-Kawan Aku-

Cerita dr Sabah: Memancing!

Assalamualaikum. ..

Semua ok untuk permulaan minggu ni?? Nak cerita yang dikhabarkan daripada Sabah walaupun baru seminggu yang lepas pulang daripada Semporna, Sabah.

Lelaki kalau dah minat sesuatu tu memang dahsyat kan. Sama jugak macam perempuan. Jadinya untuk golongan pertengahan macam aku ni memang rasa terancam. hahaha. Maksud aku kat sini golongan yang takde benda yang boleh membuat dia terlalu obses pada sesuatu. Contohnya lelaki kalau minat kereta sanggup perabis duit make up kereta. Sama jugak kalau perempuan sangat suka nampak cantik dan bersolek memang abis duit beli barang make up jela. Golongan pertengahan melihat dan terus melihat. Haaa...macam tu. :)



Suami aku ni a.k.a Mohamad Hafizal tengah gian memancing. Habis duty mancing. Duty pon mancing tapi tengok jela. Tak boleh tido mancing. Bosan mancing. Kalau tak memancing masa waktu malam tu memang pelik. Sekarang mood dia ke arah memancing sememangnya. Haritu dia mancing dapat ikan kerapu!!! I is jelous sebab I tak dapat makan ikan itu. Oh kerapu!!


Jeles yer tengok kerapu 3 pinggan atas tu!!!
Terliur..huhuhu


Bila ada geng memancing lagi seronokla suamiku ini. Selamat memancing kalau make up kereta menangis sayang ok!huhuhu. Modal untuk memancing tak sehebat mana. Yang penting ada joran ataupun tali tangsi dan umpan. 

Selagi namanya Sabah, nak dapat umpan ikan, udang atau sotong itu tak susah. RM2.00 je pon dah boleh guna untuk semalaman selama mana nak memancing. Selagi namanya pon Sabah pasti tak susah jugak nak cari lubuk ikan. Bila dapat hasil besar macam ni diorang hantar kedai suruh masak. Takda masalah punya. Bayar upah jela. Haaa...kan sedap tu!


Siapa satu geng dengan suami kesayangan aku ni yang suka memancing?? Silalah berkenalan. Nanti nak pergi mancing senang nak cari team.hahaha. Haila suamiku. :) Selalu tanya suami... 'Apa best ye memancing??'

Itulah yang suami kongsikan aktiviti dia. Aktiviti aku memang tak ekstrem macam gitu la. Bukan tak reti ataupon tak minat tapi MALAS. Sekian! Hihihi.






The Liebster Award -Angel Love Soldier

Assalamualaikum. ..

Setelah puas aku baca orang kena jawab soalan sebab kena tag akhirnya aku sekali kena tag. Menangis jawab soalan. Hahaha. Takpela aku rela je nak jawab soalan yang dibagi. Mekaseh sis Hawa sebab nak tag kita. Sis Hawa a.k.a Owner Blog Angel Love Soldier. Jom kita tengok soalan yang aku kena jawab banyak tak banyak. :) Macam jawab periksa soalan esei dah aku rasa.hahaha.




01. Antara smartphone Samsung dengan Iphone jatuh dalam air nak selamat mana dulu.

Jawapan aku: Secara logik Iphone lagi mahal kan? Jadinya aku mesti sayang Iphone lagi. Mustahil aku rasa kalau aku beli Iphone lagi murah dari Samsung.Oppss!hahaha

02. Manusia jahat jadi baik. Manusia sedia ada baik. Mana cenderung pilih jadi teman hidup.

Jawapan aku: Logiknya aku pon bukannya tahu lelaki tu dulu macamana secara yang betul pon kan. Kalau dia cerita pon tak semestinya betul semua. Boleh jadi tolak tambahnya dalam cerita dia. Jadinya aku pilih siapa yang sayang aku seadanya. Kisah lampau seseorang pengajaran buat diri orang tu sendiri masa akan datang.

