Followerku..

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Bila tempat kerja Shutdown!

Assalamualaikum...

Bersiaran waktu petang pulak harini. Kebetulan tadi ramai pelanggan dan dalam pukul 4.30 petang,drama pon bermula.

Hujan sangat lebat dan kilat kuat tiba-tiba 'pangggg'!!! Shutdown semua. Bau hangit menjelma. Yeayyy!! Operation off.


Tetapi.....
Rugi besar..
Harap maklum.

As a worker makan gaji
Wefie la kami di luar.
Aku pon leader x leader.
Jom gambar!


Jangan tanya kenapa aku gelap sebab aku pon pelik apesal aku gelap.
Stress!!!





Khamis yg Spontan: Bos!

Assalamualaikum...

BOS
Bila timbul masalah apa yang dia nak tahu:
Untung atau Rugi
Cerita pendek tak nak panjang
Selesai cepat.


Pekerja bawah dia:
Macam nak pitam fahamkan keseluruhan cerita masalah.
Belum lagi nak cerita dengan orang akaun.Mahu aku gaduh kang.haha.

Sabar jela


Refreshing Shell FuelSave berleluasa.

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua! ^^
Hujung minggu dah ni.Siapa esok cuti macam aku?Kita boleh masuk satu geng la maknanya ^^ Harini ada sesiapa nak pergi jalan-jalan ker?Aku dah jalan semalam.Harini duduk rumah balas kunjungan kawan-kawan dengan lajunya.huhuhu.

Kepada sesiapa nak berjalan-jalan tu pastikan minyak kereta cukupnya.Tak cukup sila isi.Ingatnya harga minyak sekarang.Ron95 1 liter - RM2.10. Diesel 1 liter - RM2.00.Bulan Oktober ni aku tengok,harga Diesel sebenanarnya turun.Tapi faham-faham jela.Harga pastinya akan tetap macam tu cuma subsidi berkuranganlah.Haaa....kepada sesiapa yang pergi isi minyak harini,pergilah tengok-tengok benda tertampal kat pam minyak yang ada nozzle tu,pasti tertera harga subsidi.Tengok bulan ni,bulan depan,bulan depannya dan bulan-bulan seterusnya.Bandingkan.Pasti korang akan sedar subsidi yang diberikan. ^^


Okla.Sebenarnya aku perasan iklan Shell Fuelsave yang berleluasa kat blog-blog ni bermula harini.Aku pon macam "Eh??" hahaha.Orang dah keje dengan Shell memang gini.Alert kejap dengan produk sendiri :) Aku pon klik la kat blog sape ntah tadi.Tak ingat.Tengok-tengok..."Wah....ada perkongsian cara penjimatan minyak","wah...ada keputusan  pendapat orang ramai"...kagum jap.ihiks! ^^ Sekarang ni pon kalau sesiapa pergi ke Shell pasti diorang akan war-war kan pasal mereka tengah buat survey untuk setiap stesen mereka.Kalau korang ada dapat tu,buatlah survey.Senang jer, masuk laman web Shell yang tertera pada kad yang diberi - masuk kod ID stesen - masuk amount pada resit - jawab soalan - masuk no tepon - hantar.Setel. ^^

Sekarang kalau dekat Shell mereka dah tukar nama untuk Diesel mereka.Diesel sekarang dikenali sebagai Shell FuelSave Diesel.Panjang tak panjang nama Diesel sekarang.hihihi.Dulu FuelSave pon ada tagline "Lebih kilometer dengan setiap pengisian penuh". Ingat?Sekarang tukar dah.hihihi.Tagline yer bertukar jadi macam gambar kat bawah ni.

"Lebih tahan lama dengan setiap tangki"

Apa yang pasti cara pemanduan dan keadaan sesebuah kereta itu juga akan mempengaruhi setiap pengguanaan minyak kereta kita.Tak kiralah guna minyak apa pon.Kalau nak tahu maklumat lanjut boleh je klik kat iklan-iklan Fuelsave yang tengah berleluasa hari ni yer.Minyak kan dah naik,kenalah amik tahu juga cara pemanduan yang boleh membantu kita menjimatkan minyak kan?Jangan tahunya merungut je tau sebab memang bahan bakar pastinya akan semakin berkurangan dan permintaan makin tinggi.hihihi ^^ Aku teruja kejap tengok iklan-iklan pasal Shell ni.hahaha ^^  Okla.Selamat menambah ilmu ye kawan-kawan.

Agreement a.k.a Perjanjian

Assalamualaikum...



Ingat lagi gambar di atas?

