat.


Buat warga selain daripada warga Batu Pahat, nak bagitahu kat korang,kalau aku membebel pasal Jalan Rahmat Batu Pahat ni la tempatnya.Kat Jalan Rahmat Batu Pahat ni jugaklah orang akan sebut pasal BP Walk. Area sini jugakla orang akan ada sebut pasal Club 2000.wow! :p

Ingat tau! ^^
hahaha. Be happy with your day!

KLIA 2 : New Development in Malaysia

Assalamualaikum. ...

Selepas kemelut MH370 melanda, MAS Airlines, Malaysia tetap perkukuhkan lagi agensi penerbangan negara dengan pembukaan lapangan terbang terbesar iaitu KLIA 2.Membuktikan kebolehan yang mereka ada pastinya sedikit sebanyak membantu menaikkan semula kepercayaan masyarakat terhadap penerbangan Malaysia.Insya Allah. Apa yang terjadi pada MH370 pastinya sentiasa dalam ingatan mereka.


Perjalanan aku bermula dengan ERL KLIA. Suara Ras Adiba Radzi dah takde tau korang.hehe.Kalau siapa yang selalu naik mesti perasanperubahan ni. Tambang daripada Bandar Tasik Selatan ke KLIA 2 adalah RM26.00. Dah macam tambang bas balik Johor ok!hohoho. Pastinya keadaan tren dan masa perjalanan adalah memuaskan setimpal dengan harga la gamaknya.


Setiap ceruk dekat KLIA 2 anda akan jumpa signage besar ASK ME yang dibawa oleh staf dan juga sukarelawan kat situ. Selamat untuk aku yang pertama kali jejak kaki kat KLIA 2 ni. Diberitahu benda ni akan terus berlangsung selama sebulan. :)


Ni jalan ke gateway domestik. International punya gateway aku tak lalu lagi tapi yang pasti kalau international korang akan lalu jambatan :) Sepanjang laluan ke gateway pon masih ada kedai untuk korang cucimata.huhuhu. Oleh kerana baru 3 ari pembukaan masa ni, jadinya masih banyak outlet yang tak bukak. Kena tunggu lama sikitla baru meriah :)


Papan tanda memang banyak. Belajarlah untuk melihat papan tanda di KLIA 2 ni. Surau jugak bersepah kat dalam KLIA 2 ni. Tak khuatir untuk solat. Pengambilan bagasi pula memang agak lambat pada aku. Ditambah pulak screen informasi pengambilan bagasi tu belah tepi. Susah cikit nak tahu line mana penerbangan kita untuk amik bagasi.mmm.


Jauh perjalanan tapi kapal terbang dekatje nanti nak masuk. Sebelah bangunan je diorang parking untuk depart. Korang tak sempatla nak berpeluh sebab semuanya aircond. Mengigil la korang nanti.

Kapal terbang nak berlepas memang perjalanannya ke trek agak jauh. Aku rasa makan masa 5minit plus jugak nak sampai ke trek sebenar. Aku pon sampai tertanya..eh..lamanya nak berlepas.hihihi. 

Ni pengalaman aku sepanjang aku kat KLIA 2. Masih baru beroperasi dan masih baru pengurusan mereka. Mudah-mudahan adalah manfaatnya kepada semua orang. InsyaAllah. 







Harritage Gallery!

Assalamualaikum. ..


Cerita berkerja sambil jalan-jalan. :) Hari Rabu yang lepas aku dihantar oleh bos aku kat tempat kerja hadiri satu taklimat mengenai program Shell iaitu Superstar. Maklumat lanjut boleh layari laman web Shell Malaysia ye.

Taklimat tu dibuat di Melaka Holiday Inn Hotel. Aku dengan aku punya team gerak pagi gile pukul6.huhuhu. sampai habis dengar taklimat bos kitorang bagi green light bawak kereta dia. Aku dan team pergi ke Melaka Megamall!!


Bulan 11 lepas aku ke sini jugak tapi belum siap. Sekarang siap dah bangunannya. Bangunan ni bersebelahan Dataran. Ala dataran yang ada kapal besar dengan A Famosa tu. Kalau dah penat jalan dan berpanas kat situ bolehla lepak sini. Setakat aku tengok macam shopping complex lain-lain jugak cumanya dalam Melaka Megamall ni ada Harritage Gallery!