03. Cerita personaliti berdasarkan penulisan.

Jawapan aku: Realitinya kalau ikut penulisan tu aku tak berapa arif. Tapi berdasarkan apa yang dikongsi aku rasa macam seorang yang suka mencuba sesuatu contohnya produk la. Selebihnya tak pasti. Sebagai bloggers its fun to read your blog. ;)

04. Cerita ringkas pasal blog aku.

Jawapan aku: Blog personal yang cerita pasal kehidupan seharian yang berdepan dengan perkahwinan jarak jauh dengan suami, apa yang dimasak, duduk di kampung bersama kucing tersayang dan isu semasa yang menarik diri aku untuk dikongsikan bersama.

05. Entry yang best kat blog sis Hawa a.k.a Angel Love Soldier.

Jawapan aku: Suka cerita pasal produk. Sebabnya memang selalu buat review produk kot. Link mana memang tak ingat sebab banyak.hihihi. Review macam tu memang sedikit sebanyak memang berguna untuk pengguna nanti.

06. Suka kecantikan tak? Produk apa?

Jawapan aku: Tak terlalu obses tapi jaga supaya sentiasa bersih dan sedap mata memandang. Produk - takde. aekarang guna Garnier je sebab nak jadi macam Lisa Surihani.boleh?hahaha

07. TDM, TUDM,TLDM, PDRM etc mana paling smart.

Jawapan aku: Jujurnya semua badan beruniform kalau diorang dah start pakai uniform diorang semua smart.hahaha. Tapinya kalau dalam ramai-ramai tu mestila suami paling smart - TLDM. sekian. :)

08. Ciri lelaki idaman.

Jawapan aku: Handsome. Gagah perkasa. Penyayang. Beragama. Berada. Lebih kan?? Ingat dapat ke...hahaha. Takpelah yang penting dapat terima aku seadanya. Susah senang bersama. Itulah idaman aku selama ni buat suami yang telah aku pilih dalam beribu lelaki di luar sana. :)

09. Anak perempuan nak rambut ikal ke lurus.

Jawapan aku: Nak rambut ikal sorang. Rambut lurus sorang. Boleh?hahahaha. Tak cakap kan anak perempuan berapa orang. :)

10. Nama anak.

Jawapan aku: Kalau perempuan nak letak ada Humairah tapi tak tahula nanti terletak ke tak. Lelaki ada Muhammad. Selebihnya tunggu baby ye kuar la dulu kot.hihihi

11. Tempat unik yang tahu.

Jawapan aku: Tak tahu la sebab jalan tak banyak mana. Menangis!

Ok. Siap dah jawab soalan yan sis Hawa berikan. Jawapan ikut skema tak ni sis?? Hahaha. Okla tu kan. Terjawab la serba sedikit. Korang pon baca jela ea. Hihihi. :)



Cara Menangani Kebosanan!

Assalamualaikum. ..

Anda bosan??!
Anda stressed??!

Setiap hari pastinya kita dapat rasakan 2 perasaan tanpa diundang. Bila takde keje nak buat timbul bosan. Bila ada keje tak boleh buat jadi stress. Ditambah kawan sibuk, pasangan ada keje dan sekeliling tak membantu. Contohnya nak keluar duit cukup makan je. Takpon nak berjalan tapi tak tahu nak ke mana. Alone feeling akhirnya kemurungan.mmmm. Stressed!!huhuhu.

Cara mengatasi kebosanan:

1) Buat apa yang korang suka dan boleh dibuat. Lebih berbentuk physical movement ye!
Contohnya basuh kereta, kemas rumah, memasak, mandikan kucing dan kemas keliling rumah. Lebih baik pergilah bersenam. Elakkan daripada tido kerana tido pastinya takkan membantu.

