-Kawan Aku-

Buah salak

Assalamualaikum...

Harini masih lagi makan tido kat rumah. Menikmati cuti dengan rehat yang terlebih cukup. Hahahaha. Harini ahad. TV pon takde kat sini jadinya aku perabiskan jela makanan yang ada kat umah ni.

Nak dijadikan cerita sebelum aku bercuti datang Semporna, staf sorang tu baru je balik bercuti dari kampung dia kat Sarawak. Dia ada bawak buah salak. Aku serius lama gile tak makan buah salak. Dalam keterujaan tu aku pelik sebabnya buah salak daripada Sarawak ni berduri. Oh serius??!

Ni buah salak yang aku beli.
Gambar buah salak dari sarawak tu lupa plak nak amik.

Pendekkan cerita sampai Sabah aku berenti tepi jalan cari petai. Nampakla buah salak. Tapinya kat Sabah buah salak ye tetap macam yang dekat semenanjung tu. Buah salak tu takde duri. Ahaaa..menarik. Adakah hanya di Sarawak buah salak akan berduri?? Adakah sebab pengaruh habitat dia tumbuh boleh ubah outcome sesuatu buah tu ek?

Rasa sama. Kelat-kelat masam.
Tekstur sama.
Luaran je berbeza.
Sungguh menarik ciptaan Allah.
ke berduri sebab masih muda buah salak ye.?
Siapa rumah dia ada tanam pokok salak. Meh cerita sikit pasal buah salak ni.



5 pesanan buat ayut :

Cik Jelita said... Reply To This Comment

sume buah salak berduri.mungkin yang awak beli tu dia dah siap2 ayak so duri semua dah tanggal.dulu kite pun pelik jugak lps ada pokok sendiri baru thu

Aishah Jahirah said... Reply To This Comment

penah tgk pokok salak tapi da lupa buah dia berduri ke tak masa kat pokok tu...hee selalu makan yg dijual..jeruk salak pn sedap...

azizah :) said... Reply To This Comment

tak pernah makan buah salak ni.. macam pelik je..heee

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

yui tak gemar sgt buah salak..huhu

Jazz Lover said... Reply To This Comment

Suka makan tapi tak suka kupas kulit dye. Hahah. Pemalas betul saya nie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...