Tujuan aku sebenarnya cari Surau. Sekali orang kat situ cakap surau ye dalam Harritage Gallery ni. What did u expect from the given name to this outlet?? Mesti bayang macam muzium ke macam galeri penuh gambar?hihihi. Aku bagi pencerahanla sikit ea apa ada dalam ni. Harritage Gallery ni dalamnya macam kedai-kedai kecik yang menjual hasil industri kecil. Contohnya,kerepek, baju tshirt, cencalok, baju murah-murah etc. Lebih kurang dalam ni korang boleh tawar harga la. Berderet la jugak kedainya tapi time aku pergi ni masih ada kedai yang tak sepenuhnya lagi bersedia. Mungkin sebab Megamall ni baru je siap kot. Nak tahu lebih lanjut korang yang jalan-jalan Melaka bolehla singgah nanti. :)



Last but not least empunya owner blog nak menyibuk tepek gambar. Jumpa lagi ye Holiday Inn!








Cerita dr Sabah: Day 2 Aku di Semporna!

Assalamualaikum. ..

Sebenarnya hari ni dah hari ke 3 aku berada di Sabah.Tapi mestilah cerita kat sini hari sebelum hari ni.Kenangan katanya.Baru betul. :) Hari ni suami kerja.Dia duty.Dia amanahkan jaga umah dan kemas umah.Baik bos! Tapi ngelat jap ea nak update blog jap.hihihi.Sayang big bos umah kita! :)

Hari kedua aku dan suami berangkat ke Semporna. Kem suami di Semporna. Perjalanan daripada Tawau ke Semporna semalam lebih kurang 1 jam lebih cikit. Jalannya kiri kanan pokok.Sesetengah kawasan je banyak kedai. Lepas tu pokok balik.huhuhu.

Sampai dah kem Semporna!


Petangnya tu kitorang keluar dating pulak ke Pekan Semporna. Selain dating berdua tu sebenarnya ada misi yang nak dicari.Pekan Semporna tak besar mana pon.Pusing-pusing situ jela.Ada Giant! Tapi kedai ala-ala Giant pon ada je jugak. Kitorang sampai mulalah melakukan pencarian misi kami.Pergi 3 4 kedai akhirnya kami jumpa apa yang dicari mengikut budget yang telah dipersetujui oleh kami berdua.Kena survey dulu tau.Kalau tak memang peratus nak kena tipu tu sangatla tinggi.Lagi-lagi diorang tahu kita orang luar kan.Penat sikit tapi berbaloi dari buang duit gitu je.huhuhu.ok.Setel.

Mesin basuh 6kg = RM 350

Rice cooker = RM 95

Total kitorang bayar = RM410.00
Nak dapatkan RM400 tauke tu tak bagi.hahaha.Alhamdulillah.Kat Semporna ni barang semua harga lebih tinggi daripada semenanjung kan. :)

Lepas tu pergi hantar dulu barang balik kem.Sanggup lagi pulak tu keluar balik pergi Pekan Semporna cari barang dapur. Hahaha.Gigihla kami berdua ni ulang alik setengah jam perjalanan dengan menaiki motor!Caralah...hahaha.Adehhh.


Petang dah sakit pinggang semua tu pergi lepak kejap tepi jeti mana pon tak tahulah tu.Lepak dalam setengah jam pukul 6.15pm gelap dah.Magrib pon dah masuk kitorang pon berangkatlah pulang.Letih sungguh tapi seronok! :)

Malamnya kitorang main masak-masak.Masak apa tu nanti malam aku bagitau balik.Sekarang nak manjalankan amanah suami tersayang kejap untuk kemas umah.huhuhu.Nanti aku blogwalking petang sikit ye kawan-kawan.Lama dah ni hutang. :)





Pertemuan Kawan Lama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkesempatan lagi nak update blog.heeee.Update memang agak senangla sekarang tapi blogwalking ye tetap jugak kena tunggu hujung minggu.huhu.Jenuh gak tu.Hujung minggu punya kerja.hihihi :)

Cerita pasal kawan lama ni.Sebenarnya tak lama mana pon.Ni kawan masa belajar dekat Universiti je.Last jumpe masa Convocation je kot tahun 2010.2 tahun lebih borak kat telefon je akhirnya dapat jugak jumpa.hihihi.Dah duduk Johor adalah peluang yer.