2) Membaca.
Cari buku yang dapat menarik perhatian korang. Jangan pulak baca sastera. Pada aku tu cari padah. Tapi ada je yang suka. Up to you. Bila dah penat buat yang pertama atas tu bolehla rileks. Jangan bosanje terus baca buku. Pastinya bosan itu akan berpanjangan.haha.

3) Keluar tengok alam.
Bila bosan keluarlah tengok alam. Tak tahu pergi mana pon jadilah ke depan pintu rumah tu. Sediakan kerusi santai duduk diam. Bolehla kurangkan kebosanan dalam setengah jam pada aku. Kalau duduk taman lagi best tengok budak-budak main, jumpa orang, tengok gelagat orang mesti tak bosan.

4) Melayari Internet
Pada aku yang ni optional sebabnya kalau aku buat aku makin bosan. Mental dapat tekanan dengan cerita yang Watever! Benda ni aku boleh buat kalau malam bosan. Korang kalau nak buat benda ni masa siang hari macam membazir waktu pon ada jugak.hahaha.

Setakat aku bosan tu jela aku buat. Korang buat apa ek? Share sikit kat aku ni. Ikut rasa aku ni dah kritikal jugak kalau hujung minggu. Dunia aku macam lebih suka pergi kerja sekarang. Tempat kerja ada kerja nak buat walaupun nanti akhirnya aku penat.hahaha. Nampak tak aku tengah parah sekarang ni. Tekanan perasaan yang datang tiba-tiba. Too much thinking. Too much conflict dalam diri. Ini ke permasalahan umur pertengahan macam aku ni. Terapi sikit please....


Ni la Anak Citam!

Assalamualaikum...

Ingat lagi pada gambar Wordless Wednesday dulu yang ada aku dengan si suamiku tersayang pegang kucing tu?

Haaa..ni adalah kesinambungan kucing 3 ekor tu.


3 ekor ni main tak pernah penat. Pelik aku tengok. Huhuhu. Pantang aku balik hujung minggu bisingnya bukan main sebab lapar nak makan ikan. Pandai diorang ni. Kejar aku masa nak makanje. ;)

Mak dia tu warna hitam. Panggil pon memang Citam. Gabungan dengan bapak dia warna Kelabu. Jadilah warna dia coklat-coklat hitam. Ekor ikut bapak semua separa panjang.

Setakat ni nama 3 ekor ni aku bagi:
Pintal - ekor dia macam berpintal
Buntal - dia ni perot je boncit
Bundal - yang ni comel cikit macam bulatje




Jap lagi kalau nama tak serasi kita tukar balik ye. Kucing rumah aku ni nama dah besar nanti baru lekat. Kecik macamni memang nama berubah jela. Kalau ikutkan si Citam ni beranak bulan 3 aritu. Jadinya anak si Citam ni dah masuk 5 bulan! Pandai Citam jaga anak. Tepuk tangan untuk Citam walaupun manja lebih.





Ayat 10 Terawal dan Terakhir Surah Kahfi

Assalamualaikum. ..


Alhamdulillah.
Harini nak share ayat Surah Kahfi. Seeloknya baca la semua. Mengandungi 110 ayat. Surah Kahfi adalah perlindungan buat kita dari fitnah dunia dan ada terselitnya doa. Jom kita amalkan bacaan Surah Kahfi berserta maksud dalam diri kita. Insya Allah ada manfaatnya.

Credit : Pijol

Cara bacaan nak bagi mengelakkan kita rasa Surah Kahfi ni terlalu panjang, ada jumpa perkongsian asal daripada Fanpage Hlovate di Facebook. Nanti boleh cari di Facebook. Hlovate, saya panjangkan ilmu yang anda kongsikan ye. Minta halal.


1st round bacaan:
Ayat 1-31

2nd round bacaan:
Ayat 32-59
Ayat 60-83

3rd round bacaan:
Ayat 83-110

Diri ini pon masih baca 10 awal dan akhir je. Lepasni perlu diperbaiki lagi.Insya Allah. Jom kita buat bersama...! Masa ke semasa nanti insya Allah kongsikan manfaat Surah Kahfi lagi ye.