Banyak pulak entry berkaitan kerja dalam blog ni.hahaha.Bermula dengan kisah aku akan kena transfer ke Johor.Pertanyaan pasal 4k bersamaan 3 tahun la pulak tu.Membawak pulak kepada aku akan pergi kursus selama sebulan sepanjang bulan 4 nanti.Menjadi-jadi pulak dengan gambar surat perjanjian lepas tu.Last yer,semalam aku bagi pulak gambar ala-ala minta restu kat En B tu kan.hahahahaha :p

Cian la pulak tertanya-tanya jadinya.Perjanjian yang aku sebut-sebut ni sebenrnya perjanjian ikat kontrak.Maknanya perjanjian pekerja dengan syarikat.Disebabkan syarikat dah membelanjakan sebahagian duit diorang kat aku,aku kenalah berkhidmat untuk mereka untuk beberapa tahun.Terjadilah perjanjian di situ.

Yang pasti sekarang aku dah kena ikat dengan company untuk 3 tahun.Perjanjian ni berkuatkuasa apabila aku telah habis kursus selama sebulan di Shah Alam pada bulan 4 nanti.Sepanjang tempoh 3 tahun itu, aku akan bekerja di Johor.Yang pasti tempoh 3 tahun akan melewati tempoh selepas aku berkahwin dengan En B kesayangan tu ha..Nak tak nak aku kenala jugak tanya pendapat dia.Selepas 3 kali aku bertanya pendapat dia,baru aku berani sign surat perjanjian tersebut.


Kenapa aku pernah ada mention setiap perkara kita lakukan mesti kena ada pengorbanan semalam.Sebabnya aku akan berjauhan selepas berkahwin.Sorang Utara,sorang Selatan. :(  Bukan mudah bila sudah berkahwin untuk hidup berjauhan kan?En B always mention to be positive.Dia selalu cakap,mak boleh teman sayang.huhuhu.Apa pon harapnya, ini keputusan bersama.Moga tidak ada sebarang perkara berbangkit kelak.amin.


Nanti lepas kahwin masih la terus bercinta secara berjauhan.Rindu-rinduan gitu.hahahaha.Watever la ko Ayut!Gedik lebih sudah.hihihi :)
Doakan kami ye kawan-kawan.
Semoga kita semua sama-sama terus bahagia dan dimurahkan rezeki selalu.Amin ^^


WW#57: Bila dia relakan...Aku?

Assalamualaikum...



Aku?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

signed!



sesuke aku je nak buat cite pendek hari rabu ni.hahaha.paham ker korang? ;p

WW#56: Agreement 3 tahun

Assalamualaikum...



:) + :(


Setiap perkara yang berlaku pasti ada sesuatu yang akan dikorbankan.

RM4.9k bersamaan 3 tahun

Assalamualaikum...


Petang baru kuar entry. ^^
Kuar-kuar entry cite pasal duit.Nampak sangat duit dengan diri tu takleh dipisahkan. ^^
Dapat dah kan?
Ni susulan daripada kejadian itu.



Ni email daripada boss aku.Diri ini telah di daftarkan untuk attend kursus ye kawan-kawan.
Take note dengan tarikh yang diberikan.Lame kan?

Kebiasaannya,dalam Offer Letter yang dapat tu hanya nyatakan jawatan,gaji dan benefit.Segala persoalan sebenarnya kena tanya sebelum tandatangan Offer Letter tu.Yang ni aku memang noted la.

Tapi ni Contract.
Persoalan tentang contract kena tanya sebelum tandatangan surat kontrak la kan?Betul tak?

Meh aku story mory jap pasal Workshop Shell yang akan aku attend ni.Workshop Shell ni berlangsung selama sebulan.Selama sebulan jugak aku takde kat office.Maknanya sepanjang sebulan jugak aku tak rajin ngadap komputer.ok.Nampak apa yang nak disampaikan?? ^^

Workshop Sheel ni kena bayar.Yuran nak attend Workshop Shell ni RM4,898.00.Haaa...tu dia.Oleh kerana syarikat dah expand duit untuk diriku yang tak seberapa ni,aku kena bond.Duration bond untuk RM4.9k adalah selama 3 tahun.

Dalam Workshop Shell ni nanti akan ada macam-macam maklumat yang akan disampaikan.Ada jugak on field training.Amik ko..Weekend pon dia akan kacau tau.Standard kot kalau dah nama ye nak bukak Stesen Minyak Shell.huhuhu. =.="

Persoalan:
Adakah duration bond itu berpadanan dengan duit yang syarikat kuarkan tu?

Aku tak pernah kena bond.Jadinya aku blur cikit tentang kena ikat semua ni.Kena ikat sebab kahwin tu tahu.oppss!hahahaha ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...