Siti Norazizah

Kawan bergaduh, kawan mengadu, kawan bergosip, kawan ketawa dan jugak kawan bersedih.Lagi-lagi masa belajar dulu. :) Pertemuan di Awal Muharram.Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin dapat terus berkekalan.Moga kita sama-sama berjaya dunia akhirat yer kak.Amin.Moga persiapan akak untuk bersama yang tersayang jugak dipermudahkan. :) Lama menanti dah kan.hihi ; p

Kawan, walau jauh mana sekali pon kalau memang kawan dari hati pasti takkan hilang.Insya Allah.


# cerita pizza akan datang ea.hihi
# sekarang mungkin tengah jumpa photographer kot. :)









Perjalanan ke Felda Triang, Pahang!

Assalamualaikum...

Boleh nak cerita pergi kenduri kahwin kat pahang aritu lagi tak?hihihi.Tak kira cerita jugak.Lama kan tak jumpa budak-budak 1 universiti dulu.Memang jarang la sejak masing-masing dah kerja ditambah dah ada yang kahwin.Bujang-bujang ni jela yang masih boleh merayap sana-sini.

Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Felda Triang ni makan masa 3 jam lebih.Jangka waktu perjalanan ni adalah bila anda bawak kereta 140km/hr.See?Laju ok kawan aku ni bawak kereta.Adehhh.Kitorang pergi 2 kereta.Apa yang pasti yang bawak kereta tu adalah lelaki yer.Bukan gadis-gadis di bawah ini.huhuhu ^^


Berhenti kejap nak pergi beli ikan patin dan ikan talapia.Alang-alang berhenti bergambar la kejap dekat tepi Sungai Pahang ni.Sungai Pahang sungai terpanjang kat Semenajung kan?Kalau sungai terpanjang kat Malaysiasungai kat Sarawak tu.Ok.Nak masuk geografi pulak kan aku ni :p


Nape aku nampak gelap????Kompius kejap.


Ni la kedai tepi jalan yang kitorang berhenti nak membeli ikan yer ^^




Ha...ikan-ikan kat atas tu la yang dibuat masaknya oleh aku dan kawan-kawan aku.Ala yang aku ada tunujuk gambar aritu.Ingat? ^^ Sedap....nyummy! Yang dalam mangkuk merah tu baru je tangkap kat kelong bawah tu.Mungkin bela jugak tu. Harga untuk ikan-ikan ni RM 8/kg.Tak kira ikan patin atau ikan talapia.Katanya harga standard.Aku pon iya kan jela ^^



Seronok sesekali berjalan jauh ni.Tengok-tengok negeri orang lain kan.Dulu pon memnag belajar yer kat Pahang.Mengubat rindu la kejap melawat Pahang.Kawan-kawan kawen jela boleh nak pergi jalan jauh.Kalau tak jangan harapla kan? ^^



Sponsored Holiday : A Famosa Resort,Melaka

Assalamualaikum...


Ok.Ni la cerita percutian bersama keluarga kitorang haritu.Kitorang sekeluarga pergi ke A Famosa Resort,Melaka.Percutian pada  Jun 2013.Majoriti aktiviti kitorang semasa kat sana adalah bermain air sahaja.hihihi ^^ Lepas puas main air kitorang lepak-lepak je kat dalam bilik. ^^ Percutian keluarga memang macam ni la kan.Tak banyak jalan mana yang pasti dapat bertemu bersama itu yang best. ^^

My Family ^^

Serius nak sampai depan pintu masuk wet world ni jauh sangat-sangat daripada main entrace.Korang pon boleh sesat kot.Memang sangat luas tempat ni yer.Tapi akhirnya kitorang masuk jugak.Sampai dalam lebih kurang pukul 11.30 pagi.Parking dah penuh.Kena la parking sebelah luar dengan bayaran RM2.00.Panas la ye maknanya tempat parking kereta tu dan jauh sikit nak jalan.




Gambar pon banyak kat taman tema air ^^ 
Ok.Untuk pengetahuan ramai,A Famosa Resort ni ada banyak tempat lagi.Ada Taman Cowboy, ada Arabian Villagea,ada taman sakura dengan taman cinderella untuk amik gambar dan tempat makan yang memang ada macam-macam makanan kalau kita dah amik pakej yer ^^

Tempat penginapan pon kita boleh pilih.Diorang ada Villa,Kondominium dengan hotel.Memang banyakla pilihan ikut kita punya budget.Kalau nak tahu price memang aku tak tahu sebab percutian ni di sponsor.Aku kuar duit minyak kereta je.Terima kasih keluarga ku sayang. ^^

Maklumat lanjut boleh melawat:




Pertemuan Sahabat...

Assalamualaikum...