Produk Oat Famous Sekarang

Assalamualaikum. ..


Sekarang memang musim orang akan makan oat ye sebab oat sekarang telah berinovasi :) Tengah musim orang ramai sekarang sibuk beli online oat chocolate. Semua tercari-cari kan? Aku pon sebelum ni ada jugak cari kat kedai tapi tak jumpa jugak. Akhirnya aku tempah je orang yang duduk kat JB.

Kilang membuat oat chocolate ni ada kat Johor. Area JB tapi belah mana aku lupa. Ada tulis kat plastik besar tu. Beli dari kilang dapatla murah. Aku beli dengan harga RM8.50. Korang beli harga berapa ek?


Walaupun Oat Chocolate namanya tapi Oat Chocolate ye tak berwarna coklat pon.hahaha. sangat menarik. Ada pelbagai lagi perisa sebenarnya tapi aku baru rasa 2 je perisa. Original Oat Choco tu dengan Oat & Wheat with Chocolate White tu rasa lebih kurang je. Kalau rasa betul-betul baru terasa lainnya. Manisss! Sekali makan tak rasa tapi banyak makan memang manis. Semut pon kejap je datang sebab memang manis ;)

Sarapan aku makan oat chocolate ni jela. Kalau letak sebelah memang tak rasa makan berapa banyak. Sedap! Korang cubalah rasa. Pengedarannya mingkin terhad kot tapi kalau beli Oat Chocolate online mesti ada banyak dah sekarang penjualnya. Cubalah!




WW#89: Aku,Kamu dan Motor!

Assalamualaikum. ..



Honeymoon

1st trip Sabah

2nd trip Sabah

Bagai isi dengan kuku
Bagai aur dengan tebing.

Hahaha.
^___^



Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Assalamualaikum. ..


http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.


Pemenang guna random ni scary sikit bagi aku sebab kurang bertuah selalunya.haha. Apa pon cuba dulu baru tahu! Kak farah, Ayut join! Jom beramai-ramai join Segmen paling senang ni.huhuhu :)  Klik, copy dan paste! Nak coding bolehla terus ke blog Kak Farah ye kawan-kawan.

CPUV bulan May 2014

Assalamualaikum. ..



Lama tak update pasal Nuffnang kan. Sekarang ni ramai dah blogger lain menambah pendapatan menggunakan saluran selain Nuffnang. Aku je masih tak berupdate nak ke arah lain. Aku yang tak pandai manage kehidupan ke memang masa tu tak mencukupi.hohoho. Tapi yang pasti nak seribu daya kan? :)

Oklah.Update pasal akaun Nuffnang aku.Alhamdulillah.Banyak tengah running sekarang ni. Ada jugak yang dah credited bulan April tu.Tak sempat aku nak tengok dia running dah credited plak. Takpelah. Yang penting berganti :)

Total CPUV sepanjang berblog adalah 55. Sepanjang tahun 2014 aku baru je dapat sebanyak 16 CPUV. Korang dah berapa puluh ek?hihihi. Jeles I. Takpelah ye.Rezeki masing-masing. Lepasni kita support antara kita ek?Cayang korang! ^^ Untuk Bulan May ni ada iklan Olay, McDonald dengan VW Jetta. Bulan April yang masih running Darlie, Whisper dengan Downy Dolce. Haaaa...aku dah beli Downy baru ni.Nanti nak tryla.Berkesan jugak CPUV aku dapat ni sebab dengan aku sekali terpengaruh nak membeli. :)

Terima kasih pihak Nuffnang bagi pengiklan melabur kat blog aku yang tak seberapa nak update dan comel ni.Harap tuan je yang comel.Eh???!!

ok bye!



KLIA 2 : New Development in Malaysia

Assalamualaikum. ...

Selepas kemelut MH370 melanda, MAS Airlines, Malaysia tetap perkukuhkan lagi agensi penerbangan negara dengan pembukaan lapangan terbang terbesar iaitu KLIA 2.Membuktikan kebolehan yang mereka ada pastinya sedikit sebanyak membantu menaikkan semula kepercayaan masyarakat terhadap penerbangan Malaysia.Insya Allah. Apa yang terjadi pada MH370 pastinya sentiasa dalam ingatan mereka.


Perjalanan aku bermula dengan ERL KLIA. Suara Ras Adiba Radzi dah takde tau korang.hehe.Kalau siapa yang selalu naik mesti perasanperubahan ni. Tambang daripada Bandar Tasik Selatan ke KLIA 2 adalah RM26.00. Dah macam tambang bas balik Johor ok!hohoho. Pastinya keadaan tren dan masa perjalanan adalah memuaskan setimpal dengan harga la gamaknya.


Setiap ceruk dekat KLIA 2 anda akan jumpa signage besar ASK ME yang dibawa oleh staf dan juga sukarelawan kat situ. Selamat untuk aku yang pertama kali jejak kaki kat KLIA 2 ni. Diberitahu benda ni akan terus berlangsung selama sebulan. :)


Ni jalan ke gateway domestik. International punya gateway aku tak lalu lagi tapi yang pasti kalau international korang akan lalu jambatan :) Sepanjang laluan ke gateway pon masih ada kedai untuk korang cucimata.huhuhu. Oleh kerana baru 3 ari pembukaan masa ni, jadinya masih banyak outlet yang tak bukak. Kena tunggu lama sikitla baru meriah :)


Papan tanda memang banyak. Belajarlah untuk melihat papan tanda di KLIA 2 ni. Surau jugak bersepah kat dalam KLIA 2 ni. Tak khuatir untuk solat. Pengambilan bagasi pula memang agak lambat pada aku. Ditambah pulak screen informasi pengambilan bagasi tu belah tepi. Susah cikit nak tahu line mana penerbangan kita untuk amik bagasi.mmm.


Jauh perjalanan tapi kapal terbang dekatje nanti nak masuk. Sebelah bangunan je diorang parking untuk depart. Korang tak sempatla nak berpeluh sebab semuanya aircond. Mengigil la korang nanti.

Kapal terbang nak berlepas memang perjalanannya ke trek agak jauh. Aku rasa makan masa 5minit plus jugak nak sampai ke trek sebenar. Aku pon sampai tertanya..eh..lamanya nak berlepas.hihihi. 

Ni pengalaman aku sepanjang aku kat KLIA 2. Masih baru beroperasi dan masih baru pengurusan mereka. Mudah-mudahan adalah manfaatnya kepada semua orang. InsyaAllah. 







Adam Fahim dah 2 tahun!

Assalamaulaikum. ..

Khamis lepas genap dah umur anak sedara aku Adam Fahim 2 tahun. Membesar dengan sihat dan jitu sekali badannya.hahahaha. Alhamdulillah. 


Muka bulat tak berubah pon.hihihi. Budak umor 2 tahun ni dah sibuk ikut apa orang cakap. Pastu sekarang selalu sangat cakap 'adoiii'. Semua dia nak adoi.

Perkembangan umur 2tahun biasanya budak-budak memang akan riuh mulutnya untuk belajar cakap kan? Aku ni belajar ilmu keibubapaan dari kakak-kakak atas aku je.hihi. Untungnya jadi adik last kan. :p

Comel jela anak sedara aku sorang ni.
Moga terus sihat dan jadi anak yang berbakti pada Islam dan ibubapa ye Adam Fahim. Amin.



Menu Burger Baru KFC


Assalamualaikum. ..

Korang dah cuba ke menu burger baru di KFC tu?Aku dah cuba minggu lepas. Kebetulan lalu KFC nampak menu burger baru KFC. Terus cakap kat suami masa tu tengah bawak motor, sayang nak makan KFC la...! Padahal baru lepas makan kot. Hahaha



Apa nama burger baru KFC tu? Burger baru KFC tu namanya Zinger Remixed!! Apa bezanya dengan burger sedia ada? Bezanya tak banyak pada aku. 