Sejak dua menjak ni,selalu sangat bergaduh sana-sini gan En B.Kadang-kadang penat.Tapi susah betul nak control.Emosi je lebih.mmmm.Masing-masing ada je tak kena.Nape ek?Ni ke dugaan dalam bertunang namanya???haishhh! =.="
Takpela.Mudah-mudahan tak berlarutan. =.="

Tutup cite tu,kita cite yang happy-happy pulak yer. ^^
Sebelum ni ada bagitahu kan aku pergi kenduri kahwin kawan aku.Diorang lama dah kahwin sebenarnya cuma ni yang belah lelaki kitorang pergi.
Perjalanan yang panjang kot. Area Ulu Selangor sana tu ha.Sampai memang pengantin pon dah tukar baju ok =.="

See?Pengantin ada tanjak sahaja.Sekian.

Tapi takpe.Kitorang dikesempatan macamni jela boleh berjumpa semula.Sahabat-sahabat di waktu belajar dahulu.Sahabat berbincang, sahabat bergaduh, sahabat gelak-tawa dan sebagainya.
Pertemuan sahabat dalam majlis perkahwinan.
Standard kan benda ni yang terjadi di kala usia kini.Kan?
^^


Dalam perjalanan ke sini ada lalu Cendol Drive thru tu.
Semalam ada kuar kat Jalan-Jalan Cari Makan.
Tapi diorang tak menyinggah pon.Diorang cakap balik singgah tapi balik dah malam kot =.="
Lebur harapan.

Inilah pertemuan sahabat.
Lepas ni sape pulak?
9 done.
Another 39 to go.
Come on friends!hahaha ^^
Sila booked tarikh awal-awal ye kawan-kawan.
Jangan tersaing (tersekali) plak!
^^




2013 Tahun Melawat Terengganu

Assalamualaikum...


Dikesempatan yang ada semasa cuti Raya Cina yang lepas, aku dan keluarga telah berjalan-jalan di Terengganu sambil ada urusan rasmi.

Laluan ke Terengganu ada dua; 1) Jabor - Banyak kelapa sawit semata 2) Pantai - Lalu tepi pantai.
Pada aku laluan pantai adalah yang paling best daripada Jabor.Sekian. ^^

Sabtu - Sampai dan malamnya ada majlis rasmi.
Ahad - Jalan-jalan dan petangnya balik Pahang
Isnin - Balik Johor

Singkatkan?mmmm...

Di malam majlis rasmi keluarga...

Kitorang stay sini.See my stuff?Memang kena get ready takur tak disediakan.huhu.
Abang cakap kat sini RM200/day, 3 bilik, ada aircond setiap bilik.Lokasi Nabila Homestay ni memang bersebelahan dengan Pantai Batu Buruk.So,memang best la dekat dengan pantai.

Pantai Batu Buruk,Terengganu.

Depan Dataran.Bersebelahan Pasar Payang,Terengganu.

Depan Taman Monumen.
Nak masuk kena bayar.Kitorang tak masuk sebab planning akan datang baru masuk. ^^


Masjid Kristal,Terengganu.
Ada nama dia sebenarnya tapi lupa.Tapi lebih dikenali dengan nama Masjid Kristal.huhuhu.

Ada pergi Masjid Terapung (ada namanya jugak tapi tak ingat) gan pergi Pusat Ekuastrian tu.Yang ada kuda-kuda tu kan.Cantik view situ.Tapi sayang jurukamera takde time tu untuk beraksi.hihihi.Ramai pengantin kat tempat kuda-kuda tu tengah photoshoot.Aku tengok jer. ^^ Buat B2B Terengganu,silah ke sini sebab view ye memang cantik ^^

In Pasar Payang,Terengganu.
Ok.Minta maaf kat semua sebab planning nak beli bebanyak benda tu dan memang dah beli tapi tertinggal di kampung.Kalau dah tertinggal takpela.Bukan rezeki kan ^^ Nanti pergi lagi aku pasti ingat kat korang semua tau ^^

Apakah yang korang perasan sama sepanjang aku di Terengganu?
hahaha.. :p

Selamat Melawat Terengganu!

Friends! Moment Indah Dahulu...

Assalamualaikum...


Suddenly I miss everything about them...and this holiday.
Have their own story behind the scene.
Have their own history that only we know.
Have you remember FriendS?
2011 Memories...










Somewhere...Somehow...
We will meet again with every own journey of life!
^^
From deep of my heart
I pray the best for you all my friends!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...