Masih macam Zinger burger iaitu burger ayam yang digoreng ranggup. Roti Zinger Remixed ni lembutttt. Atas roti ada taburan oat. Sedikit tambahan slice ataupun potongan jalapeno pedas dan sos istimewa citarasa asia. Pedas. Jalapeno pedas ni tekstur ye macam lada benggala tapi besar sikit. Masa makan takdela pulak rasa lada benggala tu. Aku pon masih pelik...apa la jalapeno pedas ni. Siapa tahu?? Cerita sikit meh.

Aku rasa not bad. Cuma ada rasa muak cikitla kalau burger KFC ni. :) Apa pon tahniah buat KFC Malaysia dengan keluaran baru mereka ni. Teruskan berinovasi dengan makanan! Hihihi.



Kisah Sempena Hari Guru!

Assalamualaikum...

Tema Hari Guru 2014

"Guru Pencetus Kreativiti, Menjana Inovasi"

Ketika aku baru mendapat ingatan...
Rumah papan berbumbung rumbia di Parit Sonto.
Jangan duduk atas bantal nanti bisul.Aku pergi duduk atas tilam.Takla sakit bontot tengok TV.hihihi
Makan tu bersila.Aku duduk atas kerusi sebab makan asing-asing.Takla kena bersila :)
Aku nak pandai bawa basikal.Selagi tak luka berdarah,memang tak pandaila bawa basikal.

Dahulu...
Tabika (Taman Bimbingan Kanak-kanak) Kemas Parit Sonto.
Memori bermain tanah liat. (sekarang tak tahula budak-budak panggil apa) Aku buat bentuk lesung batu. Aku buat jugak bentuk kereta walaupun takde rupa bentuk pon. Buat bentuk cawanla. Selamat tak dimakan.hahaha. Memori buat lukisan. Kalau Cikgu Rosnani tu suruh lukis gambar pemandangan mesti tak lepas gambar rumah tepi sawah, belakang rumah ada bukit 2 bonjol pastu ada matahari tengah-tengah.

Sautu Masa 18 tahun yang lepas...
Sekolah Kebangsaan Kota Dalam (S.K.K.D) 
Darjah 1 - Cikgu suruh tulis A,B,C....aku pergi buat bentuk bulat plus segi-segi.hahaha.Memang kreatif!
Darjah 3 - Cikgu suruh buat soalan matematik tambah tolak.Aku pergi amik buah saga (warna merah tu) kira tambah tolak punya soalan.Barula faham!
Darjah 6 - Cikgu suruh hafal susunan planet dengan warna pelangi.Aku pergi buat ayat Bahasa Melayu sendiri bagi tersusun.Baru la senang!

Saat jiwa muda dahulu...
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri (S.M.K.D.M)
Tingkatan 1 -  suruh pakai tudung kemas-kemas.Aku bagi letak lilin supaya keras depan tu.Baru la cantik!hahaha
Tingkatan 3 - Cikgu suruh buat karangan guna frasa hiperbola,metafora dan sebagainya.Aku pergi tulis surat cinta bagi ayat "power" punya :)
Tingkatan 5 - Cikgu suruh buat eksperimen sendiri.Selagi tak jadi buatlah korang sampai jadi.Selamat tak meletop.hihihi

Saat Mengenal kehidupan...
Universiti Malaysia Pahang (U.M.P)
Kalau nak berjaya,usaha kena lebih.Kalau nak berjaya,pandai-pandailah bawak diri.
Lecturer tu jadi kawan.
Kawan tu pon boleh jadi lecturer.

Bila kenang balik...banyak 'GURU' yang kita ada dalam sepanjang kehidupan ni.Bermula dari rumah,sekolah,pengajian tinggi dan sekarang alam dewasa.Alam sekeliling juga mampu jadi 'GURU' terbaik dalam mencari erti sebuah kehidupan.

Kreativiti dan Inovasi. Jalan seiring untuk menapak terus dalam kehidupan penuh cabaran.Bukan sekadar tema untuk Hari Guru sahaja,baiklah kita praktikkan juga untuk diri kita sendiri. :)

Selamat Hari Guru buat semua terutama buat Guru-guru di Malaysia!!

Aziz Satar dalam Kenangan

Assalamualaikum. ...

Berita hari ini penuh dengan berita yang menyedihkan dimana telah perginya seorang penggiat seni tanah air negara kita,Dato Aziz Satar. Beliau diberitakan meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Kajang pada pukul 2.00 pagi tadi.



Lagenda negara yang mana lakonannya bersama rakan-rakan dalam arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pastinya sentiasa mengamit ingatan kita semua. 

Moga Allahyarham Dato Aziz Satar bersama orang-orang yang beriman di sana.Amin...

Al-Fatihah...



Jambu botol a.k.a Jambu susu

Assalamualaikum. ..


Cerita pasal buah-buahan pulak aku harini. Dah duduk kat kampung ni kan seronok je tengok banyak buah yang segar dari pokok. Lagipun sekarang hujan pon dah banyak jugak turunnya. Haritu kecoh musim bunga sakura kat kedah dan kebanyakan negeri kat Malaysia ni. Sekarang Allah turunkan pula rezeki buah-buahan yang banyak berbuah.

Sekarang ni aku nak tunjuk korang semua jambu botol ataupun ada yang panggil jambu susu. :)


Rasa jambu botol ni kelat masam. Nak rasa sedap kenalah makan dicicah dengan kicap + gula + lada. Baru terasa makan sedapnya.huhuhu.Mungkin buat yang pertama kali makan jambu botol ni mesti cakap masam sangat. Kalau tanya aku jambu botol ni kalau dah cicah dengan lawannya tak benti nak makanje. Sedap! Hantu masam memang la kan. :)


Jambu botol ni memang tak selalu jumpa. Sama jugak dengan Jambu ball. Jambu botol warna putih susu tu tapi jambu ball ni warna merah pink. Jambu ball lebih manis berbanding Jambu botol. Nanti aku jalan-jalan kebun teringat aku amik gambar jambu ball ea. Tak tahula korang panggil apa. Sama la dengan jambu botol ni.Korang panggil jambu apa ek?




Majlis Tunang yg Simple!

Assalamualaikum. ..

Ehem...! Terasa diri rajin pulak nak update blog kan? Takpela. Bukan selalu nak rajin pon kan. Ada cerita nak story bolehla kita kongsikan. Haaa...Siapa kat sini nak tunang?ke Nikah ke...?


Sabtu lepas kawan aku yang terbaik dan terjahat dengan aku tunang.hahaha. Alhamdulillah. Ko dah tunang pon mak cik!! Tahniah dan semoga teruslah tabah untuk korang berdua ke peringkat seterusnya. Selesai ucapan untuk ko ea :)

Nak cerita mini pelamin tunang kawan aku ni. Haaaa...cantik!! Simple + Terbaik! Mini pelamin buat sendiri ni je. Tabir putih, lampu pendaflour warna biru dua, bunga dan vase akhir sekali bantal. Siap! Mini pelamin yang simple sangat. Mini pelamin simple memang tak payah nak material penuh mana pon. Nama pon Mini Pelamin kan :)


Ni la mini pelamin yang aku perkatakan simple lagi cantik tu. :)

Masih mencari idea untuk Mini Pelamin. Mini pelamin kawan aku yang simple ni korang bolehla ikut. Terasa suci je duk kat pelamin tu.hahahaha. ok. Perasan!

Less is more ye buat B2B sekalian.
Rindu nak cantik-cantik balik. Boleh gitu?? Menangis!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...